Halaman

Rabu, 23 Julai 2014

Soalan 181: Juru Bicara Allah SWT

Soalan 181: Apa yang dimaksudkan dengan firmanNya Yang Maha Tinggi:

﴿وَنَادَيْنَاهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيّاً﴾

Dan Kami telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Thur dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami di waktu dia munajat (kepada Kami).
 [422]  


﴿فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِنْ شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَنْ يَا مُوسَى إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ﴾

Maka tatkala Musa sampai ke (tempat) api itu, diserulah dia dari pinggir lembah yang sebelah kanan pada tempat yang diberkahi, dari sebatang pohon kayu, yaitu: "Ya Musa, sesungguhnya aku adalah Allah, Tuhan semesta alam.[423]?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                                    
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

الشَّجَرَةِ  - Al-Syajarah – Pokok, ia adalah: (Pohon Yang Berkat dalam Al-Quran), Pohon Aali Muhammad (as), dan dahan-dahannya adalah, Al-Aimmah (Imam-imam) dan Al-Mahdiyun (Mahdi-mahdi):

﴿أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ﴾

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
 [424]).
الطُّورِ الْأَيْمَنِ
Al-Thur Al-Aiman - sebelah kanan Gunung (Thur), dan
الْوَادِي الْأَيْمَنِ
Al-Wadiy Al-Aiman - lembah yang Kanan
Ia adalah: Al-Yamani (Mahdi Pertama dari Mahdi-mahdi), dan
الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ
Tempat yang Diberkati ialah: Al-Hussein (as),
Maka rangkaikata Lembah dan Gunung Kanan iaitu Al-Yamani (Mahdi Pertama), dan Lembah Kanan dan Gunung Kanan dari tempat yang diberkati iaitu dari Al-Hussein, Mahdi Pertama (Al-Yamani) dari Al-Hussein; kerana dia dari keturunan Imam Mahdi (as), dan tempat yang diberkati dari pohon (Al-Syajarah) (iaitu, Muhammad dan Ali alaihima Al-Salam), maka Al-Hussein, Muhammad dan Ali alaihima Al-Salam.

Dari Al-Shadiq (as): [﴿شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ﴾ pinggir lembah yang sebelah kanan] yang disebut Allah Taala di dalam KitabNya adalah Al-Furat (Sungai) [ ﴿والْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ﴾ - Tempat yang Diberkati] adalah Karbala, dan [الشَّجَرَةِ  - pokok] adalah Muhammad) [425].

Al-Furat sungai dari Syurga, dan Al-Yamani juga adalah sungai dari Syurga, ia menerima amalan-amalan hamba-hamba seperti yang diriwayatkan dari Al-Shadiq (as): (Rukun Yamani adalah pintu tempat kita memasuki syurga, di dakamnya ada Sungai dari Syurga yang menerima amalan-amalan hamba) [426].

Karbala adalah Al-Hussein (as), dan pohon adalah Muhammad dan Ali alaihima Al-Salam kerana mereka berdua adalah bapa-bapa Al-Itrah (keturunan). Maka pembicara (juru cakap) yang menyeru. adalah Mahdi Pertama (Al-Yamani):

﴿وَنَادَيْنَاهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيّاً﴾.

Dan Kami telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Thur dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami di waktu dia munajat (kepada Kami)

.
Ketua pembicara adalah Ali bin Abi Talib (as)) dari pohon; kerana ia pohon keseluruhan Ali bin Abi Talib (as), beliau adalah bapa Al-Itrah, tetapi asal-usul pohon itu adalah Muhammad (sawas).

Maka Musa adalah pembicara Allah, dan Musa adalah pembicara Muhammad (sawas),dan Ali (as), dan Musa adalah pembicara Mahdi pertama (Al-Yamani).

Amir Al-Mukminin (as) memanggilnya pembicara Musa, dan menjelaskan tanda kemunculannya: (Apabila Naaqus (loceng) berbunyi kuat (laungan), dan Kaabus (domba jantan) mimpi ngeri, dan Jaamus bercakap (Jamus adalah kaku (Jumud), dan maknanya di sini: Yang senyap tak bersuara.)  [427] Maka yang demikian adalah perkara-perkara ajaib (pelik) dan ia ajaib (pelik) apabila api dinyalakan ia dapat dilihat dari Basrah, dan muncul panji Uthmaniyyah Lembah Hitam, dan Basrah berantakan dan kalah mengalahkan antara satu sama lain, dan semua kaum selalu memukul kaum lain, dan tentera Al-Khurasan mengorak langkah, dan tiba-tiba keluar Shu3aib bin Shaleh Al-Tamimi dari perut Al-Thalaqaan, dan Sa3id Al-Susiy dibaiah di Khuzestan, dan persetujuan Panji-panji Amaaliq Kordan (Kurdistan) , dan orang-orang Arab mengalahkan negara Al-Armaniy (Armenia) dan Al-Saqalaab, dan Herkulis bersetuju dalam Konstantin untuk merebut Sinan, jadi mereka mengharapkan kemunculan pembicara Musa dari Pohon Al-Thur (dari Al-Thur adalah di Najaf; kerana Al-Thur dipindahkan ke Lembah Salam (Wadi Al-Salam) seperti diriwayatkan dari mereka (as)), oleh itu, ini akan muncul dengan jelas dan diumumkan dan boleh dilihat dan disifatkan ... dan kemudian dia menangis selawat Allah atasnya dan kemudian berkata:: Aduhai umat ini...) [428].

Ini ada di dalam al-Quran,Maka Allah mematikan jiwa-jiwa, dan begitu juga (Malaikat) Izrail, dan tentera-tentera Izrail.

﴿اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا﴾
Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya [429].
﴿وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ﴾
Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; [430].
﴿قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ﴾
Katakanlah: "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan". [431].
﴿وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ﴾
Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar", (tentulah kamu akan merasa ngeri). [432].

Dan dalam semua keadaan, yang mengambil nyawa mereka adalah malaikat atau malaikat maut, tetapi pada hakikatnya yang mematikan adalah Allah, dan begitulah juga dengan halnya di sini, walaupun yang bercakap itu Musa tetapi sebenarnya adalah Ali (as), atau Mahdi Pertama, pembicara sebenar bagi Musa adalah Allah SWT.


     
✡✡✡✡✡

-------------------------
[422] - Maryam 19:52
[423] - Al-Qashash 28:30.
[424] – Ibrahim 14:24 - Dari Salam bin Al-Mustanir, beliau berkata, Aku bertanya Aba Ja'far (as) atas firman Allah Ta’ala:
 [كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا]
seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya.  [14:24-25] 
beliau berkata: (pohon Rasulullah ditetapkan kepada Bani Hashim dan dahan pohon itu adalah wakil pohon Fatimah dan cabangnya Aimmah dan daun-daunnya Syiah (pengikut mereka) dan bahawa lelaki dari mereka yang mati dan gugur daunnya akan lahir dari mereka daun-daun baru pula. Aku bertanya: kepada beliau: Semoga aku menjadi tebusan tuan, bagaimana dengan ayat:
[تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا]
(pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya) beliau berkata: Ini adalah apa yang keluar dari Imam mengenai yang Halal dan Haram pada setiap tahun kepada pengikutnya - syiahnya) Bashair Al-Darajaat: Jilid 2, halaman 79.
[425] - Bihar Al-Anwar: Jilid 13, halaman 49.
[426] - Wasail Al-Syi3ah (Aali Al-Bayt): Jilid 13, halaman 339.
[427] - Dalam hal ini ia bermakna, apa yang datang dari Rasulullah (sawas) bersama Salman: (..Adakah ini berlaku Ya Rasulullah? Baginda (sawas) bersabda: Demi Dia Yang diriku di tanganNya, wahai Salman pada ketika itu Al-Ruwaibidhah akan berbicara, beliau berkata: “Siapakah itu Al-Ruwaibidhah Ya Rasulullah, semoga ayah dan ibuku menjadi tebusanmu?” Baginda (sawas) menjawab: orang yang berbicara tentang urusan besar (awam) yang tidak sepatutnya ia bicarakan, maka ia tidak akan kekal sehingga tempoh yang singkat, supaya bumi akan berteriak-teriak dengan teriakannya, dan. selepas itu tiada seorang pun akan ragu-ragu bahawa ia telah berteriak di kawasan-kawasan mereka, dan supaya mereka akan tinggal dengan kehendak Allah dan kemudian mereka akan tinggal lebih lama di sana. dan selepas itu bumi akan memuntahkan keluar bahagian hatinya - Dia berkata: emas dan perak, dan kemudian dia tunjukkan dengan tangannya ke pinggan dan beliau berkata: seperti itu, dan pada masa itu emas dan perak tidak berguna lagi, dan ini adalah makna firmanNya:
فقد جاء أشراطها
karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya) Bihar Al-Anwar: Jilid 6, halaman 309.
[428] – Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3, halaman 27.
[429] - Al-Zumar 39:42
[430] - Al-Nahl 16:70 .
[431] – Al-Sajadah 32:11.

[432] – Al-Anfal 8:50.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan