Halaman

Rabu, 23 Julai 2014

Soalan 127: Hamba yang lisannya Lisan Allah tangannya Tangan Allah. . .

Soalan 127: Apa yang di maksudkan dengan apa yang dinyatakan dalam doa dengan sifat Allah SWT Al-Jawad, Al-Wasi3 (dengan Pemurah dan Maha Luas Pemberian-Nya)? [41] Adakah benar, menurut sebahagian ulamak mengatakan bahawa keluasan PemurahNya adalah kerana dalam khazanahNya tidak akan habis dan khazanah ciptaan-Nya akan habis!?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                  
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

KhazanahNya (PerbendaharaanNya) SWT tidak akan habis, tetapi dari Dia Yang Maha Agung, Maha Luas Pemberian-Nya  dan Maha Pemurah yang di sisiNya jika ada satu dinar sehingga dia bebas menggunakannya, atau yang mempunyai kekayaan yang tidak terhitung maka diinfakkan (dibelanjakan) dengannya, apa sahaja yang diinfakkan (digunakan) darinya tidak akan habis!

Yang pasti, yang ada padanya satu dinar dia adalah yang lebih luas kemurahannya, kerana dia menghabiskan semua apa yang ada di sisinya, dan yang lain pula yang membelanjakan daripada tabungan tidak dihabiskan, tidak kira bagaimana membelanjakannya tetapi dia tidak menghabiskan kesemua yang ada padanya, tidaklah dikira pemurah dan luas pemberiannya, jika hanya diberikan dalam peti besi yang tidak dihabiskan, maka dia hanya memberikan kepada dirinya sendiri, iaitu ia bermurah hati kepada dirinya sendiri, dan murah hati kepada sendiri adalah murah hati terhad, dan ini dijelaskan oleh satu hadits: (الصوم لي وأنا أُجزى به - Puasa adalah untuk Ku (Allah) dan Aku adalah ganjaran untuknya) [42], iaitu, bahawa ganjaran berpuasa yang tidak berbau keakuan (kegoan - Al-Ana) - yang meninggalkan keakuan – kepada hanya Dia Allah SWT, dan ini bermakna menjadi hamba yang lisannya Lisan Allah tangannya Tangan Allah. . . . . [43], iaitu, akan sempurna sepuluh darjat iman hamba itu, maka jadilah dari kalangan kami Ahl Al-Bayt (as), Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
:
﴿فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ﴾

maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada  Masjidil Haram [44],

Iaitu bagi orang-orang yang keluarganya berada di Masjidil Haram, iaitu Ahl Al-Bayt Muhammad (sawas), Salman Al-Farisi (as) [45].

Pemurah dan Maha Luas Pemberian-Nya  (Al-Jawad, Al-Wasi3) adalah yang memberi dengan dirinya sendiri, Maka Allah SWT memberi ganjaran kepada hambaNya yang ikhlas yang berpaling dari keakuan (Al-Ana) selepas berpaling dari dunia dan perhiasannya, dan selepas ketaatan mereka kepada Dia SWT pada (perintah) yang kecil dan yang besar, yang menjadikan mereka sepertiNya di BumiNya, maka perkataan mereka perkataanNya, dan perbuatan mereka perbuatanNya, dan ini adalah apa yang diriwayatkan dari mereka (as) bahawa hati kami adalah bekas untuk kehendak Allah, Apabila Allah berkehendak, maka kami berkehendak. [46] Sesungguhnya Ruh Waliy Allah diangkat kepada Allah, bertutur dengan Allah maka Dia berfirman kepadanya: Aku Hidup dan Tidak Mati, dan Aku telah menjadikan kamu hidup, tidak mati [47].

Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّه﴾

Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah.[48].

Maka hamba yang dikehendaki Allah, tidak patah lehernya (mati) dan tidak mati, tetapi hanya mati pertama (Al-Maut Al-Uula), ia adalah sejenis peningkatan dan bukan kematian sebenar (haqiqi), tetapi kematian sebenar adalah kematian Ruh (jiwa) bukan jasad:

﴿لا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَى﴾

mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati pertama (di dunia). [49].

Ini adalah hakikat Al-Jawad, Al-Wasi3 (Yang Pemurah dan Maha Luas Pemberian-Nya), Allah menyuruh kamu dan saya supaya menjadi orang yang mengenal hakikat Al-Jawad, Al-Wasi3 bukan pada lafadz dan makna sahaja.



✡✡✡✡✡

-----------------------------
[41] - Iqbal Al-A3maal oleh Ibn Thawus: Jilid 2, halaman 74.
[42] - Al-Kafi: Jilid 4, halaman 63 hadits 6. Dan Pengenalan syara7 dalam Mutasyabihaat Jilid: 1 Soalan/ No (13).
[43] - Dari Hamad bin Basyir berkata: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Rasulullah (sawas) bersabda: (Allah AWJ berfirman: Sesiapa yang menghina WaliyKu maka dia telah membuat keputusan untuk memerangi-Ku dan tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amal ibadah yang lebih aku cintai dari pada perkara yang Aku wajibkan. Hamba-Ku akan senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan nafilah (sunnah) sehingga Aku mencintainya, Jika Aku mencintainya, Akulah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah lisannya yang dia gunakan untuk berkata-kata,Akulah tangannya yang dia gunakan untuk berbuat, dan tidaklah Aku ragu-ragu terhadap perbuatan yang Aku sendiri melakukannya seperti keraguan-Ku tentang seorang mukmin yang membenci mati sementara Aku membenci marabahaya yang akan menimpanya”. ) Al-Kafi: Jilid 2, halaman 352, Maka hadits tersebut menunjukkan bahawa menghampir apa yang difardhukan Allah lebih besar daripada menghampir dengan nawafil (nafilah).
[44] – Al-Baqarah 2:196.
[45] – Perkara ini telah diperkatakan dengan penjelasan lebih terperinci dalam Al-Mutasyabihaat: Jilid 3 / soalan mengenai Rahsia Empat Puluh Nombor (93).
[46] – Didatangkan dari hadits mengenai Imam Mahdi (as): (Ya Kamil bin Ibrahim ... Kamu telah datang untuk bertanya tentang Al-Mufauwidha. (Al-Mufauwidha) Mereka (lknahumu Allah) telah berbohong, namun hati kami bekas untuk kehendak Allah, Apabila Allah berkehendak, maka kami berkehendak, dan Allah SWT berfirman:
﴿وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ
Dan kamu tidak berkehendak kecuali bila dikehendaki Allah. ) [Al-Insan 76:30] Dalaail Al-Imamah oleh Al-Thabariy: halaman 506.
[47] - disebut di dalam hadith Qudsi: ("Wahai Bani Adam Aku Maha Kaya tidak akan miskin. Taatilah atas apa yang Aku perintahkan kepadamu sehingga Aku jadikan engkau kaya tidak akan miskin. Wahai Bani Adam! Aku (Maha) Hidup tiada akan mati. Taatilah atas apa yang Aku serukan kepadamu sehingga Aku jadikan engkau hidup tiada akan mati.  Wahai Bani Adam! Aku berkata pada sesuatu jadilah maka jadilah (kun fayakun), taatilah atas apa yang Aku perintahkan kepadamu, sehingga Aku jadikan engkau berkata kepada sesuatu jadilah maka jadilah (kun fayakun)) Bihar Al-Anwar: Jilid 90, halaman 376.
[48] - Al-Zumar 39:68.

[49] – Al-Dukhaan 44:56.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan