Halaman

Isnin, 21 Julai 2014

Soalan 177: Iblis dihukum

Soalan 177: Dalam satu riwayat, bahawa Al-Qaim membunuh Iblis (laknahu Allah), dan dalam riwayat yang lain pula Rasulullah (sawas) yang membunuh Iblis (laknahu Allah) adakah ia sahih?

Telah diriwayatkan dari Wahab bin Jami3 Maula Ishak bin 3ammar berkata: Aku bertanya Abi Abdillah (as) mengenai kata Iblis:


﴿ قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ * قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ * إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ 

Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari dibangkitkan, * Allah berfirman: "Maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, * Sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan,

Wahab berkata kepada beliau: Semuga aku menjadi tebusan tuan, apakah harinya? Beliau berkata: Wahai Wahab, apakah kamu sangka hari itu hari Allah membangkitkan manusia? Sesungguh Allah menangguhkannya hingga ke hari dibangkitkan padanya Qaim kita, jika Allah mengutus Qaim kita yang akan berada di masjid Kufah, dan akan datang Iblis lalu berlutut di antara kedua lututnya dan berkata: Wahai celakalah hari ini, lalu dipegang ubun-ubunnya maka dipancung lehernya, itulah hari (suatu) waktu yang telah ditentukan) [383].

Dan dari Abdul Karim bin 3amru Al-Khatsa3imi, berkata: Aku mendengar Abi Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Iblis berkata: Berilah aku tempoh sehingga hari dibangkitkan, maka Allah menolak permintaannya, dan Dia SWT berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh". sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan, Jadi, jika hari (masa) yang ditetapkan tiba, Iblis (la) akan mengumpulkan semua pengikutnya, sejak dari Allah menciptakan Adam sehingga ke hari masa yang ditetapkan, dan ia adalah pusingan terakhir, bagi pusingan Amirul Mukminin (as)). Jadi aku berkata: Padanya ada pusingan? Beliau (as) berkata: Ya, sesungguhnya ia adalah pusingan demi pusingan, dan tidak ada seorang Imam dalam satu-satu abad melainkan ada pusingannya, dan pusingannya bersama orang-orang baik dan yang berakhlak rendah pada zamannya, sehingga Allah membersihkan (mengasingkan) orang yang beriman dari yang kafir. Jadi, jika tiba hari (masa) yang termaklum Amirul Mukminin (as) akan kembali pada sahabat-sahabatnya dan akan datang Iblis bersama para sahabatnya (la), dan batas tempat mereka akan berada di bumi di tanah Furat dan akan dikatakan kepadanya Roh yang berdekatan dengan Kufah kamu. Dan akan berlaku perperangan besar yang belum pernah berlaku sejak Allah Azza wa Jalla mencipta alam. Maka seolah-olah aku melihat para sahabat Ali Amirul Mukminin (as) dan mereka (Iblis (la)) akan kembali berundur ke belakang 100 kaki, dan seolah-olah aku melihat mereka dan beberapa kaki mereka berada dalam (Sungai) Furat, Ketika itu akan turun (Al-Jabbar) Yang Maha Perkasa Azza wa Jalla:

﴿فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ﴾

{dalam naungan awan dan malaikat, dan diputuskanlah perkaranya.}
Oleh Rasulullah (sawas) yang di hadapan dan di tangannya ada lembing daripada cahaya. Apabila Iblis melihatnya, tumit-tumitnya akan berundur ke belakang, jadi sahabatnya akan berkata kepadanya: Ke mana kamu hendak lari padahal kamu menang? Lalu dia berkata: sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Maka Nabi (sawas) akan mengikutinya kemudian menikam dia dengan satu tikaman di antara bahunya, dan ia akan musnah dan akan musnah semua pengikutnya. Dan pada masa itu Allah Azza wa Jalla akan disembah dan tidak akan ada sekutu bagiNya sesuatu pun. dan Amirul Mukminin (as) akan memerintah selama 44,000 tahun, sehingga lelaki itu dari pengikut Ali (as) akan melahirkan 1000 lelaki dari sulbinya, dan pada masa itu akan ada dua taman di Masjid Kufah dan di sekelilingnya, dengan kehendak Allah) [384].

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                                    
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Pembunuhan Pertama: Pada kemunculan Al-Qaim (as), dan Kiamat Kecil (Al-Qiamat Al-Sughra) di dunia ini, di mana Al-Qaim membunuhnya di masjid Kufah, pada masa kemunculan adalah benar, dan dia dihumbankan ke Neraka Jahim.

Pembunuhan kedua di Raj’ah (yang pertama), yang bermula selepas tamat tempoh raja Mahdi kedua belas di mana akan kembali Hussein bin Ali (as), dan akan kembali Ali bin Abi Talib (AS) dan semua yang benar-benar beriman akan diasingkan dan yang benar-benar kufur akan diasingkan dan Iblis (la) juga bersama dengan orang-orang yang benar-benar kafir dan Rasulullah (sawas), membunuhnya seperti dalam riwayat yang kedua.


     
✡✡✡✡✡

-------------------------
[383] - Bihar Al-Anwar: Jilid 60, halaman 254.
[384] - Bihar Al-Anwar: Jilid 35, halaman 42.

-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan