Halaman

Isnin, 21 Julai 2014

Soalan 176: Seandainya Allah tidak menolak


Soalan 176: Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

فَهَزَمُوهُمْ بِإِذْنِ اللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُدُ جَالُوتَ وَآتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾


Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya pemerintahan dan hikmah dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia atas semesta alam. [380]

﴿الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيراً وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾

(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tidak menolak sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, [381].

Adakah terdapat perbezaan antara Allah menolak dalam ayat pertama, dan Allah menolak dalam ayat kedua?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                                    
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Penolakan dalam ayat pertama adalah: Penolakan orang mukmin kepada orang mukmin, iaitu bangkitnya sebahagian orang mukmin pada kewajipan itu membawa kepada terangkatnya hukuman ke atas masyarakat yang beriman, dan untuk menolak hukuman bagi mereka yang gagal melaksanakan tugas tersebut, Seperti halnya dengan penolakan Allah SWT terhadap tentera yang selebihnya dari 313 sahabat-sahabat Thalut:

﴿وَقَتَلَ دَاوُدُ جَالُوتَ﴾
Dan Daud membunuh Jalut,
Adalah disebabkan pertolongan orang-orang beriman ini [382].

Penolakan dalam ayat kedua: ialah penolakan terhadap orang-orang kafir pada orang-orang beriman yang berjihad dan berperang di jalan Allah.

Dan pada yang pertama (penolakan pertama) dengan mengambil iktibar daripada kebesaran firman Tuhan, untuk mengislah (memperbaiki) bumi, kerana pertolongan orang-orang yang beriman meskipun mereka tidak mempunyai kelayakan sebagai ahli masyarakat, sebaliknya mereka yang layak (begitu sedikit), mereka yang ditolak adalah orang-orang yang gagal dan ketinggalan dalam melaksanakan tugas, tetapi kalaulah tidak menolaknya akan mengalahkan orang-orang mukmin ini, masyarakat yang akan mendapat kekalahan, dan kekalahan ini akan menyebabkan kerosakan di muka bumi dan memberi kuasa kepada para perosak, dan membahayakan iman masyarakat.

Dan kedua (penolakan kedua) bahawa kalaulah tidak menolaknya akan runtuh iman masyarakat ini, dan juga Agama Ilahi,
﴿وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِـعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيراً﴾
Dan sekiranya Allah tiada menolak sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.

Dan akibatnya sekiranya tidak berjihad akan tiadalah Agama Ilahi di muka bumi ini.



     
✡✡✡✡✡



-------------------------
[380] – Al-Baqarah 2:251.
[381] – Sl-Hajj 22:40.
[382] –
3عن أبي عبد االله (ع) ،قال: ( إن االله [ ل ] يدفع بمن يصلي من شيعتنا عمن لا يصلي من شيعتنا ولو أجمعوا على ترك الصلاة لهلكوا، وإن االله ليدفع بمن يزكي من شيعتنا عمن لا يزآي ولو أجمعوا على ترك الزكاة لهلكوا، وإن االله ليدفع بمن يحج من شيعتنا عمن لا يحج ولو أجمعوا على ترك الحج لهلكوا وهو قول االله عز وجل: ولولا دفع االله الناس بعضهم ببعض لفسدت الأرض ولكن االله ذو فضل على العالمين، فواالله ما نزلت إلا فيكم ولا عنى بها غيركم)
Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Sesungguhnya Allah [akan] menolak orang-orang yang bersolat dari syiah kami dari orang yang tidak bersolat dari syiah kami walaupun mereka sebulat suara bersetuju untuk meninggalkan solat yang akan membinasakan mereka
dan bahawa Allah menolak orang yang berzakat dari syiah kami dari orang yang tidak berzakat walaupun mereka bersetuju sebulat suara bersetuju untuk meninggalkan Zakat yang membinasakan mereka, dan sesungguhnya Allah menolak orang yang mengerjakan ibadat Haji dari syiah kami dari orang yang tidak mengerjakan ibadah Haji walaupun mereka sebulat suara bersetuju untuk meninggalkan ibadah Haji yang akan dibinasakan mereka. Ia adalah kata-kata Allah AWJ: Seandainya Allah tidak menolak sebahagian umat manusia dari sebahagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia atas semesta alam.
Maka demi Allah tidak diturunkan selain kepada kamu, dan tidak kepadaku mengenainya selain kamu.) Al-Kafi: Jilid 2, halaman 451.
Dari Abi Jafar (as), beliau berkata: (Sesungguhnya Allah akan menolak satu-satunya mukmin dari daerah yang binasa) Al-Kafi: Jilid 2, halaman 247.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan