Halaman

Sabtu, 12 Julai 2014

Soalan 157: Bagaimana Al-Maksum berambah ilmunya

Soalan 157: Bagaimana Al-Maksum berambah ilmunya sepertimana diriwayatkan dari mereka (as)?
Adakah pada mula jahil dan kemudian diberi ilmu?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                               
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Jika ia jahil dalam erti kata dia tidak berilmu kemudian berilmu tidak begitu, dan ini adalah satu kesilapan, tetapi dia sedar apa yang disimpan di dalam akal fikirannya yang penuh dari Allah SWT, di mana beliau (as) terhijab dengan jasad apabila turun ke alam Jisim-jisim (benda-benda) di dunia ini untuk diuji, iaitu, yang ia juga berhajat kepada Allah SWT untuk menyampaikan setitik darah yang diamanahkan oleh Allah di dalam hatinya kepada setiap anggota tubuhnya, yang  berhajat kepada Allah dalam memenuhi kekurangan dari Allah SWT untuk menyelamatkan ilmunya yang tersimpan di dalam akalnya yang menyempurnakan dirinya sendiri di alam dunia ini, yang juga mengajar untuk menambah ilmu yang semakin meningkat, yang disimpan di dalam akalnya sepenuhnya. Ia juga wujud di rumah Allah (sepuluh tempat-tempat (maqamaat), sepuluh iman). Ia juga dapat menambah ilmunya yang tersembunyi dan terimpan di dalam hati atau akalnya sepenuhnya, (dan tidaklah ilmu itu di langit dan tidak juga di bumi, tetapi di dalam dada difahamkan oleh Allah untuk kamu memahaminya) [240].

Maka [Al-Jami3ah itu], [Al-Jufr] dan [Mushaf Fatimah] semuanya ilmu bukan (sebenar) ilmu, tetapi ilmu adalah apa yang berlaku (besedia) dalam setiap masa, dan ia adalah daripada Al-Ma'sum dan kepada Al-Ma'sum [241],

﴿… وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾

 ... Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan Allah mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu [242].

                                           

         

✡✡✡✡✡

-----------------------------
[240] – Diriwayatkan dari Amirul Mukminin (as): (Bukanlah ilmu itu di langit yang turun kepada kamu, bukan di pinggir bumi yang keluar kepada kamu, tetapi ilmu berasal (bermula) di dalam hati kamu, yang mempunyai adab dengan adab ruh-ruh yang menzahirkan kamu) Al-Ilmu wa Al-7ikmah fi Al-Kitab wa Al-Sunnah oleh Muhammad Al-Riyasyhariy: halaman 36, Jami3 Al-Syataat oleh Al-Khawaju’ei: halaman 215.
[241] - dan ini adalah apa yang diriwayatkan dalam hadis yang mulia dari Abi Bashir berkata: (Beliau berkata: Aku masuk berjumpa Abi Abdillah (as), dan berkata: Semoga Aku menjadi tebusan tuan, Syiah tuan meriwayatkan bahawa Rasulullah (sawas) mengajar Ali (as) pintu-pintu [untuk ilmu] yang akan membuka untuknya seribu pintu. Beliau berkata: Maka dia berkata: Wahai Aba Muhammad, Rasulullah (sawas) mengajar `Ali (as) kepada seribu pintu, setiap pintu akan membuka seribu pintu [yang lain]. Beliau berkata: Jadi aku berkata: Ini, demi Allah, adalah Ilmu. Beliau berkata: Jadi dia menandakan di bumi untuk suatu tempoh, kemudian beliau berkata: Ia adalah ilmu, tetapi ia bukan begitu. Dia berkata: Kemudian beliau berkata: Wahai Aba Muhammad, sesungguhnya bersama kami adalah Al-Jami3ah; adakah mereka tahu apakah Al-Jami3ah itu? Dia berkata: Aku berkata: Semoga Aku menjadi tebusan tuan, apakah Al-Jami3ah itu itu?......... Beliau berkata: Ia adalah ilmu pengetahuan, tetapi ia tidak begitu. Kemudian dia diam seketika, kemudian beliau berkata: Dan, sesungguhnya, dengan kami adalah Al-Jufr; adakah mereka tahu apa Al-Jufr itu? Beliau berkata: Aku berkata: Dan apakah Al-Jufr itu? ?......... Beliau berkata: Ia adalah untuk ilmu, tetapi ia bukan begitu. Kemudian dia diam untuk seketika, kemudian beliau berkata: Dan dengan kami adalah Mushaf Fatimah (as); adakah mereka tahu apa dia Mushaf Fatimah (as) itu? ......... Ia adalah ilmu pengetahuan, tetapi ia bukan begitu. Kemudian dia diam untuk seketika, kemudian beliau berkata: pada kami ada ilmu yang telah lalu, dan ilmu apa yang akan datang sampai hari kiamat....... Ia adalah pengetahuan, tetapi ia bukan begitu. Aku berkata: Semoga Aku menjadi tebusan tuan, jadi apakah ilmu pengetahuan itu? Beliau berkata: Ia adalah apa yang berlaku pada waktu malam dan siang, satu urusan selepas yang lain, satu perkara demi satu, sehingga hari kiamat.) yang mencukupi: Jilid 1, halaman 238.

[242] – Al-Baqarah 2:282.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan