Halaman

Jumaat, 11 Julai 2014

Soalan 156: Haji dan Pohon Aali Muhammad

Soalan 156: Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ﴾

Sesungguhnya Shafaa dan Marwah adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber'umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'ei antara keduanya. Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui. [234],

Ayat syi’ar ini adalah diharuskan mengelilingi (bersa’i), dan dikenal sebagai amalan haji iaitu wajib Tawaf (bersa’ei)?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
                                           
Yang dimaksudkan dengan Haji adalah: Haji Baitullah yang hakiki, mereka adalah Muhammad dan Aali Muhammad (as), dengan mengerjakan Haji Baitullah dan menyempurnakan sepuluh [tempat-tempat suci iman dan haji], menunaikan haji ke rumah Allah [dari kami Ahl Al-Bait] ianya adalah makan dari hasil (buah-buah) Pohon Pengetahuan Aali Muhammad (as). Inilah tanggungjawab kepatuhan peraturan supaya dielakkan dan yang ditegah pada Adam (as).

﴿وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلا مِنْهَا رَغَداً حَيْثُ شِئْتُمَا وَلا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ﴾

Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.[235],

Pohon Pengetahuan keluarga Muhammad (as), bukan menurut zahir ayat.

Dan Shafaa adalah Ali (as), dan Marwah adalah Fatimah (as) [236].
ولا ﴿جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ﴾
tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'ei antara keduanya:
Iaitu tidak berdosa mengambil dari keduannya. Pada keduanya ada Pintu Kota Ilmu [Muhammad (sawas)]. Dan mengambil dari kedua mereka adalah dengan mengambil dari para Imam dan Mahdi-mahdi (as) dan dimestikan bagi manusia dari bersa'ei (berusaha) untuk mencapai hakikat haji dan melengkapkan sepuluh darjat iman, dan dengan itu mendapat martabat: [dari kami Ahl Al-Bait], lalu dapatlah mengambil dari buah-buah (hasil) pokok yang diberkati.

Ada pun dalam Alam Jasmani ini, jasmani yang pergi ke Kaabah dan niatnya ini, maka ia adalah hanya merujuk kepada patuh kepada perintah Ilahi, ia wajib, disebabkan; kerana ia mewakili (mencontohi) perhimpunan (muktamar) dengan perintah Allah.

Adapun pencapaian sebenar dalam Alam-alam Tinggi (Al-3awalam Al-3uluwiyah) adalah bahawa mentahkik (realiti) - dengan memberi keutamaan kepada Allah dan dengan usaha manusia - semuanya adalah kebaikan, dan ia tidak menjadi kenyataan selagi manusia tidak mengutamakan doa yang dijawabNya (dikabulkan) [237],maka ia turun naik di dalam Syurga-syurga Allah SWT, kerana dia berusaha,

﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى﴾

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya; [238]),

Maka bersa'ei (berusaha) diwajibkan kepada manusia dan permulaan usaha adalah Haji dalam Alam Jasmani ini.

Dan yang kekal bagi manusia melakukan sebanyak usahanya dan dengan mengutamakan Allah atas usahanya, dengan itu ia mendapat haji Baitullah yang hakiki, dan merupakan antara kesempurnaan sepuluh martabat iman. Ia adalah hakikat dari kami Ahl Al-Bait, dan dia boleh memetik buah-buah (hasil) pohon itu dan memakannya, seperti orang-orang yang melaksanakan Haji di Ka’bah yang dibolehkan bersa'ei antara Shafaa dan Marwah, bahkan ia adalah diwajibkan dengan keterangan saya bahawa ia diawali dengan doa yang dijawab Allah Yang Maha Suci dari hambaNya dengan diterima dariNya Yang Maha Suci [239].

         


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[234] – Al-Baqarah 2:158.
[235] - Al-Baqarah 2:35.
[236] - Diriwayatkan mengenai Binatang Bumi (Daabbah Al-Ardh) – ia adalah seorang manusia seperti yang dinyatakan di pelbagai tempat mengenai Mutasyabihaat - keluar di antara Shafaa dan Marwah iaitu Ali dan Fatimah (as), diriwayatkan daripada Ali bin Mahziyar pada pertemuannya dengan Imam Mahdi (as): (... Aku berkata, tuan, bila berlaku perkara ini? Maka dia berkata: Apabila dihalangi di antara kamu dan jalan Kaabah, dan bertemunya matahari dan bulan, dan apabila berpusing planet dan bintang. dan Aku bertanya: Bilakah ia, Wahai anak Rasulullah? Dia berkata kepadaku: Pada tahun apabila Binatang Bumi keluar di antara Shafaa dan Marwah, dan Bersamanya cokmar (tongkat) Musa dan Mohor Sulaiman, Manusia dipacu ke Mahsyar) Ghaibah Al-Thusi: halaman 228. Maksudnya bahawa manusia ini adalah Ali dan Fatimah (as) dan keluar daripada kedua mereka, dan juga di antara kedua mereka, kerana kedua mereka adalah ibu bapanya, dan juga di antara kedua mereka di dunia ini; Iaitu dari Basrah  - yang diakui padanya yang pertama dari Mahdi-mahdi - terletak di antara Najaf, di mana ada Amirul Mukminin (as), dan Madinah Al-Munawarah di mana terdapatnya Fatimah (as), lalu keluar Binatang Bumi dan Mahdi Pertama antara Shafaa dan Marwah, dan Allah Maha mengetahui dan Maha Bijaksana.
[237] – rujuk penciptaan Al-3aql dan Al-Jahl.
[238] – AL-Najm 53:39.

[239] - dan hadits Ma3ruf: (Allah Azza wa Jalla mencipta akal. Ia adalah ciptaan pertama dari  ruh-ruh di kanan 3arasy dari cahayaNya, Dia SWT berkata kepadanya: "'berjalanlah,' maka ia berjalan jauh, maka Dia SWT berfirman, 'Marilah ke mari” Lalu dia pun datang. Kemudian Dia SWT berfirman, “Aku telah menciptakan kamu dengan kejadian yang hebat, dan Aku muliakan kamu lebih dari semua ciptaan Ku. "Dia SWT kemudian mencipta Al-Jahl, dari air laut masin yang gelap. Dia menyuruhnya, 'berjalanlah, 'maka ia berjalan jauh, maka Dia memanggilnya , 'Marilah ke mari,“ Tetapi ia tidak datang. Dia SWT berfirman kepadanya , 'Adakah kamu mempunyai terlalu banyak kebanggaan?' Maka Dia SWT melaknatnya) Ushul Al-Kafi: Jilid 1, halaman 31.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan