Halaman

Isnin, 16 Jun 2014

Soalan 95: Adakah layak Ibrahim (as) meminta menghidupkan orang-orang yang mati

Soalan 95: Adakah layak Ibrahim (as) meminta menghidupkan orang-orang yang mati, Allah berfirman :
                                                      
﴿وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِنْهُنَّ جُزْءاً ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْياً وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ﴾

Dan ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan yang mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu, "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [185]?

Jawapannya: Permintaan Ibrahim (as):
﴿أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى﴾
[perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati]
Ibrahim tidak meminta untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan orang-orang mati secara mutlak, dan di dalam ayat terakhir:
﴿ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْياً﴾
[kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera]
Iaitu kamu wahai Ibrahim (as) panggillah mereka, iaitu bahawa dari setiap tempat langsung hidup semula, menuju Ibrahim (as),
dan ini adalah permintaan dari Ibrahim (as); kerana Anbiak dan Auliak melihat diri mereka bersalah dan serba kurang dan tidak melihat diri mereka sebagai layak untuk menjadi hujjah Allah pada penciptaan dan menggantikan limpahan dan anugerah dan kemuliaanNya, dan dalam riwayat dari mereka (as): bahawa Ibrahim meminta permintaan ini untuk menenteramkannya dan dia adalah Khalil Allah (Kekasih Allah). [186].



✡✡✡✡✡

-----------------------------
[185] – Al-Baqarah 2:260.
[186] – Dari Ali bin Muhammad bin Jahm, berkata: aku menghadiri majlis Al-Ma’mun dan Al-Ridha Ali bin Musa (as), berkata Al-Ma’mun kepadanya: Wahai anak Rasulullah, bukankah kamu mengatakan bahawa nabi-nabi adalah ma'sum? Beliau berkata: Ya, dan bertanya beliau mengenai ayat-ayat dari Al-Quran, telah ditanya dengsn berkata kepadanya: Terangkanlah kepadaku tentang kata-kata Ibrahim:
(رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي)?
[Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkinya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap]

Al-Ridha (as) berkata: Allah Tabaraka Wa Taala telah menurunkan wahyu kepada Ibrahim (as) Isesungguhnya Aku telah mengambi; dari hambaKu sebagai teman (kekasih) yang meminta Ku untuk menghidupkan yang mati Aku menunaikannya lalu dia jatuh merendah diri Ibrahim (as) itula Al-Khalil (Kasih), dengan berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan yang mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap atas Kekasih ...) Al-Tauhid Al-Syeikh Al-Shaduq: halaman 132. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan