Halaman

Isnin, 16 Jun 2014

Soalan 94: Thur-Sina dibawa oleh malaikat ke Najaf

Soalan 94: Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْآكِلِينَ﴾

dan pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan. [178], apakah makna ayat ini?!

Jawapannya: Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّا عَلَى ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ﴾

Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. [179].

Dan air: adalah cahaya Muhammad (sawas) dan ia adalah ilmu,

﴿فَأَنْشَأْنَا لَكُمْ بِهِ جَنَّاتٍ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ لَكُمْ فِيهَا فَوَاكِهُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ﴾  

Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan, [180],

taman-taman: mereka adalah Aali Muhammad (as), dan pokok-pokok kurma, anggur dan buah-buahan ia adalah Syiah mereka (as) Auliak mereka yang ikhlas.

﴿وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْآكِلِينَ﴾

dan pohon kayu keluar dari Thur-Sina, yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan. [181],
dan pokok ini: Qaim Aali Muhammad (as), dan Al-Thur: adalah: Al-Najaf, dan telah disebut dalam riwayat mereka (as): (Bahawa Thur-Sina dibawa oleh malaikat ke Najaf [182].)

﴿تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ﴾:
[yang menghasilkan minyak]:
pokok biasanya menghasilkan air, yang ringan, dan minyak adalah cecair berat padat yang tidak dihasilkan oleh pokok biasa, tetapi pokok ini istimewa dan ia tersendiri, ia disiram dengan minyak bukannya air, ia menyerap minyak, yang merupakan ilmu berat dan cahaya keikhlasan),

﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ﴾

hampir minyaknya bersinar walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya [183].

﴿وَصِبْغٍ لِلْآكِلِينَ﴾:
[dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan]:
(yang memakan makanan yang ditawarkan yang tiada pewarna, maka pewarna ini adalah hasil daripada memakan dari pokok itu, di mana orang-orang yang makan dari pohon ini dan mengambil ilmu dan mendapat manfaat daripada ilmu Imam Mahdi (as) celupan (pewarna) dengan celupan (pewarna) Allah),
﴿صِبْغَةَ اللّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ صِبْغَةً﴾

Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik dari pada Allah celupannya?. [184].
                          


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[178] - Al-Mu’minun 23: 20.
[179] - Al-Mu’minun 23: 18.
[180] - Al-Mu’minun 23: 19.
[181] - Al-Mu’minun 23: 20.
[182] - jawab Imam Al-Shadiq (as) kepada Thawus Al-Yamani bahawa Gunung Sinai (Thur-Sina) dipindahkan (diterbangkan) Allah, Thawus berkata: (... Maka khabarkan kepadaku tentang burung terbang yang tidak pernah terbang sebelum atau selepasnya yang telah disebut Allah Azza wa Jalla dalam Al-Quran mengenainya. Berkata (as): Gunung Sinai (Thur-Sina) dipindahkan (diterbangkan) Allah Azza wa Jalla kepada Bani Israil di bawah bayangan sayapnya itu, padanya bermacam-macam azab, sehingga menerima Taurat, dan yang telah disebut Allah Azza wa Jalla:
وَإِذْ نَتَقْنَا الْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوا أَنَّهُ وَاقِعٌ بِهِمْ)
[Dan, ketika Kami mengangkat bukit ke atas mereka seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahwa bukit itu akan jatuh menimpa mereka. .. ayat Al-Quran] Al-I7tijaj oleh Al-Thabrasiy: Jilid 2 halaman 65.
Di manakah tempat selepas ia diterbangkan dan dialihkan? Jawapannya ialah di Najaf, diriwayatkan dari Al-Tsamaliy, dari Abi Ja'far (as) berkata dalam satu hadits mengenainya bahawa: (itu adalah dalam wasiat Amir Al-Mukminin (as) yang membawa saya keluar pada waktu zohor, apabila diperbetulkan pendirian kamu dan diterima semangat kamu maka kebumikan aku, yang pertama adalah di Gunung Sinai (Thur-Sina), dan mereka melakukannya) Wasail Al-Syi’ah (Aali al-Bayt): Jilid 14 halaman 377.
[183] ​​– Al-Nur 24:35.
[184] - Al-Baqarah 2: 138.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan