Halaman

Ahad, 22 Jun 2014

Soalan 77: Kebaikan dan kejahatan di dunia dan akhirat.

Soalan 77: Wirid dalam doa:

(أعطني بمسألتي إياك جميع خير الدنيا وجميع خير الآخرة، وأصرف عني بمسألتي إياك جميع شر الدنيا وشر الآخرة)

(Berikanlah aku untuk permintaanku yang hanya untuk engkau sahaja, semua kebaikan dunia dan semua kebaikan di akhirat. Jauhkan dariku, untuk permintaanku yang hanya untuk engkau sahaja, semua kejahatan dunia dan kejahatan akhirat. [88]. Mengapakah beliau berkata: (semua kebaikan di akhirat), dan pada kejahatan dia berkata: (dan kejahatan akhirat), tidak berkata (semua kejahatan di akhirat)?

Jawapannya: kebaikan di akhirat ada banyak peringkat, ia adalah maqam-maqam dan darjat-darjat roh (jiwa), dan setiap manusia mendapat maqam-maqam, syurga-syurga dan darjat-darjat ini mengikut apa yang diusahakan sebagai hasilnya (ganjaran),

﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى * وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى * ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَى﴾

dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, * dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). * Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, [89].

Para da’i mencari semua maqam-maqam dan syurga-syurga ini; kerana jurang perbezaan di antara syurga dengan syurga dan di antara maqam dengan maqam, yang sangat besar bilangannya. Sesiapa yang dituliskan ke syurga di langit kedua, akan memperluas untuk dituliskan ke syurga di langit ketiga, dan seterusnya sehinggalah kepada mencari ke kedudukan tertinggi, untuk mencari redha Allah SWT.

Kejahatan akhirat pula adalah neraka (jahanam), tetapi tidak masuk neraka melainkan berakhir dengan kemurkaan Allah SWT. Sesiapa yang mencari supaya dijauhkan dari padanya kejahatan akhirat iaitu neraka dan kemurkaan Allah - yang tidak mahu mempunyai hubungan dengannya secara mutlak, dan sama pada semua lapisan dan darjah azabnya. Neraka (jahanam), kesemuanya kejahatan dari permulaan hingga akhir sama sahaja, kerana tidak dijadikan melainkan dari kemurkaan Allah SWT dan kemarahan ke atas hambaNya, dan ini cukup (melayakan) hambaNya memohon perlindungan dari kejahatan akhirat selain dari menerangkan betapa besarnya kejahatan ini, ada banyak juga kejahatan yang kecil, dan pada hakikatnya kejahatan yang utama adalah bagi yang tiada hubungan langsung dalam mengenalinya.

Dari sudut yang lain diwujudkan catatan yang dinamakan: [Catatan Kehidupan], malaikat menulis di dalamnya nama-nama ahli-ahli syurga, sesiapa yang ditulis namanya dalam Catatan Kehidupan beruntung dan terbuka keluasan dari Allah untuk mengangkatnya ke maqam-maqam dan syurga-syurga, dan sesiapa yang namanya tidak ditulis dia adalah ahli-ahli neraka. Maka tulisan nama catatan ini mengikut darjat-darjat dan maqam-maqam, apa yang dicari oleh para da’i pada semua maqam-maqam dan darjat-darjat ini, tetapi tidak ditulis namanya di dalam catatan ini adalah kejahatan akhirat maka ia adalah satu perkara, dan apa yang dicari oleh para da’i supaya dijauhkan dari padanya ini adalah satu perkara pula.



✡✡✡✡✡

-----------------------------
[89] – Al-Najm 53:39-41.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan