Halaman

Ahad, 11 Mei 2014

Kerja-kerja - 3 - Mengenal Imam Mahdi (as)

Kerja-kerja penting mempercepatkan Faraj Imam (AS)
أهم الأعمال لتعجيل فرج الإمام (ع)

3 - Mengenal Imam Mahdi (as)
: معرفة الإمام المهدي (ع):

Ia adalah tambahan kepada mengenal namanya, kelahirannya, Ghaibah Sughra dan wakil (safar) dan Ghaibah Kubranya hingga ke hari ini, atau hadits-haditsnya dan hadits-hadits bapa-bapanya, yang diterima dalam Ghaibahnya, sewaktu kemunculan dan kebangkitannya, termasuk mengetahui tanda-tanda kemunculan dan perjalanan beliau selepas kemunculan. Dengan mengetahui tanda-tanda kemunculannya yang berhampiran dengan zaman munculnya itu supaya dipersiapkan bantuan-bantuan yang menyokongnya.

Dengan mengetahui perjalanan selepas kemunculannya (as) kita bersedia untuk menerimanya, jangan pula kita -  wal 3iazha billah, semoga dilindung Allah  - daripada orang yang mendatangi beliau dan membantah dasar-dasar dan keputusan beliau seperti yang telah diriwayatkan daripada Imam Shadiq (as), beliau berkata: (Jika keluar Al-Qaim, maka keluarlah urusan ini, sesiapa yang melihatnya (menerimnya) bahawa ia adalah daripada keluarganya ) [203].

Bagi orang yang beriman berkumpul di sekeliling ulamak yang beramal di perbarisan mendekati para nabi dan Rasul-rasul dan Imam-imam (as). Hendaklah berhati-hati dengan ulamak suuk yang tidak beramal, mereka yang tidak menunjukkan kemarahan pada murka Allah, apabila KitabNya Al-Quran dihina [204], dan kebanyakan mereka akan berdiri menentang Imam al-Mahdi (as), dan mungkin akan membunuhnya.

Diriwayatkan dari Rasulullah (sawas), bersabda: (Akan datang suatu zaman atas umatku tidak ada yang tinggal dari Al-Quran melainkan tulisannya, tidak ada yang tinggal dari Islam kecuali namanya, yang menamakannya oleh orang-orang yang jauh darinya, masjid-masjid mereka penuh tetapi kosong daripada Hidayah, fuqahak pada zaman itu sejahat-jahat ulamak di bawah bayangan langit, mereka yang mana kembali kepada dan hasutan (fitnah)) [205].

Dan dari Rasulullah (sawas) semasa Mikraj, bersabda: (... aku bertanya, Tuhanku bilakah akan berlaku sedemikian?  Maka diwahyukan (Azza wa Jalla) akan melakukannya sekiranya diangkat ilmu dan muncul kejahilan, dan ramai pembaca sedikit yang beramal dan banyak pembunuhan, sedikit ulamak hidayah dan ramai ulamak pengkhianat lagi sesat dan ramai penyair (penyanyi), umat kamu menjadikan kubur sebagai masjid, Mushafnya cantik, dan masjid dihiasi, dan banyak ketidakadilan...) [ 206].

Dan dari Al-Baqir (as): (Jika bangkit al-Qaim (as) dia berarak ke Kufah, jadi beberapa ribu jiwa tampil ke hadapan yang dipanggil Batriyah dan membawa senjata-senjata, dan mereka berkata kepadanya: Kembalilah dari mana kamu datang kerana kami tidak memerlukan kamu anak Fatimah!! Kemudian mereka dipancung dengan pedang sehingga yang terakhir dari mereka, kemudian masuk Kufah membunuh setiap munafik yang yang mencurigakan dan memusnahkan istana, dan membunuh tenteranya, sehingga  diredhai Allah Azza wa Jalla ) [207].

Dan dari Al-Baqir (as): (masuk Kufah dengan tiga kain rentang mereka telah rasa bergelora atas kesuciannya, sehinggalah dia naik mimbar dan berkhutbah...) [ 208] ).

Dan dari Amirul Mukminin (as):  (Wahai Malik bin Dhamrah, bagaimana kamu jika kamu tidak bersetuju dengan Syiah seperti ini? Dia menggenggam jari dan masukkan sebahagian kepada sebahagian yang lain, aku berkata:  Wahai Amirul Mukminin, apa yang baik pada mu yang demikian itu.  Dia (as) berkata: Segala kebaikan padanya, bangkit al-Qaim kita ia mendahului tujuh puluh tahun, dan mendahului tujuh puluh orang lelaki yang mendustakan Allah dan Rasul-Nya dan akan membunuh mereka,maka Allah menyatukan manusia atas satu perkara ) [209].

Tujuh puluh orang lelaki yang mendustakan Allah dan Rasul-Nya, iaitu ulamak yang tidak beramal. Mungkin orang yang berfatwa kepada manusia selain daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya menurut anggaran kehendak akal dan menurut hawa nafsu peribadi.

Dan dari Abi Ja’far (as), bahawa beliau berkata: (Kamu akan bergolak wahai orang-orang Syiah, Syiah Aali Muhammad seperti lekitan celak di mata; kerana pemilik celak yang tahu bila ia terletak di mata dan tidak tahu bila ia akan hilang, pada pagi hari seorang dari kamu melihat syariah dari kami dan pada petang hari dia telah keluar darinya, dan pada petang hari melihat syariah dari kami, dan pada pagi hari, telah keluar darinya) [210].

Dan dari Abi Abdillah (as): (Bagaimana kamu jika kamu tinggal tanpa imam pembimbing dan tanpa ilmu untuk dilihat, sebahagian kamu memulihkan sebahagian yang lain, dengan demikian kamu akan diukur dan diteliti dan disaring, dan pada apa yang kamu perselisihkan bertahun-tahun [211], dan tanda-tanda pada awal hari dan dibunuh dan disembelih pada hujung hari ) [212].

Dan dari Baizanthiy, berkata: Aku bertanya kepada Al-Ridha (as) mengenai masalah penglihatan (ru’ya), beliau memegang (ku) dan kemudian berkata (as): (Jika aku memberi kamu apa yang kamu mahu untuk kamu lakukan kejahatan, dan mengambil leher pemilik perkara ini. Dan berkata lagi: Kamu berada di Iraq, kamu melihat orang melakukan kerja-kerja firaun dan tidak menangguhkan mereka dengan taqwa kepada Allah, dan janganlah sekali-kali dunia kamu dan diri kamu membenarkan penangguhan padanya, seolah-olah urusan ini telah tiba kepada kamu ) [213].
              
A - Tanda-Tanda Kemunculan Dan Kebangkitan Beliau (as):

Memandangkan untuk mengetahui kebanyakan tanda-tanda yang dinyatakan oleh Nabi (sawas) dan para Imam (as), meninggalkan hanya tanda-tanda terlalu dekat dengan tahun kemunculan dan kebangkitan beliau atau tanda-tanda selepas kemunculannya (as).

Untuk meringkaskan dan bahawa tidak ada faedah kerana kebanyakan tanda-tanda telah disebut (pada hakikatnya), saya akan menghadkan kepada tanda-tanda hampir dari kemunculannya yang diberkati (as):

Di antaranya:  Bahawa langit tidak akan dihalang dari buminya, dan panas yang bersangatan, dan Ikhtilaf (bersalahan) Syiah, diriwayatkan dari Imam Al-Hassan bin Ali (as): (tidak akan terjadi urusan yang kamu tunggu-tunggu ini sehingga pulih daripada sebahagian dari kamu kepada sebahagian yang lain, dan mengutuk satu antara sama lain, dan meludah sebahagian muka dari kamu kepada sebahagian yang lain, dan sehingga menyaksikan sebahagian kamu dengan kekufuran atas yang lain. Aku bertanya: apakah di dalamnya ada kebaikan? Beliau berkata, semua yang baik di dalamnya, bangkitnya Qaim kita ia akan mengangkat kesemuanya.) [214].

Di antaranya juga: kematian ramai dari fuqahak (ulamak), dan tersebarnya kejahatan (kerosakan) dalam maksiat awam secara terang-terang, seperti berzina dan minum arak dan mendengar lagu-lagu, dan menjadi biasa (ghalib) perayu kerosakan (media) seperti televisyen pada masa kini. Dan tidak menghormati masjid dan kemuliaannya. Sebaliknya yang tinggal adalah perbuatan (cara) yang menghalang kepada (redha) Allah dengan kesederhanaan dan bebas menzahirkan keduniaan, memeriahkan manusia ke dewan-dewan yang penuh dengan hiasan dan warna-warni dan penampilan yang menjerumuskan kepada tarikan dunia, ia amat malang sekali, dan membuat tempat untuk makan-makan pada sesetengah keadaan seperti pada bulan Muharram dan Ramadhan.

Di antaranya juga:  percambahan pusat kecantikan bermakna seperti pakaian dan rupa paras yang cantik, tetapi hati mereka akan diselubungi dengan hati-hati syaitan.

Di antaranya juga: Tidak menghormati kesucian ulamak yang beramal yang berjihad, malah mungkin mengejek mereka dan menuduh mereka dengan dakwaan palsu. Dan sering menumpahkan darah mereka; kerana mereka mengikuti sirah Imam-imam mereka (as) dalam menyeru kepada Kebaikan dan mencegah Kemungkaran, Maka keburukan taghut penzalim yang menguasai umat hari ini, seperti apa yang telah menimpa para Imam (as) dari para pemerintah taghut penzalim Bani Umaiyah dan Abbasiyah (la’nahumu Allah).
Dari Amirul Mukminin (as): beliau (as) berkata: (Jika ada kematian fuqahak dan terjejaslah umat Muhammad Mustafa (sawas) solatnya dan mengikuti hawa nafsu, dan aku katakan, amanah-amanah, dan banyak pengkhianatan, dan meminum minuman keras [215], dan akan tersebar perbuatan mengutuk ibu bapa, dan terangkatnya solat dari masjid dengan perbalahan dan mengadakan majlis-majlis makan-makan, dan banyaknya kejahatan, dan kurangnya kebaikan, langit mencurahkan (sedikit hujan) [216], apabila terasa setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam. dan berlakunya hujan panas, sedikitnya kanak-kanak. dan penduduk pada zaman itu mempunyai wajah yang cantik, dan dan suara hati yang menghancurkan, sesiapa yang melihat mereka menakjubkan, dan yang melayan mereka dizaliminya dan wajah-wajah mereka wajah anak-anak Adam, dan hati mereka, hati syaitan... dan memalukan ulamak dan kebanyakan di kalangan mereka menumpahkan darah... dan orang berhaji tiga penampilan: .. yang kaya berjalan-jalan, dan yang pertengahan berdagang, dan miskin dalam masalah) [217].

Di antaranya juga:  mencegah rakyat Iraq dari berhaji, mereka tidak pergi haji kecuali sedikit, dan keadaan mereka seperti diterangkan dalam hadits, diriwayatkan bahawa Imam Al-Shadiq (as) - dan bersamanya jemaah dari Kufah, lalu berpaling kepada mereka dan berkata kepada mereka: - (Berhajilah kamu sekalian sebelum kamu dihajikan” (artinya dihajikan karena sudah mati), sebelum dihalang Al-Burganiyah (Rom) - iaitu Amerika dan Barat hari ini - Berhajilah sebelum perobohan masjid di Iraq antara pokok-pokok korma dan sungai-sungai, Berhajilah sebelum kamu pergi pohon gila ketakutan menghias pohon kurma yang dicabut [218] ), Darinya Maryam (as) menggugurkan buah kurma yang masak, di mana kamu dihalang mengerjakan haji dan buah-buahan berkurangan  [219] dan negara mengalami kebuluran dan akan terjadi harga barang yang tinggi dan ketidakadilan penguasa, muncul pada kamu kezaliman, dan keganasan oleh penyakit dan wabak, kebuluran dan kekalnya fitnah di serata dunia.[ 220].

Dan Amirul Mukminin (AS ), beliau berkata - Beliau menjelaskan kepada sahabat Al-Mahdi (as) berkata: - (Ingatlah, sesungguhnya pintu ku dan ibu aku ada beberapa nama-nama yang dikenali di langit tidak diketahui di bumi, bahawa mereka dijangka mengurangkan masalah dan gangguan dan hubungan kamu (mengganggu haji kamu) [221], dan penggunaan yang menjijikkan kamu, Yang mana pukulan pedang untuk orang-orang mukmin yang kurang makanan dan minuman daripada dibubarkan, Itulah yang dipandang lebih besar dari pemberi, di mana kamu akan mabuk bukan kerana minum, tetapi nikmat dan kebahagiaan, dan kamu bersumpah tanpa dipaksa, dan kamu mendustakannya bukan memalukan, bahawa jika itu apabila kamu terseksa seperti pelana menggesel bonggol unta, gangguan yang paling lama ini jauh dari yang diharap. [222].

Di antaranya juga: Yang menghantui penduduk Iraq ialah kezaliman penguasa dan harga barangan tinggi, diriwayatkan bahawa Muhammad bin Muslim dari Al-Shadiq (as) berkata: (ia adalah kehadiran al-Qaim (as) azab dari Allah. Aku berkata: semuga aku jadi tebusan tuan,  Apakah dia?) Maka dia (as) membaca:

﴿وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ﴾

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. [223], dan kemudian (as) berkata: ketakutan kepada raja-raja Bani Fulan [224], dan yang kelaparan harga barangan tinggi, kekurangan harta daripada kemelesetan dagangan, dan sedikit kurnia padanya kekurangan jiwa dengan kematian yang mendadak, dan kekurangan buah-buahan kekurangan hasil pendapatan dan kekurangan buah-buahan yang berkah, dan kemudian (as) berkata: [وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ] Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yang akan mempercepatkan keluarnya al-Qaim (as)) [Al-Baqarah 2:155] [225].

Di antaranya juga: Pemerintah Iraq terkenal dengan tenungan (amalan berpawang), iaitu: Pertolongan jin dan sihir hitam, dan anak pelacur, iaitu penzina. Amirul Mukminin (as) berkata:  (Pemimpin manusia [226] Penguasa yang degil, dikatakan kepadanya, ahli silap mata.) [227]. berkata Al-Shadiq (as):  (Adapun jika pemimpin kamu hari itu bukan sahaja menjadi untuk anak-anak pelacur [228] [229].

Di antaranya juga: perselisihan antara pemerintah-pemerintah Iraq, dan kebinasaan mereka di tangan tentera-tentera Al-Sufyani yang datang dari Negara Syam (Syria) yang memasuki Iraq untuk menghapuskan pemerintah Iraq. Al-Sufyani yang dilatih (direkrut) oleh Barat atau Amerika, seperti yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat.

Dalam Taurat, Kitab (Perjalanan) Danial: Al-Sufyani tali barut (agen) kerajaan kuku besi atau Amerika, untuk menghapuskan tiga bekas agen-agen Amerika di rantau ini, salah seorang daripada mereka adalah Pemerintah Iraq. Kemudian apa yang tinggal, maka agen-agen dan tentera upahan pemerintah Iraq menghapuskan kuasa-kuasa Al-Khurasani yang diketuai oleh Shu’aib bin Saleh, dan memasuki Iraq untuk mengusir tentera Al-Sufyani, membersihkan Iraq dari akhlak-akhlak yang rendah dan benih-benih kesyaitanan.

Telah diriwayatkan dari Al-Baqir (as):  (... dan kemudian berkata: Jika kamu berselisih dengan Bani Fulan [230] maka pada ketika itu kamu menunggu al-Faraj (Al-Mahdi). Bagaimanapun, kamu menemukan al-Faraj melainkan dengan berselisih dengan Bani Fulan... sehingga keluar kepada mereka Al-Khurasani dan Al-Sufyani, yang satu dari timur, dan yang satu lagi dari barat, akan berlumba ke Kufah seperti dua ekor kuda lumba... tidak akan ada yang tinggal seorang pun daripada mereka ) [231].

Termasuk juga:  gerhana bulan dan gerhana matahari dalam bulan Ramadhan, dan laungan (shaihah) Jibrail di awal hari.

Termasuk juga:  kemunculan bintang berekor di langit bersinar seperti cahaya bulan, kemudian membelok sekadar boleh dilihat dengan kedua belah matanya..

Termasuk juga:  Al-Sufyani, fitnah paling penting sebelum kebangkitan Al-Qaim (as), dan keluarnya diyakini di Syam (Syria). Dan mungkin di Lembah kering Jordan, kemudian menduduki Syria dan sebahagian daripada Palestin, dan kemudian masuk ke Iraq, dan zahir pada awal kemunculannya keadilan malahan orang suka keadilannya, tetapi orang jahil mendustakan kepada Aali Muhammad (as).

Dari Abi Hamzah Al-Tsamali, dari Al-Baqir (as), aku berkata: (Keluarnya Al-Sufyani tidak dapat dielakkan Katanya: Ya, dan jeritan tidak dapat dielakkan, matahari terbit dari barat tidak dapat dielakkan, berselisih Kerajaan Bani Al-Abbas tidak dapat dielakkan, dan pembunuhan jiwa suci tidak dapat dielakkan, maka keluarnya Al-Qaim Aali Muhammad (as) tidak dapat dielakkan, aku berkata:. Bagaimana jeritan tersebut? Katanya, Jeritan dari langit pada awal hari, sesungguhnya mereka yang benar bersama Ali dan Syiahnya (pengikutnya), dan kemudiannya syaitan menyeru (menjerit) di hari akhir dari bumi, sesungguhnya mereka yang benar bersama Osman dan Syiahnya (pengikutnya), dan di sisi mereka itulah orang-orang yang mencurigakan) [232].

Dari Al-Baqir (as): (Dua tanda sebelum kebangkitan Al-Qaim, gerhana matahari pada pertengahan bulan Ramadan, dan gerhana bulan pada akhir bulan tersebut) [233].

Pada orang Syiah ketika kemunculan Al-Sufyani mereka pergi ke Mekah, bagi menyokong Imam Mahdi (as); kerana kemunculan dan kebangkitannya di Mekah selepas tanda-tanda dan sudah tentu sangat dekat, tetapi tidak masuk lagi masanya, ia telah diperintahkan Imam (as) untuk berbuat demikian.
Dari Al-Shadiq (as):  (... tidak berlepas yang diutamakan dari bumi, sehingga keluar Al-Sufyani, apabila dia Al-Sufyani keluar datanglah kepada kami. Disebutnya tiga kali, tidak dapat dielakkan.) [234].

Dan dari Al-Shadiq (as): . ("Wahai Sudair, tetaplah di rumah mu dan jadilah seperti halasan (orang yang tidak meninggalkan rumah) dari kalangan ahlasah dan tetaplah di dalamnya, siang dan malam. Dan jika seseorang mengisytiharkan bahawa Sufyani telah muncul, maka datanglah kepada kami walaupun dengan berjalan kaki." Aku berkata:  Semoga aku jadi tebusan tuan, apakah yang berlaku sebelumnya. Beliau berkata: Ya, dan menunjuk isyarat tiga jari tangannya ke Syria, dan berkata: tiga panji-panji, panji Husainiyah, dan panji Amawiyah, dan panji Qaisiyah, di antara yang ada apabila keluar Al-Sufyani Maka dituai hasil penanaman sesuatu yang tak pernah kulihat sepertinya) [235]..

Dan dari Al-Baqir (as):  (... pada yang fasik (jahat) perangainya [236] jika ia telah keluar dia tinggal untuk satu atau dua bulan tidak cukup buat kamu sehingga membunuh banyak makhluk tidak termasuk kamu. Kata beberapa sahabat:  Bagaimana perlu kita dengan tanggungan kita ketika itu? Katanya:  Tidak ada orang (lelaki) kamu ketika itu, hingga ia menjadi marah yang amat sangat kerana dia mencari syiah kita, Ada pun orang perempuan mereka tidak boleh menahan, dengan izin Allah Taala, ditanyakan:  Ke manakah orang lelaki boleh keluar dan melarikan diri dari dia, adakah mereka akan pergi ke Madinah atau ke Mekah, atau ke negara-negara tertentu? Beliau berkata: Apa yang kamu lakukan di Madinah, bukankah sifat Tentera jahat (fasik) perangainya, tetapi kamu berada di Makkah berhimpun, fitnah itu membawa tanda hanya selama sembilan bulan tidak boleh lebih darinya insya Allah) [237].

Tetapi, malangnya, yang akan berhijrah ke Mekah untuk menyokong Al-Mahdi (as), hanyalah sepuluh ribu orang (10,000) seperti yang dinyatakan dalam riwayat, mereka adalah penyokongnya yang awal bersama 313 sahabatnya, [238].

Itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kemunculan dan kebangkitan beliau yang hampir.

Dan mungkin dia (as) mempunyai tempoh sebelum kemunculan beliau di Mekah, mungkin oleh wakil-wakil seperti dalam Ghaibah Sughra. Kemungkinan-kemungkinan ini diukuhkan oleh beberapa riwayat dari mereka (as) [239], dan mungkin pada awal kebangkitan dan kemunculannya di Umm Al-Qura (Makkah) atau di zaman ini, di Najaf Al-Asyraf ia menjejaki perjalanan datuknya Al-Mustafa (sawas), yang diutus di Umm Al-Qura atau pada zamannya, iaitu Mekah, dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan tidak diberikan ilmu kepada kita kecuali sedikit.


B – Kerja-kerjanya Selepas Penampilan Dan Kebangkitan Beliau (as):

Sebelum itu kita mendedahkan kepada kerja-kerjanya selepas kemunculannya (as), kita perlu bentangkan beberapa hadits yang mendedahkan keadaan persekitaran kita hari ini, sama pada kedua-duanya, pada sebahagian ulamak yang tidak beramal pada sebahagian orang-orang yang menggelar diri mereka Syiah Ahl al-Bayt (as), atau yang berwalikan kepada (Wilayah) mereka (as). Mereka pada masa yang sama tidak menyeru kepada makruf dan tidak mencegah kemungkaran, dan mereka mengampu taghut penzalim dan yang menakluk dan memerintah mereka, tetapi amat malang sekali mereka sering membantu kerana takut atau tamak, tanpa memperdulikan kesucian tindakan dan ikutannya itu, bahkan mereka berpendapat ia dibenarkan selepas menyentuh, melindungi dan menenggelamkannya dan melihat serta mengukurnya secara terbalik dengan kejahatan itu makruf (kebaikan).dan kerana terbiasa dengan menyembah (al-‘ujul) anak-anak lembu berhala, patung-patung dan dosa-dosa kesesatan serta rasa takut dan ketamakan.

Tidak dapat untuk menggambarkan keadaan Imam Mahdi (as) dengan perkataan yang terbaik selain daripada Al-Quran dan hadits ma'sum (as):

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿فَرَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفاً قَالَ يَا قَوْمِ أَلَمْ يَعِدْكُمْ رَبُّكُمْ وَعْداً حَسَناً أَفَطَالَ عَلَيْكُمُ الْعَهْدُ أَمْ أَرَدْتُمْ أَنْ يَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبٌ مِنْ رَبِّكُمْ فَأَخْلَفْتُمْ مَوْعِدِي * قَالُوا مَا أَخْلَفْنَا مَوْعِدَكَ بِمَلْكِنَا وَلَكِنَّا حُمِّلْنَا أَوْزَاراً مِنْ زِينَةِ الْقَوْمِ فَقَذَفْنَاهَا فَكَذَلِكَ أَلْقَى السَّامِرِيُّ * فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلاً جَسَداً لَهُ خُوَارٌ فَقَالُوا هَذَا إِلَهُكُمْ وَإِلَهُ مُوسَى فَنَسِيَ * أَفَلا يَرَوْنَ أَلَّا يَرْجِعُ إِلَيْهِمْ قَوْلاً وَلا يَمْلِكُ لَهُمْ ضَرّاً وَلا نَفْعاً * وَلَقَدْ قَالَ لَهُمْ هَارُونُ مِنْ قَبْلُ يَا قَوْمِ إِنَّمَا فُتِنْتُمْ بِهِ وَإِنَّ رَبَّكُمُ الرَّحْمَنُ فَاتَّبِعُونِي وَأَطِيعُوا أَمْرِي * قَالُوا لَنْ نَبْرَحَ عَلَيْهِ عَاكِفِينَ حَتَّى يَرْجِعَ إِلَيْنَا مُوسَى * قَالَ يَا هَارُونُ مَا مَنَعَكَ إِذْ رَأَيْتَهُمْ ضَلُّوا * أَلَّا تَتَّبِعَنِ أَفَعَصَيْتَ أَمْرِي* قَالَ يَا ابْنَ أُمَّ لا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلا بِرَأْسِي إِنِّي خَشِيتُ أَنْ تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِي إِسْرائيلَ وَلَمْ تَرْقُبْ قَوْلِي * قَالَ فَمَا خَطْبُكَ يَا سَامِرِيُّ * قَالَ بَصُرْتُ بِمَا لَمْ يَبْصُرُوا بِهِ فَقَبَضْتُ قَبْضَةً مِنْ أَثَرِ الرَّسُولِ فَنَبَذْتُهَا وَكَذَلِكَ سَوَّلَتْ لِي نَفْسِي * قَالَ فَاذْهَبْ فَإِنَّ لَكَ فِي الْحَيَاةِ أَنْ تَقُولَ لا مِسَاسَ وَإِنَّ لَكَ مَوْعِداً لَنْ تُخْلَفَهُ وَانْظُرْ إِلَى إِلَهِكَ الَّذِي ظَلْتَ عَلَيْهِ عَاكِفاً لَنُحَرِّقَنَّهُ ثُمَّ لَنَنْسِفَنَّهُ فِي الْيَمِّ نَسْفاً * إِنَّمَا إِلَهُكُمُ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَسِعَ كُلَّ شَيْءٍ عِلْماً﴾

Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Berkata Musa: "Hai kaumku, bukankah Tuhanmu telah menjanjikan kepadamu suatu janji yang baik? Maka apakah terasa lama masa yang berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki agar kemurkaan dari Tuhanmu menimpamu, dan kamu melanggar perjanjianmu dengan aku?". * Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dengan kemauan kami sendiri, tetapi kami disuruh membawa beban-beban dari perhiasan kaum itu, maka kami telah melemparkannya, dan demikian pula Samiri melemparkannya", * kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka (dari lobang itu) anak lembu yang bertubuh dan bersuara, maka mereka berkata: "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, tetapi Musa telah lupa".* Maka apakah mereka tidak memperhatikan bahawa patung anak lembu itu tidak dapat memberi jawaban kepada mereka, dan tidak dapat memberi kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan? * Dan sesungguhnya Harun telah berkata kepada mereka sebelumnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diberi cobaan dengan anak lembu. itu dan sesungguhnya Tuhanmu ialah (Tuhan) Yang Maha Pemurah, maka ikutilah aku dan taatilah perintahku". * Mereka menjawab: "Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, hingga Musa kembali kepada kami". * Berkata Musa: "Hai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat,* (sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah (sengaja) mendurhakai perintahku?" * Harun menjawab' "Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku; sesungguhnya aku khawatir bahawa kamu akan berkata (kepadaku): "Kamu telah memecah antara Bani Israil dan kamu tidak memelihara amanatku". * Berkata Musa: "Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?" * Samiri menjawab: "Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasul lalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku". * Berkata Musa: "Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: "Janganlah menyentuh (aku)". Dan sesungguhnya bagimu hukuman yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut. *Sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia. Pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu". [Thaha 20:86-98]  [240].

Rujuklah semula percakapan-percakapan ini untuk mencari peringatan dan pengesahan..

Imam al-Shadiq (as):  (Sesungguhnya Allah pasti menolong urusan ini, bagi sesiapa yang tiada baginya habuan, walaupun kamu mungkin telah datang kepada urusan kami, bahawa keluar daripadanya pada hari ini orang yang menyembah berhala ) [241].

Iaitu:  Allah menolong Al-Qaim dengan kaum yang bukan dari Syiah, tetapi mereka mungkin bukan dari orang Islam yang kemudian percaya kepada pergerakan pengislahan Muhammadiyah Islam yang sedia ada dan mengikutinya, manakala kaum Syiah tidak menolongnya (as)!!

Dan yang menyokong maksud ini seperti diriwayatkan dari Al-Shadiq (as) berkata: (jika keluar Al-Qaim keluar dengan iurusan ini, sesiapa yang percaya ia adalah dari keluarganya, Dan menguasai penyembah matahari dan bulan) [242].

Saudara sekelian:  Jika kita sebagai orangSyiah, kita perlu berpegang kepada sirah mereka dan hadits mereka, dan pendekatan mereka (as), tidak kerana membawa bebanan perhiasan kaum dan menjadikannya anak lembu (Al-Ijl), dan menyembahnya, dan kita katakan kita adalah Syiah.

Telah diriwayatkan dari Al-Baqir (as):  (... Lihatlah iurusan kami dan kamu tidak datang kepada kami, lalu kamu dapati Al-Quran menyetujuinya, maka ambillah ia, tetapi jika kamu tidak dapati ia menyetujuinya maka tolaklah, tetapi kamu mengesyaki urusannya, supaya kamu berdiri dengannya dan merujuk kepada kami sehingga jelaskan kepada kamu mengenainya apa yang jelas kepada kami, Dan apabila kamu hanya seperti apa yang kami diperintahkan dan tidak melampaui batas kepada selainnya, maka mati sebahagian di antara kamu mati sebelum keluar Qaim kita, itu adalah syahid, dan sebahagian dari kamu yang menyertai Qaim kita terbunuh bersamanya dan ganjaran adalah dua orang yang mati syahid, dan sesiapa yang dibunuh di tangannya musuh kita baginya ganjaran dua puluh syahid) [243].

Amirul Mukminin (as) dalam khutbah di atas mimbar Kufah menerangkan Imam Mahdi (as) dan sangat sedikit yang berpegang dengan kebenaran sebelum kebangkitannya (as): ( Ya Allah, dan aku tahu bahawa yang berilmu tidak kembali  keseluruhannya, tidak terputus sumber-sumbernya, dan kamu tidak melepaskan bumiMu dari hujjahMu atas Zahir makhlukMu dengan tidak taat atau takut terharu, kerana bimbang terbatalnya hujahMu dan tidak sesat mereka itu selepas dihidayahkan kepada mereka, tetapi di manakah mereka dan berapa ramai? Mereka itu yang sedikit bilangannya tetapi besar jumlahnya di sisi Allah Yang Maha Agung yang sebutanNya pasti berlaku) [244].

Dan Abi Abdillah (as) berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda: Berbahagialah orang yang menerima Ahl Bayt ku, dan dia adalah manisan sebelum kebangkitannya, ambillah kepimpinannya dan berlepas dirilah dari musuhnya, dan ambillah para Imam sebagai pembimbing sebelumnya, mereka adalah teman-temanku dan orang-orang yang mesra denganku yang mendekatiku dan semulia-mulia umatku adalah Ali. Rafa’ah berkata: dan Ali adalah ciptaan Allah paling mulia) [245].

Dan Al-Sadiq (as) berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda kepada para sahabatnya: Akan datang suatu kaum selepas kamu, seorang lelaki salah seorang daripada mereka mempunyai pahala lima puluh orang di antara kamu. Mereka berkata: Ya Rasulullah, kami bersama kamu di Badar, di Uhud dan Hunain, dan diturunkan pada kami Al-Quran!! Baginda (sawas) bersabda:  Kamu tidak mengalami apa yang mereka alami dan kesabaran kamu tidak sesabar mereka) [246].

Kami tidak cenderung untuk membawa semuanya yang membuatkan mata mengantuk, tetapi kita tahu ini adalah Pemilik Urusan ini dengan sifat beliau sebagai sebahagian daripada Ahl Bayt al-nubuwah (as).

Dari Al-Harits bin Al-Mughirah Al-Nashri, aku berkata kepada Abi Abdillah (as): (Dengan cara apa mengenal Al-Imam Al-Qaim (as), Beliau (as) berkata: Dengan ketenangan dan maruah aku berkata:  Dengan apa lagi? Beliau (as) berkata:  dan kamu tahu Halal dan Haram, dan manusia perlu (berhajat) kepadanya dan tidak memerlukan kepada orang lain, dan padanya ada senjata Rasulullah (sawas), aku berkata: Adakah dia washiy anak kepada washiy? Beliau berkata: Tidak boleh selain dari washiy anak kepada washiy) [247].

Dan dari Mufadhdhal bin ‘Umar berkata:  Aku mendengar Abi Abdillah (as) berkata: (Pemilik Urusan ini akan alami dua ghaibah, salah satu darinya dia akan kembali kepada keluarganya, dan yang lain mengatakan Beliau telah terkorban di lembah yang dilaluinya. aku berkata:  Apa yang kita boleh lakukan?  Beliau berkata:  Jika pendakwa mengisytiharkannya, tanyalah kepadanya dengan perkara-perkara besar dia akan menjawab mengenainya) [248].




✡✡✡✡✡


------------------------------
[203] - Ghaibah Al-Nu3mani: halaman 332 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 501 , Mizan Al-7ikmah:  Jilid 1 halaman 186.
[204] - (as) menunjukkan apa yang dilakukan penzalim Saddam menajiskan Al-Quran, dan lemahnya Hawzah Ilmiyah untuk menyokong dan mempertahankan Al-Quran, telah dijelaskan dalam Nota kaki dalam Juzuk pertama Kitab ini, sila rujuk.
[205] – Al-Kafi:  Jilid 8 halaman 801 , Tsawab Al-A3mal:  halaman 253, Al-Fushul Al-Muhimmah fi Ushul Al-Aimmah:  Jilid 1 halaman 610, Bihar Al-Anwar Jilid 2 halaman 109.
[206] – Mukhtashar Al-Bashair: halaman 248, Bihar Al-Anwar Jilid 51 halaman 70, Ghayah Al-Maram: Jilid 2 halaman 73 , Tafsir Nur Tsaqalain Jilid 3 halaman 124.
[207] – Al-Irsyad: Jilid 2 halaman 384, Al-Shirath Al-Mustaqim:  Jilid 2 halaman 254 , Bihar Al-Anwar Jilid 51 halaman 338, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 308.
[208] - Al-Irsyad: Jilid 2 halaman 380 , Ghaibah Al-Thusi: halaman 468, Al-Shirath Al-Mustaqim: Jilid 2 halaman 251, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 331.
[209] - Ghaibah Al-Nu3mani: halaman 214, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 115, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 30.
[210] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 339 , Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 101.
[211] - iaitu tanpa air dan kemarau , darinya (as).
[212] - Kamal al-Din:  halaman 348, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 212 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 422.
[213] – Al-Kafi:  Jilid 1 halaman 255 , Bashair Al-Darajat:  halaman 105, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 110.
[214] - Ghaibah Al-Nu3mani: halaman 213 , Ghaibah Al-Syeikh Al-Thusi:  halaman 438, Al-Kharaij wa Al-Jawari7:  Jilid 3 halaman 1153 , Bihar Al-Anwar:  Jilid 52 halaman 211.
[215] - iaitu , minuman keras, (dari (as)).
[216] - sidikit hujan. dari (as).
[217] – Al-Lazim Al-Nashib:  Jilid 2 halaman 161, Riwayat dengan khilaf matan dalam Mustadrak Al-Wasail:  Jilid 11 halaman 377, Jami3 Al-Hadits Al-Syiah:  Jilid 13 halaman 375.
[218] - dalam Amaliy Al-Mufid (Boleh dielakkan).
[219] - dalam Amaliy Al-Mufid (dan negara tandus ).
[220] - Basyarah Al-Islam Al-Saiyid Mushthafa Al-Kadzimi:  halaman 173.
[221] - haji tanpa gangguan, (dari (as)).
[222] - Nahj Al-Balaghah, dengan penjelasan dari Muhammad Abduh:  Jilid 2 halaman 126, Bihar Al-Anwar Jilid 34 halaman 212 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 13.
[223] – Al-Baqarah:  155.
[224] - Berkata (as) Mengulas mengenai perkataan Bani Fulan iaitu (Al-3abbas). Seperti pemerintah Iraq dijeniskan dengan Al-3abbasin; kerana mereka mentadbir ibu negeri mereka dengan cara (sirah) mereka.
[225] – Irsyad AL-Mufid: Jilid 2 halaman 377, Kamal Al-Din:  halaman 649 , Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 203.
[226] – iaitu Pemerintah Iraq, (dari (as)).
[227] - Mukhtashar Bashair Al-Darajat:  halaman 199, Bihar Al-Anwar Jilid 53 halaman 83 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 5 halaman 255.
[228] iaitu para pelacur, (dari (as)).
[229] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 450, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 215, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 481.
[230] – Al-Abbas (dari (as)).
[231] - Ghaibah Al-Nu3mani: halaman 264 , Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 231, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 254.
[232] - Irsyad AL-Mufid: halaman 371, Kamal al -Din:  halaman 328, Ghaibah Al-Thusi: halaman 435 , Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 206, dan nash yang pertama, dan khilaf yang masih ada.
[233] - Irsyad AL-Mufid: Jilid 2 halaman 374 , Al-Kafi: Jilid 2 halaman 212 , Ghaibah Al-Thusi:  halaman 444, Al-Kharaij wa Al-Jawari7:  Jilid 3 halaman 1158 , Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 214, dan teks yang pertama, dan khilaf yang ada.
[234] – Al-Kafi:  Jilid 8 halaman 274 , Bihar Al-Anwar Jilid 47 halaman 297 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as):  Jilid 3 halaman 464.
[235] - Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 271, 3ashar Al-Zuhur:  halaman 103, dan diriwayatkan dalam Al-Kafi pada mengatakan:  lelaki kamu, Jilid 8 halaman 265, dan juga Wasail Al-Syiah:  c 15 r 51.
[236] - Al-Sufyani . (dari (as)).         
[237] - Ghaibah Al-Nu3mani: halaman 311, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 141, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as):  Jilid 3 halaman 271.
[238] - Riwayat Al-Thabarsi Fi Al-I7tijaj:  Abdul Azim Al-Hasani (ra), darinya, dia berkata: Aku berkata kepada Muhammad ibn Ali ibn Musa (as):  (Wahai tuan, Saya berharap bahawa Al-Qaim dari Ahl Bayt Muhammad, yang memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan seperti mana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, beliau (as) berkata: Al-Qaim dari kami itu hanyalah perintah Allah, dan panduan kepada agama Allah, tetapi dengan Al-Qaim Allah bersihkan bumiNya dari orang kafir dan kufur, dan mengisi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan, adalah tersembunyi pada manusia kelahirannya, dan dighaibkan dari mereka peribadinya, dan melarang mereka menamakannya, namanya seperti nama Rasul Allah dan nama Kunyahnya (julukan), bumi dilipatkan baginya, dan semua kesulitan mudah baginya , dikumpulkan dengannya para sahabat seramai ahli Badar (Tiga ratus tiga belas – 313 orang) , seorang lelaki dari hujung bumi, dan demikian firman Allah:
 ﴿أين ما تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾

Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. 
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [2:148] (Apabila dikumpulkan Tenteranya ini dari orang-orang yang ikhlas Allah akan menzahirkan perintahNya, apabila lengkap Tenteranya, berjumlah (sepuluh ribu) lelaki yang keluar, dengan izin Allah, kita akan membunuh musuh-musuh Allah sehingga mencapai keredhaanya Azza wa Jalla ) Al-I7tijaj Jilid 2 halaman 249.

Dan riwayat Al-Majlisi dalam Al-Bihar:  dari Abi Jafar (as) dalam hadits yang panjang sehingga beliau berkata: ( dan berkata Al-Qaim (as) kepada para sahabatnya: Wahai kaumku bahawa penduduk Mekah tidak mahukan aku, Tetapi aku telah utuskan kepada mereka untuk membantah mereka kerana tidak seharusnya menjadi menjadi seperti ku yang membantah mereka. Maka bertanya seorang lelaki dari sahabatnya. Berkata kepadanya, Sekiranya meminta seorang lelaki sahabat beliau berkata kepadanya , dalam sekelip mata berjumpa kepada penduduk Mekah, Kemudian berkata: Wahai orang-orang Mekah, sesungguhnya aku ini utusan Fulan kepada kamu, Beliau mengatakan kepada kamu:  Bahawa ahli bait al-rahmah,penyeru risalah dan khalifah, Kami keturunan Muhammad dan sallsilah para nabi, bahawa yang telah menganiaya kami dan kuasa mutlak kami, yang menakluk memerah daripada kami dan hak-hak kami untuk mengecilkan Nabi kami pada hari ini kami akan menolong kamu maka bantulah kami. Maka apabila pemuda ini mengeluarkankata-kata tersebut merea datang kepadanya dan menyembelihnya di antara Rukun dan Maqam, dia adalah jiwa suci (nafs zakiyah), apabila dia terima berita tersebut, Imam berkata kepada para sahabatnya: Bukankan telah diberitahu pada kamu bahawa penduduk Mekah tidak mahukan kita, Jangan memanggilnya sehingga ia keluar tersungkur akibat daripada dahaganya 313 lelaki ahli Badar sehingga mendatangi Masjidil Haram, Bersolat di Makam Ibrahim empat rakaat, Dan penerima serah hak kezuhurannya di Hajae Aswad, kemudian memuji Allah dan menyanjungNya, dan mengingati Rasulullah (sawas) dan berselawat ke atas baginda dan mengatakan perkataan yang tidak pernah diucapkan untuknya seorang manusia pun. Akan menjadi yang pertama untuk dijabat pada tangannya dan dibai'ah oleh Jibrail dan Mikail., dan bangkitlah keduanya Rasulullah (sawas) dan Amirul Mukminin (as) maka keduanya menolak sebuah buku baru berbahasa Arab tulen dengan Mohor yang masih lembap, mereka berkata kepadanya: beramalah dengannya, dan berbai'ah yang tiga ratus dan sebahagian kecil penduduk Mekah. Kemudian keluar dari Mekah sehingga menjadi halaqah. Aku berkata: Apa dia halaqah? Beliau berkata sepuluh ribu orang lelaki .....) Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 307.
[239] – Ia adalah riwayat yang menyebut Yamani (as) sebagai  ketua perintis bagi Imam Muhammad bin Hasan al-‘Askari Al-Mahdi (as), dan utusannya (as) kepada manusia, dan juga riwayat yang menunjukkan perutusan yang dilantik oleh al-Mahdi (as) bagi nafs zakiyah, telah dimajukan dalam nota kaki sebelumnya .
[240] - Thaha:  86-98 .
[241] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 450, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 329.
[242] - Ghaibah Al-Nu3mani: halaman 332 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as):  Jilid 3 halaman 501.
[243] - Amali Al-Thusi: halaman 232, Bihar Al-Anwar Jilid 2 halaman 236, dan Jilid 52 halaman 123, Wasail Al-Syiah:  Jilid 27 halaman 120.
[244] – Al-Kafi Jilid 1 halaman 335, Bihar Al-Anwar Jilid 2 halaman 213 , Tafsir Nur Al-Tsqalain:  Jilid 2 halaman 498.
[245] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 456 , Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 130,
[246] - Ghaibah Al-Thusi:  halaman 456, Al-Kharaij dan Al-Jaraij:  Jilid 3 halaman 1149 , Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 130.
[247] - Ghaibah Al-Nu3mani:  halaman 249 , Bihar Al-Anwar: Jilid 25 halaman 156.
[248] – Al-Kafi:  Jilid 1 halaman 340 , Ghaibah Al-Nu3mani:  halaman 178, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 157.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan