Halaman

Rabu, 23 April 2014

Pertama, Penyelewengan (Tahrif) Dalam Al-Quran

Pertama, Penyelewengan (Tahrif) Dalam Al-Quran
أولاً: التحريف في القران الكريم


Terdapat banyak riwayat dari Ahli Bait Nabi (sawas) sebagai penunjuk (tanda) penyelewengan, sebagaimana yang diterima dari riwayat para sahabat Rasulullah (sawas) dari perjalanan sunnah dalam kitab-kitab mereka sebagai penunjuk terjadinya penyelewengan [32].

Maksud terdapat penyelewengan: Al-Quran yang ada di tangan kita tidaklah lengkap sepenuhnya, samada sebahagian daripada kalimahnya diubah atau ditukar maksudnya. Sebahagian ulamak Islam meneka sehingga terjadinya penyelewengan seperti mana sebahagian daripada mereka meneka tidak berlakunya penyelewengan.
Dan mereka menyimpulkan bahawa orang yang memperkatakan tidak ada penyelewengan (Tahrif) dalam beberapa perkara, iaitu:

1 - Ayat pemeliharaan:
﴿إِنا نَحنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ﴾
{Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memeliharanya. }  [Surah Al-Hajar 15:9].

Ayat ini boleh ditafsirkan untuk memelihara al-Quran dari penyelewengan, dan kelangsungannya di sisi umat yang selamat dari penambahan, pengurangan dan perubahan, dari jangkauan tangan ahli batil dan Imam-imam yang sesat kepadanya.

2 – Firman Yang Maha Tinggi:
﴿لا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بيْنِ يَدَيْهِ وَلا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ﴾
 {Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.}  [Surah Fushilat  41:42].

Ayat ini boleh ditafsirkan bahawa al-Quran adalah terpelihara dari ditembusi kebatilan yang dihadapi, sama ada batil dengan mengubah beberapa perkataan atau dengan menambah atau mengurangkan sebahagian surah dan ayat-ayat.

3 – Riwayat-riwayat (hadits) sebagai penunjuk (dalil) penyelewengan mingkin sebahagiannya membawa penunjuk penyelewengan pada makna yang tersirat, iaitu penyelewengan dalam tafsiran (takwil) itu bukan diturunkan, dan ini adalah satu hakikat yang diiktiraf oleh semua orang Islam.

4 - Sebahagian Riwayat-riwayat (hadits) sebagai penunjuk penyelewengan pada sandaran (sanad) yang lemah.

5 - Riwayat-riwayat (hadits) yang tidak menerima pentakwilan dan dalil-dalil pada penyelewengan lafadz atau pengurangan yang menjadi asas daripada memaparkan penghalang kerana ia bertentangan dengan Al-Quran, telah diriwayatkan daripada ma'sum (as) yang bermaksud: “Apa yang datang kepada kamu dari kami yang bertentangan dengan kitab Allah maka tinggalkanlah. [35].

6 - Keseluruhan Quran di zaman Rasulullah (sawas) yang ada di tangan kita; tidaklah munasabah Rasulullah (sawas) tidak mengambil berat pada kitabnya dan keseluruhan Al-Quran di dalam hidupnya.
Kemudian datang selepas Abu Bakar, ‘Umar dan Zaid ibn Thabit mengumpulkannya, dan datang selepas mereka, Uthman yang mengusahakan pengumpulannya hanya kepada satu mushaf dan membakar atau kerosakan lain yang berbeza dengan mushafnya sebagai salah satu cara atau apa cara sekalipun, inilah yang ada di tangan kita sebagai mushaf Uthmani seperti yang dilihat umum dan khususnya..

7 – Memperkatakan tentang penyelewengan (tahrif) Al-Quran perlu dipadam pengesahan kenabian Muhammad (sawas) hari ini; kerana Quran adalah mukjizat, yang diturunkan kepada Nabi (sawas).

8 - Dengan memperkatakan ada penyelewengan tidak ada faedah yang tinggal pada Al-Quran yang ada tangan kita, terutamanya pada akidah, dan juga Hukum Syariah- dan lain-lain.


Adapun Bukti dari orang-orang yang mengatakan ia penyelewengan adalah:

1 - Riwayat-riwayat sebagai penunjuk-penunjuk (dalil) penyelewengan, yang terlalu banyak dari jalan Syiah dan Sunni. Contoh dari jalan Sunni:

، إنّ رسول الله (ص) قال: (من سرّه أن يقرأ القرآن غضاً كما نزل فليقرأه على قراءة ابن أم عبد)

“Bahawa Rasulullah (sawas) berkata: (Sesiapa yang berbesar hati untuk membaca Al-Quran seperti mana ia diturunkan maka hendaklah dia membaca bacaan Ibn Umm Abd)  [36].

Dia (Ibn Umm Abd) adalah Ibn Mas'ud di antara sahabat yang terbaik yang telah menghafal Al-Quran.

(Ibn Malik berkata: Masahif (salinan Al-Quran) diperintahkan untuk diubah, lalu katanya, Ibn Mas'ud berkata: "Sesiapa di antara kamu boleh menyembunyikan mushafnya (salinan Al-Quran) maka sembunyikanlah, maka bagi yang menyembunyikan sesuatu dia akan datang bersamanya pada hari kiamat " Katanya lagi, kemudian dia berkata:" Aku telah membaca / menyebutnya dari mulut Rasulullah (sawas) tujuh puluh surah! Jadi adakah aku tinggalkan apa yang aku telah ambil dari mulut Rasulullah (sawas)!? ") [37].  Dan sanadnya sahih sebagaimana dikatakan oleh Ahmad Muhammad pada Syarah Musnad Ahmad.

Dan diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Katsir dalam Al-Tafsir, dan juga diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad dalam Tabaqat. [38].
Maksud Hadis adalah jelas, Bahawa Ibn Mas'ud melihat Kitab (al-Quran) yang telah ditulis oleh Uthman adalah tidak lengkap, atau sekurang-kurangnya telah dilakukan beberapa perubahan.Maka mereka mengatakan: (“Adakah kamu akan tinggalkan apa yang diambil dari Rasulullah (sawas)), sebagai bukti bahawa apa yang diambil yang berbeza di dalamnya, atau berlainan dari apa yang ditulis oleh Uthman. Ibn Mas'ood (rahimahu Allah) kekal berkeras pada fikirannya dan menolak apa yang telah ditulis oleh Uthman sehingga Uthman membunuhnya apabila dia membakar mushaf (salinan al-Quran) dan membakar mushafnya sehingga terbakar kulitnya dia meninggal dunia kemudian.

Dan riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab-kitab Sunni terbukti banyak pengurangan pada Al-Quran. Mereka memilih nama salinan bacaan bagi Surah dan ayat-ayat yang menerima riwayat-riwayat mereka, dan tidak ditulis dalam mushaf yang ada hari ini. [39].


Adapun riwayat-riwayat yang terdapat dari Ahli Bait (as), adalah banyak, tetapi mereka (as) memerintahkan kita untuk membaca seperti bacaan orang biasa, sehingga bangkit al-Qaim dari mereka selawat Allah atas mereka [40].

Sheikh Mufid (rahimahul Allah) dalam Al-Masa’il Al-Sururiyah: Apakah yang difirmankan Allah dalam Al-Quran terus dijagaNya? Masih adakah antara kulit ke kulit di tangan kita, atau telah hilang apa yang diturunkan Allah Ta’ala kepada NabiNya dari sesuatu atau tidak? Adakah ia telah dikumpul oleh Amirui Mukminin Ali (as), atau apa yang telah dikumpul Uthman disebut mereka yang melanggar?

Dia menjawab: (Tidak ada keraguan bahawa antara kulit ke kulit isi al-Quran, kesemuanya Kalam Allah Ta’ala yang diturunkanNya, dan tidak ada suatu pun dari kata-kata manusia, keseluruhannya diturunkan, dan selebihnya, yang diturunkan oleh Allah (Al-Quran ) [41] padanya terpeliharalah Syari’ah, gedung hukum-hakam – iaitu Al-Mahdi (as) -, tidak kehilangan sesuatu pun darinya, dan jika yang dikumpul antara kulit ke kulit kini tidak dijadikannya dalam keseluruhan apa yang dikumpulkan, antara lain, menghimpunkan atas sebab-sebab seruan dakwahnya, termasuk: had-had mengetahui sebahagian darinya,  daripada apa yang diragukan di dalamnya, termasuk tunggak dirinya, dan apa yang dengan sengaja dikeluarkan darinya..

Al-Quran yang dihimpun oleh Amirul Mukminin (as) yang turun dari awal hingga ke akhir yang menulisnya mengikut apa yang wajib ditulisnya, yang didahulukan (turun) di Mekah dari di Madinah, dan meletakkan yang mansukh atas yang nasakh. Dan meletakkan segala-galanya pada haknya.

Oleh itu kata Jaafar bin Muhammad Al-Shadiq (as): (Demi Allah, sekiranya mereka membaca Al-Quran seperti mana ia diturunkan kesemuanya ditentukan kepada kami, seperti mana ia ditentukan sebelum kami) [42].

Dan beliau (as) berkata: (Al-Quran diturunkan empat sukuan, satu perempat di antara kami, dan satu perempat untuk musuh kami, dan satu perempat darinya cerita-cerita dan perumpamaan-perumpamaan, dan satu perempat darinya penentuan hukum, dan bagi kami Ahli Bait kemuliaan Al-Quran) [43].

Telah berkata Al-Majlisi (rahimahu Allah): (“Tidaklah perkhabaran itu dari para Imam (as) mereka diperintah membacanys dari kulit ke kulit, dan tidak melampaui batas tidak menambah dan tidak mengurangkannya sehingga bangkit Al-Qaim (as) maka manusia membaca al-Quran atau apa yang diturunkan Allah Taala, dan yang dikumpul oleh Amirul Mukminin Ali (as)) [44].

2 – Uthman telah membakar lembaran-lembaran Al-Quran, setelah memilih yang sesuainya, yang wujud perbezaan di antaranya, bahkan telah membakar lembaran Al-Quran Abdullah bin Mas’ud dan menafikan lembaran (Mushaf) Al-Qurannya, dan memukulnya sehingga dia meninggal dunia, Rasulullah (sawas) bersabda - apa yang diriwayatkan dari baginda -: (Sesiapa yang berbesar hati untuk membaca Al-Quran seperti mana ia diturunkan maka hendaklah dia membaca bacaan Ibn Umm Abd) [45].

3 – Kesan dari kebiasaan dua umat yang lalu, orang Yahudi memutarbelitkan Taurat, dan orang Kristian menyelewengkan Injil, firman Yang Maha Tinggi:
﴿لَتَرْكَبُنَّ طَبَقاً عَنْ طَبَقٍ﴾
Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan), [Surah Al-Insyiqaq: 19].
Telah diriwayatkan dari hadits, kesan dari Sunnah dua umat yang lalu dari Rasulullah (sawas) dan dari ahli baitnya al-ma'sumin (as), dan hadits sahih yang tersebar luas telah diriwayatkan [47].

Dan makna mengesan dari kebiasaan dua umat yang lalu yang wujud di bumi ini, dan suatu hasil antara setiap imbasan sejarah, walaupun secara menyeluruh. [48].

4 - Pemeliharaan ayat mutasyabihat, kemungkinan bentuk-bentuknya paling banyak ditafsirkan dan ditakwilkan, darinya: Al-Quran dipelihara di sisi ma'sum (as).
Ini adalah wajah (bentuk) tafsiran yang dibuktikan atas riwayat-riwayat dari mereka (as) [49]. Demikian juga ayat yang lain:

﴿لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ﴾

Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. [Surah Fushilat 41:42], mutasyabihat kemungkinan banyak wajah (bentuk)nya.

Yang peliknya bahawa sebahagian penceritaan yang terang-terang sandarannya Muhkamah dan yang diterima untuk ahli baitnya yang makshum kepada ayat-ayat mutasyabihat, dan mereka mendakwa faqih al-Quran dan Sunnah. Maka bolehkah ayat (dari kitab suci ) yang Muhkamah dikatakan Mutasyabihat atau Mutasyabihat dikatakan Muhkamah?!

5 - tidak ada jalan untuk menolak penceritaan ysng terang-terang sahih; kerana sebahagiannya Muhkamah dalam membuktikan penyelewengan dan pengurangan, dan ayat-ayat sebelumnya Mutasyabihat dikatakan sama sebagai Muhkamah disebabkan untuk memahami maksudnya dan bukan sebaliknya, sebagaimana perubahan huruf atau perkataan dalam ayat yang tidak diterima, dan perbezaan yang ada dalam tujuh bacaan (Qiraat Tujuh).

Oleh itu, menerima bacaan al-Ma’shum lebih utama dari menerima bacaan selainnya, dan sekurang-kurangnya menerima bacaannya sebagai sala satu cara bacaan, tidak sepatutnya wajah (cara bacaan) hanya dihadkan tujuh bacaan sahaja sedangkan terdapat riwayat bacaan yang lain darinya.

6 - al-Quran di tangan kita terkumpul di zaman Abu Bakr dan Umar, dan sebagai penunjuk (dalil) riwayat dari jalan Sunni dan Syiah, bahkan hadits-hadits mutawatir ini dalam sejarah, sedangkan terdapat beberapa salinan Al-Quran telah dibakar oleh Uthman dan menjadikan umat kepada satu Mashaf (Al-Quran), [51].

Al-Quran, yang dikumpul Nabi (sawas) ada pada Ali (as), telah dibentangkan kepada kaum dan mereka tidak menerimanya dan ia ada pada Imam Duabelas (as) hari ini, dan ia sebagai penunjuk (dalil) riwayat-riwayat yang banyak diterima untuk Ahli Bait (as).

Dari Salim bin Salamah berkata: “Seorang lelaki membacakannya (Al-Quran) pada Abi Abdillah (as) dan aku mendengar huruf-huruf dalam Al-Quran tidak seperti apa yang dibaca oleh orang lain,” kata Abi Abdillah (as): “Berhenti membaca bacaan ini, baca seperti bacaan orang lain, sehingga Al-Qaim (as) bangkit, jika Al-Qaim (as) bangkit bacaan kitab Allah (Azza Wa Jalla) atas hadNya, dan akan dikeluarkan sebuah Mashaf yang ditulis oleh Ali (as)”. Beliau berkata: “Keluarlah Ali (as) kepada manusia apabila beliau selesai dan ada padanya (Mashaf) yang ditulisnya, dan berkata kepada mereka: “Ini adalah kitab Allah (Azza Wa Jalla) seperti yang diturunkan Allah kepada Muhammad dan telah dikumpulkan dari lembaran-lembaran,” mereka berkata, “Ini di sisi kami adalah Mashaf kami di mana terkumpul di dalamnya Al-Quran, kami tidak memerlukannya,” beliau berkata: “Bahawa demi Allah kamu tidak akan melihatnya selepas hari ini selamanya, Sesungguhnya aku (Ali) memberitahu kamu apabila disusun (terkumpul) untuk kamu membacanya “ [52]. Dalam riwayat yang lain dari Nabi (sawas) sebelum baginda wafat memberikan kertas-kertas yang padanya tertulis Al-Quran untuk Ali (as), dan telah mengumpul dan menyimpannya.

Adapun dakwaan bahawa Al-Quran, yang ada dalam tangan kita terkumpul di zaman Nabi (sawas) adalah dakwaan sewenang-wenangnya dan tidak ada petunjuk (dalil) atasnya, bahkan tertolak seperti yang telah diterangakan terdahulu.

7 - Bahwa tanda-tanda nubuwah Muhammad (sawas) pada akhlaknya, amanahnya, kebenarannya dan sirah hidupnya sebelum diutus dan mukjizat-mukjizat sangat banyak, Al-Quran salah satu darinya. Dan telah banyak dituliskan mengenainya secara mutawatir dari generasi ke generasi, dan di dalam buku-buku sejarah.

Termasuk apa yang terjadi pada malam Hari Lahir menjadi terbuka terbahagi kepada pecahan dan peruntukan itu empat belas kemuliaan dari kemuliaan-kemuliaannya, padamnya api Majusi (Farsi) yang tidak pernah padam beribu tahun sebelum itu, dan Mendaknya (tenggelam) Tasik Saawah(Tasik Sava yang dianggap suci) ke dalam tanah, dan banjir di lembah Samawah,

Munculnya satu bintang Syaitan yang Rujum, di langit [53].

Termasuk: ditambah pula dengan Tanda-tanda dan yang mencabar, seperti bulan terbelah, pokok terbelah, dan mengeluhnya tunggul kurma, dan bertasbih batu di tangannya, dan keluarnya mata air dari jari-jemarinya, dan bercakap benda tidak bernyawa dan haiwan kepadanya, dan menyerah [rusa/gadis] padanya, dan bercakap daging beracun di tangannya, dan berkata-kata serigala liar kepadanya, kambing biri-biri mengelilingi nya atau kuil, Batu yang memancarkan kilat di parit, dan yang makan banyak akhlak, tetapi makan sedikit makanan.[54].

Sebagaimana Al-Quran di tangan kita mengenai orang yang mengatakan diselewengkan adalah Al-Quran dari Allah tetapi tidak keseluruhannya, dan ini masih sama, dan bergantung kepadanya pada akidah dan hukum, dan lain-lain, dengan mukjizat al-Quran yang berbeza ini asalnya yang menjadi perbincangan sesama kita atau kaedah atau penghakiman, pengajaran atau berita ghaib atau keselamatan dari percanggahan atau mensyariatkan keadilan?

Dan mungkin ada yang berkata: Semua perkara ini adalah mukjizat Al-Quran. Mungkin ada yang mengatakan mukjizat diri batin.

Dan disokong oleh ayat:

﴿وَلَوْ أَنَّ قُرْآناً سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى بَلْ لِلَّهِ الْأَمْرُ جَمِيعاً﴾

Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. [55] [Surah Ar-Ra’d 13:31] 

dan disokong oleh ketenangan jiwa mukmin yang apabila membacanya, dan menyokongnya adalah penyembuhan bagi dalaman (dada), dan disokong oleh, beberapa ayat-ayat jika membacanya kesan ke atas semu kewujudan, alam Malakut dan alam halus seperti Jin, bahkan alam kebendaan seperti Jisim Insan (tubuh manusia).

Diriwayatkan dari ma'sum (as) yang bermaksud:  “Jika membaca al-Fatihah tujuh puluh kali ke atas mayat jangan terkejut jika dia hidup ) [56] ),

 ﴿أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى﴾
atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, [S. Ar-Ra.d 13:31]

Dan mungkin tidak akan muncul keajaiban ini jelas untuk semua tetapi pada masa penampilan al-Qaim -(as) itu;, di mana diriwayatkan bahawa sahabat-sahabatnya berjalan di atas air [57], bahkan jika kita berjaya menyahut cabaran dalam Al-Quran kita akan mendapatkan seluruh penduduk Arab dan yang lain-lain dan bagi jin dan manusia:

﴿قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْأِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيراً﴾

Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain".
[Surah Al-Isra’ 17:88]  [58].

Kalaulah keajaipan dapat dibina dengan lafaz-lafaz bahasa atau kaedah seumpamanya, tentulah itu akan mencabar penduduk Arab, tidak bermaknalah dengan kesempurnaan ayatnya, jika demikian, apa ajaibnya Al-Quran yang tersirat (batin) darinya yang menjadikan ayatnya kekal unggul dari al-Quran yang mencukupi untuk mengekalkan keajaipannya, padahal sebahagian daripada ayat mencukupi, seperti:

﴿اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ﴾

Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya.
  [Ali Imran 3:2]  [59], Atau

﴿بسم الله الرحمن الرحيم﴾

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (Bahkan (huruf) Al-Ba’ dalam Basmallah mencukupi untuk mengitsbatkan keajaipan.

Diriwayatkan bahawa Amirul Mukminin (as) telah bercakap mengenai rahsia (huruf) Al-Ba’ dalam Basmallah sepanjang malam [60].
         
Firman Yang Maha Tinggi:

﴿وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ * وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ﴾

Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. * Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui; seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi. [S. Al-Maidah 5:92-83] [61].

Bukanlan mereka berkhayal menjadi sebab kepada iman para ulamak pencinta Ketuhanan, Paderi dan Pendita-pendita telah adalah: Penyampai (Balaghah) atau kaedah (Uslub), tetapi hakikat dilihat di sebalik lafaz, dan yang membuat mereka mencucurkan air mata. Mereka dan orang-orang seperti mereka berada dalam hujjah kasyaf I’jaz (terbuka keajaipan) al-Quran kepada anak-anak Adam, tidak terhad ilmunya pada kulit dan kata-kata sahaja.

Firman Yang Maha Tinggi:

﴿وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاءُ وَلا الْأَمْوَاتُ إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَنْ يَشَاءُ وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ﴾

Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar. [S Fatir 35:22]  [62].

Karena itu, barangsiapa yang dibukakan mukjizat Musa (as) kepada bani Adam! Mereka adalah ahli sihir apabila mereka tahu ia bukan khayalan fikiran, tetapi adalah hakikat yang Tuhan sekalian alam bukanlah ketakburan dan mereka berlutut dan sujud menyembah.

Kesimpulan: Untuk mengatakan ada pernyelewengan tidak lebih dari mengatakan mengurangkan atau menukar sebahagian kalimat berdasarkan riwayat yang diterima dari ma'sumin (as) dan sebahagian sahabat. Kedua-duanya - apa-apa yang dikurangkan dan ditukar sebahagian perkataan – bukanlah tujuan pada Quran di tangan kita, dan untuk mengatakan bahawa Al-Quran dalam tangan kita berkurangan, maka ia tidak ada masalah kerana ia adalah dari Allah Yang Maha Suci.

Untuk yang mengatakan ditukarkan beberapa perkataan, seperti:[: (أمة بـ أئمة) (Umat dengan Imam )[, dan [
 اجعلنا بـ اجعل لنا)،  (Kami jadikan dengan Jadikan bagi kami)], dan [(طلح بـ طلع) (jangka dengan debunga), ia adalah seperti yang dikatakan dalam bacaan (qiraat) tujuh atau sepuluh, yang telah diterima oleh semua umat Islam hari ini, dan mereka tidak membuat kesilapan dalam membacanya dengan sebahagian perubahan perkataan bacaan yang lain, sama ada secara lisan atau pun makna.

هذا والحمد لله الذي رزقنا ذكره ومنّ علينا بكتابه الكريم وقرآنه العظيم، والحمد لله وحده

Denganitu, Segala puji bagi Allah, yang menolong kita mengingatNya dan kepada kita diberikan Kitab Suci Al-Quran (yang dibaca) dan yang agung, dan pujian bagi Allah semata-mata.




✡✡✡✡✡


-----------------
[32] - lihat: Musnad Ahmad: Jilid 1 halaman 47, 55 dan, Jilid 6 halaman 67, Sahih Bukhari: Jilid 8 halaman 25,26,113, Sahih Muslim: Jilid 5 halaman 116, Sunan Ibn Majah: Jilid 2: halaman 853, Sunan Abu Daud: Jilid 2 halaman 343, ‘Amdah Al-Qari oleh Al-‘Aini: Jilid 24 halaman 247, Al-Burhan, Al-Zarkasyi: Jilid 2 halaman 36, Al-Itqan Fi ‘Ulum Al-Quran, Al-Suyuthi: Jilid 2 halaman 69, Sunan Al-Darimi: Jilid 1 halaman 318, dan dari sumber-sumber Syiah lihat: Al-Kafi: Jilid 2 halaman 634, Mukhtashar Al-Bashair halaman 275 213, Ghaibah Al-Nu’mani: halaman 333, Dalail Imamah: halaman 106, Al-Masail Al-Suruwiyah: halaman 79, Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 200, dan lain-lain.
[33] – Surah Al-Hajar: 9.
[34] - Surah Fushilat  41:42.
[35] - Ahmad bin Khalid Al-Barqi: Dari Ayub bin Al-Hajar berkata: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Segala sesuatu kembali kepada kitab Allah dan As-Sunnah, dan Semua Hadits tidak secocok (muafakat) dengan kitab Allah adalan hiasan), dan dari Kulaib bin Muawiyah al-Asadi, dari Abi Abdillah (as) berkata: (Jika datang kepada kamu Hadits dari kami tidak membenarkan kitab Allah adalah palsu), dan dari Ibn Abi Amir, dari Al-Hishamain, dan semua yang lain dari kedua mereka, berkata: ucapan Rasulullah (sawas) berkata: (Wahai manusia, apa yang datang kepada kamu dariku secocok kitab Allah maka akulah mengatakannya, dan apa yang datang kepada kamu bertentangan Al-Quran maka aku tidak mengatakannya), dan Ayub, dari Abi Abdillah (as) berkata: Rasulullah (sawas): (jika Hadits kamu dariku dengan Hadits yang sepadan dan ahnahu (أهنأه) dan mudah serta ada petunjuk dan secocok dengan Kitab Allah maka akulah yang mengatakannya, dan jika tidak secocok Kitab Allah maka bukan aku yang mengatakannya) Al-Mahasin Li Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Barqi: Jilid 1 halaman 220.
[36] - Musnad Ahmad:  Jilid 1 halaman 7, Sunan Ibn Majah Jilid 1 halaman 49, Fadhail Sahabah: halaman 46, dan dalam: Ratban Bidal Ghadan. Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 2 halaman 227, Sunan al-Kubra: Jilid 1 halaman 452, Majma’a: Jilid 9 halaman 287, dan lain-lain.
[37] - Musnad Ahmad: Jilid 6 halaman 414, Fath al-Bari: Jilid 9 halaman 44, Tarikh Dimasyq: Jilid 33 halaman 138, Sir A’lam Al-Nibala: Jilid 1 halaman 486.

Masalah mendedahkan bacaan muktamad Ibn Mas’ud dalam mengumpul Al-Quran diriwayatkan sehingga dalam Sahih Bukhari: Syaqiq bin Salamah berkata: (Berkhutbah kepada kami Abdullah bin Masood, katanya: “Demi Allah aku telah mengambil dari mulut Rasulullah (saw) tujuh puluh lebih surah, demi Allah para sahabat Nabi (saw) telah mengetahui bahwasanya aku termasuk orang yang paling paham tentang Al-Qur’an diantara mereka dan aku bukanlah yang terbaik diantara mereka”, Syaqiq berkata,  “Akupun duduk di halaqah untuk mendengarkan apa yang mereka katakan, maka aku tidak mendengar ada seorangpun yang membantah hal itu yang berkata selain perkataannya.” Sahih Bukhari: Jilid 6 halaman 102 Bab al-Qurra’....
[38] - Abi Dawud Thiyalasi halaman 54, Tafsir Ibn Kathir: Jilid 1 halaman 433, Al-Tabaqat Al-Kubra Jilid 2 halaman 342.
[39] - Al-Bukhari dan Muslim dengan Sanad Keduanya: Dari Ibn Abbas, berkata: ucapan ‘Umar ibn al-Khattab berkhutbah selepas balik Haji pada Haji terakhirnya, di mana beliau berkata: Allah mengutus Muhammad (saw) dengan haq dan menurunkan kepadanya Al-Kitab dan adalah dengan itu oleh Allah telah menurunkan Ayat Rajam, maka kami membacanya dan mengingatnya dan melihatnya, maka Rasulullah (saw) merejam dan kami merejam selepasnya. Saya bimbang setelah berlalu beberapa ketika akan ada orang yang berkata: “Demi Allah, tidak terdapat Ayat Rajam dalam Kitab Allah niscaya mereka akan menyesatkan dengan meninggalkan yang diwajibkan Allah. Musnad Ahmad: Jilid 1 halaman 55, Sahih Al -Bukhari: Jilid 8 halaman 25, Sahih Muslim: Jilid 5 halaman 116, Sunan Ibn Majah: Jilid 2 halaman 853, Sunan Abu Daud: Jilid 2 halaman 343, dan lain-lain.

Dan dikeluarkan Shan'aani dalam Musnaf: Dari Ibn Abbas, beliau berkata: ' Umar ibn al-Khattab memanggilnya, maka diseru: akan solat berjamaah dan kemudian pergi ke mimbar memuji Allah dan menyanjungNya, dan kemudian berkata: “Wahai manusia, tidak dibolehkan ayat rajam, kerana ayat diturunkan di dalam kitab Allah dan kita membacanya, tetapi aku mencari dalam al-Quran kebanyakannya bersama Mohammad: Al-Musnaf Jilid 7 halaman 33, Kanz al-Amal: Jilid 5 halaman 431, Al-Dar Al-Manthur: Jilid 5 halaman 179.

Al-Bukhari meriwayatkan: dari Umar katanya, (Kalaulah tidak kerana orang akan mengatakan ‘Umar menambah di dalam kitab Allah’ nescaya aku akan menulis ayat rejam) Sahih Bukhari Jilid 8 halaman 113, ‘Amadah al-Qari Li al-‘Aini: Jilid 24 halaman 247.
Ini bermakna bahawa Umar mengatakan Al-Quran tidak lengkap, kerana tidak wujud ayat rejam di dalamnya, dan tidak berkata kata-kataNya telah disalin di dalam kitab; kerana ingin menulisnya, tetapi takut dikata orang. Jadi kata Zarkasyi dalam keterangannya dalam Kitabnya Al-Burhan, berkata: (Kalaulah tidak kerana orang akan mengatakan.... hingga akhir, bahawa menulisnya itu boleh, tetapi yang menghalangnya ialah dikata orang, dan boleh pada dirinya dari luar untuk menghentikannya jika boleh itu adalah perlu untuk ditetapkan; kerana kemahuannya adalah menulisnya) Al-Burhan Zarkasyi: Jilid 2 halaman 36, Al-Itqan Fi ‘Ulum al-Quran Al-Suyuti: Jilid 2 halaman 69.

Dan diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Bukhari: dari ‘Umar, beliau berkata: “Sesungguhnya kami pernah membaca apa yang kami baca didalam Kitabullah: (Janganlah kamu membenci bapak-bapak kamu. Sesungguhnya hal itu adalah kekufuran bagi kamu dengan membenci bapak-bapak kamu Atau kekufuran bagi kamu dengan kamu membenci bapak-bapak kamu)... ) Musnad Ahmad: Jilid 1 halaman 47, Bukhari Jilid 8 halaman 26.

Ini bermakna ‘Umar mengatakan bahawa kurang (tidak lengkap) ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada Al-Habib Muhammad (sawas).

Dalam Sahih Muslim: Jilid 3 halaman 100, Bab Takhuf Ma Yakhruj Min Zahrah Al-Dunia:... dari Sawid bin Said, diriwayatkan dari Ali bin Mashar, dari Daud, dari Abi Harb ibn Abi Al-Aswad, dari bapanya, beliau berkata: (Abu Musa al-Asy'ari dihantar untuk membaca Al-Quran kepada penduduk Basrah. Mereka datang kepadanya dan mereka tiga ratus orang bilangannya. Mereka membaca al-Quran dan beliau berkata: Kamu adalah yang terbaik di kalangan penduduk Basrah, untuk kamu membaca Al-Quran di kalangan mereka. Jadi terus membacanya. Tetapi janganlah bacaan kamu berlama-lama yang akan mengeraskan hati kamu seperti keras hati orang-orang sebelum kamu. Kami pernah membaca satu surah yang sama panjangnya dan bersangatan pada (Surah) Bara'ah . Saya telah lupa akannya melainkan bahagian ini yang masih saya mengingatinya: "Jika ada dua lembah penuh dengan kekayaan, bagi anak Adam, dia akan mencari lembah yang ketiga, dan tiada apa yang akan memenuhi perut anak Adam selain tanah. " Dan kami juga membaca satu surah yang menyerupai salah satu daripada surah-surah al-Musabbihah (Surah-surah yang diawali dengan sabbaha)  dan saya lupa , melainkan bahagian ini yang masih saya mengingatinya: " Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan dan "yang dicatatkan sebagai saksi pada leher kamu dan kamu akan ditanya mengenainya pada hari kiamat "

Sahih Muslim: Jilid 2 halaman 112, Bab Dalil bagi mereka yang berkata Solat Al-Wusthta iaitu Solat Asar: Dari Zaid bin Aslam dari Qa’qaa’ bin Hakim, dari Abu Yunus Maula Aisyah, beliau berkata: (“Aku mengarahkan Aisyah untuk menulis salinan Al-Quran, dan berkata: Jika kamu sampai ayat ini berbunyi [حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ] peliharalah solat-solat dan Solat Al-Wustta, dan apabila dia sampai bunyi seperti itu maka ditentukan atasku: [حافظوا على الصلوات والصلاة الوسطى وصلاة العصر وقوموا لله قانتين] - Peliharalah semua shalat(mu), shalat Wustta dan shalat Al-‘Ashar. Berdirilah untuk Allah dengan khusyu', Aishah berkata: aku mendengar dari Rasulullah (saw).”

Dalam Shahih Ibn Hibban: Jilid 10 halaman 273, dan Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 2 halaman 415: (...Ubay ibn Ka'ab (ra), berkata: Surah Al-Ahzab bersamaan Surah Al-Baqarah yang mana “Lelaki yang sudah menikah dan perempuan yang sudah menikah apabila mereka masing-masing berzina, maka rajamlah sampai mati.”), Al-Hakim berkata: Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkannya (oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim).
         
Dalam Shahih Ibn Hibban: Jilid 10 halaman 274, Zar bin Habaish, berkata: (diterima Ubay ibn Ka'ab, Aku berkata kepadanya, “Bahawa bin Mas’ud telah keluarkan Al-Mu'auwizhatain dari Al-Musahif (Al-Quran),” dan mereka berkata “Bahawa kedua-duanya bukan dari Al-Quran, karena itu janganlah kamu mengadakan padanya apa yang bukan daripadanya,” beliau berkata: “Bapa aku berkata bagi Rasulullah saw, bersabda kepada kami”: kami bertanya, “berapa banyak menurut perhitunganmu ayat dari Surah Al-Ahzab?” Sabdanya: aku berkata: “tujuh puluh tiga,” kata ayahku dan yang bersumpah dengannya yang seimbang dengan Surah Al-Baqarah, dan Kami telah membaca ayat Rajam [الشيخ والشيخة فارجموهما البتة نكالا من الله والله عزيز حكيم - Lelaki yang sudah menikah dan perempuan yang sudah menikah apabila mereka masing-masing berzina, maka rajamlah sampai mati, sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.]).

Dalam Majmuk Al-Zawaid Al-Haitsami: Jilid 7 halaman 28, Surah Baraah: dari Huzhaifah berkata: (Surah al-Taubah yang kamu panggil adalah Surah al-‘Azab dan apa yang dibaca darinya, hanyalah yang kita baca satu perempat sahaja ) Al-Thabrani Fi Al-Ausath Wa Rijalahu Tsiqat.

Dalam Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 2 halaman 330-331, Dari Huzhaifah (ra) dia berkata: (Hanya membaca suku sahaja iaitu Surah Baraah dan kamu memanggilnya Surah Taubat ia adalah Surah al-‘Azab) Al-Hakim berkata: Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkannya (oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Dan begitu banyak lagi Hadith-hadith mengenainya yang memakan ruang untuk ditinjau.
.
[40] – Riwayat Al-Shaffar di dalam Bashair Al-Darajat: Dari Salim bin Abi Salamah berkata: “Telah membaca seorang lelaki pada Abi Abdillah (as) dan aku mendengar huruf-huruf dalam Al-Quran yang tidak pernah orang membacanya, kata Abi Abdillah (as): (Diam kamu!, berhenti membacanya, bacalah seperti orang lain membacanya sehingga bangkit al-Qaim, jika dia bangkit, dia akan membaca kitab Allah mengikut batasnya dan mengeluarkan Mushaf (Al-Quran) yang ditulis oleh Ali (as), dan dia berkata: “Ali (as) telah mengeluarkannya kepada orang-orang ramai setelah beliau selesai menulisnya,: beliau berkata kepada mereka: “Ini adalah kitab Allah seperti yang Allah turunkan kepada Muhammad, telah dikumpulkan dari lembaran-lembaran,” mereka berkata, “Ini di sisi kami adalah Mashaf kami di mana terkumpul di dalamnya Al-Quran, kami tidak memerlukannya,” beliau berkata: “Bahawa demi Allah kamu tidak akan melihatnya selepas hari ini selamanya, Sesungguhnya aku (Ali) memberitahu kamu apabila disusun (terkumpul) untuk kamu membacanya .“) Bashair Al-Darajat: halaman 213, Mustadrak Al-Wasail: Jilid 4 halaman 226, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 88.
[41] - perkataan ini timbul dalam sebahagian salinan Masa’il Al-Sururiyah.
[42] - dan juga seperti yang dinyatakan dalam sebahagian salinan Masa’il Al-Sururiyah: halaman 79, dan dalam Bihar Al-Anwar Jilid 89 halaman 47, dan dalam Tafsir Al-‘Iyasyi: Jilid 1 halaman 13, dari Daud Bin Farqad yang menceritakan padanya, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata (Jika kamu boleh membaca Al-Quran seperti yang diturunkan bagi yang kami dapati dan memanggilnya.” kemudian beliau menyebut selepasnya sebuah hadis: Maka katanya, “dan telah berkata Sa;id bin Al-Hussein Al-Kindiy, dari Abu Jafar (as) selepas memanggilnya: (seperti yang dinamakan sebelum kami) dan dari: Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 55.
[43] - dan juga dalam Masa’il Al-Sururiyah: halaman 79, dan dalam Tafsir Al-‘Iyasyi: Jilid 1 halaman 9: Dari Abu Al-Jaarud, berkata: Aku mendengar Aba Jafar (AS) berkata: (Al-Quran diturunkan dengan empat sukuan, seperempat untuk kami, dan seperempat hal musuh, dan seperempat untuk Fardhu-fardhu dan Hukum-hukum, dan seperempat hal perjalanan (hidup) dan perumpamaan, dan bagi kami kemuliaan Al-Quran), dan diriwayatkan oleh Furat ibn Ibrahim, dari Al-Ashbagh bin Nabatah, dari Amirul Mukminin Ali (as) kata-kata ini: (Al-Quran terdiri dari empat sukuan, seperempat untuk kami, dan seperempat hal musuh kami, dan seperempat untuk Fardhu-fardhu dan Hukum-hukum, dan seperempat hal Halal dan Haram, dan bagi kami kemuliaan al-Quran) Tafsir Furat Al-Kufi halaman 46, juga diriwayatkan oleh al-Nu'man Al-Maghribi Amirul Mukminin (as) kata-kata ini: (Al-Quran terdiri dari empat sukuan, seperempat untuk kami, dan seperempat hal musuh kami, dan seperempat hal sirah (perjalanan hidup) dan perumpamaan, dan seperempat untuk Fardhu-fardhu dan Hukum-hukum, dan bagi kami kemuliaan al-Quran) Syarah Al-Akhbar: Jilid 3 halaman 11.
[44] - Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 74.
[45] - Musnad Ahmad: Jilid 7 halaman 1:00, Sunan Ibn Majah: Jilid 1 halaman 49, Fadhail Al-Sahabah: halaman 46, dan dalam mana: Rathiban Bidal Ghadhan. Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 2 halaman 227, Al-Sunan Al-Kubra: Jilid 1 halaman 452, Majmuk Azawaid: Jilid 9 halaman 287, dan lain-lain.
[46] – Surah Al-Insyiqaq: 19.
[47] - Musnad Ahmad: Jilid 5:00 340, Sunan al-Tirmizhi: Jilid 3 halaman 321, Al-Mustadrak Al-Hakim: Jilid 4 halaman 445, Majmuk Azawaid: Jilid 7 halaman 261, TuhfahAl- Ahwazhi: Jilid 6 halaman 339, dan lain-lain, dan diriwayatkan Al-Khassah, Falahidz: Al-Yaqin Li Ibn Thauwus: halaman 339, ‘Ilal Al-Syara’ei’ (Syara’ei3): Jilid 1 halaman 245, Kamal al-Din: halaman 481, Al-Ihtijaj: Jilid 1 halaman 151, Ghaiyah Al-Maraam: Jilid 2 halaman 120 dan Jilid 6 halaman 179, Bihar Al-Anwar: Jilid 22 halaman 387, dan lain-lain.
[48] - Sheikh Kulayni meriwayatkan: dari Zaraarah, dari Abi Jafar (as) pada mengatakan Firman Yang Maha Tinggi:
﴿لَتَرْكَبُنَّ طَبَقاً عَن طَبَقٍ﴾ - sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat  (dia berkata: (Wahai Zaraarah, atau tidak melalui umat ini selepas Nabinya tingkat demi tingkat dalam perintah Si Fulan, Si Fulan dan Si Fulan ) [84:19] Al-Kafi: Jilid 1 halaman 415.
[49] - diriwayatkan Al-Kulayni dan Al-Shafar: Dari Abi Basir, dari Abi Ja’far (as) bahawa dia membaca ayat ini:
﴿بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ﴾
Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. [29:49] dan kemudian berkata: (“Wahai Aba Muhammad, dan demi Allah apa yang Tuhan firmankan itu terhimpun dalam mushaf Al-Quran”, aku berkata: Siapakah mereka ,aku jadi tebusan tuan? Dia berkata: Sesiapa pun boleh jadi selain kami?”) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 214, Bashair al-Darajat: halaman 225, Wasail al-Syiah Tab’ah Aali al-Bait (as): Jilid 27 halaman 180, Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 201. Dan dari Jabir berkata: Aku mendengar Abu Jafar (as) berkata: (tidak seorangpun yang mengatakan bahawa pengumpulan Al-Qur'an semuanya sepertimana ia diturunkan Allah melainkan pendusta, dan tidak mengumpulnya dan tidak memeliharanya (hafidzahu) sebagaimana yang diturunkan Allah kecuali Ali bin Abi Talib dan para Imam selepasnya ) Bashair al-Darajat: halaman 213, Bihar Al-Anwar beliau Jilid 89 halaman 88.
[50] - Surah Fushilat: 42.
[51] – Al-Suyuthi menyebut dalam kitab Al-Itqan Fi ‘Ulum Al-Quran: dari Al-Diyar Fi Fawaidah, diriwayatkan dari, Ibrahim ibn Yasar, dari Sufian bin ‘Aiyinah, dari Al-Zahri, dari ‘Ubaid, dari Zaid ibn Tsabit berkata: “Nabi (sawas) tidak menyimpan Quran dan mengumpul pada sesuatu. Berkata Al-Khithabi” “Sesungguhnya  (baginda (saw)) tidak mengumpul Al-Quran dalam Mushaf (lembaran-lembaran) Oleh kerana memerhati para penulis menyalin sebahagian hukum-hukumnya atau bacaannya itu, dan setelah terhenti turunnya dengan kewafatan baginda diilhamkan Allah kepada Khalifah Ar-Rasyidin memenuhi janji ikhlas dan memastikan keelamatkan umat ini, telah bermula di tangan penguasa Al-Shiddiq dengan kerjasama (mesyuarat) ‘Umar. Jilid 1 halaman 160.

Dan di dalam kitab yang sama: dari Ibn Asytah dalam Al-Mashahif dari Al-Laits bin Saad berkata: “Yang pertama mengumpul al-Quran Abu Bakar dan ditulis oleh Zaid - dan orang-orang telah datang kepada Zaid bin Tsabit - tidak ditulis ayat melainkan dengan kesaksian keadilan, dan akhir Surah Barraah tidak dapat (ditulis) hanya dengan Abi Khuzaimah binTsabit. Beliau berkata: “Untuk menulisnya maka Rasulullah Allah (saw) melantik saksinya, dengan kesaksian dua lelaki untuk penulisan. Dan ‘Umar sampai pada ayat rajam tidak metuliskannya kerana dia seorang diri. Jilid 1 halaman 163.

Dan Riwayat Al-Bukhari: Dari Zaid bin Tsabit (ra), dia berkata: Abu Bakar menghantar (tentera) untuk memerangi penduduk Al-Yamamah, apabila ‘Umar bin al-Khattab bersamanya, telah berkata Abu Bakar (ra): “bahawa Umar datang kepadaku,” dan berkata: “sesungguhnya pembunuhan telah memanas di kalangan penduduk Yamamah yaitu terhadap para pembaca Al-Qur’an dari kalangan kaum muslimin dan aku khawatir kalau pembunuhan terhadap para pembaca Al Qur’an itu akan memanas di berbagai tempat sehingga akan banyak Al Qur’an yang hilang tanpa, dan aku melihat bahawa perintah itu untuk mengumpul Al-Quran,” aku berkata kepada ‘Umar: ““Bagaimana aku melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam?” Maka Umar menjawab, “Demi Allah itu suatu hal yang baik“. Beliau selalu mengulangi hal itu hingga Allah melapangkan dadanya. Abu Bakar terus memanggil Zaid bin Tsabit lalu berkata sambil didengar oleh Umar, “Sesungguhnya kamu seorang pemuda yang berakal dan kami tidak mensyakimu. Kamu juga sering menulis wahyu daripada Rasulullah s.a.w..Carilah dan kumpullah ayat-ayat al-Quran.” maka Zaid berkata, “Demi Allah aku telah terbebani untuk memindah gunung ke satu gunung lainnya, bagaimana aku melakukan suatu hal yang Rasul SAW tidak melakukannya?” Maka Abu bakar menjawab, “Demi Allah itu suatu hal yang baik“. Abu Bakar terus mengulangi hal itu hingga Allah melapangkan dadaku sebgaimana Allah telah melapangkan dada Umar dan Abu Bakar (ra)“. “Akupun bergegas mencari al-Quran dan mengumpulnya daripada pelepah kurma, batu-bata dan dada manusia.
Sehingga akau sampai Surah Taubah bersama Abi Khuzaimah Al-Ansari Aku tidak temui selain [لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حتى خاتمة براءة] [Surah Taubah 9:128] 

Mushaf yang terkumpul itu berada dalam tangan Abu Bakar sehingga beliau wafat. Kemudian dipegang oleh Umar sepanjang hayatnya. Kemudian dipegang oleh Hafsah (ra).” Sahih Bukhari: Jilid 6 halaman 98, dan lihat Fath al-Baari oleh Ibnu Hajar: Jilid 9 halaman 13 Bab Jama’ Al-Quran, diterangkan dalam Tafsir Al-Quran oleh Al-Khoie, Al-Quran Fi Al-Islam dan Tafsir Al-Mizan: Jilid 12 oleh Al-Thabathabaei, penyelidikan dalam sejarah Al-Quran dan Ilmu-ilmunya oleh Mir Muhammadi Zurandiy, Tadwin al-Quran oleh Kuraaniy, dan lain-lain.
[52] - Bashair al-Darajat: halaman 213, Al-Mustadrak Al-Wasail: Jilid 4 halaman 226, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 88, Ushul Al-Kafi Jilid 2 halaman 633.
[53] - Riwayat Sheikh Shaduq dalam Al-Amali: dari Abi Abdillah al-Sadiq (as), beliau berkata: (Adalah Iblis ( laknat Allah) menembusi Langit Ketujuh, dan apabila dilahirkan Isa (as) dia terhijab tiga Lelangit, dan ia menembusi empat Lelangit, dan apabila Rasulullah (sawas) dilahirkan dia terhijab kesemua tujuh-tujuh Lelangit, dan dilontarkan Syaitan dengan bintang-bintang, berkata Quraish: “Inilah berlakunya As-Saah yang kita dengar ahli Kitab menyebutkannya,” dan berkata ‘Amr bin Umaiyyah, “Dan adalah Azjar golongan jahiliah: Melihat bintang petunjuk kepada mereka, untuk mengetahui musim-musim bagi mereka, musim sejuk dan musim panas jika berlaku pergerakan musnahlah segala-galanya, walaupun ia terbukti dengan lontaran (pergerakan) itu sesuatu yang lain berlaku. berhala menjadi berubah semuanya pada pagi kelahiran Rasulullah (sawas) jatuh dari tempatnya dalam keadaan bersujud (mukanya) tersembam di lantai, Ketika malam kelahiran Rasulullah (sawas) bergoncang istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung serta padam api yang disembah oleh penganut Majusi Negeri Parsi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun dan kering Tasik Sawah (Tasik Sava sebuah tempat di negeri Parsi), di mana seorang Pendita Majusi yang bijaksana bermimpi unta-unta yang tidak ditunggangi, diekori belakangnya oleh kuda-kuda arab merentasi sungai Dajlah dan bertebaran keseluruh pelusuk negerinya.
         
Penyebaran cahaya di waktu malam dari Hijaz sebelum itu sudah memancar sehingga sampai ke Timur, telah meninggalkan tempat tidur rahsia untuk raja raja-raja di dunia tetapi telah menjadi tertinggi, dan Raja Mukharsa tidak bercakap hari itu , Dan meraih bendera para pendeta, dan pahlawan pesona ahli-ahli sihir, Tidak akan ada lagi Pendeta Arab, kerana ditutup dari pemiliknya,  dan bagaimana agungnya Arab Quraish, dan dinamakan (keluarga) Aal Allah Azza Wa Jalla).

Berkata Abu Abdillah al-Shadiq (as): (Sesungguhnya  dinamakan (keluarga)  Aali Allah Azza Wa Jalla kerana mereka berada dalam Bait Allah Al-Haram Berkata Aminah: “Anak aku demi Allah jatuh menelekuk ke tanah dengan tangannya, kemudian mengangkat kepala ke langit melihatnya,
dan kemudian cahaya aku bersinar, menyinari segala-galanya, aku dengar dalam cahaya itu dengan berkata berkata: Bahawa kamu dilahirkan penghulu manusia namakanlah Muhammad, dan aku membawa Abdul Mutallab melihatnya telah memahami apa yang dikatakan ibunya, dia pergi dan meletakkannya di pangkuannya, dan kemudian berkata:
الحمد لله الذي أعطاني      هذا الغلام الطيب الأردان
قد ساد في المهد على الغلمان
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada ku - Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatny a- Kebaikannya itu telah mengatasi anak-anak seluruh alam.

dia mempersona rukun-rukun Ka'bah, Dan katanya dalam syair. Katanya, beliau menjerit Iblis (laknahu Allah) dalam keiblisannya, mereka berkumpul bersama-sama beliau, mereka berkata: “Apa yang ditakutkan Ya Tuan Kami? Beliau berkata kepada mereka: “Celakalah kamu, telah ingkar langit dan bumi padaku sejak malam, telah terjadi di bumi kejadian agung sejak diangkat Isa Ibn Mariam, Keluarlah dan lihatlah apa peristiwa yang telah berlaku ini, Setelah porak peranda berkumpul semula, mereka berkata: Apa yang kita dapat?, Iblis berkata, aku dalam perkara ini. akan berkubang di dunia, terus sehingga berakhir ke al-Haram, dan tempat (al-Haram) terdapat lindungan penuh malaikat yang keluar masuk, maka mereka menjeritnya kembali, dan kemudian bertukar menjadi seperti - burung – terbang memasuki Hira, Jibril berkata kepadanya: “di belakang kamu, Allah Laknat kamu. Dia berkata kepadanya: “Satu pertanyaan wahai Jibril, apakah peristiwa yang telah berlaku sejak malam di bumi?” Jibril menjawab: “Kelahiran Muhammad (sawas). Dia berkata kepada Jibril: Bolehkah aku cuba nasib? Jibril berkata: “Tidak.” Dia berkata lagi: Ummatnya? Jibril berkata: “Ya.” Dia pun berkata: “Setuju.” ) Amaliy Al-Sheikh Al-Shaduq: halaman 360.
[54] - lihat Al-Kafi, Halabi: halaman 76, Al-Iqtishad Al-Sheikh Thusi: halaman 179, Bihar Al-Anwar: Jilid 17 halaman 363 Babmukjizat Nabi (sawas), Sahih Bukhari Jilid 4 halaman 186.
[55] - Surah Ar-Ra’d: 31.
[56] - Riwayat Sheikh Kulayni: dari Muawiyah bin Ammar, Abi Abdillah (as) berkata: (Jika membaca al-Fatihah tujuh puluh kali ke atas mayat dan kemudian menerima Roh ia adalah sesuatu yang ajaib) cukup: Jilid 2 halaman 623, Al-Dakwah, Al-Qutthb Al-Din Al-Ruwandi: halaman 188.
[57] - Riwayat Sheikh Nu’mani dalam Al-Ghaibah: Dari Abdullah bin Hamad al-Ansari, dari Muhammad bin Ja'far bin Muhammad, daripada bapanya (as), beliau berkata: (Jika bangkit al-Qaim diutus di daerah di bumi di setiap daerah seorang lelaki berkata: “Janji diberi padamu, apabila kata atas kamu suatu perintah yang tidak difahami dan tidak diketahui ketentuannya, maka lihatlah apa yang diberi dan kerja kamu,” beliau berkata, “Hantar tentera ke Konstantinopel, jika sampai ke Teluk, tulis sesuatu kepada mereka, dan berjalanlah di atas air, jika melihat mereka itu akan Rom, maka berjalanlah di atas air,” mereka berkata, “Itulah sahabat (orang) yang berjalan di atas air, bagaimana pula? Apabila terbuka kepada mereka pintu-pintu bandar, masuklah, hukumlah menurut apa yang mereka kehendaki.”) Kitab Ghaibah Al-Nu’mani: halaman 334, Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 365, Ilzam Al-Nashib Fi Itsbat AL-Hujjah Al-Ghaib: Jilid 3 halaman 251, Mukiyal Al-Makarim: Jilid 1 halaman 130.
[58] - Surah Al-Isra: 88.
[59] - Surah Al-Baqarah: 255.
[60] - yang disebut dalam jalan yang lurus: Berkata Ibn Syahri Asyub: Aku mendengar perbualannya (as) bersama Ibn Abbas mengenai Ba - ب pada Bismillah hingga hampir subuh dan berkata: (jika malam kita panjang perbualan kita panjang) Al-Shirath Al-Mustaqim oleh Ali bin Yunus Al-‘Aamiliy: Jilid 1 halaman 219.
[61] - Surah Al-Maidah: 82-83.

[62] - Surah Al-Fatir: 22.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan