Penyelewengan Umat Islam
Dari Jalan Yang Lurus
الانحراف
في الأمة الإسلامية عن الصراط المستقيم
Yang Maha Tinggi
Berfirman:
بسم الله الرحمن
الرحيم ﴿ الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ
لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ
اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ * أَمْ حَسِبَ
الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ *
مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ
السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ
اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ﴾
Dengan nama Allah, Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. * Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia
menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami
beriman", sedang mereka tidak diuji? * Dan demi sesungguhnya! Kami telah
menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata
pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. * Bahkan patutkah
orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari
azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. * Sesiapa yang percaya
akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan
oleh Allah itu akan tiba; dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. * Dan sesiapa yang berjuang maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang
untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian
makhluk. [Surah Al-Angkabut 29:1-6.].
Penyelewengan dari jalan
yang lurus tidak dapat dielakkan berlaku pada umat Islam, sama ada dalam
Aqidah-aqidah (al-‘Aqa’id) atau Hukum Syari’at (Al-Ahkam wa as-Syari’ah):
﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ
لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً﴾
("Sunnatullah"
(peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak
akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. [Surah
Al-Fath 48:23],
﴿لَتَرْكَبُنَّ
طَبَقاً عَنْ طَبَقٍ﴾
Sesungguhnya
kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya,
[Surah Al-Iinsyiqaq 84:19]
وقال رسول الله (ص): (والذي نفسي بيده
لتركبن سنن من كان قبلكم حذو النعل بالنعل والقذة بالقذة، حتى لا تخطئون طريقهم
ولا يخطئكم سنة بني إسرائيل)
Rasulullah
(sawas) bersabda: (Demi Yang diriku ditanganNya dan Sesungguhnya kamu akan ikut
cara golongan sebelum kamu contoh setapak demi setapah Dan langkah demi
langkah, Sehingga mereka merasa tidak berdosa dengan cara mereka, tidak
sesat seperti sunnah (cara) Bani Israil,) [27].
Pengajaran daripada riwayat di atas yang pertama perkara yang akan dilakukan Mahdi (as) apabila ia muncul dan bangkit adalah mengubah penyelewengan ini , mengembalikan semula umat dengan sungguh-sungguh ke jalan lurus, dan mendirikan semula Islam seperti diajarkan pada zaman Rasulullah (sawas), selepas huruf-huruf (ajaran) Aimmah disesatkan oleh As- Samiriyah.
Pengajaran daripada riwayat di atas yang pertama perkara yang akan dilakukan Mahdi (as) apabila ia muncul dan bangkit adalah mengubah penyelewengan ini , mengembalikan semula umat dengan sungguh-sungguh ke jalan lurus, dan mendirikan semula Islam seperti diajarkan pada zaman Rasulullah (sawas), selepas huruf-huruf (ajaran) Aimmah disesatkan oleh As- Samiriyah.
عن أبي بصير، قال: قال الإمام الصادق (ع):
(الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء. فقلت: اشرح لي هذا
أصلحك الله. فقال (ع): يستأنف الداعي منّا دعاء جديداً كما دعا رسول الله (ص))
Dari Abu Basir, berkata:
Imam Ash-Shadiq (as): “Islam dimulai sebagai sesuatu yang asing (ghariban) dan
akan kembali asing sebagaimana mulanya
diberkati (beruntung) bagi yang asing.” Aku berkata: “Jelaskan kepadaku yang
diislahkan Allah, “Dia (as) berkata: “Akan dibuka kembali dakwah dari kita seru
(dakwah) baru seperti yang diseru Rasulullah (sawas).”
[28]..
Dan dari Ash-Shadiq
(as), beliau berkata: “Dikerjakan - iaitu al-Qaim - apa yang dikerjakan
Rasulullah (sawas), Akan dipadam apa yang datang sebelum beliau sebagaimana
Rasulullah (sawas) memadamkan urusan Jahiliyah, Islam diperbaharui semula.”
[29]..
وعن ابن عطاء، قال: (سألت أبا جعفر الباقر (ع) فقلت: إذا قام القائم
(ع) بأي سيرة يسير في الناس؟ فقال (ع): يهدم ما قبله كما صنع رسول الله (ص)،
يستأنف الإسلام جديداً)
Dan dari Ibn 'Ata' ,
bertanya: “Aku bertanya kepada Aba Jafar al-Baqir (as) dengan kataku, Jika
al-Qaim (as) bangkit, sirah (perjalanan hidup) siapa yang diikutinya?” Dia (as)
berkata: “Beliau menggantikan apa yang sebelumnya sebagaimana dikerjakan
Rasulullah (sawas), Islam diperbaharui semula.” [30].
عن الباقر (ع)، قال: (إذا قام قائمنا دعا الناس إلى أمر جديد كما دعا
رسول الله (ص)، وإنّ الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ، فطوبى للغرباء).
Dari Al-Baqir (as) ,
beliau berkata: (Apabila Qaim kita bangkit dia akan menyeru manusia perintah
yang baru sebagaimana seruan Rasulullah (sawas), dan bahawa Islam bermula
sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah
orang-orang asing. [31].
Dan mungkin ada yang
menyangka bahawa ia adalah penyelewengan yang jauh dari As-Sunnah, kerana
mereka meninggalkan dari berpegang dengan Aali An-Nabi (keluarga Nabi) Imam dua
belas (as), yang akibatnya membawa mereka kepada penyelewengan pada kedua-dua
Aqidah atau Hukum-hakam, tetapi hakikat bahawa hadits-hadits dan riwayat dari
Ahli Bait Nabi (Shalawatu Allah ‘alaihim) sebagai penunjuk penyelewengan masyarakat
yang batil sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as), seperti mana perselisihan dalam
Aqidah atau Hukum-hukum Syariah dan di kalangan ulamak Islam, sama pada
kedua-dua Sunnah dan Syiah, atau di antara para ulamak sendiri pada setiap
firqah masing-masing.
Untuk itu, perlu
diketahui masalah berlakunya perselisihan (khilaf) di antara para Ulamak
Muslimin, walaupun secara ringkas, supaya tidak terlepas atau tidak berfungsi esok
apabila kemunculan Imam Mahdi (as) akan menjadi mangsa mudah kepada salah satu
imam-imam sesat As-Samiriyah, - mempengaruhi kita - kerana kejahilan kita tentang
hakikat-hakikat - musuh-musuh Imam Mahdi (as) dan kita fikir kita berada di
jalan yang lurus dan kita melakukannya dengan baik. Dengan itu berikut saya
akan cuba paparkan sebahagian daripadanya, secara ringkas, dan mungkin
keseluruhannya, Semoga Allah melimpahkan taufiqNya.
✡✡✡✡✡
----------------
[24] – Surah Al-Angkabut
29:1-6.
[25] - Surah: A-Fath
48:23.
[26] - Surah
Al-Iinsyiqaq 84:19.
[27] – Tafsir
Al-‘Ayashi: Jilid 1 halaman 304, Tafsir Al-Shafi: Jilid 2 halaman 26, Bihar
Al-Anwar Jilid 13 halaman 180.
[28] - Tafsir Al-‘Ayashi:
Jilid 1 halaman 303, Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 337, Bihar Al-Anwar Jilid 52
halaman 366.
[29] - Ghaibat
Al-Nu’maani: halaman 236 Cukup Mudah Khilaf, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman
353.
[30] - Ghaibat
Al-Nu’maani: halaman 238, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 354.
[31] - Ghaibat
Al-Nu’maani: halaman 336, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan