Halaman

Rabu, 26 Mac 2014

Tajalli Al-Uluhiyah dalam Penciptaan untuk Penciptaan

Tajalli Al-Uluhiyah dalam Penciptaan untuk Penciptaan
تجلي الألوهية في الخلق للخلق


Ketuhanan Al-Uluhiyah adalah seperti Al-Rububiyah [1] , kerana makna Tuhan (الرب - al-Rab) adalah pengurus (المربي - al-Murabbi), kemudian Tuhan (الإله - al-Ilah) adalahيؤله   - berpaling padanya, supaya dia boleh mengatasi kekurangan dan mencapai kesempurnaan. Dan hanya sebagai,ar-Rab boleh dikatakan seumpama bapa pada anak-anaknya, kerana dia adalah Rab - tuan keluarga, kita akan dapati hubungannya dengan anak-anaknya adalah apa yang dia curahkan kepada mereka, oleh itu, mungkin sifat al-Ilah boleh diberikan kepada bapa, apabila apa yang dicari dari hubungan dengan anak-anaknya, yang meminta darinya. Oleh itu, shurah Lahut (imej Tuhan) boleh diberikan kepada orang-orang yang istimewa dari Nabi-Nabi Allah dan Rasul-Nya yang benar-benar adalah صورة الله  - imej Allah SWT dalam Penciptaan.


--------------------
[1] Kedua-duanya (Al-Uluhiyah, Al-Rububiyah) memperkatakan hubungan di antara yang kaya dan yang fakir, antara yang sempurna dan yang serba kurang, memenuhi yang fakir dan menyempurnakan yang serba kurang. Tetapi perbezaannya adalah bahawa: Al-Rububiyah melihat dari atas ke bawah, yang bererti, dari yang kaya sempurna kepada fakir yang serba kurang dari Al-Murabbi (الرب - pengurus) kepada, Al-Murbaa (atau المربوب - yang diurus).



Bagi Al-Uluhiyah, adalah secara terbalik, bermakna dari bawah ke atas, dari fakir yang serba kurang kepada yang kaya sempurna, daripada yang berpaling kepada al-Ilah tempat berpaling. Jadi Al-Rububiyah menunjukkan Kaya dan Kesempurnaan yang kekayaanNya Maha Sempurna, sementara Al-Uluhiyah menunjukkan fakir dan lemah yang serba kurang, yang tidak sempurna. Dan sebab itu Wajah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Suci dan tajalli hakikatNya Yang Maha Suci, dengan Ketuhanan (Al-Uluhiyah) kepada hamba-hambaNya, supaya Dia boleh dikenali. Maka mengenali-lah Penciptaan, akan kekayaan dan Kesempurnaan-Nya dan mereka berpaling kepada-Nya supaya Dia boleh mengatasi kefakiran mereka dan memenuhi kekurangan mereka.

Allah SWT berfirman :

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

{Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya rohKu; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya".} [Surah Sad 38:72].

Sujud pada asalnya adalah untuk Hakikat dan Realiti-Nya Yang Maha Suci, dan ia adalah melaksanakan kewajipan ke atas hakikat Tajalli dan (kemunculan) zuhurNya kepada hamba-hamba. Sujud adalah hasil yang tidak dapat dielakkan untuk Makrifat, sebagaimana Rasulullah (sawas) lakukan pada Mikraj (Naik ke Langit). Imam Al-Shadiq (as) berkata: ( ... maka apabila baginda mengangkat kepalanya, Keagungan ditunjukkan kepadanya, jadi baginda jatuh sujud dengan sendirinya, bukan kerana perintah yang diperintahkan padanya...) [2]


----------------------
[2] Al-Kafi halaman 482. Lihat riwayat dalam Lampiran 5



Dan sujud makhluk kepada makhluk bermakna Hakikat Tajalli-Nya SWT pada yang disujud. Dan hakikat Tajalli pada Al-Lahut (Tuhan) adalah seperti yang telah dibentangkan sebelum ini. Oleh itu, orang yang disujud kepadanya, adalah disujud kerana Tajalli Al-Lahut (Tuhan) padanya. Maka, ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Al-Lahut (Tuhan) telah Tajalli pada Adam (as), dan dengan sebab itu Allah memerintahkan malaikat sujud kepadanya. Dan di dalam ayat itu juga jelas menununjukkan Al-Lahut (Tuhan) Tajalli pada Adam (as) ketika Allah meniupkan rohNya padanya

﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي﴾

{dan ditiupkan padanya dari rohKu}.

Oleh itu, Roh Allah adalah (imej) shurah Al-Lahut (Tuhan)

(الله خلق آدم على صورته)

(Allah mencipta Adam atas (imej) shurahNya),

jadi secara tabieinya (fitrahnya) bahawa sujud pada Adam kerana Roh Allah telah ditiupkan padanya, dan pada hakikatnya, ia adalah sujud pada shurah Al-Lahut (imej Tuhan) yang ditajallikan pada Adam, maka ia adalah sujud kepada Tuhan yang haqiqi yang diwakili oleh imej KhalifahNya ini di dalam penciptaan-Nya

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

{dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat sesungguhnya Aku jadikan di Bumi seorang Khalifah }

Tajalli pertama bagi Al-Lahut Al-Mutlaq (Ketuhanan mutlak) dalam Penciptaan dan Imej Allah yang lebih jelas dan Khalifah Allah yang hakiki dan makhluk pertama dan ‘Aqal pertama dan Kalimah pertama adalah Muhammad (sawas).

Oleh itu, makna ayat:

﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي﴾

{dan ditiupkan padanya dari rohKu}

bermakna, apabila ditiupkan padanya, pada Adam adalah dari Nur Muhammad (sawas) [3], maka sujud kepada Adam dan taatlah kepadanya, maka Allah SWT menamakan Muhammad (sawas) {RohKu}, ​​yang bermaksud, Tajalli KetuhananKu dan KehidupanKu [4]


-------------------------
[3] Dan mungkin ada yang tidak terfikir bahawa terdapat terlalu banyak para Nabi dan Aushiak (as) yang lebih utama daripada Adam (as) dan lebih tinggi martabatnya, kerana Imej Allah ketika dicipta Adam bukanlah imej yang pertama (Muhammad sawas), dan Ruh Allah yang ditiupkan pada Adam bukan Ruh pertama (Muhammad sawas), sebaliknya, ia adalah satu tajalli dari tajalli dalam penciptaan, kerana di antara Adam dengan mereka, semua penciptaan lebih tinggi martabatnya daripada Adam (as), tetapi kita boleh katakan bahawa ia adalah, kerana ia mewakilinya dan membuat ia zahir dan kerana ia adalah satu tajalli dari tajalli-tajalli.
[4] Muhammad (sawas) adalah Khalifah Allah yang hakiki untuk mencapai Tujuan Penciptaan ini, dan dengannya Allah dikenali. Atas sebab itulah ditiupkan pada Adam Hakikat dari Tujuan itu. Oleh itu, yang benar-benar berhak untuk dipanggil Roh Allah, Imej Allah, Khalifah Allah dan ‘Aqal, adalah Muhammad (sawas). Adapun Nabi Adam (as) dipanggil Imej Allah atau ciptaan atas Imej Allah, kerana dia dicipta atas Imej Allah, Muhammad (sawas) dan kerana Adam mewakili tajalli Muhammad (sawas). Dan Isa (as) yang dipanggil Roh Allah itu adalah kerana dia adalah tajalli kepada Roh Allah al-Haqiqi, Muhammad (sawas) (Dan saudara boleh mendapatkan maklumat tentang perkara ini dalam buku "Al-Nubuwah Al-Khatimah" (Penutup Nabi-nabi))





Muhammad (sawas) adalah Imej Allah dalam Penciptaan, dan dituntut dari Penciptaan melihat di dalamnya supaya mereka (Makrifah) mengenal Allah. Jadi tujuan penciptaan adalah al-Makrifah (Mengenalinya).

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

{Dan tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [Surah Al-Zariyat 51:56]

maknanya untuk mengenal, diwajibkan untuk mengetahui jalan marifat yang hakiki (al-makrifah al-haqiqi) ia adalah Muhammad (sawas) dan seluruh para Nabi dan Aushiak (as), setiap seorang daripada mereka adalah satu tajalli dan zuhur (rupa) bagi jalan ini, dan kesemuanya dikira Penciptaan yang mengenal Allah [5]Yang Maha Suci. Oleh itu, Sujud pada hakikatnya bukanlah untuk Adam (as), sebaliknya ia adalah untuk Muhammad (sawas), dan kerana inilah ditetapkan dan dicerminkan Hakikat Muhammad (sawas) pada Adam (as)

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

{Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya rohKu; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya".},
bahkan, ia adalah Sujud kepada (Tuhan) Lahut Hakiki Allah SWT, selepas kita mengenal bahawa ia adalah sujud pada Imej Zuhurnya Al-Lahut dalam Penciptaan [6]


----------------------
[5] Allah SWT telah mencipta setiap manusia pada Fitrah (sifat) pada martabat ini (Allah dalam Penciptaan), kerana diri setiap manusia dicipta dan dijadikan atas kezahiran Imej Al-Lahut, dan ini adalah makna (الله خلق آدم على صورته - Allah telah mencipta Adam atas Imej-Nya). Jadi setiap manusia layak padanya (untuk ini), dan pintu sentiasa terbuka pada masa lalu, sekarang dan akan datang.
[6 ] Enggan sujud kepada Adam (as) enggan sujud kepada Allah SWT, dan berpaling dari makrifat, dan pasti menuju jahil, dan ia adalah kebodohan dan ia menafikan kebijaksanaan selepas Adam (as) menjadi pembawa alat makrifat (alat untuk mengenal) Allah SWT




Muhammad (sawas), Ali (as), para Imam (as) dan Isa (as) adalah miskin di sisi Allah, dan mereka membawa sifat Al-Lahut (Ketuhanan), bermakna mereka diminta dan berpaling kepada mereka supaya mereka boleh memenuhi keperluan dan mengatasi kelemahan dan mencapai kesempurnaan, dan mereka memenuhi keperluan dan mengatasi kelemahan dan menyempurnakan penciptaan tetapi oleh kekuatan dan kuasa dengan izin Allah, kerana tidak ada kekuatan atau kuasa pada mereka kecuali dari Allah, seperti yang mereka lakukan tidak mempunyai keupayaan untuk bergerak melainkan bergerak dengan izin Allah. Jadi mereka diberikan sifat dengan sifat Ketuhanan, seperti yang telah diterangkan, bukanlah jenis Ketuhanan Mutlak Yang Maha Suci, sebaliknya, mereka adalah Imej-Nya Yang Maha Suci dan Nama-nama Terbaik (Asma’uhul Husna) dan WajahNya yang mana Dia menghadap ciptaan-Nya. Maka, dengan sifat Ketuhanan yang dengannya mereka telah disifatkan untuk mengenal Hakikat Ketuhanan Yang Maha Suci. Mereka bukan tuhan-tuhan yang disembah bersamaNya Yang Maha Suci seperti yang telah dijelaskan. Sebaliknya, mereka adalah hamba-hamba yang diciptakan yang mengatasi kelemahan dan dikurniakan kesempurnaan oleh Allah dan dengan izin Allah SWT. Dan ini bermakna bahawa mereka diberikan sifat dengan sifat Ketuhanan. Mereka bukan tuhan-tuhan selainNya, Dan bukan sesuatu tanpa Allah, kerana mereka adalah ciptaan daripada ciptaan-Nya dan mereka yang dibangkitkanNya Yang Maha Suci dan mereka bukan tuhan-tuhan yang bersamaNya. Yang bererti bahawa mereka bukan berada dalam martabat Ketuhanan Hakikat dan sebaliknya mereka berada pada martabat Penciptaan, kerana mereka adalah Tajalli Hakikat Ketuhanan dalam Penciptaan. Dan ini membawa pengertian bahawa mereka adalah Allah dalam Penciptaan dan makna mereka adalah Imej Allah dan makna mereka adalah wajah Allah dan Nama-nama Terbaik Allah dan juga bermaksud " أن الله معنا - Sesungguhnya Allah bersama kita". Dan ini juga menunjukkan bahawa sesiapa yang mengenal mereka telah mengenal Allah dan sesiapa yang jahil dengan mereka maka dia telah jahil tentang Allah; kerana Allah Yang Maha Suci tidak menghadapi yang lain dalam Penciptaan selain mereka (as); dan kerana mereka adalah Imej yang menyerupai Ketuhanan yang Hakiki.

﴿فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى﴾

{maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).} [Surah Al-Najm 53:9],
bermakna menyerupai al-Lahut dan dengan itu Penciptaan mengenalNya Yang Maha Suci.

﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ﴾

{Minyak yang hampir bercahaya walaupun tidak disentuh oleh api } [Surah Al- Nur 24:35] , bermakna dia hampir bercahaya dengan tiada kegelapan di dalamnya dan bahawa dia hampir bercahaya dari diri sendiri, tetapi pada hakikatnya dia tidak seperti itu; kerana cahaya adalah daripada Allah dan bukan dari dirinya (sawas), dan oleh itu Ibrahim Al-Khalil (as) telah keliru [7], dan begitu juga dengan malaikat semasa Mi’raj [8] dengan Muhammad (sawas) dan keluarga Muhammad (as) pada martabatnya ini. Dan tujuan Penciptaan adalah mencapai martabat ini. Mereka (as) adalah Kesempurnaan akhir yang mungkin bagi manusia, dan bagi penutup agama dengan Muhammad dan keluarga Muhammad, dan penamat dunia dengan Muhammad dan keluarga Muhammad.


--------------------
[7]
 )لَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى كَوْكَباً قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ * فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغاً قَالَ هَـذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لأكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ * فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّي هَـذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ(

{Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam"." Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku". Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat".* Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan." * Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan."} [Surah Al-An'aam 6:76-78] !
[8 ] Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Allah Al-‘Aziz Al-Jabbar, menaikkan (Mikraj) NabiNya (sawas) ke Langit KetujuhNya, Adapun pada (langit) yang pertama, Dia memberkatinya, dan pada (langit) kedua Dia mengajarkan ilmu-ilmu yang difardhukan...... kemudian dinaikkan ke Langit Dunya, maka malaikat terbang ke penjuru-penjuru langit, maka mereka semua jatuh turun merendah dan bersujud dan mereka berkata: " سبوح قدوس ربنا ورب الملائكة والروح ما أشبه هذا النور بنور ربنا - Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan Kami dan Tuhan para malaikat dan roh, bagaimana sama cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita?" Jadi Jibril (as) berkata: "Allahu Akbar Allahu Akbar - Allahu Maha Besar, Allahu Maha Besar "Jadi malaikat-malaikat disuruh senyap, dan pintu Langit dibuka dan para malaikat berkumpul dan mereka datang dan mengucap salam ke atas Nabi (sawas)) - . Jilid Al Kafi 3, halaman 482. Lihatlah tradisi penuh dalam bilangan Tambahan ( 5)


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan