Halaman

Ahad, 9 Mac 2014

Qul Huwa Allah Ahad

Qul Huwa Allah Ahad
﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾

{Katakanlah, ' Dialah Allah, Esa}

Huwa "Dia"  adalah Kata ganti (ganti nama) ke tiga (Dhamir al-Ghaib), yang merujuk kepada Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung atau Realiti dan Hakikat. Jadi, apa yang dimaksudkan di sini adalah "Katakanlah kepada mereka jika kamu ingin mengenal Hakikat-Nya dan Realiti-Nya SWT maka adalah mengenali dengan Makrifat az-Zat al-Ahdiyah (Mengenal Keesaan Zat). " Kerana Zat ini terhijab pada Realiti dan Hakikat Kebenaran dan kamu tidak akan kenal (tahu) apa yang ada di belakang hijab, kecuali dengan memecahkan (menembusi) hijab, dan kamu tidak akan memecahkan (menembusi) hijab kecuali dengan makrifah. Oleh itu, jika kamu kenal (tahu) fana’ (melebur) Nama-nama Ilahiyah pada Zat atau Keesaan Allah pada Zat dan kamu melihat di dalamnya dan padanya dengan memandang pada realiti dan Hakikat Hijabnya, maka kamu telah mengenal sepenuhnya Hakikat makrifat ia adalah ketidakupayaan dari makrifah.

Dan {﴿هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾ - Dialah Allah Esa} merujuk pada dua makna:

Pertama : Ia adalah fana’ (melebur) Nama-nama Ilahiyah pada Zat dan mengesakan Zat pada Tauhid yang tak terpisahkan.

Kedua: Ia adalah fana’ (melebur) Uluhiyah (Ketuhanan) pada hakikat martabat yang akhir (ini adalah martabat akhir Tauhid ), kerana Uluhiyah mempunyai banyak namaan (kenyataan) kerana ia membawa makna kesempurnaan. Dan dengan itu, mencari Dia untuk memenuhi kekurangan mereka dan untuk mencapai kesempurnaan dan kesempurnaan terdapat banyak arah.

Dan pada makna yang pertama terdapat dua martabat:

Pada martabat pertama : Allah Esa, bermakna Dia Maha Kuasa dan Keupayaan pada Zat-Nya, dan Maha Pemurah dan melimpah rahmat pada Zat-Nya. Dan pada martabat ini Nama-nama Ilahiyah melebur (fana’) pada Zat tetapi ia dapat dilihat secara terperinci , bermakna Allah Yang Berkeupayaan, Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan pada martabat kedua: Allah Esa, bermakna, bermakna Dia sempurna, dan Dia diminta [oleh hamba] untuk memenuhi kekurangan mereka dan mencapai kesempurnaan. Dan Nama-nama Ilahiyah melebur (fana’) pada-Nya tanpa memerhatikannya secara terperinci, tetapi secara menyeluruh, memandangkan bahawa ianya adalah aspek-aspek (arah) kesempurnaan, makna, yang melihat kepada Allah SWT, Yang Sempurna tanpa memandang atau beralih ke arah nama-nama yang sempurna. Dan ia tidak tersembunyi dalam mengumpul kemajmukan kekal ini seperti api [kekal] di bawah bara. Oleh itu, apa yang dimaksudkan adalah memenuhi kekurangan dan mencapai kesempurnaan sama ada maksudnya ini adalah secara terperinci atau secara umum.

Adapun makna kedua: Yang merujuk kepada {﴿هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾ - Dialah Allah Esa}, adalah fana’ (melebur) Uluhiyah (Ketuhanan) dan Kesempurnaan pada Realiti dan Hakikat, tidak memandang kecuali pada Yang disembah SWT sebagai sembahan, dengan itu, tidak akan ada Uluhiyah (Ketuhanan) pada martabat ini dari kewujudan tauhid, bahkan, tidak tinggal kecuali mereka melihat ke arah Hakikat dan Realiti atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Huwa "Dia") dan ini adalah martabat Tauhid Tertinggi, dan tujuan Insan dan kesempurnaan hakiki adalah Hakikat dan Realiti ibadah. Dan untuk ini shaf Rasul yang mulia (sawas) pada martabat tertinggi digambarkan sebagai "hamba".

﴿فَأَوْحَى إِلَى عَبْدِهِ مَا أَوْحَى﴾

{Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan.} [Surah An-Najm 53:10] .


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan