Halaman

Isnin, 10 Mac 2014

Allah ush-Shamad

Allah ush-Shamad
﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾:
{Allah, Yang Kaya Mutlak}

As-Shamad: maknanya, Yang Sempurna Yang pada-Nya tidak ada kekurangan atau jurang atau kejelikan (malu), yang bermaksud, bahawa kita berada pada makam tanzih (terpuji) dan tasbih (suci) Ketuhanan mutlak-Nya dan menjelaskan Kesempurnaan Nya yang mutlak itu. Oleh itu, Huwa "Dia" Yang Maha Suci, adalah yang dicari makhluk untuk memenuhi kekurangan mereka di dalam halaman kewujudan jasmani mereka dan dalam Alam Malakut (Kerajaan Langit) dan di dalam Cahaya Mutlak di Langit Ketujuh atau di [Langit] Akal, untuk sesiapa yang mempunyai nasib di dalamnya dan adalah dari kalangan orang-orang dekat (Muqarabin).

Maka keterangan Zat Ketuhanan mengenai As-Shamad ini menyatakan kesempurnaan ketuhanan Mutlak melalui penjelasan bagi kesempurnaanNya yang Maha Suci dari segala kekurangan. Dan juga, [adalah] satu penjelasan bagi kekurangan yang wujud dalam penciptaan (makhluk), yang membuat mereka mencari Dia dan berpaling kepada-Nya SWT, agar Dia melimpahkan kepada mereka limpah kurnia-Nya.

Keterangan mengenai As-Shamad ini datang selepas al-Ahad (Yang Esa), bermakna ia datang selepas menjelaskan bahawa jalan Hakikat dan Realiti makrifat adalah melalui mengesakan Zat dan fana’ pada Nama-nama-Nya, diikuti dengan fana’ padaNya (Zat itu sendiri), dan yang ditunjukkan padanya.

﴿هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾

{Dia Allah Yang Esa} , dengan itu, penjelasan terperinci dan menjelaskan bahawa semua Nama-nama Ilahiyah dan dan Sifat-sifat Kesempurnaan adalah mutlak dan jauh dari segala kekurangan dan ia musnah dalam Zat, dan Dan ia menunjukkan pada Nama Allah. Oleh itu, menggambarkan mengenai Shamad (Kaya Mutlak), yang bermakna tidak ada padaNya, yang bermaksud, tiada apa-apa kekurangan juga tiada jurang di halaman Nya , tetapi sebaliknya, Huwa "Dia " adalah Paling Sempurna dari semua arah dan keinginan bagi segala sifat-sifat Kesempurnaan. Kemudian melengkapi huraian ini, As-Shamad (Yang Kaya Mutlak) yang bermaksud Yang Mendahului Kemuliaan untuk pengertian Yang bertujuan untuk memenuhi keperluan oleh Dia SWT, dan dengan Kesempurnaan mutlak-Nya dan mengatasi [semua kekurangan dan kecacatan] -Nya, maksudnya adalah penciptaan (makhluk) dapat memenuhi kekurangan mereka, dan melunasi hajat mereka di dunia dan akhirat.

Dan ayat ini, yang bermaksud, 'Allah Yang Kaya Mutlak' adalah dalam martabat sama ada pemberi dengan penerima. Kerana, Surah Al- Tauhid mula dari atas, kemudian turun dalam penjelasan dengan penerima, sehingga ia berakhir dengan perbandingan kepada penciptaan (makhluk).

﴿وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ﴾

{ dan tidak ada sesuatupun yang setaraNya}. Oleh itu, dari Hakikat dan Realiti dan fana’ dalam Zat Ilahiyah {﴿قُلْ هُوَ﴾ Katakanlah "Dia "} kepada mengesakan Zat dan fana’ (tenggelam) Nama-nama di dalamnya {﴿اللَّهُ أَحَدٌ﴾ Allah Yang Esa} untuk menerangkan Zat Ilahiyah menjadi Sempurna Mutlak yang tidak mempunyai kekurangan dalam-Nya, iaitu Yang memenuhi hajat manusia {﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾ Allah , Yang Kaya Mutlak} .

(اللَّهُ الصَّمَدُ - Allah Yang Kaya Mutlak): As-Shamad, seperti yang telah jelaskan adalah Sempurna Mutlak yang bermaksud bagi memenuhi keperluan dan kekurangan. Oleh itu, As-Shamad adalah penjelasan bagi Kesempurnaan mutlak dengan bertasbih kepadaNya dan memerlukan juga membersihkan segala kesalahan daripada-Nya, Yang Maha Suci. Oleh itu , jika ia adalah Nama-nama dan Sifat-sifat Ilahiyah yang melambangkan arah Kesempurnaan Ilahi, yang bermaksud dan setiap sifat atau nama mengandungi lambang arah dari arah tujuan Kesempurnaan, yang diminta oleh penciptaan, dan daripadanya, melimpah ke atas ciptaan, ia menjelaskan bahawa semua nama-nama dan sifat-sifat adalah dimasukkan di bawah sifat ini atau nama As-Shamad, (Yang Kaya Mutlak). Oleh itu, jika kita lanjutkan perbahasan kita mengnenai As-Shamad, ia akan berpanjangan, kerana kita perlu untuk memindahkan semua nama-nama dan sifat-sifat yang terdapat dalam Doa Al-Jawshan Al Kabir sekurang-kurangnya .
Dan ini saya akan meninggalkan kepada orang-orang yang memahami dan menyedari yang apa yang aku telah berikan, kerana sesungguhnya Al Imam Sadiq (as) berkata:
                                   
"Bahawa hanyalah dari kami yang kami turunkan kepada kamu yang asal, sementara pada kamu adalah untuk membendung keluar [dari yang asal] "[1]
Dan Imam Al Rida (as) berkata: "Dari kami hanya meletakkan asas manakala pada kamu adalah mengembangkannya." Dan aku mohon dari Allah supaya Dia berikan pertolongan kepada saudara-saudara pelajar Hawzah Akademik dari Ansar Imam Al Mahdy (as) kejayaan dalam memperluaskan dan menerangkan lebih lanjut dan memberi penjelasan mengenai makna di dalam bentuk yang lebih mudah kepada manusia.

Saya percaya saya telah masukkan As-Shamad (Yang Kaya Mutlak) dalam Kitab Al-Mutasyabihat, dan mungkin, ia memberikan beberapa manfaat kepada orang-orang yang membacanya. Dan saya mengingatkan diri saya dan saya mengingatkan kamu mengenai hadis dari Imam Al Baqir (as) di mana dia berkata: "Jika aku dapat ilmu yang diberikan kepadaku oleh Allah, Azza wa Jalla, [orang-orang yang mempunyai keupayaan ] untuk membawanya , saya akan menyebarkan Tauhid Islam, Iman dan Syariat dari As-Shamad (Yang Kaya Mutlak). Dan bagaimana aku boleh begitu padaku sedangkan datukku Amir al -Mukminin (as) tidak dapat mencari seseorang untuk membawa pengetahuannya? Sehingga dia menarik nafas lega dan berkata di atas mimbar: ' Tanyalah aku sebelum kamu kehilanganku, sesungguhnya , di antara tulang-tulang rusukku ada pengetahuan yang luas . Ambillah! Ambillah! Tetapi aku tidak berjumpasesiapa yang boleh membawanya, maka sesungguhnya, aku atas kamu dari Allah suatu Bukti yang besar. "[ 2]

الصَّمَدُ
As-Shamad         
{Yang Kaya Mutlak}

Manakala, Allah adalah Sempurna, Dia yang kepadaNya mereka minta agar memenuhi kekurangan dan mencapai kesempurnaan mereka, dengan itu ia disifatkan dengan sifat-sfat Ketuhanan secara umum, tidak terbatas kepada-Nya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan. Bahkan Ketuhanan Mutlak adalah terbatas kepada-Nya SWT. Oleh itu, kalimah (لا اله إلا الله) adalah kalimah Tauhid, kerana tujuan kita adalah pada Ketuhanan Mutlak. Untuk sifat Ketuhanan , secara umum, yang melengkapi kesempurnaan ciptaan-Nya yang menuju kepadaNya selainNya untuk mendapatkan limpahan kesempurnaan dan memenuhi kekurangan mereka . Oleh itu, Muhammad (sawas) adalah imej Allah SWT, dan wajah Allah SWT, dengan itu, dia adalah Allah dalam penciptaan. Tetapi ada perbezaan dalam mensifati Muhammad (sawas) dengan sifat Ketuhanan dan antara ketuhananNya SWT adalah yang mensifati Muhammad (sawas) dengan sifat Ketuhanan adalah terikat dengan kerendahan (kelemahan) dan memerlukan Nya SWT. Ada pun ketuhananNya SWT adalah ketuhanan Mutlak, dan untuk ini datang sifat As-Shamad
(Yang Kaya Mutlak) ini yang bermaksud, Yang tidak mempunyai jurang didalamnya dan tidak ada kekurangan padaNya, supaya kamu Bertasbihlah mensucikan -Nya dan membersihkan segala kesalahan daripada-Nya, dan untuk menjelaskan ketuhananNya SWT KesucianNya dan Penafian segala kekuranganNya  yang tidak mempunyai kecacatan atau kelemahan di dalamnya.

Dan dari sini, maka sifat As-Shamad      
(Yang Kaya Mutlak), yang ditambah pada ketuhanan tidak boleh dimiliki melainkan hanyz kepadaNya SWT, dan padanya pembezaan Ketuhanan SWT dan penjelasannya adalah bahawa ia Ketuhanan yang sepenuhnya Mutlak. Dan untuk ini, didatangkan ayat ini dalam Surah Al Tauhid

﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾

Allah Yang Kaya Mutlak
Dan Allah As-Shamad, adalah bersamaan dengan mengatakan bahawa Allah adalah cahaya yang tidak ada Kegelapan padanya. Dan ia adalah sifat yang tidak seorang makhluk pun berkongsi denganNya  dan begitu juga pada Mendengar dan Melihat dan Mencipta. Maka ini adalah sifat-sifat yang dikongsi oleh makhluk, dengan itu kamu boleh mengatakan bahawa Muhammad (sawas) adalah cahaya, tetapi di dalamnya ada kegelapan dan ia adalah “Ana” dan Keakuan, dan jika tidak, tidak akan kekal Muhammad tidak pada nama dan tidak pada bentuk rupa (imej), dan tidak ada yang akan kekal melainkan Allah, Yang Maha Esa, Yang Maha Menakluk SWT.

Oleh itu , Muhammad (sawas), walaupun dia berada di darjat tertinggi kesempurnaan keharusan pada penciptaan (makhluk), dan Muhammad (sawas) adalah imej Allah dan membawa sifat-sifat Ketuhanan dalam penciptaan, untuk dikenali penciptaan pada Allah SWT. Oleh yang demikian, penciptaan berpaling kearahNya supaya Dia melengkapkan mereka dan memenuhi kelemahan mereka . Tetapi Muhammad (sawas) dari arah (aspek) lain kekurangan padaNya SWT, kerana dia adalah seorang hamba dari hamba-hamba Allah

﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ﴾

{yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)} [Surah An-Nur, 24.35] .

Dia hampir bercahaya dari diri sendiri, tidaklah dia sebenarnya bercahaya dari diri sendiri, sehinggakan, walaupun Ibrahim (as), dan dia adalah daripada kalangan Rasul-rasul Uli al-“Azim, apabila dia melihat Kerajaan Langit, dia fikir bahawa disifati Muhammad (sawas) dengan sifat Uluhiyah adalah Ketuhanan Mutlak. Dan dia fikir bahawa Rububiyah Muhammad (sawas) adalah Rububiyah Mutlak, maka, kalau begitu Siapa Allah SWT kepada Ibrahim (as), lalu dikasyafkan (diperlihatkan) kepadanya Muhammad (sawas) tenggelam dan kembali kepada “Ana” dan Keakuan. Oleh itu, Nabi Ibrahim menyedari bahawa Allah SWT, tidak dilihat di Malakut (Kerajaan Langit), hanya kerana beliau sedar bahawa Dia tidak boleh dilihat dalam Kerajaan (Dunia – Alam Syahadah) ini. Dan demi sesungguhnya , Muhammad (sawas) melihat adalah melihat Allah, dan Muhammad (sawas) menghadap adalah menghadap Allah Yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan. Dan ini telah dijelaskan dari Ahlul Bayt, sesuatu dari makna seperti ini, dalam lipatan ucapan-ucapan mereka (as).

Imam Al Sadiq (as) pada firman Yang Maha Tinggi:

﴿وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا﴾

{ Dan terang benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya } [Surah Az-Zumar 39: 69], beliau (as) berkata : "Tuhan Bumi adalah Imam Bumi." Dikatakan padanya: "Jika dia muncul apa yang berlaku? " beliau berkata: " manusia pada masa itu mesti meninggalkan cahaya matahari, dan cahaya bulan, kerana mencukupi untuk mereka akan cahaya Imam (as). "[ 3]. Walaupun Tuhan Bumi adalah Allah SWT tetapi (Rububiyah) kekuasaanNya SWT adalah Kekuasaan Mutlak manakala Kekuasaan Imam Al Mahdi (as) adalah terikat dengan kemiskinan dan bergantung kepada-Nya Subhanahu Wa Taala.


✡✡✡✡✡

________________________________
[1] Al Hadaiq Al Nadira - Al Muhaqaq Al Bahrany, Bab 1. Halaman. 133.
[2] Al Tauhid - Sheikh Sadouq , Halaman. 92-93 .
[3] Mustadraq Sufiana Al Kelantan, Bab. 4, Halaman. 47.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan