Halaman

Sabtu, 15 Mac 2014

Perbezaan antara Allah SWT, dan wajah Allah atau Allah dalam Penciptaan

Perbezaan antara Allah SWT, dan wajah Allah atau Allah dalam Penciptaan


Muhammad (sawas) adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, bukan sahaja di dunia Jasmani yang rendah ini, tetapi bahkan, baginda adalah Rasul Allah SWT, sebelum seluruh penciptaan lain diciptakan. Dan Ar-Rasul (Utusan) adalah Wajah Ar-Mursal (Yang Mengutus) dan shurah (imej) Yang Mengutus.

Berkata Imam Al Baqir (as): " Kami adalah Tujuh Ayat (al-Mathani) yang Allah berikan kepada Nabi kita Muhammad (sawas), dan kami adalah Wajah Allah berulang alik di bumi di antara kamu, dan kami adalah mata Allah dalam penciptaan-Nya dan diulurkan Tangan-Nya yang penuh dengan rahmat kepada hamba-hamba-Nya, sesiapa yang telah mengenali kami telah mengenali kami, dan sesiapa yang telah jahil pada kami telah jahil pada kami... "[1].

Dan dalam (Hadits): "Allah menciptakan Adam dari shurah (imej)-Nya. " [2].

Dan jika Rasul memerintahkan sesuatu, ia adalah perintah Ar-Mursal (Yang Mengutus), berkata Imam Al Mahdi (as): "Hati kami adalah bekas untuk kehendak Allah, jadi jika Allah berkehendak ia akan melalui kami, dan Allah Azza wa Jalla, berfirman:

﴿وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ﴾

{Dan kamu tidak mampu berkehendak kecuali bila dikehendaki Allah. . } [Surah Al-Insaan 76: 30] "[3]

- maka pengutusan ar-Rasul adalah satu pengutusan Ar-Mursal (Yang Mengutus), dan muwajjahah (menghadap) ar-Rasul adalah muwajjahah (menghadap) kepada Yang Mengutusnya. Dan dengan itu adalah jelas bahawa semua Nabi dan Rasul-rasul (as) dari Allah SWT, mereka telah diutus dari Muhammad (sawas) yang (bergelar) Israel atau Abdullah (hamba Allah) dan Wajah Allah atau Allah dalam Penciptaan. Oleh itu, para nabi dan Rasul-rasul (as) menghadapi Allah dalam Penciptaan, iaitu Muhammad (sawas).

﴿وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْياً أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ﴾

{Dan tidak layak bagi seorang manusiapun apabila Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir (hijab) atau dengan mengutus seorang utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.} [Surah Ash-Shūraá  42: 51],

dan pengajar mereka adalah Allah dalam Penciptaan, iaitu Muhammad (sawas),

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ﴾

{Dan Dia mengajarkan Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar!".} [Surah Al-Baqarah 2:31],

- tetapi sesungguhnya mereka tidak menghadap kecuali pada pintu Muhammad (sawas), dan ia adalah Ali (as).

Dari Abi Ja'far (as), daripada bapa-bapanya (as), dia berkata:

(قال رسول الله (ص): أنا مدينة العلم وهي الجنة، وأنت يا علي بابها، فكيف يهتدي المهتدي إلى الجنة ولا يهتدي إليها إلا من بابها)

"Rasulullah (sawas) bersabda: 'Aku adalah Kota Ilmu, dan ia adalah syurga, dan kamu wahai Ali adalah pintunya. Oleh itu, bagaimana boleh seseorang mendapat petunjuk ke arah syurga dan tidak mendapat petunjuk ke arahnya melainkan dari pintunya ? '"[4].

Dan dari Ibn Abbas, dia berkata: "Rasulullah (sawas) berkata: 'Aku adalah Kota Ilmu dan Ali adalah pintunya, dengan itu, sesiapa yang inginkan Ilmu hendaklah dia datang ke pintu.'"[5].

Dan dalam Al Kafi, dari Abi Abdullah Al Sadiq (as ), dia berkata: "Rasulullah (sawas) berkata: 'Aku adalah Kota dan Ali adalah pintu, dan berbohonglah sesiapa yang mendakwa bahawa dia telah memasuki Kota melalui jalan yang lain dari Pintu, dan dan berbohonglah sesiapa yang mendakwa cintakan aku sedangkan dia membenci Ali (as).'"[6].

Dan daripada baginda (sawas): "Aku adalah Kota Ilmu (al-Hikmah) dan Ali adalah pintunya, dengan itu, sesiapa inginkan al-Hikmah (kebijaksanaan) hendaklah datang dari Pintunya." [7].

Oleh itu, Muhammad dia adalah orang yang mengenal Allah dan mengenal penciptaan dari Allah, dan tidak lengkap makrifah kecuali melalui pintu Muhammad, iaitu Ali, dan Muhammad dia adalah Barzakh (perantara) di antara Kebenaran dan penciptaan – (al-Haq wa al-Khalq) [Baginda beralun (mengepak) antara kemanusiaan dan fana’ (lebur) dalam Zat Ilahiyah]. Dan Ali, dia adalah manusia pertama dalam penciptaan, berfirman SWT:

﴿وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْياً أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ﴾

Dan tidak layak bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir (hijab) atau dengan mengutus seorang utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.} [Surah Ash-Shūraá  42: 51],

- dengan itu, البشر al-Basyar (manusia) itu dia adalah Ali dan حجاب - al-Hijab-nya itu adalah Muhammad, dan al-Basyar juga adalah Imam-imam dan al-Hijab-nya adalah Ali dan المتكلم - yang bercakap adalah Muhammad atau Allah dengan Penciptaan. Selain itu, al-Basyar juga, adalah adalah para nabi dan Rasul-rasul dan al-Hijab mereka adalah Imam-imam dan yang yang bercakap adalah Ali atau ar-Rahman dalam Penciptaan.

Berkata Ali (as), Imam yang dizalimi oleh mereka, walaupun mereka yang mendakwa sebagai pengikutnya: "Akulah orangnya yang memberi dari Washiy-washiy kepada Nabi-nabi. Dan Allah tidak mengutus seorang Nabi pun kecuali aku yang melengkapkan agamaNya dan menyempurnakan persiapanNya. Dan sesungguhnya Tuhanku telah memilihku dengan Ilmu dan jalan Kemenangan. Dan Tuhanku telah menggenap untuk ku dua belas Perwakilan. Demikian, Dia telah membuat aku mengenaliNya, dan Dia memberikan ku kunci-kunci ghaib "[8].

Oleh itu, adalah mungkin untuk dikatakan: bahawa Ali-lah yang berkata-kata dengan Musa (as), malah, bahawa yang berkata-kata dengan Musa (as) itu adalah dari keturunan Muhammad (sawas) dan dia yang memerintahkan dengan perintah Ali (as). Dan Ali menerima perintah Muhammad (sawas), dan Muhammad menerima perintah Allah SWT.

Dari Amir Al Mukminin Ali (as): "... Dan panji-panji itu telah ditetapkan untuk gergasi Kurdistan... dengan demikian, mengharapkan muncul seseorang yang berbicara kepada Musa dari pokok di Gunung Tur, dengan itu, kemunculannya ini akan didedahkan dan akan menjadi jelas dan dan dapat digambarkan... "[9]

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ﴾

 {Katakanlah: "Akan dimatikan kamu Malaikat maut yang diwakilkan padamu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan".} { Suci Al-Quran Surah As-Sajdah 32: 11 },

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ فَأَلْقَوُا السَّلَمَ مَا كُنَّا نَعْمَلُ مِنْ سُوءٍ بَلَى إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ﴾

[orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata); "Kami sekali-kali tidak ada mengerjakan sesuatu kejahatanpun". (Malaikat menjawab): "Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan". } [Surah An-Nahl 16: 28 }.

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ طَيِّبِينَ يَقُولُونَ سَلامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ﴾

{(yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". } [Surah An-Nahl  16:32].

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْ لا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ﴾

Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (nyanyuk), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. [Surah An-Nahl  16:70]

Oleh itu, sama seperti yang mematikan, Dia adalah Allah dalam semua keadaan ini, seperti juga yang bercakap adalah Allah dalam semua keadaan ini, firman Yang Maha Kuasa:

﴿فَلَمَّا جَاءَهَا نُودِيَ أَنْ بُورِكَ مَنْ فِي النَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

{Maka tatkala dia tiba di (tempat) api itu, diserulah dia: "Bahawa telah diberkati orang-orang yang berada di dekat api itu, dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam".} [Surah An-Naml 27:8]

Maka Dia SWT memberitahu yang bercakap dengan manusia hanyalah dibelakang Hijab.

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْياً أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ﴾

Dan tidak layak bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir (hijab) atau dengan mengutus seorang utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.} [Surah Ash-Shūraá  42: 51],

Jadi, kata-kata Allah SWT, yang tidak ditulis secara langsung dan tanpa Hijab, kecuali dalam halaman kewujudan Muhammad (sawas), dan untuk itu, Ali (as) dia adalah manusia pertama dan orang yang pertama, dan Muhammad (sawas) dia adalah al-Hijab antara Kebenaran dan Penciptaan (al-Haq dan Al-Khalq) telah fana’ (lebur) dalam Al-Quran, maka baginda beralun (mengepak) antara kemanusiaan dan Zat Ilahiyah, dan dengan itu, tidak ada yang kekal melainkan Allah Al Wahid Al-Qahhar (Yang Esa, Yang Perkasa). Dan aku tidak mengatakan: “Adapun, tidak ada yang kekal melainkan Allah, Yang Maha Pemurah (al Rahman), lagi Maha Penyayang (al Rahim)”, kerana sesungguhnya, Muhammad (sawas) dia adalah Rahmat dalam Penciptaan, dengan itu, apabila dia fana’ (lebur) dalam Zat Ilahiyah tidak akan kekal kecuali kesengsaraan dan keperkasaan, di mana Allah SWT memandang, ke arah Muhammad (sawas),

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا﴾.

{kerana sesungguhnya, kau adalah dalam mata-mata kami. } [Surah At-Tur 52: 48].



✡✡✡✡✡

__________________________
[1] Al Kafi: Jilid 1, Halaman 143.
[2] Juga ada di dalam Taurat, dan ia adalah Hadith Mutawatir yang telah diriwayatkan oleh kedua-dua Sunni dan Syiah, dan di sini adalah beberapa riwayat dari sumber Sunni dan Syiah

Dari Muhammad bin Muslim, beliau berkata: "Aku bertanya kepada Aba Ja'far (as) mengenai apa yang mereka telah sampaikan, bahawa Allah telah menciptakan Adam dalam (imej) shurah-Nya. Jadi dia (as) berkata: " Ia adalah : shurah (imej), yang baharu, yang dicipta, dan Allah telah memilihnya dan memilih dari (imej) shurah yang lain, yang berbeza, oleh itu, Maka Dia tambah pada dirinya (Adam), sebagaimana Dia menambah pada diri Kaabah dan Roh untuk dirinya (Adam). [وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي] (Dan aku meniup ke dalamnya Roh-Ku) "[Al Kafi : V. 1, P. 134, Tauhid Al Sadouq : P. 103]

روى البخاري (6227) ومسلم (2841) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: (خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ طُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا فَلَمَّا خَلَقَهُ قَالَ: اذْهَبْ، فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ النَّفَرِ مِنْ الْمَلائِكَةِ جُلُوسٌ فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ فَإِنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ، فَقَالَ: السَّلامُ عَلَيْكُمْ، فَقَالُوا: السَّلامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَزَادُوهُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ آدَمَ فَلَمْ يَزَلْ الْخَلْقُ يَنْقُصُ بَعْدُ حَتَّى الآن(.
Riwayat dari Al Bukhari (Hadis No 6227 ) dan Muslim (Hadis No 2841), dari Abi Hurairah, dari Nabi (sawas), bahawa dia berkata: "Allah menciptakan Adam dari shurah (imej)-Nya dan tingginya adalah enam puluh hasta. Setelah Dia menciptakannya, Dia berkata (kepadanya), “Pergilah dan beri salam kepada kelompok malaikat yang sedang duduk, dan dengar apa yang mereka jawab atas salammu kepada kamu, yang akan menjadi ucapan dan sambutan keturunan kamu.”' (Adam pergi dan) berkata, As-salamu 'alaikum (Salam atas kamu). “Mereka menjawab, wa 'Alaika As-Salamu Rahmatullah (dan salam atas kamu dan rahmat Allah).” Jadi mereka menambah ' wa Rahmatullah' Jadi setiap orang yang masuk syurga, akan menjadi apabila shurah (imej) Adam. Sejak itu ciptaan semakin berkurangan secara berterusan sehingga masa sekarang "

وروى مسلم (2612) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ فَإِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ(.

Dan diriwayatkan Muslim ( Hadis No 2612 ) dari Abi Hurairah, bahawa dia berkata: " Rasulullah, (sawas), bersabda: ' Jika salah seorang dari kamu berbunuhan dengan saudaranya maka dia harus mengelakkan wajahnya, kerana sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari shurah (imej)-Nya. '"

وروى ابن أبي عاصم في السنة (517) عن ابن عمر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لا تقبحوا الوجوه فإن ابن آدم خلق على صورة الرحمن). قـال الشيخ عبد الله الغنيمان: (هذا حديـث صحيح صححه الأئمـة، الإمام أحمد وإسحاق بن راهوية وليس لمن ضعفه دليل إلا قول ابن خزيمة، وقد خالفه من هو أجل منه(.

Dan diriwayatkan Ibn Abi ‘Aasim dalam Sunnah (Hadis No 517) dari Ibn Umar, bahawa dia berkata: " Rasulullah (sawas), bersabda: 'Jangan mengutuk wajah, kerana sesungguhnya. anak-anak Adam dicipta daripada shurah (imej) al-Rahman. ' Said al Sheikh Abdullah Al Ghaniman: "Hadis ini sahih, dalam Sihah oleh para Imam, Imam Ahmad dan Ishaq bin Rahuwiyah, dan sesiapa yang berkata ia adalah hadith yang lemah dia tidak mempunyai bukti kecuali kata-kata Ibn Khazimah, padahal orang-orang yang lebih bermaruah daripada dia telah menentangnya. "


Diriwayatkan Ibn Abi ‘Aashim (Hadis No 516) dan juga dari Abi Hurairah, yang berkata: "Rasulullah (sawas) bersabda: ' Jika salah seorang dari kamu berbunuhan maka dia harus mengelakkan wajah, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala, menciptakan Adam dari shurah (imej) WajahNya '" Dan berkata Al Sheikh Al Albany:. Sanadnya sahih.

[3] Al Ghaibah Tousi : P. 246.
[4] Mustadrak Safinah Al Bahr Jilid 9, Halaman 351.
[5] Al Masdr Nafsahu.
[6] Al Kafi : Jilid 2, Bhg. 27,Halaman 239.
[7] Mustadrak Safinah Al Bahr : Jilid 9, Halaman 351.
[8] Bihar Al Anwar : Jilid 39, Halaman. 350.
[9] Bihar Al Anwar : Jilid 82, Halaman 272.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan