Allah Fi Al-Khalq
الله في
الخلق
Allah dalam Penciptaan
Apabila Dia SWT menciptakan Penciptaan
mereka menghadapi dengan Nama-nama dan Sifat-sifat, dan ini adalah Kota
Kesempurnaan Ilahiyah, atau Zat, atau Allah. Dan nama-nama ini bebas dari
tajalli dan Kemunculan Hakikat bagi Penciptaan, ia bukan Hakikat, sebaliknya,
ia adalah tabir (hijab) pada Hakikat. Kerana Hakikat adalah: Nama Teragung Lagi
Teragung Lagi Maha Teragung, dan nama ini hampir dengan Nama Yang Maha Agung
(Al-Ism Al-A’dzam) seperti dekatnya mata hitam dan mata putih, kerana ia telah
diriwayatkan dari Imam (as) di dalam Hadits.
Dan nama (Allah) ini, adalah nama yang
menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, oleh itu bertawajjuh (menghadap)
kepadaNya adalah tawajjuh kepada semua Sifat-sifat atau Nama-nama Kesempurnaan.
Dan tawajjuh ini tidak bebas dari syirik dalam martabat tertentu ; kerana,
Tauhid yang penuh ikhlas menafikan Nama-nama dan Sifat-sifat, seperti apa yang
dikatakan oleh Amirul Mukminin (as):
(..... أول الدين معرفته، وكمال معرفته التصديق به، وكمال التصديق
به توحيده، وكمال توحيده الإخلاص له، وكمال الإخلاص له نفي الصفات عنه لشهادة كل
صفة أنها غير الموصوف)
(“...permulaan agama adalah mengenal-Nya
(makrifatuh), dan kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan membuat pengakuan
kepada-Nya, dan kesempurnaan pengakuan kepada-Nya adalah dengan
mentauhidkanNya, dan kesempurnaan Tauhid kepada-Nya adalah dengan ikhlas
kepada-Nya, dan kesempurnaan ikhlas kepada-Nya adalah menafikan semua
sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah
berbeza dari yang disifatkan.") [1]
Dan Al-Kazim (as) berkata: (Permulaan
keagamaan adalah dengan mengenal-Nya, kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan
mentauhidkanNya, dan kesempurnaan mentauhidkanNya adalah menafikan semua
sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah
berbeza dari yang disifatkan, dan syahadah (menyaksikan - pengakuan)
bahawa yang disifatkan bukanlah sifat) [2]
Dan Al-Ridha (as) berkata: (Permulaan
keagamaan adalah dengan mengenal-Nya, kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan
mentauhidkanNya, dan kesempurnaan-Nya Tauhid adalah menafikan semua sifat-sifat
daripada-Nya, bagi syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah berbeza dari yang
disifatkan,, dan syahadah (menyaksikan - pengakuan) bahawa yang
disifatkan bukanlah sifat) [3]
Jadi, nama (Allah) ini yang menghimpunkan
semua Sifat-sifat Kesempurnaan, dan yang dirujukkan kepada Zat, adalah hijab
yang mesti (wajib) bagi hamba berusaha untuk mengangkatnya, dengan menampilkan
Sifat-sifat Kesempurnaan Ketuhanan (Ilahiyah), dan apabila dibukakan penutup
pada hamba itu agar dia boleh mengenal hakikat (Kebenaran). Dan mengenal
Kebenaran sepenuhnya adalah ketidak mampuan (ketidakupayaan) untuk
mencapai makrifah. Pada ganti nama (kata ganti ketiga) yang tidak hadir (ghaib) yang menerangkan hakikat (Kebenaran) atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Dia-Huwa-هو), pada Huruf Haa' - هاء mengisbatkan (mengiyakan) Kewujudan, dan huruf Wau – واو adalah untuk menerangkan Zat-Nya, dan juga adalah hadir Saksi Yang Ghaib SWT.
mencapai makrifah. Pada ganti nama (kata ganti ketiga) yang tidak hadir (ghaib) yang menerangkan hakikat (Kebenaran) atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Dia-Huwa-هو), pada Huruf Haa' - هاء mengisbatkan (mengiyakan) Kewujudan, dan huruf Wau – واو adalah untuk menerangkan Zat-Nya, dan juga adalah hadir Saksi Yang Ghaib SWT.
Adapun pada martabat (peringkat) selain
daripada Zat Ilahiyah atau Allah, bermakna pada martabat al-Khalq (Penciptaan) dan
al-Tanzil (Penurunan), bahawa martabat Tajalli atau maqam-maqam (kedudukan) ada
sepuluh, ia adalah: Suradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam, dan Arasy Al-A’dzam
(Singgasana Teragung), Kursiy (Takhta), Arasy Al-’Adzim (Singgasana Agung), dan
tujuh martabat atau maqam, ia adalah: Tujuh Lelangit (Langit-langit), turun
dari yang Ketujuh ke Langit Pertama, atau Langit Dunia.
Dan penciptaan Allah yang terbaik Muhamamd
(sawas), halaman kewujudannya meliputi, yang bermula dari Siradiq (Lembayung)
Arasy Al-A’dzam ke Langit Dunia.
Oleh itu, Tajalli Marhalah (tahap)
permulaan adalah: (nukhtah) Titik Pertama (Barzakh) atau Suradiq (Lembayung) Arasy
Al-A’dzam.
Kemudian Tajalli Marhalah kedua, adalah
bekas-bentuk “Nun” (نون - ن) atau Arasy Al-A’dzam.
Kemudian Tajalli Marhalah ketiga dan itu
adalah bekas-bentuk "Baa" (باء - ب), atau Kursiy.
Maka Tajalli Marhalah keempat, adalah:
(nukhtah) Titik Kedua dalam Penciptaan.
Dan semua Marhalah (tahap) ini ada empat ia
adalah Muhammad (sawas), kerana dia adalah "Titik Nun" dan
"Nun", dan baginda adalah "Baa’" dan "Titik
Baa'", atau “Qul Huwa” (قل هو), dia ialah limpahan yang
turun dari Al-Haq kepada Al-Khalq (Penciptaan). Dan dia, adalah Muhamamd
(sawas), dalam tiga Marhalah pertama, (Siradiq, Arasy, Kursiy). Barzakh di
antara Al-Haq dan Al-Khalq (Penciptaan), kerana dia beralun (mengepak), apabila
As-Sa’ah (Kiamat) berlaku tiada yang kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar
(Allah Yang Esa Lagi Perkasa ), dan apabila As-Sa’ah berlaku (Kebangkitan) dia
kembali semula kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian. Adapun pada martabat Arasy
Al-’Adzim, ia adalah tempat tinggal dalam Penciptaan, dan dia adalah ‘Abd Allah
(hamba Allah).
Perlu diambil perhatian bahawa Titik
pertama adalah Al-Quran, dan ia adalah hijab di antara Muhammad (sawas) dan
Allah [di antara keduanya adalah yang bersinar dan beralun (mengepak)], dan
apabila pembukaan berlaku (Ia kelihatan seperti lubarng jarum) [4]
Dia SWT berfirman:
﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ
فَتْحاً مُبِيناً﴾
{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu
pembukaan yang nyata,} [ Surah Al-Fath 48:1].
Hijab ini telah diangkat kerana Nabi
Muhammad (sawas) telah memenuhinya, maka di antara Al-Quran dan Nabi Muhammad
(sawas) menjadi satu ketika dia beralun (mengepak) di antara fana' dan tidak
kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa) dan di antara
kembali kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian kemanusiaan.
Maka, jika kita mengetahui apa yang telah
dibentangkan, ia akan menjelaskan kita bahawa martabat Muhammad (sawas) adalah
martabat Barzakh (pengantara) diantara al-Haq dan al-Khalq (Kebenaran dan
Penciptaan) itu, dan menyebabkan meraka teragak-agak ketika Nabi Ibrahim (as)
dan para Malaikat melihat baginda (sawas) dan mereka menyangka dia adalah Allah
SWT, dan itu adalah kerana shurah (imej) baginda (sawas) adalah menyerupai
(menerangkan) Zat al-Ilahiyah dan mendzahirkan Ketuhanan Mutlak bagi Penciptaan
yang mereka kenal (... dan kedatangan Engkau di Sa'ir, dan penampilan Engkau di
Gunung Faran...) [5]. Dan baginda (sawas) bersabda: ((الله خلق آدم على صورته) Allah mencipta Adam atas (imej) shurahNya ) [6]
Oleh itu Muhammad (sawas) adalah Allah
dalam Penciptaan, dan martabat Ahlul Bayt baginda (as), adalah lebih rendah
daripada martabat Ar-Rasul Al-A’dzam (sawas), kerana mereka juga adalah wajah
Allah dan وأسماء الله الحسنى (Nama-nama Terbaik Allah). Maka mereka mewakili Allah dalam Penciptaan,
dan setiap daripada mereka adalah yang beralih kepadaNya supaya mereka boleh
mencapai kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi kekurangan mereka, bagi mereka
adalah darjat yang tinggi dari kesempurnaan Ilahiyah, tetapi masih terikat
kepada keperluan dan yang faqir di sisi Allah yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi.
Adapun UluhiyahNya SWT, adalah Uluhiyah Mutlak, dan ia adalah Sempurna Mutlak
dan Kaya Mutlak, dan Kurnia dan LimpahNya yang tidak terikat kepada sesuatu
melainkan kehendak-Nya, Maha Suci, Yang Maha Tinggi (SWT).
Dan telah disebut di dalam Al-Quran yang
memberi makna bahawa: Dia, Yang Maha berfirman:
﴿فَتَبَارَكَ اللَّهُ
أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾
{Maka Terpujilah Allah, Sebaik-baik Pencipta.}
[Surah Al-Mu'minuun 23:14 ],
ini bermakna terdapat pencipta-pencipta,
dan Dia SWT adalah yang terbaik dan yang paling unggul daripada mereka. Dan
mereka adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as). Dan seperti dalam Dua ' (يارب الأرباب وإله الآلهة........... Wahai Tuhan (Penguasa) segala penguasa-penguasa, dan Wahai Tuhan segala
tuan-tuan......) [7]
Dan ia juga telah disebut: (..... الإله الأكبر.....) (.....
Al-Ilah al-Akbar - Tuhan Yang Maha Besar......) [8] dan ini adalah dari doa-doa Rahsia, dan ia adalah tiga puluh satu
Doa untuk Keperluan Dunia dan Akhirah, ia adalah Musnad yang Mutashil dan Sanad
yang Shahih dan ia disebut dalam Al-Misbah Mutahajid, dan Misbah Al-Kaf'ami,
dan Al-Bihar, dan Al-Hurr Al-'Amiliy telah disebut dalam Al-Jawahir Al-Sunniyah.
Dan disebut dalam Hadith Qudsi ini pada
keutamaan (kelebihan)nya:
(يا محمد، قل للذين يريدون التقرب إلي إعلموا علم اليقين أن هذا
الكلام أفضل ما أنتم متقربون به إلي بعد الفرائض)
(Wahai Muhammad, katakan kepada mereka yang ingin
mendapatkan lebih dekat untuk belajar ilmu Yaqin. Kerana kata-kata ini ini
adalah yang terbaik untuk kamu mendekatkan dengannya selepas ilmu yang wajib) [9]
Dan tidak diragukan lagi bahawa dengan
menyebut [الإله الأكبر] "Al-Ilaha al-Akbar" dalam Du’a Qudsi,
kerana ia adalah dari Allah SWT dan kerana ia adalah setaraf dengan al-Quran
Al-Karim - Kesimpulan yang dapat dibuat menunjukkan dengan pasti bagi mereka
yang mahukan nash dengan apa yang disampaikan, untuk membicarakan Allah SWT
dengan "Al-Ilaha al-Akbar" adalah menunjukkan atas penciptaan-Nya SWT
menerangkan Sifat-sifat al-Lahut, dan ia adalah kerana “al-Akbar” itu adalah
sifat yang digunakan untuk menunjukkan keutamaan atas yang wujud, sekurang-kurangnya
semasa menyebutnya. Sebaliknya, tidak ada maknanya jika ia hanya diterima dalam
ucapan, Untuk mengutamakan atau Sifat-sifat utama yang berfungsi untuk
meningkatkan penyertaan seperti mana ia diterangkan, dan bahawa ia telah
disebut oleh ahli-ahli bahasa Arab malah ia jelas kepada sesiapa yang membaca
doa ini dan memikirkan maknanya
✡✡✡✡✡
--------------------------------
[1] Nahjul Balagha: jilid 1, halaman 39
[2] Al-Kafi: jilid 1, halaman 140
[3] Tauhid Al-Sudouq: halaman 56
[4] Al-Kafi: jilid 1, halaman 442
[5] Dua 'Al-Simat
[6] Al-Kafi: jilid 1, halaman 134. Tauhid
Al-Sudouq: halaman 103
[7] Al-Kafi: jilid 2, halaman 566
[8] Al-Baqiyat Al-Salihat: Dua 'Al-Safar:
halaman 815
[9] Al-Jawahir Al Sunniyah-Al Hurr Al-'
Amilil: halaman 188. Bihar Al-Anwar: jumlah 83, halaman 279
:)
BalasPadamwarna tulisan sukar dibaca. hrp ubah kpd warna lain. tq
BalasPadam