Halaman

Rabu, 19 Mac 2014

Pengantar


Pengantar

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا


Kitab Tauhid: Tafsiran Surah Al-Tauhid


Saudara-saudari.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, A’immah dan Mahdiyyin serta limpahan salam kesejahteraan.

Saya berlindung pada Allah dari kejahilan saya (Al-Ana), mengharapkan limpah rahmat nurNya. Agar mengenal hakikat qudrah dan IradahNya, hakikat PenciptaanNya, mengenal Hakikat ‘al-‘Ahd wal Mitsaq, Hakikat janji dan kesetiaan penciptaan. Makrifah dan Hakikat Qul Hua, Makrifah dan Hakikat Allah fi al-Khalq, Makrifah dan Hakikat alam ghaib dan syahadah, Makrifah dan Hakikat Imtihaan yang telah sedang dan akan dilaksana pada tsaqalaan (jin dan ins).

Makrifah dan Hakikat risalah rasul dan Mursalin. Iaitu risalah anbiak dan aushiak (pemegang washiat) dalam perjalanan kehidupan jin dan ins di muka bumiNya. Para Nabi dan Rasul telah ditamatkan oleh Muhammad (sawas) sebagai An-Nabi Al-Khatimah. Kini fajar mula menyinsing, Al-Washiy Al-Khatimah akan zuhur, kita menunggunya, ia dijemput oleh utusannya Ahmad Al-Hassan (as) kepada manusia, kerana seluruh alam melorongkan kedatangannya, untuh meneguhkan Ad-Daulah Al-‘Adil Al-Ilahiy dari Masyrik ke Maghrib oleh al-Qaim al-Mahdi (as).

Semuga terjemahan bebas dari Kitab Tauhid: Tafsiran Surah Al-Tauhid oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) membuka lembaran dan halaman baru dalam ruh kehidupan kita dalam memikul hakikat khilafah, amanah dan pengabdian kita kepada Rabb Al-Jalil Azza Wa Jalla..

Ia adalah terjemahan langsung dari edisi Inggeris: Book of Monotheism: Interpretation of Surat Al-Tawheed (Hauzah Ansary Mesir) dan disemak dari teks Bahasa Arab (html fomat yang di ambil dari Halaman Rasmi: almahdyoon.org) untuk mengemas-kinikan penggunaan Istilah ke dalam Bahasa Melayu.

Dengan izin Allah Subhahu Wa Ta’ala, terjemahan ini akan dikemas kini oleh saya sendiri secara dari masa ke semasa dan adalah sangat diharapkan ditegur dan diperbetul dari Ansar Allah sekelian, sehingga terjemahan keseluruhan buku ini lengkap insya Allah.

Saya berdoa dan berharap semoga Allah Azza Wa Jalla mengurniakan seseorang atau satu jawatan kuasa kerja yang dapat menterjemahnya dengan tepat dengan izin Allah.

NOTA PENTING: Saya berharap insya Allah terjemahan ini adalah satu yang baik agar yang asalnya memberi kefahaman kepada saya secara peribadi, dalam memahami Seruan Yamani a.s. washiy (pemegang washiat)  dan utusan Imam Mahdi a.s. (Semoga Allah Perkukuh kepadanya di Bumi ini) boleh dipanjangkan kepada orang lain untuk mendapat manfaat daripada permata berharga, daripada Imam Ahmad Al Hassan a.s. Walau bagaimanapun, ini bukanlah terjemahan rasmi dan apa-apa kesilapan adalah disebabkan oleh kelemahan terjemahan dan akan kembali kepada saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh untuk itu, dan tanggungjawab tidak terletak pada Imam a.s.

Saya berdoa kepada Allah SWT semoga memberikan kita semua kejayaan dalam memahami, membawa, dan menyebarkan, pengetahuan yang berharga ini  daripada Imam (as), insyaAllah.






Akhukumm wa khadimukum fi hazihi al-Da’wah

Aba al-Hussaini

ابأ الحُسَـــينِ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan