Halaman

Rabu, 19 Februari 2014

Pengislahan Imam Al-Hasan a.s, dan Wilayah Perjanjian Bagi Imam Ar-Ridha a.s.

Pengislahan Imam Al-Hasan a.s, dan
Wilayah Perjanjian Bagi Imam Ar-Ridha a.s.



Dan akhirnya, adalah perlu kita lalui dua peristiwa penting dalam kehidupan Aushiak Penutup Para Nabi sawas, dua belas Imam a.s, untuk mereka yang berkaitan dengan penyelidikan ini:

Yang pertama: ia adalah pendamaian Imam Al-Hasan a.s. dengan Taghut Mu’awiah Ibn Hind (l.a.). Dan ia adalah satu perdamaian yang perlu, selepas negara diambil alih oleh orang-orang munafik yang diketuai oleh Mu’awiah yang mula berkembang dan mengambil alih bumi Islam itu, dan selepas umat Islam menjatuhkan Imam Al-Hasan a.s. Ia juga adalah seperti perdamaian Nabi sawas dengan Musyrik di Al-Hudaibiyah [Perjajian Al-Hudaibiyah].

Dan Imam Al-Hasan yang mengisytiharkan bahawa perdamaiannya untuk pengekalan Syiah, dan mereka adalah ahli al-Haq (penganut kebenaran) dan dengan kekalnya mereka kekallah kebenaran. Dan jika kita melihat dengan mata hati, kita akan dapati bahawa perdamaian Imam Al-Hasan a.s. berlaku untuk persediaan kebangkitan (revolusi) Imam Al-Hussein as, yang juga merupakan persediaan untuk kebangkitan Imam Al-Mahdi a.s.

Jadi apabila Imam Al-Hasan a.s. terpaksa meletakkan pedang, dia memulakan peperangan baru dengan Mu’awiah, kali ini, perang media (perang dingin) bertujuan untuk menyediakan umat untuk revolusi Al-Hussein a.s, dan sekurang-kurangnya umat bersedia untuk menerima revolusi ini dan bersimpati dengannya, lebih-lebih lagi, untuk berinteraksi dengannya walaupun selepas ia berlaku, dan sesiapa yang memperhatikan keadaan umat pada masa Imam Al-Hasan a.s, dia tentu akan tahu bahawa ini adalah matlamat besar yang diharapkan daripada sebuah umat, yang mempunyai anak-anak yang berpaling menjatuhkan pemimpin ma'sum mereka a.s, sehingga mereka datang dan melihat kejahatan suatu sebagai yang makruf (kebaikan), dan hampir tidak akan kekal Tashayu' (mendukung)[a} samada pada nama atau tulisan tanpa pergerakan media Imam Al-Hasan a.s. Jadi perdamaian Imam Al-Hasan a.s. bukan satu perdamaian dengan istilah tertentu, tetapi ia adalah satu gencatan senjata yang Imam Al-Hasan a.s. terpaksa lakukan, supaya saudaranya Al-Hussein a.s. - yang seperti dirinya sendiri (Al-Hasan a.s.) - berjaya dengan revolusi ini , yang bergema dan masih menggegarkan dunia hingga ke hari ini. Jadi seperti Amir al-Mukminin a.s. yang telah melihat masa depan dan pada daulah لا إله إلاّ الله  antarabangsa, juga Imam Al-Hasan a.s., dan semua maksumin a.s. telah melihat hari apabila agama akan ditinggikan ke atas semua agama, jadi perarakan manusia merupakan satu perarakan kesepaduan, walaupun ia terdedah kepada beberapa rintangan, kerana hasilnya adalah kebaikan kebanyakan manusia di bumi pada zaman kemunculan Imam Al-Mahdi a.s.

Dan para Imam a.s. telah melakukan semua yang boleh untuk memimpun umat ini menyampaikan Risalah Ketuhanan kepada semua orang di bumi, pada satu hari dari hari-hariNya kepada penduduk dunia seluruhnya, maka mereka a.s lebih suka mencari keredhaan Allah dan kepentingan manusia atas diri mereka sendiri, dan menanggung sebagian besar bahaya pada diri dan jasmani demi tujuan besar ini, yang merupakan iman penghuni bumi dengan لا إله إلاّ الله محمد رسول الله.

Kedua: Wilayah Perjanjian Bagi Imam Ar-Ridha a.s.


Dan yang kedua ialah terhadap Wilayah perjanjian yang diterima Imam Ar-Ridha a.s. selepas Al-Ma'mun Al-Abbasi memaksanya, dan ia adalah contoh nazir dan Wazir Yusuf a.s. kepada raja Mesir secara paksa. walaupun ia mempunyai beberapa faedah untuk rakyat, maka ia adalah godaan dan ujian bagi orang yang beriman seperti Allah Yang Maha Suci menguji Bani Israel ketika Dia menjadikan Musa a.s. membesar dan hidup di istana Taghut Firaun (l.a.), jadi ini adalah seperti:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

{Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? * Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.} [1].

Dan akhirnya, Al-Ma'mun Al-Abbasi meracun Imam Ar-Ridha a.s, selepas Al-Ma'mun dapati dirinya tidak berupaya untuk melemahkan usaha Imam Ar-Ridha a.s., walaupun dia berada di istananya dan di bawah pemerintahan beliau.

Dan seperti itu, kehidupan Imam-imam a.s. aushiak Nabi Penutup sawas, gambaran kehidupan para Nabi sebelumnya di bumi ini. Mereka adalah di antara taghut (penzalim), Penguasa yang kejam yang menumpahkan darah suci mereka, dan sesiapa yang mengikutinya atau bergantung kepadanya daripada para ulama jahat tidak beramal, dan suatu umat yang mengecewakan mereka dan memilih untuk menyembah Anak Lembu dan mengikuti Samiri, kecuali beberapa orang yang memuliakan janji Allah, dan apabila tiba masa Penutup Aushiak a.s., Baqiah Allah di muka bumi-Nya, Muhammad Ibn Hasan Al-Mahdi a.s. Allah ingin dia jauh (ghaib) dari pandangan mata manusia dan taghut-taghut, untuk melindunginya dengan perlindungan Qur'an dan Syariah sehingga Dia membenarkannya bangkit dan menunjukkan kebenaran apabila umat bersedia untuk menyokong beliau, dan telah diriwayatkan dari beliau a.s.: (atas sebab apa berlakunys keghaiban, Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَسْأَلوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ

{Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu.} ) [2].

Dan cukup tanda yang umum, dan salam kepada cahaya Allah di bumi-Nya dan BaqiahNya di kalangan hamba-hambaNya yang bapanya a.s. menamakannya sebagai salah satu yang tertindas (dizalimi), dan dia benar-benar kena tindas (mazlum) walaupun dari Syiah beliau yang hampir tidak menyebutnya semasa keghaiban dan mengalami penderitaan yang memilukan.

والسلام على المؤمنين والمؤمنات ورحمة الله وبركاته.

 
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ﴾

 (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. [3]

والحمد لله رب العالمين



------------
[A] Syi’ah = Pengikut atau Pendukung, Tashayu'(التشيع) = yang mengikut atau mendukung
[1]. Surah Al-Ankabut (29): 2 dan 3.
[2]. Surah Al-Maidah (5) 5:101
[2]. Kamal Ad-Din: Halaman 485 ; Al-Ghayba dari At-Tusi: Halaman 292 ; Al-Ihtijaj: Jilid 2, Halaman 284 ; Bihar Al-Anwar: Jilid 52, Halaman 92.
[3]. Surah An-Nur ( 24): 40.

✡✡✡✡✡

T A M A T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan