Halaman

Sabtu, 14 Disember 2013

Soalan 35 36


Soalan/35: Apakah makna "Maha Suci Allah Yang Maha Agung" (سبحان ربي العظيم وبحمده)?

Jawapan:


Tasbih bermakna penyucian (tanzih) daripada segala kekurangan, dan al-Hamd (الحمد) ialah: sanjungan (الثاء), pujian (المدح) dengan kesempurnaan. Adapun hakikatnya bahawa tasbih itu tidaklah terjadi (dilafazkan) daripada hamba melainkan dengan sanjungan pada Tuhan, dan zikir ini ialah tasbih dengan sanjungan pada Allah subhanahu wa ta'ala. Zikir ini menjadi keterangan bahawa tasbih tidak akan berlaku melainkan dengan (perbuatan) sanjungan. Oleh yang demikian, maka semua doa merupakan pujian (مدح), sanjungan (ثناء), dan puji-pujian (حمد), dan penghulu bagi sekalian orang-orang yang bertasbih ialah Pemuji yang bernama Muhammad (SAW).


✡✡✡✡✡




Soalan / 36: Apakah perbezaan di antara zikir rukuk: (سبحان ربي العظيم وبحمده) Maha suci Tuhanku Yang Maha Agung dan pujian baginya.
Dengan (سبحان ربي الأعلى وبحمده) Maha suci Tuhanku Yang lagi Maha Tinggi dan pujian baginya?

Jawapan: rukuk adalah keadaan melakukan dan merasa kerendahan dari hamba kepada Allah SWT pada martabat Zat (Allah), dan zikir ini adalah berkenaan dengan merendahkan diri pada martabat Huwa (Dia) Allah ialah: Memuji Pembimbing yang Maha Agung atau Maha Tinggi.


Adapun Sujud adalah: adalah keadaan melakukan dan merasa kerendahan dari hamba kepada Allah SWT pada martabat “Hakikat” atau “Al-Kunhu” (الكنه أو الحقيقة) dan zikir ini adalah berkenaan dengan merendahkan diri pada martabat Huwa (Dia) Allah: iaitu: Memuji Pembimbing (al-Murabi) yang Maha Teragung atau Maha Tertinggi. Maka martabat Hamba dalam mengenal TuhanNya di dalam sujud lebih besar dari martabat dalam mengenal TuhanNya pada masa rukuk.

     

✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan