Halaman

Isnin, 14 Oktober 2013

Soalan 26: Tercabutnya Nyawa dan Rahsianya

Soalan 26: Tercabutnya Nyawa dan Rahsianya

Soalan 26 : Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini
﴿وَاتَّقُوا يَوْماً لا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئاً وَلا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلا تَنْفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلا هُمْ يُنْصَرُونَ﴾

Dan takutlah kamu pada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat membela seseorang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafa'at kepadanya dan mereka tidak akan ditolong. [1]?

Dan firmanNya SWT:

 ﴿وَاتَّقُوا يَوْماً لا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئاً وَلا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلا هُمْ يُنْصَرُونَ﴾

Dan takutlah pada hari yang seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa'at dan tebusan dari padanya, dan mereka tidak akan ditolong [2]?

Dan adakah ayat-ayat ini menafikan syafaat?

Jawapan : Kedua-dua ayat ini tidak menafikan syafaat secara menyeluruh.
﴿وَاتَّقُوا يَوْماً﴾:
[Dan takutlah pada hari]: maknanya: takutlah pada suatu hari, dan hari ini adalah hari kematian, iaitu, masa kematian atau saat-saat kematian. Walaupun syafaat dari sesiapa yang mempunyai syafaat berguna di dunia ini dan selepas kematian di dalam kubur, dalam Barzakh, dan Hari kiamat, tetapi, tidak ada syafaat pada masa kematian kepada sesiapa sahaja, sebaliknya tidak diterima pada masa kematian tebusan-tebusan, begitu juga tidak diterima amal soleh.

Dan ini adalah disebabkan oleh [hakikat] bahawa kematian adalah tercabut roh dari jasad. Dan ia dicabut, atau keluar atau disingkir akan menyebab terputusnya hubungan roh dengan dunia, dan hubungan ini, bergantung kepada ketebalan dan banyaknya, dan kuatnya ikatan roh dengan jasad, oleh itu sudah tentulah ketika memutuskan hubungan ini akan disertai oleh kesakitan. Dan tidak ada syafaat, dari pemberi syafaat, tidak bermanfaat untuk mencegah atau menghapuskan kesakitan ini, malahan, tidak bermanfaat amalan manusia untuk mengangkat atau menghapuskan kesakitan ini.
﴿لا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ﴾
{dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan}: Ini adalah kerana ikatan manusia kepada dunia (seperti rumah, isteri, anak-anak, harta, dan lain-lain daripada itu dari ikatan duniawi) adalah diibaratlan seperyi tali yang mengikat diri manusia itu. Dan tidak ada jalan keluar bagi roh dari dunia ini, dan tiada pemisahan dari badan, tanpa memutuskan tali dan hubungan ini. Dan tiada siapa yang dapat melepaskan diri dari ancaman kesakitan kematian, kecuali bagi seseorang yang di dunia ini dengan badannya sementara rohnya lekat (menempel) di Perhimpunan Tertinggi, dan dia tergolong dari muqarrabun..

Amirul Mukminin (as) berkata, yang bermaksud:

"Sesungguhnya, aku hanyalah jiran kepadaMu, badan ku berjiranan dengan Mu hari-hari (di dunia) ini" [3],

dan Allah berfirman:

﴿فَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ * فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ﴾.
{Dan jika ia (si mati) adalah orang-orang yang hampir (Muqarrabun)* Maka [untuk dia] kerehatan dan kenyamanan dan taman (syurga) yang nikmat.}[4].

Dan tidak ada syafaat, atau tak bermanfaat amalan soleh pada saat-saat kematian, kecuali dalam satu keadaan, dan ia adalah keadaan melanggar undang-undang Alam - sunatullah, iaitu dengan pemotongan tali itu, tidak akan menyakitkan, seperti api Nabi Ibrahim (as) yang tidak membakar, atau ia tidak memberi kesan kepada beliau kerana halangan yang dikehendaki oleh Allah, Dia yang meletakkan padanya (as). Dan kita tidak melihat pelanggaran ini kepada Undang-undang Alam sebagai satu perkara biasa. Malahan, ia tidak berlaku kecuali dalam hal-hal yang berkaitan dengan kewujudan Allah, hubungan Yang Maha Suci, atau Dia SWT, dengan perkara atau orang tertentu, dan sokonganNya sendiri yang melanggar undang-undang Sejagat ini.

Itulah sebabnya golongan kanan (Ashabul Yamin) - mereka adalah Al-Muqarrabin - walaupun mereka dari kalangan ahli Syurga mereka tidak lari dari azab kematian, kerana Dia SWT, menjadi mendiamkan keadaan mereka pada masa kematiannya, Allah berfirman:

﴿وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ * فَسَلامٌ لكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ﴾

{Dan jika dia dari golongan kanan, * maka sejahteralah kepada kamu dari golongan kanan.}[5],

yang bermaksud: dia tidak membentangkan keadaan orang itu pada [masa] kematian jika dia dari kalangan golongan kanan. Walaupun ayat-ayat di akhir Surah Al-Waqi’ah adalah untuk menunjukkan keadaan kematian.[6

Walau bagaimanapun, Dia membentangkan keadaan mereka selepas kematian, maka Dia berkata kepada Nabi, “Sejahteralah kepada kamu dari golongan kanan”.

Salah satu contoh yang paling besar di mana gambaran ketiga-tiga golongan ini, iaitu (Muqarrabin, golongan kanan dan yang Mendustakan lagi Sesat) adalah ujian Thalut kepada tentera yang bersamanya. Kerana apabila dia melalui padang pasir dan mereka menjadi haus, dia menunjukkan mereka sebatang sungai di dalam perjalanan. Thalut berkata kepada mereka:

﴿إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلاً مِنْهُمْ﴾

{"Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". Tetapi mereka meminum juga dari sungai itu kecuali sebahagian kecil dari mereka.} [7],

bermaksud: orang yang tidak minum adalah dari Muqarrabin, dan yang minum seceduk daripadanya dari Golongan Kanan, dan yang minum, adalah dari orang-orang yang Mendustakan lagi Sesat. Kerana jika [mereka benar-benar] percaya bahawa Talut adalah Raja yang dilantik oleh Allah SWT, mereka akan bekerja dengan arahan dan tidak minum dari air itu.

Dan penafian ini adalah penafian kepada Allah SWT, bukan kepada Talut sahaja, dan sungai ini ialah: Kehidupan duniawi. Bagi sesiapa yang tidak minum ia adalah dari Muqarrabin, [orang-orang] yang telah memotong ikatan mereka, oleh itu, pengambilan roh-roh mereka tidak perlu memotong mana-mana ikatan atau tali. Dan sesiapa yang yang minum seceduk darinya, apabila [masa] mencabut rohnya sampai, ia perlu memotong tali yang terikat kepada dirinya sendiri, dan kerana semakin banyak (kuat) ikatan akan meningkatkan kesakitan. Adapun orang yang minum daripadanya sehingga dia menjadi mabuk [olehnya] dan tidak pedulikan apa yang dikata padanya, bagi orang ini, pada masa kematiannya, dia akan melihat bahawa dia tinggal di pinggir tebing runtuh, dan kematian beliau ialah: runtuhnya tebing ini bersama-sama dengannya ke dalam api neraka.

Sesungguhnya jalan masih ada dalam usaha untuk menjadi manusia 'Muqarrabin, walaupun dia mempunyai ister , harta, anak-anak, rumah, dan apa yang orang-orang di dunia ini punyai. Dia boleh menggunakan wangnya dengan cara yang sama para Imam (as) lakukan, apabila ia membelanjakan untuk orang-orang yang miskin terutamanya anak-anak yatim, dengan tiada had. Bagi kanak-kanak, beliau akan menumpukan mereka untuk menghadapi Allah untuk menjadi pejuang yang berusaha untuk menegakkan Firman Allah SWT, maka Allah mungkin menerima mereka dengan penerimaan yang baik, dan menanamkan untuk mereka pokok yang subur. Bagi isterinya, ia bersahabat dengannya berusaha ke jalan Allah SWT, dan dia telah berusaha untuk menjadikan isterinya mencapai kedudukan yang tinggi dalam mentaati Allah SWT, dan mengenal Allah SWT semampu yang dia boleh.

____________________________
[1] - Al-Quran Surah Al-Baqarah 2:48
[2] - Al-Quran Surah Al-Baqarah 2:123
[3] - Nahjul Balagha : Jilid. 9, halaman. 116.
[4] - Al-Quran Surah Al- Waqi3ah :88 & 89
[5] - Suci Al-Quran Surah Al-Waqi3ah 56: 90 & 91
[6] - Allah berfirman: {Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak boleh dibalas, *Maka Bawakanlah kembali – (roh) - jika betul kamu orang yang benar? * Dan jika si mati adalah orang-orang yang dekat kepada Allah, * Kemudian [baginya] rehat dan nikmat dan taman yang seronok. * Dan jika dia dari para sahabat kanan, * maka sejahtera kepada kamu dari sahabat Hak} Al-Quran Surah Al-Waqi3ah 56: 86 dan ayat-ayat selepasnya.

[7] - Al-Quran Surah Al –Baqarah 2: 245


Tiada ulasan:

Catat Ulasan