Halaman

Isnin, 14 Oktober 2013

"AKU LEBIH BAIK DARIPADANYA"...Masalah Orang Yang Sering Ingkar..

NASIHAT IMAM AHMAD AL HASSAN AS BUAT SEKALIAN ANSAR:

"AKU LEBIH BAIK DARIPADANYA"...MASALAH ORANG YANG SERING INGKAR..

Abdul Soleh (a.s) berkata dalam hal ini: Mengapa orang-orang yang sering ingkar adalah majoriti? Adakah permasalahannya pada khalifah-khalifah Allah atau pada manusia? Apakah dia masalah manusia? Apabila kamu mengetahui sebab kegagalan di dalam ujian pertama (di alam zarr), nescaya kamu mampu menjawab soalan ini.

Pengakhirannya adalah memancarkan "ANA" makhluk dalam bentuk nyata, iaitu selama mana dia memasuki "ANA" ketika berhadapan dengan Tuhannya, maka ketika itu terpancarlah dia berkata pada khalifah "aku lebih baik daripadanya". Dia tidak mengungkapkan kata-kata di hadapan Allah yang Maha Memaksa, akan tetapi dia menuturkannya pada setiap ketika dengan pandangannya dinasabkan ke atas dirinya sendiri. Mereka adalah orang-orang yang hampir tidak dapat melihat tangan mereka sendiri kerana dibutakan oleh "ANA". Segala fokus mereka ditumpukan kepada diri mereka sendiri dan apa yang mencelanya serta menjauhkan apa yang menafikannya secara zahir. Sekarang, terpancarlah perangai sebenar mereka pada khalifahNYA untuk dizahirkan ke atas orang ramai, setiap apa yang terkandung di dalam diri mereka yang keji disebabkan keingkarannya kepada DIA yang Maha Suci dan keutamaanNYA.

Jikalau aku dapat gambarkannya dengan lebih dekat lagi dalam bentuk perumpamaan yang nyata: Hal keadaan mereka adalah seperti orang yang menumpukan pandangannya ke atas dirinya sendiri. Dia berhadapan dengan Tuhannya tanpa menuturkan atau berkata: Aku lebih baik daripada Yang Menciptakanku atau berkata diriku lebih penting di sisiku berbanding Yang Menciptakanku. Tetapi gerak laku dan pandangannya dinasabkan ke atas dirinya sendiri yang mengungkapkan sebegini. Sekarang, dia diuji dengan kejadian yang sama dengannya secara zahir iaitu seorang insan, maka dengan serta merta dia menuturkan apa yang terkandung di dalam dirinya dan berkata dengan nyaring tanpa malu-malu: "Aku lebih baik darinya."

Diceduk dari Kitab Ma'al Abdul Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 81.

APAKAH QALB (HATI) YANG MANUSIA MENYEDARI/ MEMAHAMI DENGANNYA...

Banyak disebutkan tentang Qalb, firman Allah Taala:

وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِى قَلۡبِهِ
Dan dipersaksikannya kepada Allah isi hatinya. (Al Baqarah: 204)

وَلَـٰكِن لِّيَطۡمَٮِٕنَّ قَلۡبِى‌ۖ
Akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku. (Al Baqarah: 260)

إِذۡ جَآءَ رَبَّهُ ۥ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ
Ketika dia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni. (As Saaffat: 84)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain. Adapun riwayat-riwayat yang menyebutkan Qalb adalah tersangat banyak, menerangkan bahawa orang mukmin menyedari/ memahami dengan hatinya. Qalbnya adalah suci bersih serta Araysh Allah dan lain-lain lagi.Jadi, apakah makna Qalb (hati)?

Saya telah bertanya kepada Abdus Soleh (a.s), lalu berkata: Apakah yang diketahui bahawa seorang insan itu menyedari/ memahami dengan hatinya, saya sangat pasti ia bukanlah hati Qalb dikenali oleh manusia. Jadi apakah ia?

Maka (a.s) menjawab pertanyaanku: Benar, seseorang insan itu menyedari/ memahami dengan Qalbnya. QALB ADALAH ROH yang setiap insan mukmin menyedari/ memahami kalimat Allah menurut keadaan Qalb. Barangsiapa yang Qalbnya wujud di langit kedua sahaja, maka kesedaran/ kefahamannya adalah lebih kurang berbanding insan yang Qalbnya wujud di langit ketiga, begitulah seterusnya.

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 87.

BAGAIMANA IMAN ITU MENJADI TETAP..

Pada suatu hari saya telah meminta nasihat daripada Abdus Soleh a.s (Imam Ahmad Al Hassan a.s), maka saya telah berkata: Manusia itu adalah bukti atau hujah ke atas dirinya sendiri, terlalu sedikit kesabaran, dadaku menjadi sempit dengan pantas, terlalu banyak mengomel atau merungut. Apakah nasihat dan kata-kata anda dalam mengubati perjalanan hidupku ini?

Maka berkata Imam Ahmad Al Hassan (a.s): Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam bahawa sesungguhnya kamu bukanlah sedikit, kamu saling mengukuhkan antara satu sama lain serta saling bantu-membantu antara satu sama lain. Jika sekiranya terdapat sebarang kekurangan di pihak saudara kamu, maka aku bermohon kepada Allah agar kamu dan mereka diberikan keikhlasan serta taufik di dalam beramal di jalan Allah.

Ingatlah hal keadaan orang-orang yang mendahului kamu dari kalangan nabi-nabi dan wasi-wasi serta sedikitnya orang yang membantu mereka. Mereka telah merintis jalan buat kamu, berapa kalikah dan setiap kali itu juga jawapan kamu terhadap orang-orang yang menzalimi diri-diri mereka adalah dengan mengambil contoh daripada para anbiya dan awsiya' serta situasi mereka. Mereka telah merintis jalan buat kamu dan telah banyak meringankan kepayahan kamu, dengan kepayahan dan penderitaan mereka.

Justeru saya berkata: Kesejahteraan Allah ke atas mereka semua, dan semoga Allah memberikan taufik buat kami untuk berjalan di atas petunjuk mereka dan berkhidmat kepada Hujah-HujahNYA ke atas makhluk ciptaanNYA.

Lalu Imam Ahmad Al Hassan a.s bertanya: Bila pula Hujjah-Hujjah Allah mencari pembantu?

Maka saya menjawab: saya memohon maaf mawla ku. Saya telah menjadi tidak tahu apa yang saya ucapkan di dalam doa tersebut, maafkanlah kata-kata saya terhadap anda dan kesalahan itu tidak pernah berpisah denganku.

Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berkata: Kamu dituntut untuk membuat pengakuan dan pilihan yang betul di antara "ANA dan HUWA". Ketikamana berlaku pilihan yang betul dan seseorang manusia mukmin terselamat daripada "ANA", maka terlaksanalah atau tetaplah buatnya apa yang telah didatangkan oleh para anbiya dan awsiya'.

Maka saya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu menjadi tetap di dalam hati, adakah cara tertentu?

Maka Imam (a.s) menjawab: Makrifat (pengetahuan).

Saya bertanya lagi: Seseorang itu mengetahui sesuatu tetapi dengan cepat pula dia melupakannya. Lalu kesannya hilang dan menyebabkan dia membuat kesilapan yang baru.

Lantas Imam (a.s) menjawab: Makrifat yang hakiki adalah hakikat makhluk yang tidak lupa dan tidak hilang iaitu ketetapan iman.

Saya bertanya lagi: Apakah dia jalan yang menjadikan makrifat dan keimanan seseorang itu benar-benar hakiki dan tetap, tidak hilang?

Imam (a.s) menjawab: Apabila dia sendiri menjadi makrifat yang dibakar dengan api dan menjadi api. Adapun amalan yang membawa kepada ini adalah:

Pertama: Melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah ke atasnya dan setiap apa yang ditunjukinya, berakhlak dengan akhlak yang diredhai Allah dan menjauhkan diri daripada setiap akhlak yang dimurkai oleh Allah, setelah itu tidak menuntut syurga dan tidak minta dijauhkan dari neraka dan berbagai tidak lagi. Malah cukup sekadar berdiri tegak di pintu Allah dan beramal dengan apa yang dikehendakiNYA dan setelah itu mengetahui yang berikut: Bahawa sesungguhnya sekiranya dia berkata sembuhkan aku, kurniakan aku, rezekikan aku, perbuatlah sebegini untukku, maka dia dalam setiap doa-doanya ini sedang berkata "ANA".

Dituntut ke atasnya untuk bersifat dengan sifat Qana'ah (berasa cukup sekadar apa yang ada) sepenuhnya, bahawa cukup sekadar dia berdiri tegak di pintu Allah dan Allah menggunakan dia sebagai kurniaan ke atasnya. Jikalau Allah SWT menggunakannya sejak dari penciptaan dunia sehingga ke hari kiamat dan setelah itu memasukkannya ke dalam api neraka, maka ia adalah kebaikan buatnya. Bagaimana ianya tidak menjadi kebaikan??Sedangkan dia menjadikanku dari tiada, dan setelah itu memuliakanku dengan menggunakanku untuk menjadi seketul batu yang dilemparkannya ke mana DIA suka. Keutamaan apakah yang lebih hebat dari ini, malah jika DIA memasukkan aku ke dalam neraka secara kekal selepas ini, maka ia adalah kebaikan buatku kerana Dia telah memberikanku kebaikan pada masa lalu dan di masa akan datang. Aku berhak mendapat yang lebih teruk daripada api neraka kerana aku lebih melihat ke dalam diriku.

Setiap manusia dituntut supaya sentiasa kekal berdiri tegak di pintu Allah, mengharapkan supaya dia diberi keutamaan dan dipergunakan oleh Allah. Dituntut juga supaya tidak menjadikan amalan seseorang itu kepada Allah berdasarkan harga atau balasan iaitu tidak menuntut sebarang harga atau balasan atas amal perbuatannya. Adakah seseorang itu dianggap sebagai baik, jika dia meminta harga atau balasan terhadap khidmat kecil yang diberikannya kepada seorang manusia budiman, sedangkan dia telah melengkapkannya dengan rumah, kewangan, pekerjaan dan setiap apa yang dihajati di dalam hidupnya pada masa lalu tanpa mengharapkan sebarang balasan?!

Maka bagaimana pula Allah SWT yang menggunakan kamu untuk kemuliaan kamu?? Sedangkan amal kamu bersamaNYA adalah kemuliaan dan kebaikan yang menimpa kamu, maka bagaimana kamu hendak menuntut balasan atas hal yang demikian??!!

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 100-102.

Merawat Kekerasan Hati..

Saya (Syeikh Abu Hassan) telah bertanya kepada Abdus Saleh (a.s):

Kadang-kadang berlalu masa di mana sebahagian kami merasa tenang yakni terlalu sedikit pergerakan di dalam dakwah secara tiba-tiba dan saya tidak tahu adakah ianya disebabkan kekurangan yang saya amat pasti kewujudannya, atau adakah masalah ini ditangan Allah dan sudah sedia ada sebab-sebab tertentu baginya. Ini satu perkara dan perkara yang lainnya: Kadang-kadang manusia merasa keras hatinya dan terlalu sedikit penerimaannya, adakah rawatan atau peneyembuhan bagi perkara ini?

Maka Imam Ahmad (a.s) berkata: Dakwah itu adalah di tangan Allah dan Allah jualah yang memberikan kepada seorang mukmin menurut kadar keikhlasannya.

Hati itu menjadi lembut dengan mengingati Allah dan mengingati awliya'NYA. Apabila hati-hati itu menjadi keras maka condongkanlah ia kapada mengingati Allah, membaca Al Quran dan apa yang kamu termampu dari doa-doa, serta memerhati (tadabbur) sirah awliya' Allah dan mengambil pelajaran daripadanya.

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 102.

NASIHAT IMAM AHMAD AL HASSAN AS BUAT SEKALIAN ANSAR:

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian...

Salah seorang saudara (Ansar) telah melontarkan sebahagian permasalahan kepada Imam Ahmad Al Hassan a.s, lantas Imam a.s berkata di dalam nasihatnya: ...Adakah kamu menyangka kesibukan aku hanya pada kalian sahaja? kebanyakan manusia akan binasa dan mereka berada di atas kesesatan serta berpergian masuk ke dalam neraka. Manakala setiap seorang daripada kamu pula sibuk dengan dirinya sendiri, setiap seorang dari kamu melaungkan "ANA"?!

Aku tidak memerlukan banyak tutur kata (alasan), aku mahukan sedikit amal (kerja) daripada kamu.

Amal-amal kamu didedahkan kepada kami dan pada amal tersebut setiap orang meneriakkan "ANA", kenapa kalian tidak berjuang memerangi diri kalian? Tidakkah kalian malu dengan Allah, Muhammad, Ali dan keluarga Muhammad alaihimussalam?! Semuanya, semuanya, semuanya.

Demi Allah, yang akan membuatkan anak kecil beruban kepalanya?? Adakah kamu membantu?? Aku katakan kepada kamu binasalah kebanyakan manusia!! Kalian tidak takutkan kematian, sebaliknya melaungkan ANA, ANA, ANA!! Siapakah yang memberikan kalian keselamatan dari kebinasaan mereka dan kalian pula sibuk meneriakkan ANA, ANA, ANA?!

Ketikamana saudara tersebut ingin menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan tindakannya, Imam a.s berkata: Baiklah, Malaikat tidak menyalinnya, apa yang harus aku perbuat dengannya?!

Kemudian Imam a.s berkata lagi: Nasihatku buat kamu berdasarkan firman Allah Taala:

تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬ا‌ۚ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi. Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Al Qasash: 83)

Tadabburlah, fahamilah ayat ini dan jauhilah dari mengikut hawa nafsu kalian, dan kemenangan atas kebenaran itu adalah untuk diri kalian sendiri.

Apabila kalian secara praktiknya ingin menjadi pembantu kepada kebenaran, maka beramallah dengan ayat ini. Jika tidak Allah akan menggantikan kalian dengan kaum (orang) selain kamu, yang kemudiannya tidak akan menjadi seperti kalian. Kalian mengetahui, mereka berdekatan dengan kalian dan hampir tiba waktu mereka. Maka bertakwalah kepada Allah dan bunuhlah diri kalian dan hawa nafsu kalian, serta bantuilah Tuhan kalian.

تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا

"Negeri akhirat itu, Kami jadikan": Allah tidak pernah memfirmankan "bahagian kamu dari negeri akhirat" dan juga tidak memfirmankan "Kami jadikan baginya bahagian dari negeri akhirat". Tetapi berfirman: "Negeri akhirat itu, Kami jadikan," iaitu negeri akhirat dan apa yang ada di dalamnya dijadikan untuk mereka yakni mereka adalah tuan-tuan akhirat. Mereka adalah Keluarga Muhammad alaihimussalam dan syiah mereka yang khusus. Maka beramallah untuk menjadi dari kalangan mereka, jika tidak aku tidak ingin untuk melihat rupa-rupa bentuk kalian, sedangkan kalian adalah pengikut hawa nafsu kalian.

Di penghujung ayat, Allah Taala berfirman:
وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ, bermaksud: Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Orang-orang yang bertakwa itu adalah Keluarga Muhammad alaihimussalam. Imam Sadiq (a.s) telah berkata kepada orang yang membaca: وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا yang bermaksud, dan jadikanlah orang-orang bertakwa sebagai Imam bagi kami: (mereka telah meminta sesuatu yang amat besar, yang mana ia adalah: dan jadikanlah orang-orang muttaqin sebagai Imam buat kami). (Tafsir Al Qummi, jilid 1, ms 10 dan Bihar Al Anwar, jilid 24, ms 133-134)

Maka apakah perkara yang seseorang itu perlu lakukan untuk menjadi dari kalangan mereka?

لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬ا‌

Mereka tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi, kalian tidak menginginkan ketinggian dan juga tidak menginginkan kerosakan?? Adakah kamu mengetahui makna ayat ini? iaitu tidak terlintas di hati kamu bahawa kamu adalah lebih baik dari yang lain dan tidak melebihkan diri kamu ke atas yang lain.

Mereka tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi...mereka juga tidak menginginkan kerosakan dan bukannya tidak melakukan kerosakan. Di dalam ayat lain Allah Taala berfirman:

وَلَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya. (Al A'raaf: 56)

Adapun di dalam sebelum ini bukanlah berbunyi "janganlah mereka membuat kerusakan", tetapi dinyatakan "mereka tidak menginginkan kerosakan" iaitu tidak terlintas di hati mereka kerosakan dan juga tidak terlintas di hati mereka akan kerosakan. Di manakah kalian dalam perkara ini???

Bertakwalah kepada Allah dan sibukkanlah diri kalian dengan memperbaiki diri kalian sendiri, setiap seorang dari kalian melihat dirinya sebai sebaik-baik makhluk, bahawa dia lebih utama dari keseluruhan ansar, atau lebih utama dari sebahagian ansar?!!

Inilah nasihatku buat kalian dan maafkanlah aku atas ketegasanku terhadap kalian.

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 102-104.
NASIHAT IMAM AHMAD AL HASSAN A.S DALAM MENUNJUKKAN HIDAYAH KEPADA MANUSIA...

Telah berkata Imam a.s: Beramallah dengan seluruh kemampuan kalian kerana ia adalah peperangan terhadap Iblis, dia ingin membawa bilangan yang paling besar ke neraka jahanam...manusia akan melihat (realiti) dunia sedetik setelah kematian, yang tidak pernah hampir mengetahui sesuatupun darinya. Dia ingin merealisasikan janjinya dengan menyesatkan manusia. Sekiranya dia tidak mampu menangguhkan Hari yang Dijanjikan, maka dia ingin merealisasikan janjinya untuk menyesatkan keseluruhan umat manusia melainkan orang-orang yang terpilih untuk membantu Qoim a.s yang mendatangi Iblis lantas memenggal lehernya di masjid Kufah.

Mereka adalah golongan yang sedikit sepertimana yang disebutkan tentang mereka oleh Keluarga Muhammad alaihimusslam di dalam banyak riwayat mereka. Mereka adalah seperti garam di dalam makanan dan seperti celak di mata, beringatlah dan beringatlah. Juga di dalam kitab-kitab terdahulu dan di dalam kitab suci: 14, kerana kebanyakan manusia mendakwa, tetapi mereka adalah sedikit yang terpilih. (Majma' Al kana'is As Syarqiyyah, ms 97)

Kegagalan terakhirnya adalah menangguhkan persemukaan terakhir dan terlaksanalah janji Ilahi dengan kemenangan 313 orang ke atas diri mereka sendiri, yang tidak dapat menjadikan dia lembut daripada matlamatnya selama mana dia telah berjanji untuk menyesatkan umat manusia. Kemenangan kalian adalah dengan menunjukkan hidayah kepada manusia, menunjukkan hidayah kepada mereka dan bukan hanya setakat menegakkan hujah ke atas mereka. Beramallah dengan seluruh kemampuan kalian untuk menunjukkan hidayah buat mereka. Aku berpesan kepada kalian agar berjihad memerangi Iblis dengan seluruh kemampuan kalian. Aibkan dia (Iblis) dan aibkan tenteranya dari kalangan manusia dan jin.

Ketikamana saya (syeikh Abu Hassan) bertanya tentang kesengsaraan pukulan yang diterima oleh Iblis laknatullah, Imam a.s berkata: Tidakkah kamu pernah membaca di dalam hadis dan athar: Apabila bersujud anak Adam, maka menjadi hitamlah wajah Iblis. (Lihat Al Kafi, jilid 3, ms 264 dan Al Khisal oleh Az Sadooq, ms 616).

Aku ceritakan buat kamu ru'ya (vision) yang telah aku lihat tidak berapa lama sebelum ini, barangkali ianya dapat menjelaskan lagi perkara ini buat kamu: Aku telah melihat tentera yang besar yang aku pimpininya dan telah berlaku peperangan yang besar, di mana terdapat ramai yang syahid dari kalangan tentera ansar, ruh-ruh mereka naik serta rupa-rupa ruh mereka adalah sangat cantik. Para anbiya' berdiri di pintu langit menyambut mereka dan tersangat gembira dengan ruh mereka. Dari kalangan anbiya' itu adalah nabi Ibrahim (a.s) dan dia tersangat gembira, dan mereka (para anbiya') telah berkata: Ini tidak pernah diperolehi sejak Allah menjadikan Adam, kemenangan bilangan yang sebegini besar ke atas ANA, dunia, hawa nafsu dan syaitan...tamat.

Apa yang aku ingin kamu fahami darinya adalah supaya mengikut Hujjah Allah dengan seteliti mungkin, kerana ia dapat menghitamkan wajah Iblis. Sujud yang ditolak oleh Iblis adalah sujud yang menjadikan wajahnya hitam, yang telah menolak sujud kepada khalifah Allah dan berjanji untuk menyesatkan umat manusia dengan membawa mereka supaya menolak sujud kepada khalifah Allah. Apakah perkara yang lebih menghitamkan lagi wajah Iblis selain daripada penentangan terhadap matlamat dan tujuannya?

Oleh itu, ia adalah sepertimana yang mula-mula aku katakan: Beramallah untuk menunjukkan hidayah kepada manusia, jadikanlah mereka bersujud sepertimana Malaikat dan aibkanlah Iblis yang mahukan mereka mengikutnya dalam menolak bersujud kepada khalifah Allah.

Apabila saya meminta doa daripada Imam (a.s) supaya Allah Taala menuliskan kita dari kalangan orang-orang yang sujud kepada khalifahNYA di atas muka bumiNYA, maka Imam a.s berkata: 

اللهم يجعلنا جميعا من الساجدين للساجد الأول والعابد الأول والمسلم الأول والناطق إذا خرست الآلسن في عرصات القيامة

Ya Allah jadikanlah keseluruhan kami dari kalangan orang-orang yang sujud untuk pensujud pertama, abid pertama dan muslim pertama serta berbicara ketikamana kelunya lidah di lapangan hari kiamat.

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 104-105.
KETAKUTAN ITU ADALAH NIKMAT...

Telah berkata (a.s) ketikamana berlaku kesempitan di kalangan sebahagian saudara Ansar: Doa itu membalas tipu daya orang-orang yang zalim, maka berdoalah kalian kepada Allah dan berlindunglah kalian kepada Allah, serta berdoalah dengan doa Jausyan Soghir. Ketakutan itu adalah nikmat yang membuatkan seorang hamba itu berlindung kepada Allah dan mendekatkan diri kepadaNYA serta mengingatkanNYA setelah kelalaiannya.

Kemudian (a.s) berkata lagi: Insya Allah bulan Ramadhan ini telah menghampiri kita untuk memasukkan kita ke dalam hari-harinya, maka tuntutanku dari seluruh ansar supaya tidak mengurangkan diri dalam membacakan doa-doa dan berlindung diri kepada Allah serta merendahkan diri kepadaNYA.

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms107.

PERENCANAAN KELUARGA MUHAMMAD (A.S) DI DALAM GERAK KERJA (AMAL)...

Suatu ketika saya telah bertanya kepada Abdus Soleh (a.s) tentang penyampaian (tabligh) dakwah di tempat tertentu, apabila yang dimaksudkan adalah mereka yang dengan jemaah-jemaah tertentu.

Maka (a.s) menjawab: Bergeraklah kalian ke atas keseluruhan umat manusia kerana sesungguhnya bagi Allah Kehendak-Kehendak (Iradaat) dan permulaan-permulaan baharu (bada'aat), tidak mungkin kami mengatakan dan menjelaskan tiap sesuatu. Bahkan semestinya ada arahan nyata yang kadang-kadang berlaku padanya bada' (permulaan baharu). Kami memerangi musuh yang melihat kalian dan kalian tidak melihatnya, yang duduk dan mendengar kata-kata kalian, kerana kalian tidak berlindung diri darinya. Dia mengetahui dari kalian apa yang kalian perbuat dan ke mana kalian menghala, lalu dia mendahului kalian ke arah menyesatkan orang yang kalian ingin tunjukkan hidayah kepadanya. Dia tidak mengetahui perkara ghaib tetapi dia ingin mengetahuinya daripada kami (Keluarga Muhammad a.s) agar dia dapat bekerja menangguhkan hari yang dimaklumkan atau sehingga ANAnya redha dengan menyesatkan setiap orang yang mungkin disesatkan mereka.

Ketikamana ditanyakan berkenaan nasihat supaya diangkatkan kelemahan ini dalam gerak kerja (amal), adakah dengan memohon perlindungan dan penyembunyian sebagai contoh?

Maka (a.s) menjawab: Ini tidak dikhususkan buat kalian, kami memperlakukan musuh kami bersesuaian dengan apa yang kami lihatnya. Kami jadikan dia menyangka bahawa kami berpegang atas ini dan akan mendapat petunjuk ini, lantas dia menyibukkan mereka dari kalangan mereka yang kami kehendaki. Permasalahan ini bukan setakat kalian dan apa yang kalian lihat. Kami bertanggungjawab dengan apa yang kalian lihat dan apa yang kalian tidak lihat.

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms107.

ADAKAH SESEORANG MEMINDAHKAN PENGETAHUAN SEDANGKAN DIA TIDAK MELAKSANAKANNYA...

Aku bertanya kepada Abdus Soleh (a.s), lantas berkata: Kadang-kadang seseorang memindahkan/ meriwayatkan/ menterjemahkan sesuatu kepada seorang yang lain, seperti ilmu-ilmu ketuhanan tetapi dia berasa tenang bahawa dia tidak hidup dengannya atau melaksanakan apa yang ada di dalamnya. Adakah perlakuan ini diterima?

Maka (a.s) menjawab: Rasulullah Muhammad (sawas) telah bersabda: "Allah merahmati seorang yang mendengar percakapanku dan memahaminya serta memindahkannya kepada manusia, kemungkinan si pemindah berita memberi faham kepada orang yang lebih faham daripadanya."

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms108.
Top of Form

BELAS IHSANNYA DENGAN MANUSIA DAN SERUAN KAMI AGAR BERGAUL DENGAN MEREKA MENURUT ZAHIR LUARAN MEREKA.

Seorang yang mencari kebenaran telah meminta pertolongan daripada sebahagian ansar dan kami berasa ragu-ragu dalam membantunya, hanya kerana takutkan sekiranya dia ada tujuan tertentu sepertimana menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh ahli kebatilan terhadap kebenaran dan ahlinya. Maka saya telah mengkhabarkan hal yang demikian itu kepada Abdus Soleh (a.s).

Lantas (a.s) berkata: Secara keselurahannya kalian tidak berbuat melainkan kebaikan, kejujurannya dan ketidakjujurannya tidaklah memudaratkan kalian. Bahkan dia hanya memudaratkan dirinya sendiri, sekiranya dia tidak jujur. Paling maksimum pun kalian hanya kerugian punca harta kewangan, adapun dia akan rugi kemuliaannya sekiranya dia tidak berlaku jujur.

Hendaklah kalian sentiasa bergaul dengan manusia menurut zahir luaran mereka. Hattakan para Anbiya', Allah tidak pernah memerintahkan mereka bergaul dengan manusia menurut batin dalaman mereka. Barangsiapa yang meminta pertolongan dan mengatakan bahawa dia di dalam kesusahan serta kebahayaan sepertimana yang diungkapkan, maka kami bantui dia samada dia jujur atau tidak.

Kemudian (a.s) berbalik semula kepada soalan yang ditanyakan kepadanya dan berkata: Amirul Mukmin (a.s) telah berkata: Jikalau si peminta adalah benar, maka binasalah orang yang diminta. Maka bergaullah dengan manusia menurut zahir luaran mereka dan Allah jualah yang menghisab manusia di hari kiamat. Demi Allah, aku amat senang dikatakan ke atasku seribu dan seribu kali bahawa aku tidak tahu dan jahil serta seseorang memperdayakanku dengan dua kalimah tersebut, berbanding aku berjumpa Allah pada hari Kiamat dengan menzalimi salah seorang dari hamba-hambaNYA.

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms108.

IMAM AHMAD AL HASSAN A.S KETIKA MEMPERINGATI SYAHADAH BONDA ZAHRA' (A.S)

Pada satu tahun, Imam (a.s) telah jatuh sakit pada hari memperingati Syahadahnya Bonda Zahra' (a.s), lalu berkata: Ia adalah sakit yang ditimpakan ke atasku pada sebahagian musibah Keluarga Muhammad (a.s) dan ia adalah niKmat Allah, segala pujian hanya bagi Allah.

Maka saya (Syeikh Abu Hassan) berkata: Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan pembunuhan kalian sebagai adat dan kemuliaan Syahadah kalian daripada Allah. Semoga Allah membesarkan ganjaranmu wahai mawlaku dan memperbanyakkan kurniaanNYA buatmu dalam setiap keluhan dan rintihan.

Lantas (a.s) berkata: Ini adalah kata-kata Amirul Mukminin (a.s) yang tidak pernah berlalu satu hari pun ke atasku melainkan membuatkanku menangis, aku pindahkannya kepada kamu agar kamu dapat mengambil manfaat darinya: "Sesungguhnya kami dari Allah dan kepadaNYA lah kami kembali, aku telah memulangkan kembali pertaruhan dan mengambil gadaian, serta mengambil senyap-senyap Az Zahra', apakah tumbuhan hijau dan debu-debu tanah lebih keji wahai Rasulullah." (Al Kafi, jilid 1, ms 459 dan Bihar Al Anwar, jilid 43, ms 193)

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 109.
MEREKA MEMBUNUH, MEMENJARA DAN MERAMPAS NAMUN TIDAK PERNAH MAMPU MENUTUP DAKWAH KEBENARAN.

Abdus Soleh (a.s) berkata berkenaan penindasan musuh-musuhnya dan penganiyaan mereka terhadapnya dan ansar-ansarnya: Barangkali kami banyak dan terlalu banyak bersabar, tetapi natijah adalah sebaliknya buat salah seorang dari kami dan barangkali perkara yang paling teruk adalah orang yang memusuhi kami samada di dunia atau akhirat. Mereka telah membunuh orang terdahulu mereka yakni bapaku Al Hussain (a.s) di padang pasir, adakah ianya selesai begitu sahaja atau Allah menghinakan mereka di dunia dan di akhirat?!

Demi Allah, jika Ahmad Al Hassan ditinggalkan keseorangan dan dia dibunuh serta disembunyikan tubuhnya di padang pasir, pastinya natijah mereka adalah kehinaan di dunia dan di akhirat. Walaupun selepas mereka tahu bahawa Ahmad Al Hassan adalah daripada Allah, betapa jahilnya mereka!! Adakah mereka jahil sehingga ke tahap ini?!

Setelah apa yang mereka lakukan pada bulan Muharam "tahun 1429 hijrah", mereka membunuh, mengudung, membakar tubuh-tubuh, memenjara dan merampas setiap apa yang terjangkau oleh tangan-tangan mereka. Kesemua yang mereka lakukan tidak pernah dapat menutup dakwah kebenaran. Mereka menggunakan segala kelengkapan negara, tentera negara dan media massa negara untuk menutup dakwah kebenaran, serta menghabiskan Ahmad Al Hassan dan puluhan lain yang bersamanya. Tetapi natijahnya adalah mereka tidak mampu, bahkan membuka aib mereka sendiri. Bukankah ini tanda untuk mereka jikalau mereka berakal?!

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 109.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan