Halaman

Isnin, 14 Oktober 2013

Soalan 8: Manifestasi Al Rahman

Manifestasi Al Rahman

Kiriman Muhammad Eshraq

PETIKAN DARI KITAB AL MUTASYABIHAT KARANGAN IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI A.S

Soalan 8: Apakah yang dimaksudkan hadis Qudsi oleh Jabir bin Abdullah Al Ansari, daripada Nabi Muhammad (sawa), telah bersabda bahawa Allah swt telah berfirman:”Wahai Ahmad, jika bukan kerana kamu, nescaya aku tidak akan menciptakan tempat peredaran bintang-bintang (aflak), dan jika tidak kerana Ali, nescaya tidak aku ciptakan kamu, dan jika tidak kerana Fatimah, nersaya tidak aku ciptakan kedua-dua kamu.”(1)

Muhammad (sawa) adalah manifestasi Allah (2), dan Ali (a.s) adalah manifestasi Al-Rahman (3) dan Fatimah (a.s) adalah manifestasi Al-Rahim di kalangan makhluk ciptaannya. Semua kewujudan dicerahi oleh cahaya Allah pada makhlukNYA, iaitu Muhammad (sawa), dan juga daripada pintu di mana cahaya tersebut melimpah, pintu tersebut adalah Ali (a.s) dan Fatimah (a.s).

Firman Allah swt: “Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (3)

حم * تَنزِيلٌ مِّنَ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ    

2. Turunnya dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



Ali adalah pintu zahir (terang) dan Fatima adalah pintu batin (tersembunyi),sepertimana jelas kelihatan di mata manusia akan kehidupan dunia ini, dan tersembunyi atau ghaibnya akhirat dari pandangan manusia. Ali dan Fatimah (alaihimassalam), atau Al Rahman dan Al Rahim, adalah penyatuan dan pemisahan antara mereka seumpama dua pasangan suami isteri yang saling berkasih, “yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu”(4), iaitu dua nama yang mempunyai makna yang satu.

Pemisahan mereka pula bermaksud keluasan dan kesempurnaan rahmat di dalam Al-Rahman di satu pihak, dan kesempitan serta keistimewaan rahmat di dalam Al-Rahim di pihak yang satu lagi. Al-Rahman iaitu Ali (a.s) dikhususkan kepada kehidupan di dunia ini. Keluasan rahmat di dalam Al Rahman meliputi semua manusia, seumpama limpahan yang turun melalui pintu zahir yang melangkaui semua, samada dia beriman atau kafir, seperti yang diungkapkan oleh doa:”Engkaulah (Ya Allah), yang memberi kepada sesiapa yang memintanya, dan Engkaulah juga yang memberikan kepada mereka yang tidak memintanya, dan kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya, di atas belas kasihan dan rahmatNYA.”(5)

Di akhirat pula, dia adalah pemutus antara syurga dan neraka berasaskan hubungan atau pemisahan makhluk daripadanya di dalam kehidupan dunia ini dan bukannya di akhirat.

Manakala Al-Rahim pula iaitu Fatimah (a.s), lebih menjurus kepada akhirat.(6) Dialah yang memilih Syiahnya di hari kiamat nanti, yang terdiri daripada ahli kebenaran, ahli tawhid dan mereka yang ikhlas kepada Allah swt. Mereka terdiri dari Al Hassan, Al Hussein, para Imam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa (alaihimu solatu wasalam), para Nabi, Wasiy dan mereka yang ikhlas. Disebabkan perkara inilah Rasulullah (sawa) telah bersabda mengenai diri Fatimah (a.s):”Fatimah adalah ibu kepada bapanya.”(7) Ibu adalah asal-usul kembali sesuatu, dan kerana itu juga Imam Hassan Al Askari (a.s) telah menyebutkan apa yang dimaksudkannya: “kami adalah Hujjah Allah ke atas makhluk, dan Fatimah adalah Hujjah ke atas kami.”(8)

Justeru itu, jika bukan kerana Muhammad, nescaya langit dan bumi tidak akan diciptakan, kerana mereka diciptakan dari cahayanya. Dan jika tidak kerana Ali, Muhammad tidak akan diciptakan, disebabkan tanpa Ali, Muhammad tak akan dikenali. Ali adalah pintu Muhammad yang darinya dia lalu, dan melaluinya (pintu atau Ali) limpahan Muhammadi(9) dimanifestasikan langit dan di bumi. Jika tidak kerana Fatimah iaitu pintu batin atau akhirat, maka tidak akan diciptakan Muhammad dan Ali. Tanpa akhirat, Allah tidak akan menciptakan makhluk, dan dunia ini juga tidak akan diciptakan.

 _________________________________________________

1. Mostadrak Safinat Al-Bihar Vol. ms 334, Al-Janna Al-Asima ms 148.

2. Bagi seorang Nabi Allah seperti Muhammad (sawa), menjadi manifestasi Allah di kalangan makhluk bermakna dia adalah kemunculan (zuhur) sifat-sifat Allah di kalangan makhluk, dia mengambil peranan dan menjadi jurucakap sifat-sifat DIA yang Maha Suci, disebabkan dia Allah dikenali. Allah swt telah mengnaskan di dalam Quran tentang manifestasi/tajalli: “Dan tatkala Musa datang untuk [munajat dengan Kami] pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman [langsung] kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah [diri Engkau] kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya [sebagai sediakala] niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman". (7:143)

Dalam peristiwa ini, amat dipastikan bahawa ianya bukanlah perpindahan atau perubahan tempat, atau Allah swt tidak kekal ditempatnya, dan DIA suci daripada perkara sedemikian. Ketinggian Allah swt tidak terbatas, bahkan Allah swt menampakkan diriNYA kepada gunung sebenarnya adalah menerusi kemunculan sesuatu yang menjadi jurucakapNYA. Diriwayatkan daripada Ahlulbayt (alaihimu solatu wasalam), bahawa Allah swt menampakkan diriNYA dalam bentuk lelaki dari “Korubiyyin” kepada gunung dan menjadikannya hancur lebur.

Abu Abdillah (a.s) telah berkata:”Korubiyyin adalah satu kaum yang merupakan Syiah kami daripada ciptaan pertama. Allah telah menempatkan mereka di belakang “Arash”, dan sekiranya Allah membahagikan cahaya salah seorang daripada mereka ke atas manusia di muka bumi ini, nescaya ia akan mencukupi buat mereka. Apabila Musa memohon kepada Tuhannya (Rabb)dengan apa yang telah dipohonnya, maka Allah memerintahkan lelaki dari “Korubiyyin”, dan menampakkan dirinya kepada gunung sehingga ia menjadi hancur lebur.

Disebutkan dalam doa Simat, ”dan demi cahaya wajahMU yang Engkau manifestasikan kepada gunung dan jadikannya hancur lebur sehingga Musa jatuh pengsan. Dan demi keagunganMU yang muncul di Gunung Sinai, yang Engkau telah berkata-kata dengan hambaMU dan rasulMU Musa bin Imran, demi kenaikanMU di Gunung Sa’ir dan kemunculanMU di Gunung Faran.” Misbah Al-Mujtahid ms 419. Perhatikan kata-kata Imam (a.s), “demi kenaikanMU di Gunung Sa’ir dan kemunculanMU di Gunung Faran.” Kenaikan dan kemunculan adalah dua pergerakan yang sangat tidak ditegah ke atas Allah swt, oleh itu, ianya tidak akan berlaku melainkan dengan manifestasi/ tajalli. Kenaikan Allah di Sa’ir adalah NabiNYA Isa a.s, dan kemunculan Allah di Faran adalah Muhammad (sawa), sepertimana yang telah diterangkan Oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s di dalam kitabnya “Nubuwwah Khatimah”, sila rujuk.

3. Quran 41:2

4. Quran 4:1

5. Telah berkata Abu Abdillah (a.s), “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Bacalah ini setiap hari di bulan Rajab pada waktu pagi dan malam, selepas solat kamu di siang hari atau malam hari: ‘Engkaulah yang aku merayu untuk setiap kebaikan, dan mengimani dengan kemurkaanMU pada setiap kejahatan. Engkaulah yang memberi dengan limpahan yang banyak untuk imbalan yang sedikit. Engkaulah satu-satunya, yang memberi kepada sesiapa yang memintanya, dan memberi kepada sesiapa jua yang tidak pernah memintanya, dan sesiapa yang tidak pernah mengetahuinya, di atas belas kasihan dan rahmatNYA. Penuhilah permintaanku, dengan sepenuh permintaanku, seluruh kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jauhkanlah aku, dengan sepenuh permintaanku, dari segala kejahatan di dunia dan di akhirat, sesungguhnya pemberian Engkau itu tidak pernah cukup. Tambahkanlah kelebihanMU ke atasku, wahai Tuhan yang Maha Memberi”. Iqbal Al-Amal Vol. 3 ms.211.

6. Telah bersabda Nabi Muhammad (sawa) di dalam satu riwayat, “Dan Allah berkata kepada MalaikatNYA, ‘Wahai MalaikatKU, lihatlah kepada hambaKU Fatimah, penghulu wanita kepada hamba-hambaKU, yang bangkit di antara tanganKU, menggeletar kerana takutkan AKU. Dia datang menyembahKU dengan sepenuh hatinya. Kamu adalah saksi yang AKU menyelamatkan Syiahnya daripada api neraka.” Al-Amali by Al-Sadooq ms 175 dan banyak lagi riwayat yang mengesahkan perkara ini.

7. Bihar Al-Anwar Vol. 34 ms 19.

8. Rahsia Fatimah oleh Sheikh Muhammad Fathil Al-Masoodi ms 69

9. Kepunyaan Muhammad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan