Halaman

Khamis, 11 Julai 2013

Nasihat Imam Ahmad Al Hassan As Buat Para Ansar

Nasihat Imam Ahmad Al Hassan As Buat Para Ansar
post dif b: Muhammad Eshraq

Soalan 234:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat serta limpahan salam kesejahteraan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyin.

Berikut adalah nasihat Sayyid Ahmad Al Hassan buat para ansar, yang didatangkan sebagai jawapan atas pertanyaan dan permintaan daripada saudara 'Alaa' yang dimuliakan. Ianya bertarikh: Rabu, 16 safar 1430 hijrah.

__________________________________________

Jawapan:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta limpahan salam kesejahteraan buat Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyin.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagiNya, Tuhan yang Satu, lagi Maha Esa, yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, yang tidak pernah mengambil sebarang teman dan anak. Dan aku bersaksi bahawa tuan dan mawlaku Muhammad bin Abdullah hambaNya dan pesuruhNya kepada seluruh alam.

Aku bertahmid kepada Dia swt yang menganugerahkanku dengan kurniaanNya yang tidak diketahui tentangnya melainkan Dia swt, yang menjadikanku hambaNya. KepemurahanNya ke atasku yang menjadikanku dari kalangan orang-orang yang sujud dan mentakdirkanku di kalangan orang-orang yang ingat. Pada hakikatnya, aku mendapati diriku hanyalah seorang yang lalai serta tidak layak untuk kemuliaan ini yang dilimpahkan ke atasku oleh Dia swt. Namun, Dia yang maha pemurah memberi balasan yang banyak. Demi Allah, aku tidak mendapati diriku telah mengemukakan melainkan sedikit untuk aku mengatakan bahawa Dia telah memberikanku balasan yang banyak, berbanding sedikit yang telah aku kemukakan.

Seterusnya adalah kehendak Dia swt yang telah menghimpunkanku di kalangan tuan-tuanku keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyin alaihimussalam. Mentakdirkanku bersama-sama mereka dan menghimpun wajahku yang gelap di kalangan wajah-wajah mereka yang bersinar dengan cahayaNya swt. Lalu aku meletakkanku di antara perintahNya swt yang mengekangku di antara makrifat tentang diriku yang meresahkanku. Ia adalah apa yang Allah swt kehendaki untuk menguji makhluk dengan batu yang menjadi hitam akibat dosa-dosa, yang tidak memberi mudharat dan tidak juga memberi manfaat.

Apakah yang telah aku katakan kepada kalian: (Janganlah kalian menjadi ansar Ahmad Al Hassan, seorang hamba yang akan mati, yang tidak berkemampuan atas sesuatu pun. Tetapi jadilah ansar kepada yang sentiasa hidup, yang tidak mati dan yang berkemampuan atas segala sesuatu). Bermaksud: Janganlah kalian disibukkan oleh kiblat berbanding Hakikat yang kalian tujui. Jadikanlah hati-hati kalian melekat kepadaNya swt dan bukannya dengan salah seorang hamba-hambaNya, walau hamba ini adalah khalifah Allah di bumiNya. Kalian mentaati khalifah Allah kerana Allah memerintahkan kalian sedemikian. Jadikanlah pengorbanan-pengorbanan kalian bersama khalifah Allah; kerana Allah memerintahkan kalian sedemikian, bukan kerana kalian mencintai insan ini yang Allah jadikannya sebagai khalifahNya di bumiNya. Ini adalah syirik yang menghalang manusia mukmin soleh daripada meningkat naik ke jalan-jalan langit (samawaat). "Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah." (Surah Yusuf: 106)

Ketahuilah bahawa Allah menjadikan perasaan kasih dan cinta kepada kami di dalam hati-hati orang yang beriman, yang membelasi hati-hati mereka untuk mengingati kami dan dan air mata mereka mengalir kerana kerinduan pada kami. Kalian diuji dengan ini juga, maka janganlah kalian disibukkan dengan ini berbanding Allah. Janganlah kalian menjadi seperti orang yang disibukkan dengan cermin berbanding gambaran yang ada di dalamnya, kerana cermin itu hanya wujud untuk menyampaikan kepada kalian gambaran tersebut.

Ketahuilah, semoga Allah merahmati kalian bahawa khalifah Allah di bumiNya, hanyalah bukti-bukti yang mereka dikenal oleh orang yang mengenali mereka dan Allah dikenali melalui mereka. Matlamat dan tujuan kalian adalah Allah dan untuk mengenaliNya swt. Oleh itu, awaslah kalian dan berwaspadalah daripada disibukkan dengan bukti-bukti (Semoga Allah mensejahterakan kesemua mereka) berbanding tujuan kalian yang telah mereka tunjuki dan halakan kepadanya.

Aku ringkaskan kata-kataku dengan dua kalimat yang aku letakkan di leher-leher kallian: (Berwaspadalah kalian dan berasa cemaslah dengan kiblat, kerana ia adalah kiblat yang diarahkan kalian untuk menghadap wajah melaluinya. Berwaspadalah kalian dan berasa cemaslah dengan kiblat, kerana ia kiblat yang diinginkan adalah apa yang disebaliknya).

Aku mengingatkan kalian agar tidak menghalusi khalifah Allah di bumiNya kerana dia hanyalah kiblat kalian kepada Allah dan aku juga takut kalian berasa cemas dengan khalifah Allah berbanding daripada mengingati Allah swt; kerana khalifah Allah hanyalah kiblat kepada Allah.

Seterusnya, jadikanlah kesibukan kalian pada berbuat baik sesama kalian dan bersifat belas ihsan sesama mukmin, semoga Allah merahmati kalian. Dengan izin Allah, tiada di kalangan kalian orang yang beriktikad bahawa Allah swt mempunyai sekutu dan tiada juga di kalangan kalian yang beriktikad bahawa Allah swt, yang mana Dia adalah cahaya (Nur) yang tiada kegelapan (zhulmah) padaNya bertahalul (bertempat) di salah satu alam makhluk di mana kegelapan bercampur aduk dengan cahaya. Bahkan ia tertegak dengan cahayaNya swt yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Sebagaimana aku menganggapi kalian mengetahui bahawa Allah berkata-kata kepada orang yang ikhlas kepadaNya daripada kalangan makhlukNya: Aku Hidup yang tidak mati dan Aku telah menjadikan kamu hidupan yang tidak mati, Aku berkata kepada sesuatu "Jadilah", lalu ia jadi dan Aku menjadikan kamu berkata kepada sesuatu "Jadilah", lalu ia jadi".1

Firman Allah Taala: "Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali kematian di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka."2 Mereka semua tidak mati dan tidak mengenal kematian melainkan keluarnya mereka daripada dunia ini.

Firman Allah Taala: "Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu."3 Mereka semua tidak mati, bahkan mereka tidak terperanjat dan tidak mati ketika Israfil meniupkan sangka kala.

Firman Allah Taala lagi: "Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."4 Mereka tidak binasa kerana mereka adalah wajah Allah, bermaksud: bahawa Allah berhadapan dengan makhluk lain melalui mereka.

Tetapi, di manakah hidupan yang tidak mati selainNya? Siapakah yang Hidup tidak mati itu sendiri? Di manakah yang mengatakan kepada sesuatu "jadilah" lalu ia jadi dengan daya dan kekuatan selainnya, bahkan memerlukan izin selainnya? Siapakah yang berkata "jadilah" lalu ia jadi dengan daya dan kekuatanNya sendiri: [Ingatlah], ketika Allah mengatakan: "Wahai Isa putera Maryam, ingatlah nikmatKu kepadamu.......dan [ingatlah pula] di waktu kamu membentuk dari tanah [suatu bentuk] yang berupa burung dengan izinKu, kemudian kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung [yang sebenar] dengan izinKu."5

Hendaklah Kalian tinggalkan perbahasan dan pertengkaran, semoga Allah merahmati kalian, serta berkata-katalah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akal mereka.

Aku berpesan kepada kalian supaya menyampaikan kebenaran kepada orang yang menuntutnya dengan lemah lembut, belas ihsan dan bertimbangrasa. Kalian membawa makanan daripada langit kepada mereka, oleh itu, janganlah kalian menyertakan pemberian kalian dengan ungkitan dan menyakiti perasaan si penerima: "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan sedekahmu dengan mengungkit-ungkitnya dan menyakiti [perasaan si penerima]."6 Jangan kalian jadikan hidayah mereka sebagai keinginan kalian, tetapi jadikanlah keinginan kalian untuk menjadi pembantu kami di lapangan hari kiamat. Jadilah kalian daripada kalangan orang yang para Malaikat berbangga dengan mereka.

Bantulah kami dengan ilmu dan amal, serta ikhlas sesama kalian. Jadilah sebaik-baik umat yang dikeluarkan buat umat manusia. Sekiranya kalian tidak menjadi Ashabul Kahfi, maka kalian jadilah orang-orang yang menakjubkan mereka yang sebelum dan sesudah kalian.

Firman Allah Taala: Adakah engkau menyangka, bahawa "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?"7. Dan hanya mendengarkan kepala Hussein bin Ali as membacakan: "Bahawa Ashaabul Kahfi dan Ar-Raqiim itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?." Bermaksud: Ashabul Kahfi yang lain, mereka adalah sahabat-sahabat Qoim yang menuntut bela dan berpegang teguh dengan agama Hussain yang dibunuh kerananya iaitu ketuanan Allah (Hakimiyyah Allah).

Kalian telah berpegang dengan agama keseluruhannya iaitu ketuanan Allah. Tiada sesuatu pun yang dapat memudharatkan orang yang datang dengan ketuanan Allah di hari kiamat kelak dan orang yang mencuaikannya tidak mendapat manfaat suatu apa pun. Pada hakikatnya, orang-orang yang mencuaikan ketuanan Allah dituliskan mereka daripada kalangan orang yang menentang Muhammad, walau mereka mendakwa diri mereka sebagai pengikutnya. Mereka dituliskan dari kalangan penentang-penentang Ali, walau mereka mendakwa sebagai pengikutnya (syiahnya). Mereka dituliskan sebagai penentang-penentang Hussein, yang mengorbankan hatta anak kecilnya yang masih menyusu dan menjulang kepalanya dihujung tombak, demi memastikan ketuanan Allah.

Demi Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia, merekalah yang membawa kepala Hussain dihujung tombak pada zaman ini. Cukuplah buat mereka kehinaan dan keaiban, apabila mereka mendapati diri mereka di penghujung perjalanan, yang mana mereka tidak memahami sesuatu pun daripada agama Tuhan ataupun revolusi Hussain as.

Bertahun-tahun lamanya kalian mendengar mereka berkata terang-terangan di atas mimbar bahawa Hussain tidak pernah keluar demi kekuasaan. Mereka meyakini bahawa dengan ini mereka mensucikan Hussein as dari kekejian, sedangkan tuntutan khalifah Allah terhadap ketuanan Allah adalah tugas yang ditetapkan ke atasnya, dengan cara ia adalah aib dan penuh kekurangan bagi selainnya; kerana khalifah Allah berdasarkan tuntutannya terhadap ketuanan Allah adalah perlaksanaan kehendak Allah, sedangkan tuntutan selainnya berdasarkan ketuanan manusia adalah bertentangan dengan kehendak Allah. Orang yang dilantik Allah sebagai Imam, Allah tidak meredhai mereka menolak Imamah atau meninggalkan tugasnya dalam menunjukkan hidayah kepada manusia ke jalan yang lurus.

Oleh itu, bagaimana mereka mewajibkan bahawa Hussein as tidak pernah menuntut ketuanan Allah dan tidak pernah menuntut kekuasaan, yang disebabkannya manusia diuji dan terbahagi kepada dua bahagian pada setiap zaman; di kalangan mereka ada yang seperti Iblis mengatakan "aku" atau "kami" dan di kalangan mereka ada yang seperti Malaikat, yang di dalam sujud mereka mengatakan HUA.

Seterusnya, lihatlah musibah yang menimpa mereka pada masa lalu, yang menganggap bahawa Hussein as tidak pernah keluar menuntut kekuasaan dan menurut pemikiran mereka menganggap berketuakan Hussein as, adakah mereka pada hari ini mempunyai pegangan yang sama dengan mereka di masa lalu???!!!

Aku tinggalkan kalian dan manusia sekaliannya untuk menilai iaitu melihat mereka melompat-lompat di atas kerusi kekuasaan seperti monyet.

Wahai ansar Allah yang dikasihi, kalian telah tahu kejahilan mereka dan kebinasaan mereka. Mereka telah binasa dan membinasakan, maka bertimbang rasalah kepada orang yang telah mereka binasakan, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk: "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." 8

Wassalamu alaikum warahmatulLahi wabarakatuh

Ahmad Al Hassan.
Kitab Jawab Al Munir 'Ibra Al Athir, jilid 2, muka surat 35-38.

___________________________________________
1. Beliau as menunjukkan kepada hadis Qudsi yang terdapat di dalamnya: (wahai anak Adam, Akulah yang hidup tidak mati, taatilah aku pada apa yang telah perintahkan kamu sehingga Aku menjadikan kamu hidup tidak mati. Wahai anak Adam, Aku berkata kepada sesuatu "jadilah maka ia jadi", taatilah Aku pada apa yang telah perintahkan kamu sehingga Aku menjadikan kamu berkata kepada sesuatu "jadilah maka ia jadi". (Mustadrak Al Wasail: jilid 11, ms 258. Bihar Al Anwar: jilid 90, ms 376)
2. Surah Ad Dukhan: 56
3. Surah Az Zumar: 68
4. Surah Ar Rahman: 27
5. Surah Al Maidah: 110
6. Surah Al Baqarah: 264
7. Surah Al Kahf: 9
8. Surah An Nahl: 125


Rasul, Imamah, Al Mahdi dan Bai'ah

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ      


Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali". (Al Baqarah:285)


Khalifah mengikut zaman
 Pelaksana dan Bai'ah
Allah Jadikan Adam seorang Khalifah sebagai
1.        Nabi
2.        Rasul
3.        Raja
4.        Imam

Setiap Khalifah membawa risalah
1.        TAUHID dan
2.        SYARIAT Allah

Ini Hakimiyyah Allah (Ketuanan Allah). Bersama mereka ada musuh Tradisi Iblis dan mereka yang dijangkiti (tergoda) yang enggan SUJUD dengan Khalifah-Khalifah Hakimiyyah Allah
Seramai 124,000 para Khalifah (Nabi, rasul dsb)

Umat Muhammad (seluruh Umat manusia)

Lahir 571 M – 632 M

Agama: Islam
Pelaksana (Khalifah: Nabi, Rasul (Khataman Nabiyiin))
Syahadah bit Tauhid:
            اشهد أن  لا اله  إلا الله  
Syahadah fi Risalah:
       اشهد أن  محمداً الرَّسول الله

Al-Imam (Aimmah) dan Wilayahnya

Al-Hamawaini di dalam Fara’id al-Simtin (Yanabi’ al-Mawaddah, hlm 446 – 447) telah meriwayatkan hadith ini dan dinukilkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi’ al-Mawaddah bab 76 dengan sanad daripada Ibn ‘Abbas dia berkata: Seorang Yahudi bernama Na’thal datang kepada Rasulullah saw dan berkata: Wahai Muhammad! Aku akan bertanya anda beberapa perkara yang tidak menyenangkan hatiku seketika. Sekiranya anda dapat memberi jawapan kepadaku nescaya aku akan memeluk Islam di tangan anda. Beliau saw bersabda:”Tanyalah wahai Abu ‘Ammarah.’ Dia bertanya beberapa perkara sehingga dia berkata: Beritahukan kepadaku tentang wasi anda siapa dia? Tidak ada seorang Nabi melainkan ada baginya seorang wasi. Dan sesungguhnya Nabi kami Musa bin ‘Imran telah berwasiatkan kepada Yusyu’ bin Nun.
Maka Nabi saw menjawab”Sesungguhnya wasiku ialah
1.        ‘Ali bin Abi Talib, selepasnya dua anak lelakinya  (10 H)
2.        Hasan dan
3.        Husain ’Apabila wafatnya Husain, maka anaknya
4.        ‘Ali apabila wafatnya ‘Ali, anaknya
5.        Muhammad, Dan apabila wafatnya Muhammad, anaknya
6.        Ja’far. Apabila wafatnya Ja’far anaknya
7.        Musa. Apabila wafatnya Musa, anaknya
8.        Ali. Apabila wafatnya Ali, anaknya
9.        Muhammad. Apabila wafatnya Muhammad, anaknya
10.     ‘Ali. Apabila wafatnya ‘Ali anaknya
11.     Hasan. Apabila wafatnya Hasan, anaknya
12.     Muhammad al-Mahdi. Mereka semua dua belas orang…..

”Akhirnya lelaki Yahudi tadi memeluk Islam dan menceritakan bahawa nama-nama para imam dua belas telah tertulis di dalam buku-buku para Nabi yang terdahulu, dan ia termasuk di antara apa yang telah dijanjikan oleh Musa AS.


Agama: Islam
Pelaksana: 12 orang Imam (Al Aimmah)
Syahadah bit Tauhid: 

                         اشهد أن  لا اله  إلا الله  
Syahadah fi Risalah: 

         اشهد أن  محمداً الرَّسول الله


Syahadah fil Wilayah:
اشهد ان علي امير المؤمنين واولادة المعصومين حجج الله 



Al-Mahdi (Mahdiyin)

Kaum muslimin, dengan segala perbedaan mazhab yang ada, sepakat mengenai akan datangnya sang pembaharu bagi dunia yang telah dilanda kezaliman dan kerusakan, untuk kemudian memenuhinya dengan keadilan. Rasulullah saw mengabarkan bahwa sang pemhaharu ini mempunyai nama yang sama dengan namanya.

Manusia pilihan itu tidak lain adalah Muhammad bin al-Hasan al-Mahdi bin Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin Ali al-Ridha bin Musa al-Kazim bin Ja’far As-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib, yang juga putra Fatimah az-Zahra binti Rasulullah saw.
                                                     
Beliau dilahirkan di Samara’ pada tahun 255 H. Ibunya adalah Narjis yang dulunya seorang jariah (Keturunan Rom). Hingga berumur 5 tahun, beliau diasuh, dibimbing dan dididik oleh ayahandanya sendiri. Hasan al-Askari. Hingga saat ini beliau masih hidup dan akan muncul dengan seizin Allah untuk memenuhi bumi dengan keadilan.

Kehidupan politik di zaman heliau sarat dengan kekacauan, fitnah dan pergolakan yang terjadi di mana-mana. Keadaan ini dilukiskan oleh Thahari: “Pada masa pemerintahan al-Mukhtadi (Bani Abbasiyah) seluruh dunia Islam dilanda oleh fitnah”.(Tarikh Thabari, Jilid VII hal 359)

Dalam situasi seperti inilah, Imam akhirnya ghaib dan hanya beberapa orang saja yang bisa menermuinya. Keghaiban Imam Mahdi terdiri dari dua periode; Ghaib Sughra dan Ghoib Kubra. Ghaib Sughra berlangsung sejak kelahiran beliau tahun 255 H, semasa hidup ayahnya. Pada masa Ghaib Sughra ini beliau hanya bisa ditermui oleh empat orang wakilnya yaitu:

1. Utsman bin Said al-Umari al-Asadi.

2. Muhammad bin Utsman bin Said al-Umari al-Asadi, wafat tahun 305 H.

3. al-Husein bin Ruh al-Naubakti, wafat tahun 320 H.

4. Ali bin Muhammad al-Samir, wafat 328/329 H.

Keghaiban Sughra ini berlangsung selama 70 tahun. Sedang Ghaib Kubra terjadi sejak wafatnya wakil Imam yang keempat, Ali bin Muhammad Al-Samir, hingga Allah mengizinkan kemunculannya. Dalam masa Ghaib Kubra ini terputuslah hubungan beliau dengan para pengikutnya. Semoga Allah mempercepat kemunculannya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Dalam Wasiat Rasulullah (hadith di bawah)

... Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (atau Ismail kerana Rasululla anak dua Sembelihan Abdullah  dan Ismail) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).
Beliau Ahmad bin Sayed Ismail bin Sayed Saleh bin Sayed Husin bin Sayed Salman bin Imam Muhammad (Al Mahdi)
Lahir 1387/1388 H – 1968 M
29 Zul Qaedah 1419 Di Bai’ah di Basrah
Agama: Islam
Pelaksana: 12 orang Mahdi (Al Mahdiyin)
Syahadah bit Tauhid:
              اشهد أن  لا اله  إلا الله  
Syahadah fi Risalah:
          اشهد أن  محمداً الرَّسول الله

Syahadah fil Wilayah:
أشْهَدُ أَنَّ عَلِيًّا وَالأَئِمَّةَ مِن وُلْدِهِ حُجَّجُ الله
Syahadah fil Hidayah
اشهد أن  المهدي والمهديينِ من ولده حجج الله

Baiah dengan Mahdi Pertama (Al Yamani)
أشْهَدُ أَنَّ اَحْمَد اَلحَسَن وَالمَهْدِيِّين مِن وُلْدِهِ حُجَّجُ الله


Hadith Wasiat Dimalam Wafat Nabi:

Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata:
bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda:
Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya;
Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku
Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku
Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
Ali anaknya penghulu segala abid. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya
Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam.
Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).

BAI’AH

Cara-cara untuk berbai'ah kepada Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (a.s).
1.       Ianya cukup lafaz sekadar di dalam hati dengan mengucapkan kalimah:
اشهد أن لا اله إلا الله
اشهد أن محمداً الرسول الله
اشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله
اشهد أن احمد الحسن والمهديين من ولده حجج الله
1. Asyhadu an la ilaha ilallah
2. Asyhadu anna Muhammada Rasulullah
3. Asyhadu anna Aliyyan wal Aimmata min wuldihi hujajullah
4. Asyhadu anna Ahmad Al hasan wal Mahdiyyin min wuldihi hujajullah

Terjemahan Bahasa Melayu:

1. Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah
2. Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah
3. Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari keturunannya adalah Hujah2 Allah
4. Aku bersaksi bahawa Ahmad Al Hasan dan para Mahdi dari keturunannya adalah Hujah2 Allah.

2.       Kemudian mandi (ghusl) taubah dgn niat "nawaitu ghusl at taubah qurbatan ilallah." Cara2 ghusl tawbah adalah sama sepertimana ghusl al janabah ( mandi wajib selepas junub)

3.       Kemudian sujud syukur kepada Allah swt. Cukup sekadar membaca "alhamdulillah" atau "Shukran lillah" sebanyak 3 kali semasa sujud.



Jawapan:


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Segala Puji bagi Allah.

Allah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin.


Khalifah-khalifah Allah dikenali dengan dalil qath'ie iaitu nas dan kami telah menjelaskan perincian perkara ini di dalam wasiat Rasulullah SAWA. Bagaimana sesungguhnya ia adalah bukti ke atas khalifah-khalifah Allah yang disebutkan mereka di dalamnya, dengan semata-mata mendakwa bahawa mereka dinaskan di dalamnya. Kerana ianya digambarkan sebagai kitab yang terpelihara daripada kesesatan bagi sesiapa yang berpegang dengannya selama-lamanya. Dengan ini akal mewajibkan supaya Allah memeliharanya sehinggalah empunya sebenar mengklaimnya dan menyempurnakan tujuannya iaitu memelihara orang yang berpegang dengan daripada kesesatan. Telah tetap Hujjah dan Khilafah Mahdi Pertama Al Yamani dengan klaimnya tersebut.


Manakala bagi Imam Mahdi (s.a) pula, maka tiada bukti untuk mengenalnya setelah keghaibannya melainkan dengan Hujjah dan khalifah daripada Khalifah-khalifah Allah yang ditetapkan Hujjah dan Khilafah ketuhanannya dengan dalil qathi'e. Tidak terdapat khalifah daripada khalifah-khalifah Allah selepas Imam Mahdi yang mempunyai sifat ini melainkan Mahdi Pertama dari anak-anaknya. Maka setiap pendakwa selain Mahdi Pertama adalah pendakwa bathil. Tiada jalan untuk mendapat ridha Allah serta agama Allah pada zaman ini selain Mahdi Pertama dan dia adalah jalan untuk mentaati Imam Mahdi (a.s). Imam Mahdi tidak berhubung dengan sesiapapun dari kalangan manusia dan tidak menyeru seorang pun dari kalangan manusia setelah mengutuskan utusannya serta penyeru kepada Allah dan kepadanya iaitu Al Yamani dan Mahdi Pertama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan