Ahad, 8 Oktober 2017

Sambungan Menjawab Keraguan 4




Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

Maka hadits yang diriwayatkan lebih banyak dengan jalan dari Sabi’ dari Huzhaifah, disaksikan hasan dan sahih di sisi para ulamak, sebagaimana kata Al-Albani; Sesungguhnya hadits tersebut disahkan dari Nabi tanpa mempedulikan celaan orang-orang yang mengingkarinya.

Kesaksian yang kuat ini telah mensahihkan lafaz (Khalifah Allah) pada Hadits Al-Risalah ini.

Yang anehnya bahawa Al-Albani telah mengingkari lafaz (خليفة الله - Khalifah Allah), dan tidak mengingkari lafaz:
((إن كان لله خليفة في الأرض
(jika bagi Allah mengadakan Khalifah di bumi)[152], saya tidak tahu apa perbezaan di antara kedua-dua lafaz pada maknanya, ia adalah perlantikan Khalifah di bumi di sisi Allah SWT?!

Saksi Kedua:

Dalam Muntakhab Musnad ‘Abd bin Humaid - Abd bin Humaid bin Nashr [153] Wafat 249 H hal 295-296:.

Ana (dari) Abdul Razaq, Ana (dari) Muammar, dari Abi Harun Al-‘Abdi, dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(احتج آدم وموسى عليهما السلام فقال موسى: أنت خليفة الله بيده أسكنك جنته وأسجد لك ملائكته فأخرجت ذريتك من الجنة وأشقيتهم فقال آدم (عليه السلام(  أنت موسى الذي اصطقاك الله بكلامه ورسالته تلومني في شئ وجدته قد قدر علي قبل أن أخلق قال فحج آدم موسى فحج آدم موسى(.

“Adam dan Musa saling berdebat, lalu Musa berkata: ‘Wahai Adam, engkau adalah Khalifah Allah, dengan tanganNya  ditempatkan engkau di SyurgaNya dan sujud kepada engkau para malaikatNya, lalu diusir keturunan engkau dari Syurga’ dan membuat mereka sengsara. Adam (as) pun menjawab: Wahai Musa, Engkaulah yang dipilih Allah dengan risalahNya, dan berkata-kata denganNya. Apakah Engkau salahkan aku datukmu atas suatu urusan yang telah Allah tetapkan atasku sebelum aku diciptakan?” Baginda bersabda: “Maka Adam mengalahkan Musa dalam perdebatan itu. Adam mengalahkan Musa dalam perdebatan itu)”

Perhatikanlah kata-kata Nabi Allah Musa (as) kepada Nabi Allah Adam (as) (engkau adalah Khalifah Allah), bukankah ia betul-betul sama dengan apa yang terkandung dalam Hadits Al-Risalah itu!


---------------------------
[152] Lihat Al-Silsilah Al-Shahihah: J 4 hal 400 nombor 1791.
[153] Tazhkirah Al-Hufadz - oleh Al-Zgagabi: J 2 hal 534-9551 nombor.
(‘Abd bin Humaid bin Nashr seorang Imam Al-Hafidz, Abu Muhammad Al-Kassi penyusun Al-Musnad Al-Kabir wa Al-Tafsir dan lain-lain, namanya Abdul Hamid, Maka  ...... Al-Bukhari telah mengulas dalam Al-Dalail Al-Nubuwah mengenai Shahihnya dan menamakan Abdul Hamid, dan dia adalah dari imam-imam yang tsiqah, diletakkan dalam Al-Muntakhab dari Musnadnya untuk kita dan untuk golongan muda atau untuk kita bangkit. Dia meninggal dunia pada tahun dua ratus empat puluh sembilan - 249 H (rahima Allahu Ta’ala ...).

[92]

Saksi Ketiga:

Sahih Muslim J 2 bab larangan makan bawang putih atau bawang ... hal 81.

Kata-kata 'Umar ibn Al-Khattab: (... dan beberapa orang telah menyuruh ku supaya menjadi khalifah dari Allah dan tidak menyia-nyia agamaNya mahupun khalifahNya, dan tidak akan diutus NabiNya (S).

‘Umar di sini mengaitkan Kekhalifahan kepada Allah Ta’ala, dan memastikan bahawa hakikat penegak kebenaran adalah Khalifah Allah Jalla Jalalah, adakah ‘Umar seorang musyrik pada pendapat Al-Albani dan Ibn Taimiyah?!


 Saksi Keempat:


Sahih Al-Bukhari (J 2 hal 121):

Dari Abu Sa'id Al-Khudri, dari Nab, (S), baginda bersabda:

(ما بعث الله من نبي ولا استخلف من خليفة إلا كانت له بطانتان بطانة تأمره بانعروف وتحضه عليه وبطانة تأمره بالشر وتحضه عليه فالمعصوم من عصم الله تعالى

("Allah tidak akan mengutus seorang nabi dan tidak akan memilih seorang khalifah melainkan di sekitarnya dua jenis kepercayaan manusia, kepercayaan orang yang senantiasa menganjurkan dan mendorongnya untuk berbuat baik, dan kepercayaan orang yang menyuruh dan mendorongnya untuk berbuat buruk. Maka orang yang selamat adalah orang-orang yang diselamatkan oleh Allah SWT.

Maka Khalifah yang dipilih oleh Allah, apa yang akan kita panggil? Bukankah Khalifah Allah? Kerana dia dipilih oleh Allah SWT, seperti kita memanggil mereka yang diutus Allah (Rasulullah - Rasul Allah) kerana dia diutus oleh Allah SWT,


Saksi Kelima:


Diriwayatkan Abu Nu`aim dalam (Al-Arba’ein Haditsan Fi Al-Mahdi) Hadits ke 16, dari Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah (S) bersabda:

  (يخرج المهدي وعلى رأسه عمامة، فيها مناد ينادي: هذا المهدي خليفة الله فأتبعوه)

(Akan keluar Al-Mahdi, di atas kepalanya serban, padanya ada penyeru yang menyeru, "Inilah Al-Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia!) [154]


------------------------
[154] Al-Hawi Li Al-Fatawa – oleh Al-Suyuthi: J 2 hal 61, 3uqud Al-Durur fi Akhbar Al-Muntadzar, ditahqiq oleh Al-Syeikh Muhib Bin Saleh Al-Bawarini: bab 6 no 212 hal 205, Nur Al-Abshar - oleh Al-Syablanji, Al-Mathba’ah Al-Mahmudiyah, Mesir, tahun 1313 Hijrah, Cet 1 hal 158. Katanya diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Al-Thabrani dan lain-lain.


[93]



 Saksi Keenam:


Dari Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(إذا أقبلت الرايات السود من خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله المهديُ)

(Apabila datang panji-panji hitam dari Khurasan maka pergilah kepadanya kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah.) [155]

Hadits ini menjadi saksi kepada Hadits Al-Risalah ini, ia adalah nash atas perihal Imam Mahdi (as) sebagai (Khalifah Allah) ػ.

Kenam-enam saksi (dalil) ini menyokong kesahihan makna (Khalifah Allah) ػ, dan semuanya menjelaskan khayalan (keraguan) yang dilihat oleh Al-Albani kerana sesungguhnya dia tidak bersaksi dengannya.

Selepas itu, tidak ada salahnya menyebutkan sebahagian ulama yang membenarkan penggunaan (Khalifah Allah) ػ kepada Khalifah Allah di bumi:

1. Al-Manaawi berkata dalam Faidh Al-Qadir J 1 hal 466:
(dan semua yang dipilih Allah untuk memakmur bumi dan mentadir manusia. menyempurmakan diri mereka dan melaksanakan perintahNya kepada mereka, maka dia Khalifah, tetapi tidak diperlukan oleh Yang Maha Kuasa orang yang tidak sesuai, bahkan gagal untuk bertindak sebagai orang yang menggantikanNya dari menerima limpah kurniaNya  dan melaksanakan perintahNya (Sekiranya kamu katakan) apakah hikmahnya ditambah pada Allah dan apakah yang dikatakan Khalifah itu? Saya katakan ia adalah satu petunjuk bahawa insan kamil (manusia sempurna) telah ditajalli dari perkara (الرذائل) ‘yang dipandang keji dan ditajalli dengan kemuliaan dan kedudukan ijtihad dan fatwa yang tidak boleh dikeluarkan kecuali pada maqam kenabian, Terdapat yang menolak kebaikan seolah-olah mereka menahan diri daripada mengatakan Khalifah Allah bukan untuk yang lain dari Adam dan Daud (as)) .

2. Al-Sam'ani berkata dalam tafsirnya J 1 hal 64: (dan ada yang mengatakan: bahawa dinamakan Khalifah kerana dia Khalifah Allah di bumi, untuk menegakkan hukumNya, dan melaksanakan keputusanNya yang adil, dan ini adalah sahih.)

3. Al-Baghawi berkata dalam tafsirnya J 1 hal 60:. (Apa yang dimaksudkan di sini adalah Adam dipanggil khalifah. Kerana menggantikan jin yang datang kemudian daripada mereka (jin) itu. dan ada yang mengatakan: bahawa menggantikan kepada yang lain, Dan benarlah. bahawa dia Khalifah Allah di bumi ini untuk menegakkan hukumNya, dan melaksanakan keputusanNya yang adil).


---------------------------
[155] kata-kata AL-Musnad dalam mempertahankan Musnad Ahmad – oleh Ibn Hajar hal 69,


[94]


4. Al-Qurthubi berkata dalam tafsirnya J 1 hal 312: (... Sesungguhnya telah dibawa keluar keduanya dari Syurga ke bumi, kerana mereka berdua telah diciptakan di sana, dan Adam menjadi Khalifah di muka bumi. Iblis- laknahu Allah -  tidak bertujuan untuk mengeluarkan mereka darinya, tetapi bertujuan menjatuhkan martabatnya dan menjauhkannya sejauh mengkin, tetapi dia tidak mencapainya dan tidak menyedari apa tujuannya, bahkan semakin bertambah panas pandanganbya, rimas dirinya dan kecewa memikirkannya. Allah AWJ berfirman:

﴿ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَىٰ﴾

Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. [Taha 20:122]

Maka dia (as) menjadi Khalifah Allah di bumiNya selepas dia teraniaya di tempat tinggalnya, maka betapa jauh (bezanya) di antara khalifah dan kerendahan! (S)....) ...

Beliau juga berkata pada J 1 hal 263: (... makna pada khalifah di sini - pada kata-kata Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas dan banyak ahli-ahli takwil (tafsir) – adalah Adam (as), dia adalah Khalifah Allah dalam melaksanakan hukum-hukum dan perintahNya .. ).....

5. Al-Baidhawi berkata dalam tafsirnya J 1 hal 68:. (... dan Khalifah yang dipilih selain darinya menerima taubatnya dan gangguan tersebut diperbesar-besarkan, yang dimaksudkannys adalah Adam (as) kerana dia adalah Khalifah Allah di bumiNya, dan juga setiap nabi dipilih menjadi khalifah Allah untuk memakmurkan bumi, mentadbir manusia, dan menyempurnakan diri mereka serta melaksanakan perintahNya kepada mereka. Dia SWT tidak berhajat kepada orang yang tidak sesuai, bahkan gagal untuk bertindak sebagai orang yang menggantikanNya dari yang boleh menerima limpah kurniaNya dan menyampaikan perintahNya tanpa perantaraan ....)

6. Al-Alusi berkata dalam tafsirnya J 1 hal 220:. (... dan makna menjadi Khalifah adalah Khalifah Allah Taala di bumiNya, Begitulah bagi tiap-tiap Nabi yang dipilih menjadi khalifah Allah untuk memakmurkan bumi, mentadbir manusia, dan menyempurnakan diri mereka serta melaksanakan perintahNya kepada mereka. Dia SWT tidak berhajat kepada orang yang tidak sesuai, bahkan gagal untuk bertindak sebagai orang yang menggantikanNya Kerana ia berada dalam kekeruhan dan kegelapan jasmaninya, Zat yang Maha Tinggi dan KesucianNya mensyaratkan kesesuaian dalam menerima limpah kurniaNya kepada apa yang berlaku dengan lumrah Ilahiyah dengan mengharuskan perantaraan di sisi yang wajar dan tertakluk ke satu sisi limpah kurnia dan dengan limpah yang lain...)

7. Al-Fakhr Al-Razi berkata dalam tafsirnya, J 26 hal 199: "... kemudian dia katakan dalam mentafsir, dijadikanNya Khalifah kepada dua wajah (bentuk):


[95]

[88-91] ✡ [92-95] ✡ [96-99]


Sabtu, 7 Oktober 2017

،Keraguan keempat




Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

،Keraguan keempat

Al-Albani berkata mengenai hadits ini: Ia adalah munkar, tetapi hadits itu adalah sahih maknanya.. di bawah kata, "Maka sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi."

Diriwayatkan oleh Ibn Majah (J 2, hal 517-518 (dengan jalan ‘Alqamah dari Ibn Mas’ud secara marfu’ riwayat Tsaubaan yang kedua.

Dan sanadnya hasan seperti sebelumnya, di mana Yazid bin Abu Ziyad, Ada perbezaan di dalamnya, dan tidak ada yang sesuai untuk menjadi saksi kepadanya, juga tidak menyebut kata "Khalifah Allah", dan "Khurasan".

Tambahan ini: "Khalifah Allah", tidak mempunyai jalan yang tsabit (kukuh), dan ada yang baik yang menjadi saksi kepadanya, ini adalah tercela (mungkar) ... Ia dinafikan kerana tidak dibenarkan syara’ untuk mengatakan, Si Fulan Khalifah Allah, kerana ia telah memalsukan apa yang tidak layak bagi Allah dari kekurangan dan kelemahan.). [147]

Jawapan:

Pertama, Pada katanya bahawa (Khalifah Allah Al-Mahdi) adalah kata-kata tercela (mungkar), is tidak lebih dari ijtihad dan pendapat, dan lebih banyak pendapat adalah batil, khayalan yang tidak memperbaiki hasil pendengarannya dan lebih dari mendengarkannya.

Al-Albani telah membuat kiasan (perbandingan) perbuatan Allah Taala berdasarkan perbuatan makhluk, di mana sangkaannya, sebagai khalifah pada makhluk adalah dari khalifah (yang menggantikan) selepas kematian atau ketiadaan seseorang ... dan sebagainya, sedangkan Allah tidak ghaib, tidak mati dan tidak lemah, oleh itu tidak boleh dikatakan bahawa Dia mempungyai pengganti (khalifah)!

Kiasan atau perbandingan ini sangat jauh dari kebenaran dan sengat jelas sekali kebatilannya, Kerana tidak semua yang tsabit pada makhluk yang memerlukan yang mempunyai kelemahan diri dan tidak dapat bertahan berbanding dengat sifat Allah atas kesempurnaanNya, contohnys (tangan), pada makhluk ia adalah sebahagian daripada dirinya dan ia sangat memerlukannya


-------------------------------
[147] Al-Silsilah Al-Dha’eifah: J 1 hal 196, nombor 85.

[88]

Dan menguatkannya, bermakna bahawa ia sebati (bergantung) dengannya yang tidak boleh dipanjangkan, tetapi itu tidak bermakna ia boleh dibandingkan dengan Tangan Allah Taala. Al-Quran dan sunnah telah menyebut perkara ini, tetapi sudah tentu ia tidak dibandingkan dengan tangan makhluk dari segi keperluannya, bahagian yang terpsang pada tubuh ... dan seterusnya, sedangkan Allah jauh dari semua itu, Kata tangan mempunyai banyak makna dalam bahasa Arab, seperti kekuatan, keupayaan, nikmat dan kelebihan ... dan lain-lain

Terdapat banyak perumpamaan padanya, tetapi pemikiran golongan Wahhabi telah terbiasa dengan kejumudan dan ketaksuban membuta tuli.

Apabila kita mengatakan: (Khalifah Allah) itu tidak bermakna bahawa Allah memerlukan kepada khalifah (pengganti), atau bahawa Allah akan ghaib (hilang) atau mati, Maha Suci Dia (SWT), jauh dari bersifat demikian. Al-Albani tidak melihat manusia kecuali bayi yang menyusu dan tidak dapat membezakan di antara Kurma dan bara api! Setiap insan mempunyai pegangan fikiran dan agama yang betul yang memahami bahawa Allah tidak mati, tidak ghaib, tidak berhajat kepada sesuatu ... dan sebagainya.

Tidak boleh dibandingkan  (dikiaskan) makna khalifah bagi manusia dengan makna bagi khalifah Allah SWT, ia bermakna bahawa Allah te;ah melantik penggantiNya (khalifahNya) untuk melaksanakan (secara langsung) peraturan (hukum) pada penciptaanNya dan mentadbir mereka, dengan ilmu Allah TWT, kerana Maha Suci Allah dari terus (secara langsung) berkata-kata dan mentadbir semua ciptaanNya... Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanyai. [21:23]

Dan maknanya adalah khalifah yang mulia dan bukannya khalifah yang mempunyai kekurangan dan yang memerlukan, tetapi walaupun khalifah bagi makhluk bukanlah maknanya mereka hanya yang mempunyai kelemahan, Tetapi menjadi khalifah yang mulia dan dihormati. Contohnya, jika ada seorang yang terhormat, berharta dan berkedudukan tinggi, apabila melantik seorang pengganti (khalifah) di kedainya untuk mengurus perniagaan dan tidak membuat kira-kira dan memungut hasil, Tidak bermakna bahawa ia tidak dapat menguruskan perniagaan tersebut .. Tetapi mungkin alasan mengapa kedudukan ini tidak sesuai untuk kemuliaan dan kedudukannya, khalifah seperti itu dianggap khalifah yang mulia dan terhormat dan bukanlah khalifah yang lemah.. Tidak semua orang yang menahan diri dari melakukan sesuatu yang dia tidak mampu.

Maka khalifah Allah di bumi ini ditetapkan oleh Allah sebagai imam (pemimpin) ciptaanNya dan mesti menguasai hukumNya ke atas manusia, maka jadilah perintahnya adalah perintah Allah dan teghannya adalah larangan Allah, dan ketaatan padanya adalah ketaatan kepada Allah dan bersalah kepadanya adalah bermaksiat kepada Allah.

Kedua, Pada kata-katanya: (Tambahan khalifah Allah ini tidak mempunyai jalan yang kukuh (tsabit)),

[89]

Saya katakan: Telah dikemukakan jalan-jalan yang kukuh (tsabit) dan dan telan diterangkan rosaknya pendapat Al-Albani, dan semuanya telah dinaqal oleh Ibn Majah dengan sanad yang sahih, dan begitu juga Al-Hakim Al-Naisaburi mengikut syarat kedua-dua Syeikh (Bukhari-Muslim) dan dipersetuju oleh Al-Zhahabi.

Maka ternyata Al-Albani adalah orang yang tidak mempunyai jalan yang kukuh (tsabit), dan begitu juga pada ungkapan (Khalifah Allah Al-Mahdi).

Ketiga: Setelah menerangkan benarnya ada khalifah kepada Allah dengan makna dilantik para hujajNya (hujah-hujahNya) dan khalifahNya untuk membangunkan tarbiyah (pendidikan) ummah. Selaras dengan kehendak Ilahiyah, kami bawakan untuk menghakimi kata-kata Al-Albani: (Tambahan ini: "Khalifah Allah", tidak mempunyai jalan yang tsabit (kukuh), dan tidak ada yang sesuai untuk menjadi saksi kepadanya.)

Maka tidak tersembunyi lagi bahawa kelihatan keraguan Al-Albani terhadap lafaz (Khalifah Allah), dan bukan kerana sifat Al-Mahdi (as), Ia adalah masalah (keraguan) yang dibawa masuk dari Ibn Taimiyah seperti yang akan dinyatakan nanti.

Al-Albani mengatakan bahawa lafaz (Khalifah Allah), tidak ada yang sesuai untuk dijadikan kesaksian kepadanya, ia perkataan yang salah yang tidak perlu dipedulikan; kerana

1. Hadits ini sahih sanadnya seperti yang dikemukakan sebelum ini, dan di sisi Al-Albani hadits Ahad yang sahih yang bergantung kepadanya aqidah dan ada kitab yang mengesahkan perkara ini [148], dan Al-Albani menyebutnya dalam Al-Silsilah Al-Shahihah bahawa Ibn Taimiyah telah mengingkari istilah (Khalifah Allah), dan berkata mengenainya: (... bahawa tambahan ini telah diingkari oleh  Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah ...), walaupun disahkan dari Rasulullah (S) tidak dipedulikannya dan ia mengingkarinya [149], Maka kami menolak kata-kata Al-Albani dan kami mengatakan kepadanya dan kepada Ibn Taimiyah: Kami tidak peduli dengan keingkaran kamu berdua selepas hadits itu disahihkan. Bagi kami hadits itu sahih walaupun kamu mengingkarinya.

2. Terdapat banyak saksi-saksi yang mengesahkan kesahihan perkataan atau makna (Khalifah Allah), di antaranya:

 Saksi Pertama:

 Musnad Ahmed J 5 hal 402 -403

-------------------------
[148] Judul kitab itu adalah: Al-Hadits Hujjah Binafsih Fi Al-3aqidah Wa Al-Ahkam (Hadits yang berhujah sendiri dalam aqidah dan Hukum-hukum).
[149] Al-Silsilah Al-Dha’eifah J 4 hal 399-400, no. 1791.

[90]



Diceritakan kepada kami Abdullah, diceritakan kepada oleh bapaku Tsana (dari) Muhammad Bin Ja’far Tsana (dari) Abu Al-Tiyah, katanya, aku mendengar Shakhra bercakap dari Sabai’ berkata:

(... فإذا هو حذيفة فسمعته يقول: كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يستلونه عن الخير واستله عن الشر فقلت: يا رسول الله هل بعد هذا الخير شر كما كان قبله شر قال: نعم، قلت: فما العصمة منه قال: السيف أحسب أبو التياح يقول السيف أحسب قال قلت ثم ماذا قال ثم تكون هدنة على دخن قال قلت ثم ماذا قال ثم تكون دعاة الضلالة قال فإن رأيت يومئذ خليفة الله في الأرض فالزمه وان نهك جسمك وأخذ مالك فإن لم تره فاهرب في الأرض ولو أن تموت وأنت عاض بجذل شجرة. قال قلت ثم ماذا قال ثم يخرج الدجاؿل... (

(... Apabila dia Huzhaifah mendengar mereka mengatakan: Adalah sahabat Rasulullah (S) bertanya kepada baginda tentang 'kebaikan' sedang aku (Huzhaifah) bertanya tentang 'kejelekan', Aku (Hudzifah) bertanya "wahai Rasulullah apakah setelah kebaikan ini, akan muncul kejelekan seperti kejelekan sebelumnya? Baginda menjawab: ya, ada. Kemudian aku (Huzhaifah) bertanya: apakah  yang memeliharanya? Baginda menjawab: Perhitungan pedang. Berkata Abu Al-Tiyah, Perhitungan pedang?  Katanya lagi, aku berkata kemudian apa lagi? Baginda menjawab, Kemudian jadilah gencatan senjata pada kabut. Katanya lagi, aku berkata kemudian apa lagi? Baginda menjawab, Kemudian terjadi orang-orang menyeru kepada kesesatan. Baginda bersabda, Maka jika hari itu kamu melihat Khalifah Allah di bumi, maka sertailah kepadanya Meskipun menyiksa ragamu dan merampas hartamu, jika kamu tidak melihatnya larilah di bumi,; sekalipun jika engkau mati dalam keadaan engkau menggigit pokok dengan gerahammu. Katanya lagi, aku berkata, kemudian apa lagi? Baginda bersabda, Kemudian Dajjal keluar... [150]

Perhatikanlah sabda baginda (S): (Maka jika hari itu kamu melihat Khalifah Allah di bumi, maka sertailah kepadanya), Hadits ini sanadnya sahih atau hasan, dan jugs ikut diriwayatkan oleh Abu Daud Al-Sijistani di dalam Sunannya dengan sanad yang lain dari Nashr bin ‘Ashim dari Sabi’ (J 2, hal 300 h 4244), dengan lafaz:
(إن كان لله خليفة في الأرض. (
(jika bagi Allah mengadakan Khalifah di bumi.)[151] dan begitu juga dalam Musnad Ahmad bin Hanbal (J 5 hal 403) dari Nashr bin ‘Ashim dari Khalid Al-Yasyksri, dengan lafaz:
(فإن كان لله يومئذ في الأرض خليفة).
(Maka jika ada bagi Allah pada hari itu di bumi, mengadakan Khalifah.) dan diriwayatkan oleh Al-Hakim Al-Naisaburi  (J 4 hal 432) dari Nashr bin ‘Ashim dari Sabi’ bin Khalid, dengan lafaz:
(فإن كان لله عز وجل يومئذ خليفة)
(Maka jika bagi Allah AWJ pada hari itu di bumi, mengadakan Khalifah,) dan disaksikan kesahihannya. dan diriwayatkan oleh Abu Daud Al-Thayalisi dalam Musnadnya hal 59, dari Zaid bin Sakhr dari Sabi’ bin Khalid atau Khalid bin Sabi’, dengan lafaz:
(فإن رأيت يومئذ لله عز وجل في الأرض خليفة فالزمه)
(Maka jika kamu lihat pada hari itu bagi Allah AWJ di bumi, mengadakan Khalifah, maka sertailah kepadanya) Dan diriwayatkan oleh Abdul Razaq Al-Shan'aani dalam Mushnafnya (J 11 hal 341 h 20711) dari Nashr bin ‘Ashim Al-Laitsi dari Khalid bin Khalid Al-Yasyksri, dengan lafaz:
(فإن كان الله في الأرض يومئذ خليفة)
(Maka jika di bumi pada hari itu, Allah mengadakan Khalifah).


---------------------------
[150] Hasan di sisi Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ Al-Shaghir:. hal 575 nombor 2995. apabila berkata: (Hasan). Dan sahih di sisi Hamzah Ahmad Al-Zein dalam mentahqiq Musnad Ahmad J 12 hal 621-622 nombor 23 318. Apabila berkata:. (sanadnya sahih ...). Dan hasan di sisi oleh Syu’aib Al-Arnauth dalam mentahqiq Musnad Ahmad J 38 no. 23429, ketika ia berkata: (Hadits hasan ...). diriwayatkan Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Dha’eifah: J 4, hal 399, 400, no. 1791.
[151] Sahih di sisi Al-Hakim Al-Naisaburi  di mana beliau berkata: (Hadits ini shahih sanadnya hanya saja tidak meriwayatkannya). Dopersetujui oleh Al-Zhahabi dalam Takhlish Al-Mustadrak di mana beliau menyatakan: (Sahih). Hasan di sisi Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud: J3, hal 6 no.4244. ketika ia berkata: (Hasan). Dan juga hasan di sisi Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Shahihah: c Kami J 4, hal 400 No. 1791. di mana beliau berkata: (sanadnya hasan).

[91]

[85-87] ✡ [88-91] ✡ [92-95]

Selasa, 3 Oktober 2017

Keraguan ketiga:



Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
           
Keraguan ketiga:


Berkata Al-Albani ؿ: (... dan sungguh membingungkan apabila disahihkan atas kecacatabnya, ia adalah ‘An’an Abi Qilabah, kerana dia di antara para mudallis ...) [144]

Jawapan:

Telah dinyatakan sebelum ini bahawa Aba Qilabah telah dikira dalam peringkat (martabat) pertama dar martabat para mudallis yang tadlisnya itu tidak memudaratkan, maka jika Al-Albani perlu mendhaifkan ‘An’an hadits Abu Qalaabah, maka ia harus mengemukakan suatu hukum untuk apa yang dia suka dan apa yang dia benci, dan dia akan menutup mata pada sesuatu yang sesuai dengan pendapat dan keinginannya, Dan akan menentang apa yang dia tidak sesuai dengan pendapat dan keinginannya.

‘An’an Abu Qilabah juga. Ada dalam An’an Sahih Muslim, ia An’an yang sama seperti di dalam riwayat ini dalam Sunan Ibn Majah, iaitu An’an Abu Asmaa’ Al-Rahbi, khususnya, adakah (Pendekatan abjad) dalam Sahih Muslim dijalankan tdan idak pada Sunan Abu Majah!

Allah akan memerangi keinginan nafsu dan fanatik!
Maka Al-Albani orang yang pertama mendhaifkan riwayat-riwayat pada ‘An’an Abu Qilabah dalam Sahih Muslim dan lain-lain dan kemudian mendhaifkan riwayat ini dalam Sunan Ibn Majah.

Kemudian, wahai Al-Albani adakah kamu lupa kamu telah mensahihkan riwayat Abu Qilabah dari Abu Asmaa’ di dalam kitab kamu Irwaa’ Al-Ghalil?! Berikut ini teksnya:

(....dan Qatadah Ayah Kedua-duanya dari Abu Qilabah dari Abu Asmaa’ Al-Rahbi dari Abu Tsa’labah Al-Khusyni. Sanad ini sahih mengikut syarat Muslim sejati, walaupun Abu  Qilabah telah dikaitkan dengan tadlis (pengkaburan). Tetapi nampaknya dia telah mentadlis dari para sahabat seperti dalam bentuk pertama dari jalan (hadits) ini Dan Allah Maha Mengetahui. [145]


---------------------------
[144] Silsilah Al-Ahadits Al-Dha’eifah: J 1, hal 195-196, nombor 85.
[145] Irwaa’ Al-Ghalil: J 1, hal 75

[86]

Di sini, selagi riwayat itu tidak khilaf dan Al-Albani telah hilang kesadaran pada matanya, dan riwayat itu pula dihukum sahih dengan syarat Muslim, ia membawa Tadlis Abi Qilabah pada hal ia aalah tadlis dari para sahabat yang tidak ada masalah dengannya kerana mereka semua ‘udul (adil), jika meninggalkan seorang sahabat yang telah didengar darinya, dan boleh dikaitkan dengan Sahabat yang lain dan itu tidak mengapa, sebagaimana kata-kata Al-Zahabi:

 (... Yazid bin Harun berkata: Aku mendengar Syu’bah mengatakan: Abu Hurayrah adalah bertadlis (ada kekaburan).

Aku katakan: Tadlis para sahabat banyak, dan tidak ada cacat di dalamnya; Bahawa Tadlis mereka dari sahabat yang besar dan para sahabat semuanya ‘udul (adil)...), [146]

Kemudian jika tadlis itu secara sempurna (peringkat mencemarkan hadits) di sisi Al-Albani mencemarkan perawinya, Dengan itu dia harus meninggalkan seluruh Sahih Al-Bukhari, kerana Muhammad bin Ismail Al-Bukhari penulis Al-Sahih juga terbukti padanya bertadlis, dan berikut adalah pengakuan Al-Zhahabi sendiri mengenainya:

Siyar A’lam Al-Nubala’ J 12 hal 274 - 275:

(... diriwayatkan darinya - iaitu Muhammad bin Yahya Al-Zhahili - sesuai dengannya, termasuk mereka: imam-imam Said bin Abi Maryam, Abu Jafar Al-Nafili, Abdullah bin Saleh, dan ‘Amru ibn Khalid - dan mereka adalah syeikh-syeikh - dan Mahmud bin Ghilan, Muhammad bin Sahl bin ‘Askar, dan Muhammad bin Ismail Al-Bukhari, banyak bertadlis, tidak mengatakan: Muhammad bin Yahya, tetapi mengatakan: Muhammad sahaja, atau Muhammad bin Khalid, atau Muhammad bin Abdullah dengan nasab kepada datuknya, dan menyamarkan namanya meletakkan tempat (kenyataan sebenar) di antara keduanya, Semoga Allah mengampunkan mereka.)

Dalam apa jua keadaan, selagi ‘An’an Abi Qilabah dan yang laina adalah dari rijal kedua-dua kitab sahih (Bukhari-Muslim) .. ia tidak memudaratkan dan tidak ada masalah padanya, maka mengapa ia dikecohakn dan digembar-gemburkan?!

Telah dikemukakan penjelasan masalah An’an Abi Qilabah, dan ia tidak mencemarkan haditsnya, dan juga telah dikemukakan serta menyebutkan sumber-sumber An’an di dalam Sahih Muslim, sila rujuk..
Akhirnya .. Ternyata orang yang paling terkejut adalah Al-Albani, yang tidak mensahihkan hadits Ibnu Majah..


----------------------
[146] Bio Siyar A’lam Al-Nubala’ J 2 hal 608.


[87]



[80a - 85] ✡ [86-87] ✡ [88-91]

Isnin, 2 Oktober 2017

Keraguan kedua:



Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

Keraguan kedua:

Mereka juga berkata (Bahawa pada sanad (Abdul Razaq bin Hammam) yang terkenal Al-Tasyaiyu’(Syiah) dan Al-Sunnah pada akhir umurnya, ia bercampur-aduk. Ibn ‘Adi berkata: berbicara kepada hadits-hadits dalam kelebihan (Al-Fadhail) yang tidak ada yang sepakat dengannya dan ia dikaitkan dengan Al-Tasyaiyu’(Syiah)).

Jawapan:

Bercakap dari sudut pandangan:

1. Al-Tasyaiyu’(Syiah) di mana dia tidak boleh menjadi sebab yang melibatkan Jarh (mencacat kebolehpercayaan); kerana Jarh ini mengikut ketaksuban Al-Zhahabi dan dia terkeluar dari batas untuk bersikap adil dalam Al-Jarh wa Ta’dîl (mencacat dan menilai kebolehpercayaan) itu, dan ini adalah sifat yang biasa bagi  ulamak masyarakat umum dalam Al-Jarh (mencacatkan kebolehpercayaan) seseorang. .. Walaupun Al-Jarh wa Ta’dîl-nya orang itu itu adalah tsiqah (yang dipercaya) dan jujur dalam menaqalkannya, tanpa mengambil kira pandangan mazhabnya, walaupun mazhab perawi itu adalah bid’ah tetapi dia seorang yang jujur .. ktia mahukan kejujurannya ​​dan biarlah dia dengan masalah bid’ahnya .. ini yang benar yang diakui oleh akal dan naqal dan rasa yang sempurna (selamat).

[80b]


Perkara Al-Jarh wa Ta’dîl (mencacat dan menilai kebolehpercayaan) boleh mendatangkan masalah dan mengguris banyak pihak, sama ada di kalangan Syiah atau pun masyarakat ramai (Al-Sunnah) .. Masyarakat ramai sampai ke suatu tahap (keadaan) mereka menginggalkan riwayat atau mendhaifkannya kerama fanatik kepada mazhab dan membuat pandangan dan andaian (ijtihad-ijtihad), sedangkan tidak wujud untuk mencapai kesepakatan atas tsiqahnya kecuali dengan nisbah terlalu sedikit kepada sejumlah riwayat, dan sampai kepada keadaan mereka untuk meninggalkan riwayat walaupun dari Muhammad bin Ismail Al-Bukhari pemilik Al-Shahih (Sahih Bukhari), mereka telah meninggalkan semua yang dari Muhammad bin Yahya Al-Zhahili, Abu Al-Khatim Al-Razi dan Abu Zar’ah, mereka adalah di kalangan imam-imam besar (Al-Sunnah) di dalam Hadits dan juga dalam Al-Jarh wa Ta’dîl hanya kerana mereka mengatakan:
(ان لفظي بالقرآن مخلوق)
(bahawa perkataanku Al-Quran itu makhluk), Bahkan sampai kepada hal mengkafirkannya seperti yang dinukilkan oleh Al-Zhahabi, kepada mengatakan bahawa dia seorang ahli bid’ah!

Al-Zhahabi berkata di dalam kitab Al-Dhu’afaa’ wa Al-Matrukin, hal 342-343, No. 3605:

(...Adapun Muhammad bin Ismail Imam Penulis Al-Shahih (Al-Bukhari), tsiqah di sisinya, selepas itu maka tidak selamat dari kalimah itu untuk menghormati masalah yang telah dilafazkan ditinggalkannya: untuk menghormati Abu Za’rah dan Abu Hatim, dan berhijrah Al-Zhahili).
Berikut adalah kata-kata Muhammad bin Yahya Al-Zhahili dari Bukhari seperti yang disampaikan oleh Al-Zhahabi dalam Siyar A’lam Al-Nubala’ J 1, hal 391 dan halaman selepasnya pada nombor 171..:

 (Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah ...... dia seorang Majusi - iaitu datuknya Al-Mughirah ...... Muhammad bin Yahya berkata, hendaklah membelakangkan majlisnya - atau Majlis Bukhari - jangan membelakangkan kepada kami, kerana mereka telah menulis kepada kami dari Baghdad yang berbicara mengenai kata-kata itu, dan kami mencegahnya, sebelum ia sampai, jangan mendekatinya, jangan mendekati kita ....

Sehingga sampai kepada kata kata Al-Zhahabi: ... berkata Abu Hamid bin Al-Syarqi: Aku mendengar Muhammad bin Yahya Al-Zhahili berkata: Al-Quran Kalam Allah bukan makhluk dari segala sudut, dan di mana engkau berpaling, Adalah perlu mengetepikan perkataan ini dari kata-kata lain dalam Al-Quran, Barangsiapa yang menyangka bahawa Al-Quran makhluk, maka ia telah kafir dan terkeluar dari iman, dan pada isteri-isterinya, hendaklah bertaubat, maka jika tidak bertaubat, akan dipancung lehernya, dan hartanya menjadi milik umat Islam dan tidak dikebumikan di perkuburan mereka, dan dan barangsiapa tidak menentukan sikap, tidak mengatakan makhluk atau bukan makhluk, mereka menyrupai orang kafir, dan barangsiapa yang menyangka bahawa bahawa lafaz Al-Qur'an adalah makhluk, jadilah ia seorang pembid’ah, jangan duduk bersamanya atau bercakap dengannya. Dan sesiapa yang pergi selepas ini kepada Muhammad bin Ismail Al-Bukhari maka mereka akan menuduhnya, kerana yang menghadiri majlisnya hanyalah orang-orang yang sealiran pemikiran (semazhab) dengannya ....

[81]


Sehingga sampai kepada Al-Zhahabi mengatakan: ... Muhammad ibn Abi Hatim berkata: Seorang lelaki datang menemui Aba Abdillah Al-Bukhari, ia berkata: Wahai Aba Abdillah! Bahawa Si Fulan telah mengkafurkan engkau!

Lalu Al-Bukhari berkata: Rasulullah (S) bersabda: Apabila seorang lelaki telah berkata kepada saudaranya: Wahai kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka ... hingga akhir) Tamat.

Ibn Abi Hatim Al-Razi di dalam kitabnya Al-Jarh wa Ta’dîl dalam menjelaskan Muhammad bin Ismail Al-Bukhari J 7 hal191 nombor 1086:

(Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari..... bapaku dan Abu Zar’ah mendengar darinya dan kemudian meninggalkan haditsnya apabila Muhammad bin Yahya Al-Naisaburi menulis kepada mereka dengan menunjukkan bahawa dia (Al-Bukhari) mengatakan Al-Quran adalah makhluk).

Apakah Al-Jarh wa Ta’dîl yang mengikut kepada hawa nafsu dan ijtihad-ijtihad ini .. dan apakah sandiwara ini untuk mempermainkan agama dan Kalam yang suci!.

Perbincangan mengenai perkara ini sangat panjang dan ia tidak sesuai di sini.

2. Kemudian (Abdul Razaq bin Hammam) seorang rijal (perawi) bagi kedua-dua kitab Shahih - Bukhari dan Muslim – telah begitu banyak meriwayatkan darinya, Jika riwayat-riwayat ini mereka dhaifkan disebabkan oleh Abdul Razaq maka selepas itu tidak boleh menamakan kitab-kitab ini sebagai kitab-kitab Sahih.

3. Menuduh sesuatu hadits itu lemah kerana Al-Tasyaiyu’ (Syiah), telah digunakan oleh Al-Zhahabi dalam kitab (Tazhkirah Al-Hufadz) J 1, hal 364, nombor 357, di mana dia berkata:

(Abdul Razaq Bin Hammam Bin Nafi’ adalah ahli Hafiz yang besar, Abu Bakr Al-Humairi adalah Maula (guru) mereka daii Shan'a (Al-Shan'aani) pemilik Kitab Al-Tashanif ........... Aku (Al-Zhahabi) katakan: perawi lainnya terpercaya dan haditsnya diriwayatkan di dalam Al-Shihah, dan mereka mencelanya sebagai Al-Tasyaiyu’ (Syiah), dan tidak berdendam dengannya, malah dia mengasihi Ali (ra) dan membenci pembunuhnya, Salamah bin Syabib berkata: Aku mendengar Abdul Razaq berkata: Demi Allah, tidak melapangkan dadaku sama sekali bahawa Ali yang terbaik atas Abu Bakr dan Umar, dan ia adalah rahmat Allah dari pembawa ilmuNya

[82]


Dan ini diperlukan untuk kamu ... walaupun kami percaya bahawa Al-Tasyaiyu’ (Syiah), mengangkat pemiliknya, tidak perlu dibincangkan lagi.

Ia cukup untuk menutup mulut orang-orang yang bercakap karut mengenai apa yang ditulis oleh Al-Zhahabi, Al-Hakim Al-Naisaburi dan yang lain tentang hak Abdul Razaq:
Mizan Al-I’tidal - Al-Zhahabi J 2 hal 612:

(... kata Abu Saleh, Muhammad bin Ismail Al-Dharuri: Kami telah sampai dan berada di Sana'a di sisi Abdul Razaq, bahawa Ahmad, Ibn Mu’ain dan yang lainnya meninggalkan hadits Abdul Razaq atau membencinya, jadi kami masuk dengan rasa sangat duka cita, dan kami berkata: Kita telah berbelanja dan membuat perjalanan dan ia meletihkan, dan kemudian keluar bersama jemaah haji ke Mekah, aku bertemu dengan Yahya, lalu aku bertanya kepadanya, beliau berkata: Wahai Aba Saleh, jika Abdul Razaq murtad (berpaling) dari Islam kita tidak akan meninggalkan  haditsnya ...).

Lihat juga Ma’rifat ‘Ulum Al-Hadits oleh Al-Hakim Al-Naisaburi  hal 139-140.

Dan keputusan dalam perkara ini terpulang kepada saudara membuat pilihan.

 4 - Mengenai ucapan mereka,bahawa Abdul Razaq: "Mengikuti Al-Sunnah di akhir umurnya, maka ini bercampur aduk."

Tanpa mengira pendapat sahih atau tidak ucapan ini, Maka Abdul Razaq mendengar hadits ini bertahun-tahun sebelum kematiannya, dan secara khusus (50) tahun sekurang-kurangnya, dengan dalil bahawa ianya telah diriwayatkan dari Sufian Al-Tsauri, yang meninggal dunia pada 161 H., dan Abdul Razaq meninggal dunia pada tahun 211 H, Dan hidup (85) tahun, seperti yang dinyatakan oleh Al-Zhahabi dalam Tazhkirah Al-Hufadz J 1 phal 364.

Umur Abdul Razaq ketika kematian Sufian AL-Tsauri adalah (35) tahun, walaupun kita mengatakan bahawa Abdul Razaq telah mendengar hadits ini dari Sufian Al-Tsauri pada tahun kematiannya (161) H, supaya didengarnya pada usia 35 tahun, dan beliau kemudiannya hidup (50) tahun lagi dan ini sangat jauh untuk dia meriwayatkan pada akhir hidupnya.
Sekiranya saya mengatakan bahawa kita boleh membawanya pada Sufyan pada zaman awal hidupnya, tetapi diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya Al-Zhahli dan Ahmad bin Yusuf Al-Silmi pada akhir hayatnya.

[83]



Saya katakan: Kekeliruan ini juga berlaku pada kedua-dua kitab Shahih - Bukhari dan Muslim - dan kitab Al-Shihah yang lain, iaitu yang mesti membuktikan bahawa semua riwayat yang diriwayatkan oleh (Abdul Razaq) tidak berlaku pada akhir hayatnya, jika tidak, ia adalah lemah atau tidak boleh berhujjah dengannya .. dan tidak ada yang berkata demikian. Begitulah jawapan kami pada jawapan kamu di sini.

Dan kemudian tidak mungkin bahawa Abdul Razaq telah mendengar hadits ini dari Sufian dan baki lebih daripada 35 tahun ia menyempurnakan dan tidak berlaku kepadanya sehingga akhir hidupnya!

Orang-orang yang memindahkan hadits dari Abdul Razaq ini disifatkan sebagai imam yang dipercayai (tsiqah) dan amanah .. Bagaimana boleh mereka bertolak ansur dalam menaqalkan dan meriwayatkan sesuatu dengan lemah akalnya atau bercampur aduk?!! 

Ibn Hajar berkata, Bahawa Abdul Razaq telah bercampur-baur selepas tahun dua ratus H, Seiapa yang menaqalkan darinya sebelum itu tidak ada masalah, ini adalah kandungan teks kata-katanya:

Muqaddimah Fath Al-Bari - Ibn Hajar hal 418:

(Abdul Razaq Bin Hammam Bin Nafi; Al-Humairi Al-Shan'ani seorang yang hafaz, tsiqah dan pemilik Al-Tashanif. Ia tsiqah  di sisi semua imam kecuali AL-Abbas bin Abdul Azim Al-Anbari seorang. Perkataannya berlebihan di mana dia tidak bersetuju satu pun dengan beliau ..... berkata Al-Zhahili: Ia membangunkannya hadits dan  telah menghafalnya ... (Aku katakan) kedua-dua syeikh telah membantah beberapa hadits yang didengar darinya sebelum dicampurkan dan diperiksanya, itu yang didengar sebelum tahun dua ratus, kemudian setelah itu telah berubah...).

Di sini Al-Zhahili, yang meriwayatkan riwayat (Sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) darinya menerangkan Abdul Razaq bahawa beliau (Ia membangunkan hadits dan  telah menghafalnya). Iaitu Muhammad bin Yahya Al-Zhahili berminat untuk mengambil apa yang dihafal dan dibangunkan apabila meriwayatkannya, dan telah menyifatkannya pada Abdul Razaq, bahkan beliau menyifatkan dengan sifat membangunkannya, bagaimana dia meriwayatkan darinya, sedangkan dia melihat riwayat yang lemah akalnya atau bercampur aduk? Ini menunjukkan bahawa Al-Zhahili meriwayatkan riwayat ini dari Abdul Razaq sebelum tahun (200) H, ini jika kita katakan, Abdul Razaq telah tak keruan selepas tahun dua ratus.

[84]


Kemudian apabila kita menyemak penjelasan Al-Zhahili dalam Kitab (Siyar A’lam Al-Nubala’) oleh Al-Zhahabi: J 12 hal 273 - 285. No. 104, kita dapati bahawa Al-Zhahili dalam menuntut ilmu sejak dari mudanya, dia pergi ke Basrah dan kemudian ke Yaman lalu mendengar (belajar) di Yaman dari Abdul Razaq dan banyak lagi mengenai beliau, Kemudian dia kembali ke Mekah, kemudian ke Mesir dan Syam.

Dan sini kita tahu bahawa ia Al-Zhahili telah mendengar (belajar) dari Abdul Razaq di Yaman sebelum tahun (200) H, kerana apabila tahun dua ratus usianya hampir tiga puluh tahun. Kita juga tahu bahawa dia seorang lelaki yang menuntut ilmu hadits sejak usia mudanya, dan mungkin sebelum dia berumur sepuluh tahun.

dan sebahagian dari apa yang mengukuhkan bahawa ulamak telah menyatakan riwayat yang telah diriwayatkan dari Abdul Razaq selepas perubahannya - bilanganysn adalah sedikit - dan tidak menyebutkan sebahagian dari mereka adalah Muhammad bin Yahya Al-Zhahili dan Ahmad bin Yusuf, yang meriwayatkan riwayat yang dibahaskan ini dari Abdul Razaq dalam sanad Ibn Majah, dan berikut ini adalah teks perkataan ‘Ila Al-Din Ali Redha dalam kitabnya, Nijayah Al-Ightabath dengan yang melontar dari riwayat yang bercampur baur, hal 218:

(Tidak disebut oleh Ibn Al-Sholeh satu pun dari ilmunya yang didengar dari Abdul Razaq selepas perubahan kecuali Ishaq bin Ibrahim Al-Dabariy, dan yang lain tidak menyuarakannya, dan ini diikuti oleh Al-Hafidz Al-Iraqi dengan katanya, tiada satupun kitab yang menyebut seseorang yang mendengar dari Abdul Razaq selepas perubahannya kecuali Ishaq bin Ibrahim Al-Dabariy sahaja, dan yang mendengar daripadanya selepas bapa saudara Ahmad bin Muhammad bin Syabbubah. Ahmad ibn Hanbal berkata: Dan juga mendengar daripada beliau. selepas perubahannya Muhammad bin Hammad Al-Tehrani dan jelas bahawa orang-orang yang mendengarnya sebahagian mereka adalah Al-Thabrani dalam perjalanannya ke San’aa daripada pemilik Abdul Razaq, semua daripada mereka telah mendengarnya selepas perubahan, mereka semua seramai empat orang: Salah seorang daripada mereka Al-Dabariy yang disebut dalam Al-Mushnaf. Dia telah mendengar dari Abdul Razaq dalam tahun dua ratus sepuluh dan Al-Dabariy wafat dalam tahun dua ratus lapan puluh empat . ..)

Dalam apa jua keadaan, keraguan yang mereka pegang pada mereka akan memusnahkan rumah mereka dan memanjangkan usaha mereka, disebabkan mereka sendiri - sebagaimana yang sebelumnya - untuk membuktikan bahawa semua apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan lain-lain - dari Abdul Razaq - sebelum kekeliruannya (perubahannya)

[85]



[77b-80a] ✡ [80a - 85] ✡ [86-87]