Khamis, 7 September 2017

20. Kematian Yang Dahsyat Dan Gempa Bumi Ketika Mahdi (As) Zuhur:



Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


20. Kematian Yang Dahsyat Dan Gempa Bumi Ketika Mahdi (As) Zuhur:

Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as) mengingatkan kita banyak riwayat-riwayat tentang berlakunya gempa bumi pada akhir zaman. Ia adalah salah satu daripada tanda-tanda yang jelas berlaku pada masa Imam Mahdi (as), dan Allah memberi amaran kepda kita di dalam KitabNya yang mulia, di mana Dia berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ﴾

Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan Al-Saah itu adalah suatu kejadian yang sangat besar.. [160]

Al-Rasul Al-A’dzam (S) bercakap tentang akhir zaman, dan antara lain baginda bersabda

Dari Salmah bin Nafil Al-Sakuni, dia berkata: Kami duduk di sisi Nabi (S), Baginda diwahyukan, lalu baginda bersabda:

(إني غير لابث فيكم ولستم لابثين بعدي إلى فليلا وستأتون أفنادا يفني بعضكم بعضا وبين يدي الساعة موت شديد وبعده سنوات الزلازل)

"bahawa aku tidak akan lama lagi tinggal bersama kamu, dan kamu tidak akan lama lagi tinggal sesudahku, lalu kamu datang kepadaku berkelompok-kelompok yang satu sama lain saling menghancurkan, menjelang terjadinya Al-Saah (sebelum kiamat) akan ada kematian yang mengerikan, dan setelahnya datanglah tahun-tahun yang penuh dengan gempa.´ [161]

Riwayat ini menunjukkan dua perkara utama menjelang terjadinya Al-Saah:

1. Kematian yang mengerikan:

Dan lihatlah di sekeliling kalian dan bacalah surat khabar dan lihat di kaca televisyen, tidakkah yang kalian lihat hanya kematian-kematian yang mengerikan yang membunuh manusia, dan gambar-gambar menjelaskan apa yang berlaku di Iraq dengan kematian-kematian yang mengerikan; kerana Iraq adalah yang pertama mendustakan Al-Mahdi (as) dengan mereka mengatakan: “Kembalilah, wahai anak Fatimah, kami tidak memerlukan kamu, Agama dalam keadaan baik.

2. Tahun-tahun yang penuh dengan gempa

Riwayat ini menjelaskan selepas kematian yang mengerikan akan datang tahun-tahun yang penuh dengan gempa bumi, dan ini adalah apa yang berlaku sekarang di Iraq, Tanah dua sungai (Mesopotamia) ini tidak pernah menjadi daerah gempa bumi sepanjang zaman!!! Kini, terdapat banyak gempa bumi yang tidak pernah dialami sebelum ini, dan akan ada banyak gempa bumi dan akan lebih jelas daripada yang sebelumnya; Kerana Allah menunggu tetapi tidak mengabaikannya, Supaya manusia kembali kepada fitrahnya dan bertanya kepada diri sendiri mengapa semua siksaan ini turun kepada kita. Dengan kerusakan demi kerusakan di Timur dan di Barat dunia ini dan lebih bsnysk dsn lebih jelas daripada di negara kita, dan dikatakan kepada mereka sebabnya:

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا﴾

dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul. [162]

Dan telah diutus seorang Rasul kepada kalian yang memberi peringatan dan menyeru kalian supaya menyertai Imam Al-Mahdi (as), tetapi kalian mendustakannya, Maka azab tidak akan diturunkan melainkan kalian mendustakan rasul itu dan yang seterusnya akan lebih besar lagi jika kalian mengetahui.

Isa (as) berkata: " (Bersiap-siaplah Selalu “Siap sedialah! Haruslah lampu-lampumu tetap menyala." Jadilah seperti hamba-hamba yang sedang menunggu tuannya kembali dari majlis pernikahan. Bila ia pulang dan mengetuk pintu, mereka segera membuka pintu baginya., Betapa bahagianya hamba-hamba seperti itu. Tuan mereka akan mendapati mereka bangun dan siap apabila ia datang....).[163]

Berbahagialah orang-orang yang telah menanti-nantikan kamu, dengan lampu-lampumu tetap menyala, menunggu tuan mereka, mengetuk pintu-pintu, dan bersenandung seruan kebenaran, dan membuka tangan kepada semua orang untuk melepaskan mereka dari penindasan, kezaliman dan pemaksaan. Dan membuka tangan untuk menentang Al-Sufyani (laknahu Allah), yang sedang berada di ambang pintu-pintu. Gendang perang telah dibunyikan, adakah sesiapa yang menyahutnya..

﴿وَلَقَدْ جِئْنَاهُم بِكِتَابٍ فَصَّلْنَاهُ عَلَىٰ عِلْمٍ هُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ۞ هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا تَأْوِيلَهُ ۚ يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ مِن قَبْلُ قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ فَهَل لَّنَا مِن شُفَعَاءَ فَيَشْفَعُوا لَنَا أَوْ نُرَدُّ فَنَعْمَلَ غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ قَدْ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ﴾

Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.* Tiadalah mereka menunggu-nunggu kecuali terlaksananya (takwil) Kitab itu. Pada hari terlaksananya (takwil) Kitab itu, berkatalah orang-orang yang melupakannya sebelum itu: "Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami membawa yang hak, maka adakah bagi kami pemberi syafa'at yang akan memberi syafa'at bagi kami, atau dapatkah kami dikembalikan (ke dunia) sehingga kami dapat beramal yang lain dari yang pernah kami amalkan?". Sungguh mereka telah merugikan diri mereka sendiri dan telah lenyaplah dari mereka tuhan-tuhan yang mereka ada-adakan. [164]

والحمد لله رب العالمين، وبه نسععين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan kepadaNya kita memohon pertolongan dan selawat Allah atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi sebagai salam pengiktirafan.

---------------------
[160] Al-Hajj 22:1.
[161] Sahih Ibn Hibban: J 15 hal 180
[162] Al-Isra’: akhir ayat 15: [17:15]
[163] Injil:Lukas 12: 35-37
[164] Al-A’raf - 4:52-53


Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas


19. Pertempuran Ishtakhar:


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


19. Pertempuran Ishtakhar:


Ishtakhar (Istakhr); nama kawasan sempadan di antara Iraq dan Iran, dan secara khusus di selatan Iraq,
Pintu laut bebas berdekatan dengan sempadan Basrah di Iraq dan sempadan selatan Iran (Teluk Farsi), Dan namanya dikaitkan dengan pertempuran yang terjadi di antara tentera Al-Sufyani dan kuda-kudanya dengan penduduk Khurasan (Iran), dan Ishtakhar adalah bandar purba di selatan Iran di rantau Ahwaz. Ia penuh dengan tinggalannya permulaan Islam, dan bekas tinggalannya dekat dengan kota (Masjid Sulaiman).

Dan yang paling penting dalam pertempuran ini ialah kehadiran Imam Mahdi (as) pada saat terjadinya pertempuran ini.

Menurut manuskrip Ibn Hammad, hal 86: Dari Ali (as), beliau berkata: Jika kuda Al-Sufyani pergi ke Kufah dihantar untuk mencari orang-orang Khurasan, orang-orang Khurasan keluar dalam mencari Al-Mahdi, Maka akan bertemunya dan Al-Hasyimi dengan panji-panji hitam yang diketuai oleh Syu’aib bin Saleh. Beliau dan para pengikut Al-Sufyani akan bertemu di pintu Ishtakhar, lalu akan terjadi pertempuran yang besar antara mereka, Kemudian muncul panji-panji hitam dan menghambat kuda Al-Sufyani. Ketika itu orang-orang yang mengharapkan Al-Mahdi akan mencarinya.)

Pertempuran Ishtakhar lebih mirip kepada pertempuran laut, atau dalam erti kata lain, pertempuran bermula dengan perang yang diketuai oleh armada laut. Perkara itu tidak perlu diperiksa lagi terhadap armada laut Dajjal Besar Amerika dan sekutu-sekutunya yang menggerakkan kapal perang dan kapal-kapal frigat (lengkap) dan pembawa pesawat pejuang dan kapal selam di rantau Teluk, dan Pergerakan tentera laut yang besar yang berlaku di Atlantik antara tentera laut Amerika, British dan Perancis di bawah tajuk Operasi Primestone, Yang mana sekutu-sekutunya gagal melaksanakan sekatan laut yang dijangka untuk melawan Iran dan untuk menunjukkan kemusnahan dalam pertempuran ini. Armada ini telah pergi untuk mengambil bahagian dalam latihan untuk perairan Teluk, dalam mencadangkan tindakan yang di perlakukan mungkin terhadap Negara Iran.

Armada Tentera Laut membawa kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear (USS Teodore Roosevelt), yang biasanya membawa bersama-sama dengannya 80 pesawat, dan telah ditambah dengan beberapa jet pejuang Perancis yang berada di atas kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle, Untuk penyelenggaraan berkala di Perancis.

Ia juga menuju ke perairan Teluk (USS Ronald Reagan), yang juga mengusahakan tenaga nuklear, dan pembawa (USS Iwo Jima), dan pembawa pesawat Britain (HMS Ark Royal), bersama-sama dengan beberapa kapal tentera laut Perancis, termasuk kapal selam nuklear (Amityist) sebagai tambahan kepada tenaga manusia dan unit-unit marin sedia ada dan apabila kedatangan armada ini ke perairan Teluk, akan disertai kapal pengangkut pesawat dua peranan pada logiknya (USS Abraham Lincoln) dan (USS Peleliu), Dari semasa ke semasa, pembawa pesawat ini diganti dengan yang lain, dan unit tentera laut yang lain. Tetapi bilangannya semakin meningkat dan kekerapan tekanan politik terhadap Iran bertambah mengikut peningkatan bahagian ini.
                                        
Oleh itu, jumlah itu meningkat dari hari ke hari, kerana Amerika telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduk dunia sebagai pengikutnya, sebagaimana Firaun sebelum ini:

﴿إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ ۚ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ﴾ 

Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. [155]

Dari sudut yang lain, British menggerakkan unit-unitnya untuk mengambil kedudukan mereka di sempadan Shatt Al-Arab sebagai pemisah antara Basrah dan sempadan Iran, Ia adalah langkah yang mendahului yang tidak didahului oleh tentera bersekutu sepanjang fasa pendudukan berterusan selama enam tahun, dan bagaimana mereka boleh melakukannya tanpa persediaan terlebih dahulu, Marilah kita melihat beberapa aspek yang mungkin ditakuti sebahagian dari mereka:

1. Untuk menimbulkan fitnah di Iraq bagi mempersiapkan pertempuran itu dan ini tidak memerlukan penjelasan daro kita..

2. - Mempersiapkan ketenteraan pengumpulan tentera di wilayah ini dan kelengkapan senjata dan tentera yang mampu mengepung Iran dari semua arah sempadan darat dan laut bermula dari Afghanistan, Teluk Arab dan Iraq.

3. Mengulangi kenyataan kosong negara-negara Teluk bahawa Syiah Iran campur tangan di negara-negara mereka, dan untuk tidak menggerakan negara-negara kepulauan Amirah Arab Bersatu termasuk pulau Abu Musa dan meninggikan suara mereka, selepas mereka berdiam diri kerana dibayar oleh tuan-tuan mereka juga sebagai bukti untuk mempersiapkan rantau ini terlebih dahulu dan untuk membawa negara-negara Teluk memikul beban perang ke atas Iran.

4. Membuat pemecut (accelerator) ganjil, ia adalah sebuah sistem alat pemisah dalam reaktor nuklear yang dimiliki oleh Iran untuk memperkayakan uranium. Ia adalah hak yang sah bagi Iran untuk bergantung kepada negaranya sendiri bagi menghasilkannya dan memanfaatkan tenaga khusus untuk kegunaan rakyatnya dan pada umat Islam umumnya, dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Amerika dan talibarut-talibarut mereka.

5. Satu percubaan untuk mengubah keadaan antara musuh-musuh Israel yang sepatutnya mengganggu rantau itu sekiranya berlaku Iran terkena serangan udara dan dan dari jalan laut. dan inilah yang berlaku di Syria, perkara ini telah berjaya, dan hanya menunggu waktu sehingga Sufyani Syam menerajui pentadbiran dan akan berada di tangan Amerika.
Dan dengan itu bantuan dari rejim Syria terhadap Hizbullah dikurangkan dan kekuatan Hizbullah di Lubnan terhad (berkurang) selepas berakhirnya rejim Syria

6. Keluarnya Orgamisasi Al-Qaedah di mata umum di kaca televisyen kerana mereka mengancam China dengan amalan bunuh diri (serangan berani mati) adalah sasaran mudah bagi mereka, untuk menghina umat Islam di negara mereka disebabkan Sukan Olimpik, dan gerakan ini adalah rekaan, lucu dan jelas dari perisikan Amerika; untuk menghasut pendapat orang ramai dan Cina pertamanya, dan pendapat umum dunia pada Islam ia adalah agama keganasan. Pada  masa yang sama, menjadikan China berdiri berdampingan untuk melawan Islam atau sekurang-kurangnya berdiam diri apabila umat Islam dipukul di Timur dan Barat.

7. Kedatangan armada laut ke Teluk Arab dan Iraq tidak dijanjikan pada rantau ini seperti juga semasa Perang Teluk yang pertama dan yang kedua, dan bagi mereka yang mempunyai ilmu ketenteraan tahu dengan baik, bahawa menggerakkan unit-unit ke tanah terbiar mudah dilaksanakan dan memakan biaya yang besar, bagaimana pula biaya armada laut yang membawa pesawat, kapal frigat (lengkap) dan kapal selam yang dijalankan oleh kuasa nuklear.

Mari kita kembali kepada riwayat yang disebut dalam manuskrip Ibn Hammad, di mana yang turut serta dan hadir adalah Imam Al-Mahdi (as) ia sangat jelas dalam peperangan ini; kerana orang-orang yang mengharapkannya dan mereka mencarinya tetekala mereka menghadapi kekuatan dari bencana Dajjal Besar Amerika dan para pengkhianat yang berpakaian dengan pakaian agama Allah.

Mungkin sumber mengatakan yang dimaksudkan (Beliau dan para pengikut Al-Sufyani akan bertemu di pintu Ishtakhar, lalu akan terjadi pertempuran yang besar antara mereka, Kemudian muncul panji-panji hitam dan menghambat kuda Al-Sufyani. Ketika itu orang-orang yang mengharapkan Al-Mahdi akan mencarinya.) Orang-orang mengharapkan Al-Mahdi mereka akan mencarinya, berharap dan berdoa meminta kezuhurzn Al-Mahdi (as) .....

Adakah manusia mencari seorang lelaki yang tidak dapat dilihat!!!

Kita akan berkata: Bagaimana dengan orang-orang Khurasan dalam mencari Al-Mahdi, (orang-orang Khurasan keluar dalam mencari Al-Mahdi, Maka akan bertemunya dan Al-Hasyimi dengan panji-panji hitam yang diketuai oleh Syu’aib bin Saleh) dan adakah orang-orang keluar hanya dalam kerangka yang diperlukan!!!
                                         
Dan orang-orang Khurasan keluar dalam mencari Al-Mahdi, Maka akan bertemunya dan Al-Hasyimi dengan panji-panji hitam yang diketuai oleh Syu’aib bin Saleh, Maka dia akan bertemu para pengikut Al-Sufyani di pintu Ishtakhar, lalu akan terjadi pertempuran yang besar antara mereka, Kemudian muncul panji-panji hitam dan menghambat kuda Al-Sufyani. Ketika itu orang-orang yang mengharapkan Al-Mahdi akan mencarinya.
                    
Makna ungkapan: (Maka akan bertemunya dan Al-Hasyimi) ialah akan bertemu Al-Mahdi (as) dan Al-Hasyimi Al-Khurasani panglima tentera Iran sebagaiman dinashkan dalam riwayat di atas. Dengan kata lain, orang Iran akan keluar mencari Al-Mahdi untuk membai;ahnya.

Dari Abi Ja’far, katanya:

يبث  السفياني جنوده في الآفاق بعد دخوله الكوفة وبغداد، فيبلغه [فزعة] من وراء النهر من أهل خراسان [فيقبل أهل المشرق عليهم قتلا ويذهب بجيشهم فإذا بلغه ذلك بعث جيشا عظيما إلى اصطخر] عليهم رجل من بني أمية، فيكون لهم وقعة [بقومس] ، ووقعة [بدولات] الري ووقعة بتخوم زريح، فعند ذلك [يأمر  السفياني بقتل أهل الكوفة و أهل المدينة، ثم ذلك تقبل الرايات السود من خراسان، على جميع الناس شاب من بني هاشم، بكفه اليمنى خال يسهل الله أمره وطريقه)  

(bertebaran tentera Al-Sufyani ke merata tempat selepas memasuki Kufah dan Baghdad, Dia sampai di belakang sungai [kerana takut] dengan orang-orang Khurasan [Dan orang-orang timur akan pergi kepada mereka, dan mereka berperang dan dia akan menghilang dengan tentaranya. Apabila dia sampai di sana, dia akan menghantar tentera yang besar ke Ishtakhar] bersama mereka orang-orang dari Bani Umaiyah, maja mereka bertempur [di Qaumas], dan bertempur di perairan [Daulat] dan dan bertempur di Takhum Zarih, Kemudian itu [Al-Sufyani memerintahkan untuk memerangi penduduk Kufah dan penduduk bandar, selepas itu datang panji-panji hitam dari Khurasan, mengumpulkan orang ramai oleh seorang pemuda dari Bani Hasyim, Di kanannya ada bapa saudaranya yang dimudahkan Allah urusan jalan dan jalannya) [156]

Dan disebut riwayat yang lain dalam manuskrip Ibn Hammad, hal. 86: Bahawa Al-Sufyani dalam serangan ke atas Iraq (bertebaran tenteranya ke merata tempat), ia adalah mengenai penyebaran tenteranya di Iraq, dan di sempadan Iraq-Iran, dan ini menunjukkan kehadiran pasukan tentera laut oleh Al-Sufyani dan sekutu-sekutunya Rum di Teluk, di sinilah gabungan semua konvoi tentera laut ini bersedia untuk menghadapi Pertempuran Ishtakhar permulaan. Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Tetapi dengan wujudnya faktor-faktor ini, terdapat riwayat-riwayat yang memperkatakan tentang pertempuran tentera Al-Sufyani di Iraq yang dilancarkan kali ini dengan gabungan kuasa tentera Imam Mahdi (as), di mana beliau melantik Syu’aib Bin Saleh Panglima ketua angkatan tenteranya (as), yang kebanyakannya terdiri daripada pasukan tentera Iran dan tentera Al-Yamani. (dan tentera Al-Yamani tidak bermakna bahawa mereka adalah penduduk Yaman, tetapi bermakna gabungan dengan pemimpin mereka Al-Yamani, pemilik panji-panji Imam Mahdi (as)).

Terdapat riwayat-riwayat mengesahkan untuk pertempuran ini, kerana ia adalah permulaan kemenangan Imam Mahdi ke atas Dajjal Besar dan para pembantunya yang berpakaian dengan pakaian agama mewakili ulamak pengkhianat dan penguasa taghut penzalim yang dibantu oleh Dajjal Besar itu, untuk meninggikannya di dunia, dan pertempuran ini akan menjadi pertempuran persisiran laut dan pantai, dan sesiapa yang bersama panji-panji Al-Mahdi (as) akan aman dan seamat. Dan akan binasa sesiapa yang mengikuti Firaun dan tenteranya.

 ﴿وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ﴾َ

Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan. [157]
              
Maka akan binasalah Firaun, Haman dan Qarun tidak lama lagi, dengan izin-Allah, dan permulaannya adalah Ishtakhar, dan tidak selamat dari Firaun dan tenteranya melainkan mereka  yang berada dalam janji Allah dan mengikuti kebenaran dan menolak perlembagaan dan pilihan raya Amerika, dan yang segera meninggalkannya sebelumnya, dan terselamatlah orang-orang yang mati terbunuh dan dianiaya dalam membela kebenaran dan berada di jalan yang lurus yang diwakili oleh Hujjah Allah, Al-Imam Al-Mahdi (as).

﴿وَإِذْ نَجَّيْنَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَاءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ﴾

Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu. [158]

Ini adalah panggilan untuk semua umat Islam untuk mencari Al-Mahdi dan bergabung menyertainya, kerana dia penyelamat dan tidak akan selamat selain bersamanya, dan Allah akan mewarisi bumi kepada kaum yang tertindas dan orang-orang yang sabar dan berjuang untuk meninggikan kalimah kebenaran (Hakimiyah Allah) bukan (Hakimiyah manusia), dan diterima perlantikan Allah dan bukan perlantikan manusia daripada pilihan raya dan demokratik yang diimport dari Amerika. dan dari bantuan mereka dari ulamak yang tidak beramal yang menutupi dengan tutupan mereka untuk memaksa (menakluk) manusia menerima Perlembagaan yang positif yang diasaskan oleh Noh. lalu diselubungi dan diwarnai oleh Yahudi Amerika[159] !!

﴿وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا ۖ وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ الْحُسْنَىٰ عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا ۖ وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُوا يَعْرِشُونَ﴾.

Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka. [160]


---------------------
[155] Al-Qashash 28: 4
[156] Kitab Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad Al-Maruzi: hal 92.
[157] Al-Baqarah 2:50
[158] Al-Baqarah 2:49
[159] Dikeluarkan dari kuliah Undang-undang Universiti Harvard dan berkhidmat sebagai profesor undang-undang di universiti berprestij seperti Universiti Harvard
 Harvard, Sekolah Yale, dan Undang-undang New York -
Beliau (Feldmann) memegang ijazah kedoktoran dalam "Pemikiran Islam" dari Universiti Oxford, beliau menyertai jisim neo-konservatif (diterajui oleh Dick Cheney dan George Bush kecil) dan selepas pencerobohan Iraq, beliau telah dilantik sebagai penasihat kepada Gabenor Americain Paul. Bremer, walaupun tiada apa-apa peranan formal kepadanya, tetapi terdapat suatu sabitan di kalangan semua ahli akademik dan ahli politik bahawa dia adalah arkitek sebenar perlembagaan Iraq yang baru. Juga, semua jari menuding kepada beliau sebagai yang mengeluarkan idea kuota di Iraq (Syiah, Sunni, dan Kurd). Dan perkara ini tidak dinafikan oleh Feldmann. Walaupun dia juga tidak mengesahkannya. Tetapi apa yang berlaku dalam struktur politik dan perlembagaan Iraq adalah salinan tulisan yang disiarkan Feldmann, supaya ia adalah mustahil untuk menafikan bahawa ia mempunyai peranan asas di dalamnya. banyak tulisan-tulisan Dr. Feldman dalam sejarah dan pemikiran politik, dan di dalam dunia Arab dan Islam, tetapi yang paling penting dalam penulisan-penulisan ini adalah buku (Kejatuhan dan Kebangkitan Negara Islam). - The Fall and Rise of the Islamic State 2008
[160] Al-A3raf - 7: 137.


Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas



Selasa, 5 September 2017

18. Peranan Panji-panji Hitam Dari Timur:



Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?



18. Peranan Panji-panji Hitam Dari Timur:

Untuk menyemak semula sebahagian riwayat yang merujuk kepada peranan Al-Khurasani dan peranan panji-panji hitam Al-Qaim dari Negara-negara Timur, yang dari sana untuk menghancurkan dan memerangi Al-Sufyani yang bersendirian di Iraq. Jika kuda Al-Sufyani pergi ke Kufah dihantar mencari orang-orang Khurasan, dan orang-orang Khurasan keluar dalam mencari Al-Mahdi (untuk membai’ahnya) maka dia dan Al-Hasyimi yang panjinya adalah panji-panji hitam yang dipimpin oleh Syu’aib bin Saleh akan bertemu, maka dia dan tentera Al-Sufyani akan bertemu di pintu Ishthihar (kawasan di selatan Iran), maka akan terjadi pertempuran yang besar.Maka panji-panji hitam menang dan kuda Al-Sufyani melarikan diri, Kemudian mereka mengharapkan Al-Mahdi dan mereka mencarinya. [143].

Nanti akan dibawakan perbahasan Pertempuran di Ishthihar di akhir pembentangan kitab ini, Sila lihat nanti.

Makna ungkapan: (maka dia dan Al-Hasyimi akan bertemu) adalah pertemuan Imam Mahdi (as) dengan Al-Hasyimi Al-Kharasani dari Panglima Tentera Iran seperti yang dijelaskan dalam nash di atas. Justeru, rakyat Iran akan keluar untuk mencari Imam Mahdi (as) untuk membai’ahnya.

 Dalam riwayat lain: bahawa pimpinan Tentera Al-Mahdi seorang lelaki dari (suku) Tamim yang sedikit janggutnya dikatakan ia adalah Syu’aib bin Saleh [143].

Dalam manuskrip Ibn Hammad, hal. 84 dari Muhammad bin Al-Hanafiyah, beliau berkata:

(تخرج رايات سود لبني العباس، ثم تخرج من خراسان أخرى قلانسهم سود وثيابهم بيض، على مقدمتهم رجل يقال له شعيب بن صالح من تميم، يهزمون أصحاب  السفياني، حتى ينزل ببيت القدس فيوطئ للمهدي سلطانه.)

(Akan keluar panji-panji hitam dari Bani Al-Abbas, kemudian keluar dari Khurasan panji-panji hitam yang lain. Serban mereka hitam dan pakaian mereka putih, di hadapan seorang lelaki yang dikatakan bernama Syu’aib bin Saleh dari (suku) Tamim, Mereka akan mengalahkan para penyokong Al-Sufyani, sehingga turun ke Bait Al-Muqaddis (Jerusalem) (di mana) dia akan meletakkan asas untuk pemerintahan Mahdi.)

Dari Amirul Mukminin (as) dalam khabar (berita) panjang katanya:

(... وتقبل رايات من شرفي الأرض غير معلمة، ليست بقطن ولا كتان ولا حرير، مختوم في رأس القنا باختم السيد الأكبر، يسوفها رجل من آل محمد (صلى الله عليه وآله)، تظهر بالمشرق وتوجد ريحها بالمغرب كالمسك الأزفر، يسير الرعب أمامها بشهر حتى ينزلوا الكوفة طالبين بدماء آبائهم، فبينما هم على ذلك إذ أفبلت خيل اليماني والخراساني تستبقان كأنهما فرسي رهان، شعث غبر جرد أصلاب نواطي وأقداح، إذا نظرت أحدهم برجله باطنه فيقول: لا خير في مجلسنا بعد يومنا هذا، اللهم فإنا التائبون، وهم الأبدال الذين وصفهم الله في كتابه العزيز "إن الله يحب التوابي ويحب المتطهرين")

(... dan datsng panji-panji dari sebelah timur bumi, tidak ada seorang mualim (yang berilmu) pun, ia bukannya dengan kapas, linen atau sutera. Lilitan kepalanya bersinar dengan lilitan ketua tertinggi (Al-Syed Al-Akbar), yang memandunya seorang lelaki dari keluarga Muhammad (S) yang muncul di Timur. Terdapat angin di barat baunya seperti kasturi yang sangat harum, berjalan ketakutan selama sebulan hingga mereka sampai di Kufah, mereka menuntut darah ibu bapa mereka, sedang mereka dalam keadaan begitu tiba-tiba ia bertemu dengan kuda Al-Yamani dan Al-Khurasani. Kedua-duanya berlumba bagaikan dua kuda pacu yang saling bersaing, Ia membuatkan diri diliputi debu oleh lubangan pijakan kaki kuda yang keras, jika seseorang melihat di bahagian dalam kakinya, nescaya akan berkata: Tidak ada kebaikan pada majlis kami selepas hari ini, Ya Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, dan mereka itu adalah Al-Abdal yang Allah gambarkan di dalam kitabNya Al-Aziz, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri ")  [145]

Ucapan Amirul Mukminin (as) di atas yang dikeluarkan di Kufah Iraq, Beliau (as) berkata: muncul panji-panji di Timur, ini bermakna di negeri Farsi (Iran), ia mewakili arah timur dari Kufah, dan kemudian Amirul Mukminin (as) merujuk kepada angin yang muncul di barat, yang merupakan isyarat kepada Syam, yang menunjukkan kewujudan ansar Imam Mahdi (as) di negeri Syam dan mereka adalah Abdal (orang-orang zuhud) Syam.
            
Muncul seorang lelaki dari Qom, menyeru manusia kepada kebenaran, mengumpulkan bersamanya orang-orang yang hatinya seperti kepingan besi, tidak tergelincir oleh angin dan ribut tidak jemu dan tidak takut berperang dan kepada Allah mereka berserah diri. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa r [146].

Terdapat banyak riwayat dari kitab-kitab Al-Sunnah menunjukkan yang keluar dan bermula dari timur, tidak merujuk ke arah Yaman yang tidak dari jauh mahupun dari dekat, dan dibawakan riwayat berikut: (Al-Mahdi, yang memulainya dari Timur)

Musnad Ahmad, Sunan Al-Tirmizhi, dan  Al-Bayhaqi Dslsm Al-Dalail.

Iaitu permulaan kemunculan berlaku dari Timur, dari negeri Farsi.

(تخرج من خراسان رايات سود فلا يردها شيء حتى تنصب بإيلياء القدس)

(Akan keluar dari Khurasan panji-panji hitam, Tiada apa-apa yang akan dikembalikan kepada mereka sehingga mereka ditempatkan di Iliya’, Bait Al-Maqdis.) [147]

Ia menunjukkan bahawa tentera yang dapat berbicara dengan imam memulakan persiapannya di Iran, dan tentera yang pergi bersama imam ke Kufah dan kemudian ke Bait Al-Maqdis.

Telah diriwayatkan dalam Syarah Ihqaq dari riwayat berikut:

(... فيخرج الله على  السفياني من أهل المشرق وزير المهدي، فيهزم السفياني إلى الشام)

(... Allah akan menghalau keluar Al-Sufyani dari penduduk Timur dan pembantu (wazir) Al-Mahdi, lalu mengalahkan Al-Sufyani lari ke Syam.) [148]

Dengan kata-kata ini dan yang lainnya, ternyata orang yang bertarung dengan Al-Sufyani dan mengalahkannya adalah pembantu (wazir) Imam Mahdi. pembantu (wazir) ini adalah ketua dari orang-orang Timur.

Saya katakan: Adalah diketahui bahawa kedudukan pembantu (wazir) yang diperuntukan di sisi Aushiak, seperti Harun menjadi wazir Musa, dan Amirul Mukminin menjadi wazir kepada Rasulullah (S), dan Imam Mahdi (as) wazirnya adalah (Ahmad) anaknya dan washinya dengan nash wasiat Rasulullah (S).

Dan untuk mengesahkan lagi dibawakan dari Amirul Mukminin (as) dari Al-Huiyam bin 'Abdul-Rahman, beliau memberitahuku dari mendengar Ali (as) berkata: (… akan keluar sebelumnya (iaitu Imam Al-Mahdi) seorang lelaki dari Ahl Baitnya di sisi orang-orang Timur dan membawa pedang di bahunya selama lapan bulan ...) [149] Riwayat ini adalah nash bahawa wazir Imam Mahdi adalah seorang lelaki dari Ahl Baitnya, dengan rujukan jelas kepada anaknya (Mahdi pertama). Daripada isi rumahnya, dalam rujukan jelas kepada anaknya (Mahdi pertama).

Dan dari Al-Syed Ibn Thawus dalam Kitab Malahimnya: (Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan maka datanglah kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana di sana ada Khalifan Al-Mahdi.) [150] dan hadits ini juga terdapat di dalam Kitab Al-Malahim Wa Al-Fitan dengan lafaz (Khalifan Allah Al-Mahdi), menurut naskhah kamus Perpustakaan Ahl Al-Bait (as), tetapi ia juda wujud dalam kitab-kitab Al-Sunnah, dan sebahagian daripadanya menyebut dengan lafaz (Khalifan Allah Al-Mahdi) dan sebahagian daripada mereka menyebut dengan lafaz (Khalifan Al-Mahdi), dan disebut dengan lafaz akhir (Khalifan Al-Mahdi) setiap satu darinya: Mizan Al-I33tidal oleh Al-Zhahabi, J 3 hal 128, dipetik dari Musnad Ahmad, dan Al-Maudhu3at oleh Ibn Al-Jauzi. J 2 hal 39, dan yang lain-lain dengan perbezaan di akhir teks tetapi kandungannya adalah satu (sama).

Riwayat ini menambah butiran tempat baru kejadian, ia menjadikan lebih jelas melaluinya bahawa dia adalah wazir Al-Mahdi, seorang lelaki dari Ahl Baitnya dan khalifahnya, iaitu washinya (Khalifan Al-Mahdi) seperti yang diketahui tidak datang melalui pilihan raya secara demokrasi, tetapi menurut asas pelantikan Ilahi, dan diketahui bahawa selepas Al-Hassan dan Al-Hussein tidak dipenuhi Al-Imamah pada persaudaraan, tetapi pada anak-anak.

Seperti hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah (S):

(يقتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ، ثم لا تصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقاتلونهم قتالا يقاتله فوم، ثم ذكر شابا فقال: إذا رأيتموه فبايعوه فإنه خليفة المهدي)

(Pertempuran yang kamu pendamkan antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian baginda menyebutkan sesuatu, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya, kerana dia adalah Khalifah Al-Mahdi.) [151]

Dan telah diriwayatkan kalimah pemuda (Syab - شاب) dengan lafaz sesuatu (Syai’a - شيئا) dan begitu juga di dalam Bisyarah Al-Islam di tempat lain dengan lafaz sesuatu (Syai’a - شيئا) dan ia kelihatan telah diubah;, dan dalam apa jua keadaan yang perlu untuk seorang supaya sah berbai’ah kerana berbai’ah tidak sah kepada benda mati (jumud).

Saya katakan: Seperti yang saya katakan pada sumber-sumber di atas, bahawa telah dinyatakan pada riwayat (Khalifah Al-Mahdi) mempunyai gambaran lain pada hujungnya (Bahawa dia adalah Khalifan Allah Al-Mahdi), dan gambaran ini tidak mengubah apa-apa, selagi yang diputuskan adalah keluarnya Imam Mahdi (as) dari Mekah, Maka perlu membawa istilah (Khalifan Allah Al-Mahdi) kepada selain Imam Al-Mahdi (as), yang tidak boleh diikuti oleh mengikutnya, setelah memastikan wasiat Rasulullah menyatakan hakikat bahawa (Ahmad) mempunyai tiga nama yang pertama adalah (Al-Mahdi).

Untuk membuat perkara ini lebih jelas, saya akan menyampaikan riwayat berikut dari Ghaibah Al-Thusi hal 464. Dari Ammar bin Yasir hingga kepada kata:. (Kemudian keluar Al-Mahdi (as) atas panji Syu’aib Bin Saleh, ... hingga akhir).

Nu’aim bin Hammad menyebut dalam manuskripnya mengenai tanda-tanda kedatangan Al-Sufayani ke Kufah. Beliau berkata: Nu’aim memberitahu kami, Al-walid dan Rusydi memberitahu kami, dari Abi Lahi’ah, Abu Zer’ah memberitahuku, dari Abi Razin, katanya: Apabila Al-Sufyani sampai di Kufah dan membunuh para pendokong keluarga Muhammad (S) keluarlah Al-Mahdi (as) atas panji Syu’aib Bin Saleh.

Jika kita ditanya sekarang: Mahdi yang mana yang dimaksudkan oleh riwayat ini? Kita akan menjawab dengan riwayat berikut: dari Muhammad bin Al-Hanafiyah, beliau berkata:

(تخرج راية سوداء لبني العباس، ثم تخرج من خراسان سوداء أخرى قلانسهم سود، وثيابهم بيض، على مقدمتهم رجل يقال له شعيب بن صالح، أو صالح بن شعيب من بني تميم يهزمون أصحاب  السفياني، حتى تنزل بيت المقدس توطئ للمهدي سلطانه، يمد إليه ثلاث مائة من الشام، يكون بين خروجه وبين أن يسلم الأمر للمهدي إثنان وسبعون خهرا)

(Akan keluar panji Hitam dari Bani Al-Abbas, kemudian keluar dari Khurasan panji hitam yang lain, Serban mereka hitam dan pakaian mereka putih, di hadapan mereka seorang lelaki yang dikatakan bernama Syu’aib bin Saleh dari Bani Tamim, Mereka akan mengalahkan para penyokong Al-Sufyani, sehingga turun ke Bait Al-Muqaddis (Jerusalem) (di mana) dia akan meletakkan asas untuk pemerintahan Al-Mahdi., Dia akan dibekalkan dengan tiga ratus (lelaki) dari Syam (Syria). Dari masa itu, dia keluar (dari Khurasan) sehingga dia menyerahkan orosan itu (pemerintahan) kepada Mahdi, akan ada tujuh puluh dua bulan (enam tahun) [152]

Riwayat ini menyatakan yang Syu’aib bin Saleh dan panji-panji hitam, dia akan meletakkan asas untuk pemerintahan Al-Mahdi, yang akan menyerahkannya selepas tujuh puluh dua bulan.

Oleh itu, Al-Mahdi yang dirujuk oleh riwayat pertama yang datang dengan panji-panji hitam, adalah Al-Mahdi yang lain. Dan berikut ini dijelaskan beberapa riwayat diterima daripada Rasulullah (S):

(... حتى ترتفع رايات سود من المشرق فيسألون إلحق فلا يعطونه، ثم يسألونه فلا يعطونه، ثم يسألونه فلا يعطونه، فيقاتلون فينصرون. فمن أدركه منكم، أو من أعقابكم فليأت إمام أهل بيتي، ولو حبوا على الثلج، فإنها رايات هدى، يدفعونها إلى رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي، واسم أبيه اسم أبي، فيملك الأرض فيملؤها فسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما.)

(... sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta haknya tetapi tidak diberikannya. dan kemudian meminta lagi , tidak diberikannya, dan kemudian mereka meminta, tetap tidak diberikannya, Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam Ahl Baitku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari Ahl Baitku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dan dia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan, sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kebencian dan kezaliman.) [153]

Rasulullah (S) telah menerangkan bahawa pemimpin panji-panji hitam adalah (Imam Ahl Baitku), dan dia bukan Imam Mahdi yang akan menyerahkan kepadanya. Iaitu pemimpin panji-panji hitam adalah seorang imam, dan dia adalah dari Ahl Baitku, dan dia bukan Imam Mahdi, tetapi tidak syak lagi ia adalah washi Imam Mahdi (as) dan anaknya (Ahmad (as)).

Saya katakan: riwayat ini menerangkan apa yang diriwayatkan dari Imam Al-Baqir (as):

(كأني بقوم قد خرجوا بالمشرق يطلبون الحق فلا يعطونه، ثم يطلبونه فلا يعطونه، فإذا رأوا ذلك وضعوا سيوفهم على عواتقهم فيعطون ما سألوه فلا يقبلونه حتى يقوموا، ولا يدفعونا إلا إلى صاحبكم، قتلاهم شهداء، أما إن لو أدركت ذلك لاستبقيت نفسي لصاحب هذا الأمر )

(Seakan-akan [aku melihat] segolongan manusia yang datang dari Timur, mereka menuntut hak/kebenaran namun tidak diberikan, kemudian mereka menuntut hak/kebenaran namun tidak diberikan, lalu apabila mereka mendapati demikian maka mereka akan menyandang pedang dibahu mereka lalu mereka diberikan apa yang mereka tuntut, namun mereka menolaknya sehingga mereka bangkit dan mereka tidak menyerahkannya kecuali kepada pemilik kamu, yang terbunuh di antara kamu adalah syahid. Jika aku berada pada masa itu, akan kujaga jiwaku untuk pemilik urusan ini) [154]

(Pemilik urusan ini), yang ditunjukkan oleh riwayat adalah (Imam Ahl Baitku) yang sama, dan dia adalah (Mahdi Pertama) atau Al-Yamani. Dan dia (Al-Baqir) mengatakan: (akan kujaga jiwaku untuk pemilik urusan ini) merujuk kepada keperluan untuk mengikut Al-Yamani.


-------------------------------
[143] Manuskrip Ibnu Hammad: hal 86.
[144] Ibn Hammad: hal 86.
[145] Ilzam Al-Nashib Fi Itsbat Al-Hujjah Al-Ghaibah: J 2 hal 103
[146] Bihar Al-Anwar: J 6 hal  296.
[147] Kitab Al-Malahim Wa Al-Fitan hal 43.
[148] Syarah Ihqaq Al-Haq : J 29 hal.620
[149] - Kitab Al-Malahim Wa Al-Fitan – oleh Al-Syed bin Thawus: hal 86
[150] Kitab Al-Malahim Wa Al-Fitan hal.52
[151] Bisyarah Al-Islam: hal 30
[152] Al-Mu3jam Al-Maudhu3i hal 594; Kitab Al-Fitan – Nu’aim bin Hammad: Hadis No. 884
[153] Al-Mu3jam Al-Maudhu3i hal 593.
[154] Kitab Al-Ghaybah – oeh Al-Nu'amani: hal 281.



Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas

Ahad, 3 September 2017

17. Siapakah Al-Khurasani?


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


17. Siapakah Al-Khurasani?


Diriwayatlan beberapa hadits dari Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as), yang sebahagiannya menjadi nash yang nyata dan sebahagian yang lainnya cukup sebagai isyarat kepada Al-Qaim bahawa dia (as) memasuki Iraq dari arah timur. Ia adalah perkara yang membingungkan kefahaman orang-orang dengan berbagai kekeliruan, terutama kerana mereka tidak dapat membezakan di antara Al-Qaim yang mengangkat pedang dengan Imam Mahdi (as) pada perkiraan mereka kedua-duanya adalah satu.


Sesungguhnya orang-orang ini melihat dalam hadits-hadits yang jelas menunjukkan percanggahan dengan apa yang ada di dalam fikiran mereka bahawa Imam Al-Mahdi (as) akan masuk ke Iraq dari arah Hijaz, dan ia adalah keadaan yang mudah untuk dipegang dan akan melemahkan riwayat kemasukan dari timur. Kelemahan ini adalah kerana ia tidak bersandarkan kepada hujjah syar’ei. Pada hal jangan sekali-kali melanggar aturan sebenar daripada adanya kekurangan dalam memahami makna hadits-hadits ini. Sebahagian dari mereka mentakwil hadits-hadits yang jelas ini untuk disesuaikan dengan kefahaman yang membawa kepada masalah kezuhuran, dan semua ini - malangnya - akan mengorbankan kebenaran.

Mereka lupa kepada pendekatan yang sahih yang sesuai bagi pencari kebenaran untuk diikuti, dan yang mewakili pemberian fikiran peranan para pekerja dan bukan buah fikiran peranan tuan-tuan yang bertanggungjawab kepada nash-nash (teks) itu. Jika pemahaman yang berpusat di dalam fikiran mereka adalah sumber nash-nash (teks), maka pemahaman yang lain juga merupakan sumber nash-nash (teks), sudah pasti nash-nash (teks) itu tidak diselesaikan seperti mereka yang libatkan, sebaliknya, ia adalah hasil ciptaan palsu yang mereka lakukan dengan mengorbankan hadith-hadith Ahl Al-Bait (as), maka, mereka menjadi imam-imam (pemimpin) kepada kitab itu, bukannya Kitab yang memimpin mereka.

Saya akan mengutip perenggan dari Kitab (Al-Mu3jam Al-Maudhu3i Bi Ahadits Al-Imam Al-Mahdi) oleh Al-Syeikh Ali Al-Kurani,, sebagai contoh bagaimana cara orang-orang beramal dengan kebenaran nash-nash (teks),  Al-Syeikh mengatakan (Bahawa kami mentafsirkan (permulaannya adalah datang dari arah timur) bermaksud kezuhuran Mahdi (as) ia adalah permulaan urusannya, kerana kezuhurannya (as) pasti dari Makkah, maka mestilah makna permulaan urusannya dan gerakan ansarnya dari arah Timur) [141].

Tafsiran ini sangat mengejutkan, walaupun kita menerima seluruh gambaran yang teikait dengan Syeikh mengenai pergerakan kezuhuran, contohnya:

1. Sebagian besar hadita-hadits yang berada dalam kerangka tajuk yang dinashkan secara jelas menyatakan bahawa Al-Qaim memulakan pergerakannya dari Timur, dan bukan hanya oleh para sahabatnya yang berangkat dari sana.

2. Bahawa Al-Yamani - Dia adalah pemimpin sahabatnya seperti di  dalam nash (teks) riwayat-riwayat, dan naib bagi Imam menurut pertimbangan Syeikh - pada pendapat Syeikh pergerakan bermula dari Yaman dan bukan dari Timur, dan maknanya bahawa walaupun mengikut pendapat Syeikh apa yang dikatakannya tidak betul dalam tafsirannya tentang kemutlakannya.

3. Asal percanggahan antara hadita-hadita adalah khayalan, yang boleh ditolak dengan mengatakan bahawa Al-Qaim yang memulakan pergerakannya dari Timur adalah peribadi lain yang bukan Imam Mahdi (as).

Syeikh Ali Al-Kurani telah menyebutnya dalam kitabnya, zaman kezuhuran mengenai peranan Al-Khurasani dengan mengatakan: (Sementara peranan orang-orang Iran di dalam memperkenalkan Mahdi (as) adalah mempunyai peranan luas dan yang berkesan, dan mereka lebih suka keutamaan dan pengorbanan di mana memulakan urusan Al-Mahdi (as) melalui pergerakan mereka..... maka apakah sebab di dalam revolusi Al-Yamani dan panjinya mendapat petunjuk dari revolusi Iran dan panji mereka)?

Maka Al-Kurani mengulas, katanya: (mungkin menjadi sebab untuk ini adalah bahawa kaedah pentadbiran yang digunakan oleh kepimpinan politik Al-Yamani mengikut kepimpinan dan pengurusan Yaman, adalah lebih sahih dan lebih hampir kepada gaya pentadbiran Islam dalam kesederhanaan dan ketegasan. Sementara itu negara Iran tidak sesuai seperti yang diharapkan dari kerumitan birokrasi dan kelemahannya, ia adalah disebabkan perbezaan pengalaman antara kedua-duanya pada sifat kesederhanaan dan kesukuan dalam masyarakat Al-Yamani, dan sifat yang diwarisi dari tamadun dan struktur dalam masyarakat Iran. Akhir kata-kata Al-Kurani) [142].

Kita berhak bertanya:

Adakah wajar untuk membenarkan ulasan ini? Adakah pentadbiran Yaman adalah sejenis pentadbiran Islam? Adakah ia sebuah negara maju seperti negara Al-Khurasani (Iran)? Adakah Al-Kurani percaya bahawa Yaman adalah sebuah negara yang bebas daripada Kerumitan birokrasi dan kelemahan? Tidakkah Farsi mempunyai tamadun seperti Yaman? Adakah kesederhanaan dan kesukuan dalam masyarakat Yaman menjadi sebab mengapa Al-Yamani memimpin dunia melalui mereka?

Saya meninggalkan jawapan kepada saudara-saudara, ini adalah kekeliruan pandangannya!!!

Syeikh Al-Kurani meletakkan masalah dalam huraiannya bahawa Al-Yamani muncul dari Yaman, maka dia ingin menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan pengenalan aneh bahawa pengalaman di Iran mewakili kerumitan birokrasi dan kelemahan, Dia telah membuat kesimpulan yang pelik dari atas kesederhanaan dan kesukuan dalam masyarakat Yaman adalah sebab di sebalik kejayaan revolusi Al-Yamani, yang merujuk kepada kemunculannya di Yaman!!! Seperti peribahasa lama:

(أراد أن يكحلها فأعماها.)

"Dia mahu menjadikannya sengsara."

Para penyelidik yang adil tidak meletakkan pandangan peribadinya
terhadap nash-nash (teks) Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as), semua riwayat Ahl Al-Bait menentukan tanda-tanda kemunculan dan keluarnya kepada kita tanpa meninggalkan tanda-tanda kecil atau besar, tetapi petunjuk-petunjuk atau nash-nashnya (teks) begitu jelas dari diselubungi, seperti terangnya matahari di siang hari, namun beberapa penulis datang untuk memutarbelitkan hakikat sebenar yang ditetapkan oleh Ahl Al-Bait (as) kepada kita dengan keahlian mereka.
          
Rasulullah (S) telah menunjukkan kepada khazanah yang akan keluar dari Negara Farsi yang akanmenolong anaknya Al-Mahdi (as) dan Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as tidak menyebutkan kepada kita peranan tentera-tentera Yaman atau pemimpin dari Yaman yang akan membantu Al-Mahdi (as) sebagai syarat kemunculannya mahupun syarat dia keluar,

Bagaimanakah Syeikh Al-Kurani dan orang lain memberi tumpuan kepada Yaman dengan hanya dirawayatkan perkataan nama Al-Yamani, jadi mereka telah mengambil orang-orang sebeleh kiri lalu menjadi sesat dan menyesatkan sesiapa yang mengikutinya.


--------------------------
[141] Mu3jam Al-Maudhu3i Li Hadits Al-Imam Al-Mahdi: hal 595-596.
[142].Yaman dan peranannya dalam Zaman Kezuhuran. http://www.alameli.net/books/?id=2162

Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas