Khamis, 18 Ogos 2016

Soalan 702 - 705


Soalan 702. Hukum menyanyi untuk bayi yang baru lahir dan lain-lain?
Soalan 703: Adakah Pesakit Autism  Diberati (Taklif) Hukum Syariah
Soalan 704: Kemunculan Wanita Dalam Media Massa
Soalan 705 Wanita bernazar tanpa izin suaminya

Soalan 702. Hukum menyanyi untuk bayi yang baru lahir dan lain-lain?


Soalan 702.

اللهم صلى على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
wahai bapaku, saya memohon kepada Allah kebaikan dan kesejahteraan tuan dan keluarga tuan yang diberkati dan semua orang yang beriman, Insya-Allah, dan mengurniakan pembukaan yang nyata, Insya-Allah.

Adakah dibenarkan untuk menyanyikan lagu-lagu untuk kanak-kanak (bayi) baru lahir? Atau kanak-kanak secara umum?

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nurhan Al-Qarasy - Mesir

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العاماين، وصلى الله على محمد و آل محمد الائمة ً والمهديين وسلم تسليما


Lagu-lagu dengan muzik secara umum tidak dibenarkan, tetapi jika Tetapi jika kamu maksudkan ibu-ibu yang mendodoikan (melagukan) untuk anak-anak mereka, maka tidak ada masalah dengannya.


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah / 1435 H


✡✡✡✡✡



Soalan 703: Adakah Pesakit Autism  Diberati (Taklif) Hukum Syara’

Soalan 703: Apakah hukum orang yang dijangkiti penyakit autisme? [1]
Adakah ia diberati (taklif) dengan hukum-hukum Syari’ah sama seperti orang-orang mukallaf yang lain?

Hana’ Sa’ad – Al-3imarah

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العاماين، وصلى الله على محمد و آل محمد الائمة ً والمهديين وسلم تسليما

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Pada amnya jika seorang insan itu tidak sedar atau kesedaran dan tanggapannya (persepsi) adalah sangat lemah, maka adalah lebih baik baginya diajarkan melakukan ibadah-ibadah, sekurang-kurangnya wuduk dan sholat, sungguhpun mereka tidak diwajibkan untuknya, ia akan memberi manfaat kepadanya duniawi dan ukhrawi..


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah / 1435 H


------------------
[1] Penyakit autism ini adalah penyakit yang akan mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan untuk memahami keadaan sekeliling, kecuali diri mereka sendiri sahaja.
Kanak-kanak autisme adalah seperti masalah terencat akal pada tahap berbeza adalah disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai  masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. (penj)

✡✡✡✡✡


       
Soalan 704: Kemunculan Wanita Dalam Media Massa.


Soalan 704: Adakah Imam (as) menggalakkan wanita untuk muncul di media, atau dia (as) lebih suka kita menjauhinya? Apa nasihat pada wanita yang muncul di saluran dalam program tertentu dan apa arahan Imam (as) padanya?

Sahar – Al-Imaraat

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العاماين، وصلى الله على محمد و آل محمد الائمة ً والمهديين وسلم تسليما

Wanita seperti lelaki boleh bekerja dan muncul dalam media massa selagi mereka mematuhi kewajipan berhijab.


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah / 1435 H      


✡✡✡✡✡


Soalan 705 Wanita bernazar tanpa izin suaminya

Soalan 705: Wanita-wanita yang bernazar untuk berpuasa selama satu bulan untuk mengesahkan nazar yang dibuatnya, tetapi kemudian didapati suaminya tidak menerima puasa nazarnya itu.

Ansariah - Basrah

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العاماين، وصلى الله على محمد و آل محمد الائمة ً والمهديين وسلم تسليما

Jika disebabkan nazar boleh merampas hak-hak suami seperti nazar berpuasa, atau berhaji atau berziarah, dan sebagainya, dan suaminya adalah seorang mukmin, maka tidak sah nazar seorang isteri jika tidak dengan izin suaminya.


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah / 1435 H


✡✡✡✡✡


Soalan 698 -701


Soalan 698: Hukum pewarna di bawah kuku kaki 
Soalan 699 Membersihkan katil besar dari air kencing dengan air dan wap
Soalan 700 Isteri Minta Mas Kahwin 
Soalan 701 Melihat anak menentukan awal bulan

Soalan 698: Saya baru sedar di bawah kuku saya ada noda dari pewarna kuku yang telah wujud sejak dua minggu lalu, Adakah saya perlu mengulang sholat dan bersuci (mandi) saya, dan pada hari ini saya berpuasa. Adakah diterima puasa saya atau telah batal?

Syeikh Mohammad ‘Athiah - Mesir


Jawapannya:


بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ



Tidak wajib mengulang bersuci (mandi) dan wuduk, sholat dan puasa adalah sah, dan secara amnya air tidak wajib sampai ke bawah kuku.


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah / 1435 H

✡✡✡✡✡


Soalan 699 Membersihkan katil besar dari air kencing dengan air dan wap

Soalan 699: Tilam yang tebalnya lebih daripada 25 cm telah kena najis air kencing kanak-kanak. Tilam ini tidak boleh dibasuh dengan air kerana air ia kekal (serap) di dalamnya dan tidak keluar daripadanya, tetapi ada syarikat yang mencuci tilam seperti ini dengan alat dan cara mencuci yang khas dan ia membersihkan peralatan tempat tidur dengan mengenakan wap air panas sahaja pada tilam dan bukan dengan air. Adakah tilam yang dibersihkan dengan kaedah ini suci atau tidak?

Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan dengan sebaik-baik ganjaran.

Ansariah, - Thaliqan

Jawapan: 

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Untuk membersihkannya, air boleh sampai dengan menjiruskannya (seperti air yang dipancut dari paip rumah), dan juga boleh membersihkan tempat yang kena  najis dengan wap, tetapi ain (benda) najis itu sendiri tidak dapat dibersih dan disingkirkan dengan wap air sahaja, tetapi mesti dikeluarkan atau disingkirkan dengan air yang banyak seperti pancutan air paip atau untuk proses wap air dengan tempoh yang agak panjang yang mencukupi untuk menyingkirkan ain (benda) najis itu dan membersihkan tempat atau kawasannya.


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah / 1435 H

✡✡✡✡✡




Soalan / 700 Isteri Minta Mas Kahwin 

Soalan 700: 

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العلملين، اللهم صل على محمد وال محمد الائمة ً والمهديين وسلم تسليما.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Seorang dari ikhwah ansariah Iran dalam syarat akad nikahnya boleh mengambil mas kahwin pada bila-bila masa yang dikehendakinya, dan kini selepas berlalu beberapa tahun perkahwinannya kerana beberapa perkara dia menuntut mas kahwin daripada suaminya, dan suaminya tidak dapat membayar mas kahwin secara tunai. Menurut mahkamah Iran peruntukan undang-undang untuk menahan hartanya itu sehinggalah mahar tersebut dibayar dari milikan atau wang itu kepada isterinya, dan jika suaminya tidak mempunyai wang atau harta (milikan) kecuali bahagiannya dalam warisan, peruntukan undang-undang mahkamah Iran akan menahan dan mengambil bahagian warisannya dan menjualnya walaupun dengan tiada keredhaan oleh seluruh warisnya, sebagai contoh, ibu dan adik beradiknya yang mempunyai hak bahagian warisan itu, yang akan dijual kepada seseorang bahagiannya, dan jika waris yang lain membantah dan tidak bersetuju untuk menjual warisan itu, mahkamah Iran memaksa mereka untuk membayar dengan bahagian lelaki itu diberi kepada isterinya sebagai mas kahwinnya, kini persoalannya ialah: adakah perkara ini sah di sisi syara’ dengan adanya semua syarat-syarat ini yang membawa kepada rasa tidak puas hati waris yang lain dan mengganggu mereka, jika mahkamah memberikan mas kahwin wanita itu dengan cara ini? 

Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada tuan.

Maryam - Iran

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ 

Ia dibenarkan, tetapi yang lebih utama adalah kebajikan (kebaikan) di antara pasangan itu, Dan hendaklah dia bersabar atas isterinya - bahawa dia dalam kesusahan - sehingga Allah memberi rezeki kepadanya


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah / 1435 H

✡✡✡✡✡


Soalan 701: melihat anak bulan untuk menentukan awal bulan

 بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ كثيرا


Salam atas tuan, Saidi dan Maulai Ahmad dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Dia SWT berfirman 

﴿فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ﴾

Maka tanyakanlah olehmu kepada Ahl Al-Zikr jika kamu tiada mengetahui (, [Al-Anbia 21: 7] 

Dan firmanNya lagi:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا﴾

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. [Al-Nisaa’ 04:59]

Kami telah membaca soalan yang disebut dalam Kitab (Al-Ajwabah Al-Fiqhiyah – Al-Shiam) seperti berikut:

[Soalan 42 / Adakah disyaratkan untuk melihat anak bulan sabit dengan mata kasar (tanpa bantuan), atau cukup dengan penglihatan walaupun menggunakan peralatan moden seperti teleskop dan sebagainya?

Jawapan / Dibolehkan mengambil manfaat daripada peralatan untuk menentukan daerah, ketinggian, dan arahnya, tetapi tidak mengesahkan (tidak tsabit) melainkan melihat anak bulan sabit dengan mata kasar].

Bagaimanapun, dengan pembangunan sains dan rumah pemantau bulan sabit, dengan ketepatan ahli astronomi, rumah pengambilan gambar akhir bulan dan dari permulaan kepada pengurangan dan penggenapan anak bulan untuk sesuatu bulan pada masa ini dan kedua tambahan pada riwayat-riwayat yang menekankan ilmu dan hisab (pengiraan) yang muktamad, disokong oleh Al-Quran Al-Karim dalam pengertian penglihatan (rukyah) yang tidak terhad kepada melihat dengan penglihatan pada firmanNya SWT

﴿فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ ۞ فَأَوْحَىٰ إِلَىٰ عَبْدِهِ مَا أَوْحَىٰ ۞  مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ ۞  أَفَتُمَارُونَهُ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ ۞  وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ﴾  

Maka jadilah dia dekat dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).* Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya apa yang telah Allah wahyukan.* Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya. * Maka apakah kaum itu hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya? * Dan sesungguhnya dia telah melihatnya pada waktu yang lain, [Al-Najm 53: 9-13] 

Pada Fuad iaitu hati (kalbu) Dia SWT berfirman

﴿أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ﴾

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. [Al-Hajj 22:46] 

Maka melihat penurunannya yang lain pada renungan ilmiah ia adalah kepada bulan, bagi firmanNya SWT 

﴿وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ﴾

Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga kembalilah ia sebagai bentuk tandan yang tua. [Al- 36:39]

Selain syak wasangka, yang ditetapkan pada melihat tanpa
ilmu pengetahuan muktamad, bagi firmanNya SWT 

﴿فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُور﴾ِ

Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. [Al-Hajj 22:46] 

Dan mungkin dengan pembangunan saintifik dalam bidang astronomi (falak) ini suatu dakwah rabbaniyah untuk menyatukan umat pada masa-masa puasa dan perayaan orang-orang Islam, apakah matlamat tuan untuk menentukan permulaan bulan antara rukyah dengan pengelihatan ilmu-ilmu yang muktamad (qath’ei)?

Kami memohon kepada Allah untuk membantu kami untuk berkhidmat kepada tuan dan redha tuan sebagai Ahl Al-Bait.

والحمد لله رب العالمين

Hamba yang hina Abu Al-Hasan - Kuwait

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
                    
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Anak bulan ditetapkan dengan perintah Khalifah Allah, dan Selagi boleh mencapai kepada pemerintahannya, ia adalah keputusan perintahnya, dan Khalifah Allah tidak memerlukan penglihatan rukyah untuk mengesahkan permulaan bulan.


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah / 1435 H

✡✡✡✡✡

Selasa, 16 Ogos 2016

Soalan 694 -697


Soalan 694 Keluarkan Wang Milik Pesakit
Soalan 695: Mas Kahwin Yang Utama Untuk Zaman Ini
Soalan 696: Kerja Di Kedai Pizza Daging Babi
Soalan 697: Sebahagian Hukum Syari’at Yang Tidak Dipatuhi Oleh Wanita

Soalan 694: Mengeluarkan wang yang dimiliki oleh pesakit untuk rumah dan keluarga

السلام عليكم
            
اللهم صل على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ كثيرا


Saya mempunyai satu soalan, Ya Saidi wa Maulai

Salam atas tuan wahai yang dizalimi, berikut saya sampaikan bagi pihak saudara perempuan saya:

Bolehkah mengeluarkan wang pengagihan dana pesakit yang diterima daripada hal ehwal masyarakat dan keselamatan masyarakat.. dan dibelanjakan untuk keperluan rumah dan keluarga yang ada begitu juga untuk keperluan pesakit ini tanpa memberi tahu sesuatu kepadanya apa yang mahu dilakukan?

Salam atas tuan, Saidi wa Maulai dan kami mohon doa dari tuan.

Abu Mohammed Al-Ansari - Arab Saudi

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ


Wang yang dibelanjakan untuk pesakit adalah wang milik pesakit, tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenarannya.

    
Ahmad Al-Hassan
1436 H


✡✡✡✡✡




Soalan 695:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ كثيرا
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam atas tuan, Saidi wa Maulai dan Imam Ahmad Al-Hassan (as)


Tuan, dengan bertawakkal kepada Allah saya berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan salah seorang Ansariah dan saya ingin bertanya tentang nilai mas kahwin (mahar) pada masa ini di mana perlukah ditetapkan jumlah cadangan mas kahwin terendah dan nilai akhiran (tertinggi) mas kahwin dalam akad (janji) rasmi di mahkamah rasmi di negeri ini. Adakah kadar wajib untuk nilai mas kahwin sekadar mas kahwin (mahar) Al-Zahra’ (as) atau ia boleh jadi lebih tinggi?

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته


Saya telah menerangkan dalam jawapan sebelum ini apakah mas kahwin (mahar) Al-Zahra’ pada masa ini dan pada bila-bila masa. Ia adalah nilai perabot rumah untuk dua orang, dan itu adalah standard, yang bermaksud bahawa mas kahwin (mahar) adalah nilai kelengkapan rumah di mana kedua pasangan hidup.

Jika anda mahu menetapkan jumlah tertentu atau nilai maksimumnya adalah lebih baik untuk tidak melebihi jumlah mahar bernilai empat puluh mistqal emas lapan belas karat atau bersamaan dalam mana-mana nilai mata wang, dan jika saya mahu membahagikan mas kahwin yang dibayar kepada jumlah cadangan mas kahwin terrendah dan nilai akhiran (tertinggi) mas kahwin maka dibahagikan nilai yang dinyatakan antara keduanya.


Yang afdhalnya - secara umum –elakkan sebarang mas kahwin yang tinggi walaupun bakal suami mampu dan kerana ia adalah sunnah (kebiasaan) yang buruk dalam masyarakat orang mukmin, Maka keberkatan seorang wanita adalah menerima mas kahwin (mahar) yang kecil dan adalah amat malang bagi yang meninggikan mas kahwin dan untuk tujuan bermegah-megah.


Ahmad Al-Hassan

1436  H


✡✡✡✡✡


Soalan 696:      

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ كثيرا.
.

Salam atas Yamani Al-Muhammad Nur al-Hadi Ahmad dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Saya bekerja di sebuah kedai menjual pizza di Australia (rakan kongsi perniagaan). kedai ini menjual jenis pizza yang mengandungi daging babi dan juga menjual daging babi yang direbus dan dididihkan di atas api, dan selepas selesai dimasak diletakkan daging babi yang telah masak itu di dalam peti sejuk dan apabila menjualnya ia dikeluarkan dari peti sejuk dan akan dipanggang di dalam ketuhar khas dan memanggang pizza dalam ketuhar ini adalah cara membolehkan kita memakan daging rusuknya dan mengeluarkan tulang rusuk dari bahagian yang boleh dimakan, ia diletakkan dua kali untuk memastikan ia betul-betul masak.

Apakah hukumnya di sisi syara’ dari segi kerja dan wang yang diperolehi (rakan kongsi dalam perniagaan sahaja) dan (bekerjasama dengan wang dan kerja), ambil perhatian bahawa daging babi dibeli oleh orang lain (rakan kongsi), dan apakah hukumnya orang muslim makan pizza yang tidak mengandungi daging babi jika dipanggang pada ketuhar sama dengan daging babi atau pizza yang mengandungi daging babi dan apakah hukumnya jika dipanggang berasingan atau jika dipanggang selepas memanggang daging babi atau pizza (iaitu apabila memanggang pizza yang mengandungi daging babi dan memanggang daging babi apakah hukumnya wap-wap yang keluar daripada semuanya)?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Tidak ada masalah berkerja atau wang yang diperolehi darinya, selagi daging babi atau makanan yang haram dimakan dijual kepada yang lain, dan semua makanan halal, yang dipanggang dalam ketuhar yang sama. tidak ada masalah dalam menggunakannya. Wap (stim) dibebaskan dari daging babi tidak dianggap najis.


Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3idah / 1435 H
              
✡✡✡✡✡

Soalan 697: Terdapat sebahagian hukum Syari’at yang khusus untuk wanita yang tidak dipatuhi seperti perkara hijab (tudung), minyak wangi dan memakai kasut tumit tinggi: pakaian yang ketat dan lain-lain perkara hiasan, semua bentuk menyeru kepada makruf dan mencegah yang mungkar yang sebahagiannya kadang-kadang digunakan sehingga mengundang kepada masalah besar. Sehingga sedikit sebanyak boleh membawa kesan buruk sehingga mungkin berlaku penceraian, apakah penyelesaiannya, di mana kita ketahui bahawa wanita ansariah harapan Yamani Aali Muhammad (as). untuk dibimbing kepada keadaan yang diredhai Allah AWJ dan menyeru saya menetapkan pendirian saya atas wilayahnya dan sumpah setia (bai’ah) saya kepadanya dan mengislah agama saya, dan saya tidak mahu kehilangan keluarga saya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم 
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ 

Untuk hijab (tudung) wajib syar’ei dan pada wanita mematuhi had yang digariskan oleh hijab syar’ei yang telah diterangkan pada masa lalu. Jika sesiapa tidak yang mematuhinya ia telah melakukan yang haram dan dengan itu akan dapat kesan-kesan (implikasi) ukhrawi dan duniwi akibat pelanggaran hukum-hukum (hudud) Allah SWT ini. Adalah wajib bagi suami menyuruh dan membimbing isterinya untuk berhijab dan mengikut hudud (ketentuan) syari’ah. Tetapi dia tidak boleh menceraikan isterinya yang tidak mematuhi hijab syar’ei. Begitu juga ia tidak boleh meletakkan minyak wangi wanita jika ada kemungkinan bahawa akan terdapat atau tempat lalu orang lelaki bukan muhrim, tetapi sebahagian bahan minyak wangi untuk merangsang nafsu berahi tentulah tidak sesuai untuk diletakkan pada seorang wanita yang dihormati di luar bilik tidurnya kerana ia khusus untuk merangsang nafsu berahi suaminya. Adapun kasut bertumit tinggi atau menggunakan warna tertentu tidak ada masalah memakainya, ia dibolehkan (mubah) dan tidak ada masalah padanya. Pakaian yang ketat, ia tidak dibenarkan. Pakaian yang ketat begitu menampakkan bentuk tubuh wanita

Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3idah / 1435 H
✡✡✡✡✡



Ahad, 14 Ogos 2016

Soalan 693: Ganja Dan Perubatan




Soalan 693: Tumbuhan Kanabis dan ganja (hasyisy) untuk rawatan perubatan di negara ini adalah menyalahi undang-undang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada tuan, Ya Maulai disampaikan soalan dari sebahagian ansar dari seluruh dunia

Saya telah saya katakan penggunaan tumbuhan Kanabis dan ganja (hasyisy) adalah dilarang melainkan jika ia adalah untuk tujuan seperti perubatan atau perindustrian.

Terdapat beberapa negara, seperti Amerika, Eropah dan negara-negara maju secara saintifik menggunakan tumbuhan Kanabis (ganja) untuk merawat kanser, ADHD [1] dan OCD [1] dan banyak penyakit lain, terdapat doktor-doktor yang lebih suka menggunakan tumbuhan ini dari ubat-ubatan lain, Apa yang perlu dilakukan jika pesakit yang mempunyai salah satu daripada penyakit-penyakit ini dan ia sudah disahkan Doktor, tetapi di negara ini di mana tumbuh-tumbuhan ini hidup ia ditanam secara haram? Bolehkah menghasilkannya dan menggunakannya untuk tujuan perubatan atau tidak?

Juga adakah mungkin untuk seseorang memeriksa (mendiagnosis) keadaannya lalu berkata saya telah mendapat penyakit seperti demikian atau tanpa berjumpa doktor, kita telah mendengar dan melihat keadaan sebelum ini dari beberapa benerapa orang individu.

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Tidak dibenarkan menggunakan bahan ini melainkan dengan preskripsi dari seorang doktor yang pakar, dan untuk terus mengambil ubat-ubatan tersebut memerlukan pengawasan perubatan


Ahmad Al-Hassan
1436 H

✡✡✡✡✡

----------------------
[1] ADHD merupakan singkatan dari Attention Deficit Hyperactivity Disorder, iaitu suatu gangguan pada perkembangan otak yang menyebabkan penderitanya menjadi hiperaktif, impulsif, serta susah memusatkan perhatian. Keadaan ini dulunya dikenal dengan ADD atau Attention Deficit Disorder.
[2] Obsessive Compulsive Disorder (OCD) adalah sebuah keadaan psikologis yang ditandai dengan perilaku pengulangan yang disebabkan oleh ketakutan atau pikiran yang tidak masuk akal. Seseorang yang didiagnosis menderita OCD mungkin tidak menyadari kalau obsesinya tidak masuk akal.

Soalan 690 - 692


Soalan 690: gunakan Inhaler dalam sholat
Soalan 691: Sekolah Rendah Campur
Soalan 692: isteri keturunan Bani Hashim

Soalan 690: gunakan Inhaler dalam sholat
بسم الله الرحمن الرحيم

Saya seorang pesakit asma, kadang-kala ketika sedang sholat saya mengalami serangan asma yang teruk sehingga sukar bagi saya laksanakan sholat seperti biasa, melainkan dengan sangat bersusah payah. Bolehkah saya menggunakan Inhaler asma (alat semburan) semasa sholat


Abu Israa' – Al-Nasiriyah

Jawapan: 

بسم الله الرحمن الرحيم 

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ 

Dibenarkan.

Ahmad Al-Hassan

1436 H


✡✡✡✡✡


Soalan 691: Sekolah Rendah Campur
بسم الله الرحمن الرحيم 

Adakah dibenarkan untuk menghantar kanak-kanak perempuan atau kanak-kanak lelaki di sekolah campur walaupun diketahui ada sekolah yang mengasingkannya, tetapi untuk pendidikan rendah dan perhatian kepada tahap pelajar tersebut?

Zainab – UAE


Jawapan: 

بسم الله الرحمن الرحيم 
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين

Dalam mana-mana sekolah rendah enam tahun pertama, tidak ada masalah, tetapi untuk sekolah menengah pada tahun-tahun remaja khususnya, yang terbaik adalah mengelakkan perkara ini seboleh mungkin

Ahmad Al-Hassan

1436 H

✡✡✡✡✡



Soalan 692: isteri keturunan Bani Hashim

بسم الله الرحمن الرحيم 

Orang yang mempunyai isteri Hashimiyah (keturunan Bani Hashim) adakah dibenarkan berkahwin lain dengan isteri Hashimiyah atau orang biasa, secara perkahwinan sementara atau tetap?


‘Alaa Al-Salim - Iraq

Jawapan: 

بسم الله الرحمن الرحيم 
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ 

Dibenarkan



Ahmad Al-Hassan
1436 H

✡✡✡✡✡