Sabtu, 13 Ogos 2016

Soalan 686 - 689



Soalan 686: Izin Ibu Bapa
Soalan 687: Darah Lebihan Daging Sembelihan
Soalan 688: Ikan, Hukum Dan Kesuciannya
Soalan 689: Cukup  Dengan Azan TV

Soalan 686:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ibu saya bukan seorang Ansariyah, dan tidak membenarkan saya untuk menghadiri majlis-majlis ansar. Bolehkah saya untuk menghadiri majlis ansar untuk memperingati kematian semasa dia berpergian dan tidak mengetahuinya? Bapa saya juga bukanlah seorang Ansari, tetapi dia membenarkan saya untuk menghadirinya, bahkan saya digalakkan untuk berbuat demikian.

Kami memohon pengampunan Allah atas kelemahan kami.

Zahra’ - Oman

Jawapan: 

بسم الله الرحمن الرحيم 
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ 

Tidak wajib mentaatinya dalam perkara ini, selagi ibu bapa (semoga dipelihara Allah) kedua-duanya tidak menyokong apa yang kamu lakukan dalam mentaati Allah, maka bertawakkallah kepada Allah dan semoga Allah memberi kejayaan dan menghapuskan keburukan kamu 

Ahmad Al-Hassan

1436 H



✡✡✡✡✡


Soalan 687: Darah Lebihan Daging Sembelihan

بسم الله الرحمن الرحيم ً 
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semasa merebus ayam dan ketika akan mendidih warna rebusan menjadi merah yang bermakna darah dan bahan itu semasa dibersihkan darahnya masih keluar... Adakah ini satu perkara yang biasa? Apakah hukum darah ini? Bolehkah dimakan daging ini?

Kami membeli ayam yang masih hidup dan disembelih di hadapan kami

 ... Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada tuan 

Zainab – Al-Amsyarat

Jawapan: 


بسم الله الرحمن الرحيم 
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Tidak ada masalah padanya dan boleh memakannya, dan darah lebihan dalam daging selepas sembelihan suci

Ahmad Al-Hassan

1436 H

✡✡✡✡✡

Soalan 688: Ikan, Hukum Dan Kesuciannya


بسم الله الرحمن الرحيم
 ً اللهم صل على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Salam atas tuan Ya hujah Allah atas penciptaannya dan washi hujahNya dan rahmat Allah serta keberkatanNya... dan selepas semua ini

Bahawa tuan telah berkata di dalam jawapan sebelumnya (dalam Kitab AL-Ajwabah Al-Fiqhiyah / Mutafarriqah (Soal Jawab Fiqh / Pelbagai) Jilid 1, halaman 19.) Mengenai ikan, hukum dan kesuciannya: [Jika kamu tahu bahawa di dalamnya tiada apa-apa dan berpuas hati dengan kesuciannya maka boleh digunakan atau dimakan, kerana ikan itu suci diambil hidup-hidup dari air atau dengan alat-alat menangkap ikan, sama ada ditangkap oleh nelayan Muslim atau bukan Muslim, dan ikan ini diimport dari hasil pukat dan alat-alat menangkap ikan yang keluar dari air dan dibiarkan mati di darat (luar dari air) dan biasanya ia suci walaupun ditangkap oleh orang-orang bukan Islam].


Soalan saya: Adakah mungkin untuk membina keyakinan atas kata-kata penjual (Kristian atau kafir) bahawa ikan yang mereka jual di pasaran negara-negara Barat bersih dengan cara yang tuan sebut dalam jawapan tuan di atas? Bagaimana jika kita bertanya kepada penjual ini supaya menberitahu kita, kerana kita tidak tahu bagaimana cara mereka menangkap ikan, Adakah dibenarkan untuk membelinya dan kemudian makan ikan yang dibeli itu?


Tuan, dengan haq Zainab (as) dan musibah yang diterimanya dan penghijrahan dan dahaga Al Hussein (as) ia telah mengundang saya untuk menjadi tangan tuan, seketul batu di di tangan kanan tuan dan semoga ditamatkan saya dengan kebaikan dan akibat yang baik. Semoga Dia SWT menghimpunkan saya bersama-sama tuan, wahai Ahl Al-Bait yang maksum dan pembawa risalah – selawat dan salam Tuhanku atau tuan.


Muhammad - Amerika Utara


Jawapan: 


بسم الله الرحمن الرحيم 
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ 

Boleh dipercayai (diktiraf) atas apa yang dikatakan oleh penjual. Jika kamu yakin apa yang dikatakannya, tetapi jika penjual tidak mengetahuinya, maka kamu harus dapat mencari cara lain untuk mengetahui keadaan ikan yang kamu peroleh itu. Maka jika boleh mendapatkan jaminan (keyakinan) yang ianya suci, kamu boleh memakannya.

Ahmad Al-Hassan

1436 H

✡✡✡✡✡


Soalan 689: Cukup  Dengan Azan TV


بسم الله الرحمن الرحيم 

Adakah mencukupi azan yang dilaungkan di TV jika ia secocok (sama) dengan waktu setempat untuk sesebuah bandar atau ianya mendahului atau terkemudian untuk tempoh satu dua minit?

Abu Isra – Al-Nasiriyah



Jawapan: 

بسم الله الرحمن الرحيم 
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ 

Dibenarkan (mencukupi) dengan azan yang dilaungkan di TV jika ia secocok (sama) dengan waktu sholat setempat, tetapi adalah lebih baik bagi kamu melaungkan azan itu sendiri.


Ahmad Al-Hassan

1436 H



✡✡✡✡✡



Khamis, 11 Ogos 2016

Soalan 682 - 685


Soalan 682: Perniagaan Saham Short Selling (Penelah Turun)
Soalan 683: Perniagaan Internet dan Masa Kini
Soalan 684: Wanita dan Ilmu Bela Diri
Soalan 685: Barang Curi
          
Soalan 682: Perniagaan Saham Short Selling (Penelah Turun)

Ia adalah amalan jualan yang ditawarkan oleh sesetengah firma broker saham melalui Internet, untuk memenangi (meraih untung) mana-mana peniaga yang menjualnya apabila harga-harga saham jatuh.

Sebagai contoh, jika seorang pelabur percaya bahawa saham syarikat Q (saham Q) kedudukannya sebagai terlebih nilai pada 15 Dollar (USD) seunit dan bahawa harganya akan turun, anda boleh klik pada butang "short selling" (penelah turun) perjanjian yang ringan untuk menjual saham yang menurun. Jika harga saham jatuh kepada 10 Dollar, pelabur akan menang 5 Dollar setiap unit saham. Tetapi jika harga saham meningkat kepada 20 Dollar pelabur akan rugi 5 Dollar setiap unit saham.      
                                                

Ansari

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
     
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Ia dibenarkan.


Ahmad Al-Hassan

1436 H





✡✡✡✡✡


Soalan 683: Perniagaan Internet dan Masa Kini
بسم الله الرحمن الرحيم

Salam atas tuan, Saiyidi wa Maulai Ahmad Al-Hassan dan rahmat Allah serta keberkatanNya.


Apa hukumnya jual beli emas dan minyak (petroleum), pertukaran (Bursa) saham dan tunai, perdagangan tertangguh; jual beli perbezaan dalam pertukaran dan lain-lain. Semuanya dijalankan melalui Internet Internet melalui syarikat broker yang menyediakan anda perkhidmatan jual beli dalam perkara-perkara tersebut


Jangan lupakan kami dari keberkatan doa tuan.

Sedia berkhidmat padamu, Hassan dari  Bahrain


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Ia dibenarkan.

Ahmad Al-Hassan

1436 H


✡✡✡✡✡


Soalan 684: Wanita dan Ilmu Bela Diri

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adakah wanita boleh belajar ilmu mempertahankan diri (Judo; Jiu-Jitsu) di bilik riadah (tempat latihan jasmani) seperti sekarang ini, semuanya terutama sekali orang lelaki yang menyebabkan berlaku sentuhan dan ia adalah satu perkara yang semula jadi dalam sukan tersebut.

Ya Maulai, Ya Ahmad Al-Hassan
Semoga Allah memelihara tuan dan mempercepat kelapangan tuan.

Nabil - Tunisia


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Ia tidak dibenarkan.


Ahmad Al-Hassan

1436 H


✡✡✡✡✡


Soalan 685: Barang Curi

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد و آل محمد األئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ كثيرا
        
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apakah hukum barangan yang dibeli kemudian didapati ia barang yang dicuri? Wajibkah saya melupuskannya? Adakah dibenarkan untuk terus menggunakannya? Wajibkah kita berhenti berurusan dengan penjual itu lagi? Adakah saya perlu memberitahu pihak berkuasa bahawa barang-barang dicuri?

[Saya telah membeli video yang kemudiannya mendapati ia adalah cetak rompak]

Semoga Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang membuat kebaikan.

Maryam - Amirah Arab Bersatu

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Jika boleh, pulangkan semula barang curian itu kepada pemiliknya, tetapi jika tidak dapat dipulangkan kembali hendaklah bersedekah bagi pihak pemilik atau bertindak atas namanya. Juga tidak wajib mengelakkan diri daripada berurusan dengan penjual, dan tidak perlu dilaporkan.


Ahmad Al-Hassan

1436 H

✡✡✡✡✡



Rabu, 10 Ogos 2016

Soalan 678, 679 dan 681


Soalan 678: Memakai Salib
Soalan 679 : Wasiat Sepertiga
Soalan 681: Khalwat Perawat Dan Pesakit

Soalan 678 Salam sejahtera atas kamu. Saya berharap semuga semua dalam keadaan baik dan sihat.


Bolehkah kita memakai salib kemuliaan Imam Ahmad - ke atasnya sebaik-baik selawat dan salam - (kerana ia adalah tempat salib Ia Al-Masih ibn Maryam (as))?

Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan atas penjelasan nanti.

Saudara dan khadam tuan Muannis - dari England


Jawapan:

 بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Memakai salib itu sendiri adalah dibenarkan.


Ahmad Al-Hassan  
1436  H


Soalan 679: Bapa saya telah meninggal dunia lebih dari 20 tahun yang lalu, dan telah meninggalkan wasiat, yang termasuk di dalamnya: Satu pertiga daripada harta pusakanya diagihkan oleh anak sulung kepada orang miskin dan beberapa amal kebaikan. Dan Allahyarham meninggalkan harta dan rumah. urusan mengenai harta-harta telah diselesaikan selepas kematiannya, tetapi masalahnya sekarang adalah pada rumah – yang kini - mereka mahu menjualnya.

Anak sulungnya bersih, bersamanya ada kanak-kanak yang memerlukan kewangan, kerana mereka berkongsi rumah atas keadaan kesusahan

Persoalannya bolehkah saya menguruskan dengan satu pertiga yang diperuntukkan dari wasiat kepada yang memerlukan dan memberi sebahagian daripadanya kepada beberapa amal kebaikan dan bakinya diberikan kepada anak-anak Al-Marhum?

Soalan dikemukakan oleh yang berkhidmat dengan tuan.

 Abu Sarah – Kuwait

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد و آل محمد الأئمة ً والمهديين وسلم تسليمآ

Ia dibenarkan

Ahmad Al-Hassan
1436 H



Soalan 681: 
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته ً 

Banyak sekali sejak kebelakangan ini fenomena rawatan rohani untuk menangani kesan (pengaruh) dari jin dan sebagainya, terutama di kalangan wanita. Terdapat beberapa terapi yang merawat wanita di dalam bilik yang dikunci atau tertutup dengan menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki bersama-sama dan tidak ada muhrim bersama wanita itu, dengan mendakwa bahawa rawatan tersebut bergantung pada hanya perawat dengan pesakit.

Persoalannya

1. Apakah hukum Syara’ bagi masalah khalwat (bersendirian) dengan wanita, dan bukankah terdapat perbezaan antara orang yang dipercaya (tsiqah) dengan yang lainnya?

2. Adakah benar-benar terdapat rawatan rohani yang bergantung pada khalwat (bersendirian) antara perawat dengan pesakit?

3. Bolehkah seorang lelaki (perawat) menyentuh badan wanita asing (bukan muhrim) tanpa pelapik atau halangan dengan alasan untuk rawatan?

4. Akhir sekali: Adakah nasihat yang boleh tuan anjurkan kepada orang-orang mukmin untuk menghalang laluan syaitan yang dilaknat?


Abu Zahra – Maysan


Jawapannya:

Jawapan 1 / Khalwat (bersendirian) ini tidak dibenarkan dan diharamkan dan tidak ada perbezaan di antara orang yang dipercaya (tsiqah) dan yang lain-lain.

Jawapan 2 / Tidak perlu khalwat (bersendirian) dengan pesakit.

Jawapan 3 / Tidak dibenarkan dan perbuatan ini diharamkan.

Saya nasihatkan orang-orang mukmin hendaklah mengelakkan diri dari khalwat (bersendirian) yang diharamkan; kerana ia adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syaitan. Maka janganlah berurusan dengannya, semoga kamu dirahmati Allah.


Ahmad Al-Hassan 
1436 H

Soalan 677: Soalan ansar Kuwait - masalah takwil


Soalan 677: Saudara-saudara ansar di Kuwait telah bertanya kepada Syed Ahmad Al-Hassan mengenai masalah takwil Al-Quran dan yang lain mengenai syari’ah.., maka dia (as) telah menjawabnya.

Jawapan: 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Al-Hamdu Lillah

Saudara-saudara mukmin Kuwait yang dikasihi dan yang lain-lain. Semoga Allah memelihara saudara dan menghapuskan kesalahan-kesalahan saudara, Saya menghadap saudara pada hari yang mulia ini, hari Jumaat 24 Shaaban yang penuh kebaikan ini untuk menerangkan tentang rujukan kepada Khalifah Allah dan persoalan mengenai petunjuk sama ada kecil maupun besar semuanya adalah agama Allah, jalan Allah dan jalan Ahl Al-Bait.

Dalam Agama Allah ada seorang maksum tempat orang-orang beriman bertaqlid dan menjadikan dia rujukan dalam mengenal petunjuk agama mereka dan tidak wujud suatu nama pun bagi peribadi mukallaf yang mengikut Khalifah Allah mencabar melalui takwil dan menggubal (mengeluarkan) hukum-hukum Fiqh atau Aqidah dari pandangan atau riwayat-riwayat atau dari lisan atau dari nash agama secara umum. Ini sesat lagi menyesatkan. Adapun nash secara umumnya ia sama ada Muhkam atau Mutasyabih. Jika ia Muhkam, ambillah dan beramallah dengannya, tetapi jika ia Mutasyabih kembalikanlah kepada kami Ahl Al-Bait untuk menerangkannya dan memberikan sempadan atas bentuknya semula. Al-Hamdu Lillah hari ini Al-Maksum hadir di kalangan saudara dan saudara-saudara boleh bertanya kepadanya dan merujuk kepadanya dalam setiap perkara sama ada kecil maupun besar. Maka sesiapa yang menghindar dari merujuk kepada Al-Maksum yang hadir dan dari bertaqlid kepadanya dalam agamanya dalam setiap perkara sama ada kecil maupun besar telah menyimpang dari jalan yang lurus dan dari kami Ahl Al-Bait.

Sesiapa yang mendakwa mampu mentakwil dan mengenal hukum-hukum Fiqh atau Aqidah dengan nash agama atau pandangan atau sebagainya tanpa merujuk kepada kami dan bertanya kepada kami kemudian menyeru orang ramai supaya mengambil kata-katanya atau dengan cara mengada-adakannya maka dia telah menyeru mereka kepada dirinya sebagai imam yang diikuti atau kepada jalan dan agama yang diada-adakan oleh dirinya sebagai imam yang diikuti, dan ini telah menyimpang dari agama Allah dan Khalifah Allah. Dia  sepatutnya merujuk mengenai perkara ini dan membetulkan jalannya sebagai seorang mukmin dan mengikuti kami Ahl Al-Bait.

Dan pandangan (pendapat) yang diletakkannya dalam agama adalah nash yang disahkan pada Imam dan Khalifah yang disyaratkan atasnya (seperti dalam wasiat Nabi Muhammad (S) pada malam kewafatannya), Aqidah dan hukum-hukum syari’ah yang diambil dari Khalifah Allah bukanlah Aqidah baru yang diambil dari pendapat dan bukanlah hukum Fiqh baru dibawa dari pandangan-pandangan. Maka sesiapa yang datang kepada kamu dengan membawa pandangan (pendapat) dan mahukan kamu mengikutinya, tamparlah mukanya tanpa belas kasihan maupun rasa hormat, dan ini tidak kira pendapat dari perbahasan yang membenarkan kedustaannya atau dijadikan pandangan itu dari Allah atau dari syaitan atau dari keinginannya.

Bagi orang mukmin yang merenung Al-Quran bukanlah mentakwil dan berusaha untuk memuhkamkam yang Mutasyabih dan menghadkan (menetapkan) jalan dengan menjadikan nash yang Mutasyabih berbanding jalan yang qat’ei (muktamad) dan menyakinkan.

Ahmad Al-Hassan  
24 / Syaaban yang mulia / 1436

Selasa, 9 Ogos 2016

Soalan 676: Doa-doa, keredhaan kita pada ketentuan Allah


Soalan 676: بسم الله الرحمن الرحيم

Saidi Al-Washi Al-Yamani yang mulia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terdapat masalah bagaimana untuk disepakati (disesuaikan) dan dipertemukan di antara urusan-urusan ketuhanan pada keredhaan dengan ketentuan (qadha) dan ia adalah dari tahap perhambaan yang lebih tinggi kepada-Nya Yang Maha Suci dan di antara urusan-urusan ketuhanan pada doa dan permohonan kepada-Nya Yang Maha Suci dan persoalannya walaupun dalam perkara yang paling mudah dan dipertimbangkan dengan doa dari asas-asas perhambaan kepada-Nya SWT? 

Dalam erti kata lain tiada percanggahan pada urusan keredhaan dengan ketentuan (qadha) dan urusan doa? Dan bagaimana kedua-duanya boleh dibayangkan bersama-sama? 

Penghantar: Syeikh Arif Al-Hilli - Iraq

Jawapan: 

بسم الله الرحمن الرحيم ً 
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا


Doa-doa kita adalah tertakluk pada ketentuan (qadha) yang didatangkan dan ianya adalah kebaikan kepada kita yang tidak menafikan keredhaan kita pada (qadha) ketentuan keadaannya: ia suatu hakikat bagi kita, Sebagai contoh, saya redha dengan penyakit yang menimpa saya sekarang kerana ia terletak di dalam ketentuan (qadha) Allah dan pada masa yang sama saya berdoa supaya ia disembuhkan kelak, Maka saya tahu bahawa sakit saya sekarang ini merupakan kenyataan dalam ketentuan (qadha) Allah dan saya redha dengannya, ia tidak bermakna saya tahu atau saya katakan bahawa Allah menetapkan saya akan kekal sakit ke suatu hari tertentu atau satu tahun lagi, atau ke penghujung umur untuk mengatakan saya redha dengan ketentuan (qadha) Allah yang tidak mengubahnya dan saya meninggalkan doa.
Walaupun kalau saya tahu dari Allah melalui kaedah pengetahuan (makrifah) ghaib – seperti peringatan dalam rukya (mimpi) - bahawa peristiwa ini akan berlaku esok, satu peristiwa yang bahaya dan mudharat yang boleh berdoa kepada Allah atau hendaklah bersedekah supaya Allah menghapuskan bahaya dan mudharat ini, sebab tidak ada ketentuan (qadha) Allah yang tidak boleh berubah, dan yang tertulis di dalam Umm Al-Kitab, tetapi ia adalah untuk memberitahu dalam apa jua cara (bentuk) yang sedia ada pada papan (Lauh) Penghapusan dan Penetapan untuk sesuatu yang mungkin tidak berlaku dan yang berlaku dengan cara (bentuk) yang lain..
        
Kita berdoa kerana kita tidak tahu keputusan akhir yang muktamad yang akan dicapai dan merupakan ketentuan (qadha) Allah bagi masa depan kita dan kita berdoa supaya tidak kekal dalam kemudaratan hasil daripada kesilapan kita

﴿وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ﴾

Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar darinya. [Al-Syura 42:30]

Doa-doa kita tidak bertentangan dengan keredhaan kita pada ketentuan Allah yang berlaku pada kita sekarang dan ia adalah satu kenyataan bahawa kita hidup dan kita bersyukur kepada Allah.


Ahmad Al-Hassan
1433 H



Khamis, 4 Ogos 2016

Kecacatan Dan Penyakit:


Kecacatan Dan Penyakit:


Berikut adalah kemusykilan yang ditimbulkan oleh golongan Atheis, iaitu: Apakah dosa orang yang dilahirkan cacat. Jika Tuhan wujud sudah tentu Dia zalim; kerana mencipta hidupan yang cacat ini yang menyebabkan dia tersiksa teruk sepanjang hayatnya di bumi ini kepada tahap yang sebahagian daripada mereka dianggap mati. Sungguh kasihan padanya dalam menjalani kehidupan.


Menjawab Kekeliruan:


Masalah kesihatan adalah akibat atau hasil semula jadi (tabi’ei). Pada hakikatnya jasad manusia hanyalah jasad yang serupa dengan haiwan yang dihidupkan di atas muka bumi ini, yang tidak sempurna dan tidak kebal. Namun seperti mana-mana jasad haiwan atau tumbuhan yang hidup di bumi ini, yang terdiri daripada bahan (unsur) kimia dan ianys mengalami kerosakan semasa pembentukannya, hasilnya, sebagai contoh, kecacatan genetik atau selepas ia terbentuk akibat dari kemalangan. Oleh itu tidak masuk akal untuk dimusykilkan. Ya Allah, Ya Tuhan! Bukankah itu hanya untuk mengatakan: Mengapa Allah tidak menciptakan alam yang sempurna dan menghasilkan keadaan semuanya sempurna? Jawapannya mudah, makhluk yang dijadikan di dalamnya mempunyai kegelapan dan tidak mutlak, mempunyai kekurangan dan ketidakseimbangan yang lazim bagi kegelapan, yang disertakan dengan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan tidak dapat dijauhkan. Kekeliruan ini benar-benar bertentangan dengan akal. ia tidak berpunca dari Allah SWT, yang tidak mungkin menjadi seperti makhluk kerana Dia cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya, kerana Dia hanya cahaya yang mutlak dan Dia Ketuhanan Mutlak, dan dengan itu kejadian makhluk tidak terjadi melainkan mempunyai cahaya dan kegelapan. Selagi yang gelap itu berisi kegelapan kita mesti melihat kesannya yang sememangnya gelap lagi menggelapkan, yang kekurangan, yang hilang upaya dan yang tidak dapat dipisahkan (yang lazim) bagi seluruh alam-alam yang diciptakan.

Kekeliruan ini walaupun dalam batas-batas kekurangan di alam ini, maka reka bentuk genetiknya mempunyai kecacatan yang ketara dan nyata.

Maka jawabnya: penciptaan secara langsung bukan oleh Tuhan Mutlak, tetapi pencipta mereka telah diwujudkan oleh Tuhan Mutlak.


﴿وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ﴾

Dan langit itu Kami bina dengan tangan-tangan dan sesungguhnya kuasa Kami lebih luas [Al-Zariaat 51:47].

﴿أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُم مِّمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ﴾
                                  
Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakan untuk mereka yang dilakukan dengan tangan-tangan Kami, binatang ternak, lalu mereka memilikinya? [Ya Sin 36:71]
                    
Dan tidak mungkin bagi Tuhan Mutlak menjadi tangan-tangan sebahagian daripadanya, melainkan akan membatalkan ketuhanannya, dan oleh itu, maka mereka adalah tangan-tangan Allah yang diciptakan oleh Allah untuk mencipta pula, dan mereka meneruskan penciptaan yang lebih rendah dari mereka, seperti Alam Jasmani, perkara yang dimusykilkan ini, dan bentuk gambaran ini adalah sangat umum. Pada kebiasaannya dikatakan mengenai orang yang melakukan kerja-kerja untuk orang lain atau bagi pihaknya, kerana dia adalah tangannya (kaki tangannya). Perkataan seorang kepada yang lain: (Engkau tanganku yang melakukannya) adalah perkara biasa.

Pendekatan kedua: Boleh digambarkan Teori Reka Bentuk Pintar dimana ia selari dengan evolusi dan ingin membuktikannya melalui pemasangan, kerumitan (komplikasi) dan ketepatan sistem organisma hidupan dan bahagian-bahagiannya, dimana organisma hidupan direka mengikut matlamat evolusi, dan oleh itu terdapat di sebalik kuasa Tuhan yang mahu mencapai matlamat.

Dan kekeliruan pada kedua-dua arah ialah mewujudkan jurang yang besar dalam reka-bentuknya walaupun pada hakikatnya bahawa pencipta yang menyerunya (Tuhan) Yang IlmuNya Mutlak dan KuasaNya Mutlak, dan ia juga perlu direka lengkap melengkapi dan tidak mengandungi jurang yang ketara seperti kelemahan turus tulang belakang bagi manusia dan sebab kelemahannya adalah ia direka untuk badan melengkung dan reka bentuknya yang tidak lengkap menegakkan badan seperti badan manusia, dan dengan itu ramai orang di bumi ini mengalami sakit belakang badan, sekurang-kurangnya dalam tempoh-tempoh kehidupan mereka. Juga tulang belakang yang bersambung dengan peti suara (larinks);dianggap oleh sesetengah pakar dalam Anatomi Perbandingan tidak sesuai pada reka bentuknya, oleh itu ia tidak boleh stabil untuk semua jenis (spesis). Kerana ianya memanjang tanpa faedah sebenar, bahkan berbahaya kerana pemanjangan saraf ini terdedah kepada kemungkinan kerosakan yang lebih banyak daripada jika ia pendek dan ringkas kepada kadar yang diperlukan.

Bagi mereka yang mengatakan pada penciptaan sekali gus tidak mungkin dijawab kekeliruan ini secara logik kerana jika saraf (tunjang) larinks tidak sesuai dan ianya satu kesilapan besar, oleh itu tidak cukup untuk menafikan reka bentuk pintar tubuh dengan segala bahagian-bahagiannya untuk semua jenis (spesis), dan tidak dapat menjelaskan ketidakseimbangan ini iaitu pada tahap ini jauh dari reka bentuk pintar hanya jika ia adalah warisan evolusi.
    
Bagi mereka yang mengatakan tentang evolusi dan dengan itu mengatakan pada reka bentuk pintar, yang juga mereka berkata bahawa yang mencipta bentuk adalah Tuhan Mutlak iaitu yang Ilmu dan KeupayaanNya Mutlak, maka wujud kekeliruan; kerana organisma hidupan dalam reka bentuk cacat telah menafikan IlmuNya yang mutlak untuk mereka-bentuknya. Bagi mereka yang menyatakan, seperti firman Allah dalam Al-Quran bahawa penciptaan atau reka bentuk dan pelaksanaan penciptaan adalah tangan-tangan Allah, iaitu melalui pengantaraan ciptaan Allah SWT maka dapat menjelaskan bahawa reka bentuknya adalah tidak sempurna sepenuhnya, dan dapat dijelaskan oleh wujudnya satu kesilapan kecil dalam reka bentuk pada awal evolusi meluaskan akibat evolusi sehingga ia menjadi warisan evolusi penanda mengumpul kesilapan yang jelas dalam reka bentuk.

Ini juga merupakan satu petunjuk jelas bahawa Pencipta yang Asal adalah Allah SWT, Tuhan Mutlak, tetapi pencipta yang meneruskannya bukan Allah SWT, bahkan mereka diberi penghormatan meneruskan penciptaan dengan perintah Allah SWT dan menunjukkan kekurangan sebagaimana cahaya makhluk yang mengandungi kegelapan, kerana cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya adalah Allah SWT sebaik-baik Pencipta, Dialah yang menjadikan Aqal pertama Muhammad (S) dan menciptakan darinya cahaya-cahaya pertama dan kemudian mengarahkan mereka untuk memulakan penciptaan dengan kehendak, keupayaan dan kuasa yang Maha Suci, dan untuk ini Dia SWT berfirman:

﴿لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ ۞ ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ ۞ ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّـهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. * Kemudian Kami jadikan darinya air mani (nutfah) dalam tempat yang kokoh. * Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami mahu jadikan dia makhluk yang lain. Maka Maha Berkah Allah, sebaik-baik dari pencipta-pencipta. [Al-Mu’minun 23: 12-14],

Lihatlah juga kata tunggal dan jamak dalam ayat di atas:
خَلَقْنَا - Kami telah menciptakan
جَعَلْنَاهُ - Kami jadikan
خَلَقْنَا - Kami telah menciptakan
فَخَلَقْنَا - Maka Kami menciptakan
فَخَلَقْنَا - Maka Kami menciptakan
فَكَسَوْنَا - Kami bungkus
أَنشَأْنَاهُ - Kami mahu

kemudian ditutup ayat tersebut dengan kenyataan bahawa yang menguasai atas pencipta-pencipta, yang mencipta seterusnya adalah Allah SWT:

﴿فَتَبَارَكَ اللَّـهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾
Maka Maha Berkah Allah, sebaik-baik dari para pencipta

Ia menerangkan keadaan Allah dengan pencipta-pencipta ini dan bahawa mereka tangan-tangan (kaki-tangan) Allah SWT iaitu yang meneruskan penciptaan Allah sebaik-baik dari para pencipta dengan perantaraan mereka.

﴿وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ﴾

Dan langit itu Kami bina dengan tangan-tangan dan sesungguhnya kuasa Kami Maha Luas [Al-Zariaat 51:47].

Mungkin ada yang berkata: Adalah perlu meletakkan tulang belakang pada manusia, dengan memasukkannya saraf pemetaan larinks (peti suara) dalam badan dengan cara ini ada faedah tertentu dalam proses evolusi atau peringkat-peringkat umur tertentu. Dan pada hakikatnya walaupun benar (sahih), tanpa sebarang keraguan, ia juga tidak menafikan hakikat bahawa perkara-perkara ini menunjukkan sebagai warisan sejarah evolusi dan oleh itu ia menafikan penciptaan sekaligus (satu kali).

Ia juga tidak menafikan bahawa tidak dikeluarkan reka bentuknya oleh alam Penguasa Mutlak, Maka dengan kemungkinan bagi menghasilkan reka bentuk yang lebih baik,dan ini bermakna bahawa ia bukan reka bentuk yang terbaik, paling sempurna dan lengkap oleh itu tiada pilihan lain selain menerima apa yang diterangkan Allah di dalam Al-Quran, mereka sebagai pengantara tangan-tangan (kaki-tangan) Allah dalam penciptaan [Wahmu Al-Ilhad: 259-260]


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
.


Rabu, 3 Ogos 2016

KemusykilanL Al-Rahim Al-Mutlaq Mengapa menyeksa dengan api (neraka)?


Kemusykilan dan Tuduhan Oleh Golongan Atheis

)إشكالات يسوقها الملحدون(

Al-Rahim Al-Mutlaq (Pemurah Mutlak) Mengapa menyeksa dengan api (neraka)?:

Sebelum itu perlulah diberi perhatian kepada Pemilik Hakiki, mana mungkin Dia dikatakan zalim apabila Dia melupuskan milikNya dan apa jua yang dimilikiNya. Dengan itu siksaan atau api neraka tidak bertentangan dengan konsep keadilan. Ya, ia boleh mengelirukan - kerana salah faham terhadap makna siksaan atau api neraka – yang kononnya tidak sesuai dengan konsep rahmat (belas kasihan), atau musykil dengan bentuk arahan yang tidak diterima akal atau ungkapan untuk permainan; di mana Jika tiada rahmat dan kebijaksanaan dalam penilaian Allah dengan menciptakan mereka untuk kemudiannya menghukum mereka. Maka adalah lebih utama bagiNya tidak mencipta mereka dari awal. : :

Menjawab Kekeliruan:

Siksaan atau api neraka jahanam hanya mendedahkan hakikat keduniaan (realiti di dunia) bagi orang-orang yang telah memilih kehidupan di dunia ini dan berpegang teguh kepadanya, kerana ia tidak lebih dari memberikan seseorang apa yang dia inginkan untuk dirinya untuk terus kekal di dalam kehidupan di dunia ini. tetapi patut didedahkan hakikat tentang pilihannya itu. Oleh itu ia adalah keadilan, belas kasihan (rahmat) dan kebaikan (ihsan) atas pilihan kehidupannya di dunia dan Allah memberikan kepadanya apa yang dia inginkan. Di manakah kezaliman atau kekejaman dalam perkara ini?!
           
Dia SWT berfirman:

﴿لَا تَرْكُضُوا وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَاكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْأَلُونَ﴾

Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu, supaya kamu disoal. [Al-Anbia’ 21.13] 
             
﴿يَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ﴾

Mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir, [Al-Angkabut 29:54]

﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّـهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ اللَّـهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَـٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾

Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?". Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus. [Al-Maidah 5:60] 

Ini adalah hakikatnya, Allah memberikan setiap manusia kunci utama yang boleh membuka semua pintu dan yang mengukuhkan kemanusiaannya, ia boleh membuka satu demi satu pintu untuk bergerak dari cahaya kepada cahaya yang lebih agung sehingga sampai kepada menghadapi cahaya yang tidak ada kegelapan di dalamnya, Ia juga boleh dengan segala kesederhanaan untuk membuang kunci ke bumi dan kembali kepada sifat kebinatangan yang liar dan yang sama dengan kera seperti yang disebutkan dalam Al-Quran. 


﴿وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ﴾

dijadikan di antara mereka kera!

Tidak ada kezaliman di halaman Allah, maka api neraka adalah dunia untuk orang yang memilih dan mencarinya lalu kekal di dalamnya. Yang akan didedahkan hanyalah yang meliputi mereka untuk membakar amalan-amalan mereka, kezaliman dan kejahatan mereka, dan mereka cenderung bersekongkol dengan hasad dengki, dengan pemikiran raksaksa kebinatangan mereka, dengan dosa-dosa jenayah mereka dan dengan hakikat-hakikat kebinatangan liar mereka yang akan kelihatan dengan sangat jelas.

Maka disiksa antara satu sama lain berdasarkan hakikat-hakikat kejahatan tersebut apabila tersingkap penutupnya. Tiada kezaliman di halaman Allah, sesiapa mencari untuk kekal di dunia akan ditunaikan hasratnya dan tetap tinggal mengikut kemahuannya, hanya akan didedahkan penutupnya untuk memperlihatkan hakikat-hakikat sebagaimana adanya:

﴿َرْكُضُوا وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَاكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْأَلُونَ﴾  

Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu, supaya kamu disoal. [Al-Anbia’ 21.13] 

Allah adil atas segala sesuatu, bahkan Pemurahnya dan Mulianya Dia adalah pada suatu tahap di mana kita tidak dapat memahaminya, dan Dia bukan sahaja adil, untuk itu, Dia tidak menyakiti sesiapa, tetapi kesangatan hukumanNya adalah untuk memberi manusia pilihan yang biasanya ia dalam kebinasaan yang kekal. Inilah makna firman Allah:

﴿وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَوْا مِنكُمْ فِي السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ﴾

Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggarnya di antara kamu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". [Al-Baqarah 2:65],

dan firmanNya lagi:

﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّـهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ اللَّـهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَـٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾

Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?". Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus. [Al-Maidah 5:60]

dan firmanNya lagi:

﴿فَلَمَّا عَتَوْا عَن مَّا نُهُوا عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ﴾  

Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina. [Al-A’raf 7: 66].

Iaitu, mereka melemparkan kunci-kunci yang ada di tangan mereka dan mereka hilangkan Roh Insani yang Allah telah sebarkan pada bapa mereka Adam (as) dan menyeru mereka untuk berkumpul, dan tidak ada yang tinggal pada mereka melainkan Roh Haiwani, lalu mereka kembali kepada asal-usul sifat haiwan mereka kepada binatang ternak (lembu) yang tidak mengerti perbicaraan] [1]


Berikut inilah yang mungkin menimbulkan kekeliruan: bahawa manusia ini tidak mengetahui hakikat pilihannya, dan oleh itu dia tertakluk kepada amalan penipuan (godaan) yang tidak diketahuinya bahawa terdapat satu hakikat tersembunyi di sebalik gambaran yang dilihatnya di dalam kehidupan di dunia ini, dan tidak tahu bahawa hakikat-hakikat ini menjijikkan (hodoh) dan hidup dengan pandangannya yang meraba-raba yang diibaratkan sebagai azab besar yang tidak tertanggung olehnya, Itu adalah jika dia tahu akibatnya terlebih dahulu atas pilihannya ini.

Kekeliruan ini adalah berdasarkan kepada alasan bahawa seorang manusia yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dengan keputusan pilihannya, tetapi ini tidak benar, ya, jikalau Allah tidak memberitahu kepadanya akan hakikat pilihannya yang mungkin mengelirukan pendekatannya, tetapi ia telah diberitahu dan diberikan amaran kepadanya.

---------------------------------------------

[1] Wahmu Ak-Ilhad:. halaman 142.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya