Selasa, 10 Mei 2016

Ini Kata-kata Mereka Mengenai Wasiat Suci!


Ini Kata-kata Mereka Mengenai Wasiat Suci!
وهذا قولهم عن الوصية المقدسة !


Syed Ahmad Al-Hassan (as) menyempurnakan sebahagian daripada paparan kata-kata orang-orang yang degil terhadap kebenaran bagi mereka yang bertanya kepadanya, beliau berkata:

Begitu juga: kata-kata yang termasuk pendustaan-pendustaan mereka adalah memberitahu manusia bahawa riwayat wasiat itu oleh orang-orang yang tidak diketahui (Majhul), dan dengan itu sanad wasiat itu lemah. Namun kita telah membuktikan kepada mereka kesahihan sumber wasiat itu adalah tawatur (mutawatir) dan riwayat-riwayat pendamping (Al-Qarain) yang mempunyai hubungan dengan riwayat wasiat menjadi penyokong perkara ini dan menjelaskan bahawa (hadits) wasiat ini tidak termasuk dalam empat bahagian untuk disifatkan sebagai (hadits) lemah. Walaupun mengikut Ilmu Al-Rijal,[1] yang  begitu megah tahu tentang perlakuan pembohongan besar yang dengannya dapat memperdaya manusia. Pada asalnya tidak wujud di sisi mereka berhujah dengan Ilmu Al-Rijal sebagai pertimbangan dan ia sudah mencukupi, akan tetapi demi berhujah dengan mereka, dan agar tidak membiarkan mereka terus menipu manusia yang tertindas dan terpedaya, maka kita jelaskan kepada mereka bahawa sanad[2] wasiat ini adalah sahih.

Sesungguhnya memadailah Al-Syeikh Al-Thusi (rahmahu Allah) meriwayatkannya kerana dia amat istimewa pada Syiah Imamiyah, dan kamu semua bergantung pada kata-kata Al-Thusi pada pertimbangan Al-Rijal, Maka bagi yang berhati-hati akan kelihatan jelas. Mengapakah dijadikan perkataan Al-Thusi pada pertimbangan Al-Rijal di sini dan adakah ia tidak bernilai di sisi kamu, atau secara tiba-tiba kamu tidak dapat mengawal dan tidak kembali kepada kebenaran dengan sesuatu tujuan?!

Secara umumnya, ini adalah satu soalan kepada saya satu ketika dahulu, dan saya telah menjawabnya dan berikut disampaikan kepada kamu soal-jawab tersebut:

Soalan / Sdr. Jaafar Al-Syabib bertanya tentang makna perkataan Imam dalam riwayat wasiat dan adakah disampaikan dengan sanad sahih. Abu Zainab

Jawapan /

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam
Dan Selawat Allah atas Muhammad dan Aali Muhammad, imam-imam dan Mahdi-mahdi serta penyerahan pengiktirafan

Sebelum menjawabnya,kita mesti menunjukkan bahawa hujjah yang tidak perlukan minhaj (penentuan) kedudukan (riwayat) yang diputarbelit dan menyeleweng terhadap kebenaran untuk membuktikan kebenaran, tetapi bertoleransi dengan orang yang berhujjah terhadap sebahagian para penyeleweng dengan minhaj (kaedah penentuan) mereka dan dengan perbincangan dan menunjukkan kelemahan dan kata-kata yang sahih dari orang yang bermasalah dan mereka perlu supaya kembali kepada kebenaran.

Jika perawi riwayat Syiah orang yang adil atau​​ orang-orang yang benar ia adalah sanad yang sahih di sisi mereka.

Jadi, untuk mensahihkan sanad adalah mencukupi supaya membuktikan bahawa ia:

1 - Seorang perawi Syiah.
2 - Orang-orang yang benar.

Dan cukuplah untuk membuktikan bahawa perawi Al-Washiah (wasiat) adalah seorang Syiah iaitu Al-Syeikh Al-Thusi meriwayatkan Al-Washiah (wasiat) dalam riwayat-riwayatnya sendiri. Di mana Al-Syeikh Al-Thusi dianggap perawi yang khusus (seorang Syiah). Maka Al-Thusi telah berkata dalam Al-Ghaibah: “Adapun apa yang diriwayatkan dari tanganku sendiri lebih daripada itu dan tidak terkira banyaknya, walau bagaimanapun, saya masih ingat bahagian-bahagiannya....”. Al-Ghaibah: halaman 137,

Kemudian, selepas menyenaraikan riwayat-riwayat khusus, termasuk mengulas Al-Washiah (wasiat) sebagai berikut.

Adapun yang menunjukkan kesahihannya adalah jika Syiah yang meriwayatkannya secara mutawatir sebagai ganti dari orang terdahulu (salaf) dan jalan yang sahih yang wujud dalam menuliskan nash-nash bagi imam-imam dari Amirul Mukminin (as) dan hanya satu jalan (Al-Ghaibah: halaman 156-157

Dan mungkin untuk merujuk kitab ”Intishar Lil-Washiah“ (Menolong Pada Wasiat) oleh Syeikh Nadzim (hafidzahu Allah - semoga Allah melindunginnya) telah membuktikan riwayat Al-Washiah (wasiat) Syiah secara terperinci.

Dan adapun hukum dalam menentukan kebenaran riwayat seseorang - dan kami cukup yakin dengan kebenarannya - tidak diperlukan padanya selain apabila ia terbukti tidak benar.

Pada dalil Syar’ei salah seorang dari mereka menyalahgunakannya. Seorang mukmin yang benar (jujur) tentang apa yang akan mereka katakan walaupun pada membuktikan yang didustakannya dengan dalil syar’ei

Mereka tidak boleh mengatakan bahawa seorang mukmin itu pendusta sehingga dibuktikan kebenaran (tuduhan)nya, dan sesiapa yang mengatakannya bermakna dia mengikut secara fasik dan menganggap mereka sebagai pendusta sehingga sepatutnya setiap orang daripada mereka dibuktikan benar dengan dalil?!

Bagi mereka yang mengatakan: bahawa orang mukmin Majhul Al-Hal [3] dengan jelas sehingga dibuktikan kebenarannya, dan mereka mahu adalah kebenaran Majhul Al-Hal atau kedustaannya secara jelas melainkan dengan dalil syar’ei. Kata-kata mereka ini adalah bertentangan dengan Al-Qur'an dan minhaj Al-Rasul yang mendengar dan membenarkan perkataan dari orang-orang mukmin tanpa memeriksa betapa besar iman mereka, ayat-ayat Al-Quran telah menunjukkan Sirah Al-Rasul yang sangat jelas dalam perkara ini. Dia SWT berfirman:

﴿وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚقُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ ۚ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴾

Di antara mereka ada yang menyakiti Nabi dan mengatakan: "Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih. [Al-Taubah 9:61] 

Iaitu, bahawa orang-orang yang membantah perbuatan Rasulullah Muhammad (S) kata-kata mereka seperti kata-kata orang-orang yang dianggap perawi-perawi mukmin itu Majhul Al-Hal yang tiada jaminan atas kata-katanya sehingga ia dibuktikan benar dengan dalil. Mereka membantah (mendahului) Al-Rasul Muhammad (S) yang mendengar dan mempercayai perkataan mana-mana orang mukmin;
                                   
﴿وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚقُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ﴾

Mereka mengatakan: "Dia (Nabi) mempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin

Iaitu bahawa Muhammad (S) mendengar semua orang-orang mukmin dan mempercayai apa yang mereka katakan dan tidak mengatakan bahawa perawi-perawi mukmin itu Majhul Al-Hal atau pendusta sehingga dibuktikan kebenarannya, tetapi pada Al-Rasul - seperti di dalam ayat - bahawa orang-orang mukmin adalah benar ​​sehingga terbukti pembohongannya

﴿ۚقُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ﴾

Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin

وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ - mempercayai orang-orang mukmin iaitu membenarkan orang-orang mukmin.

Ini ketentuan Al-Quran yang membenarkan orang-orang mukmin secara jelas, tidak dengan mempersoalkan Majhul Al-Hal mereka sebagaimana yang mereka dakwakan adalah mencukupi bagi kita, kerana perawi wasiat adalah Syiah, yang beriman dan orang-orang mukmin benar secara jelas ​​seperti (dijelaskan) di dalam Al-Quran, dan dengan ini riwayatkan wasiat oleh Syiah benar secara jelas, dan ini membuktikan kesahihan sanadnya. Bagi orang-orang yang mempersoalkan masalah kesahihan sanadnya, yang diterima pakai dan yang disandarkan kepadanya, tetapi masalah batin (dalaman) orang-orang yang beriman samada benar ​​atau dusta, pada hakikat masalah ini adalah suatu perkara yang Allah tidak berikan tanggungjawab kepada manusia dan yang tidak diberi pengetahuan selain Tuhan yang mengurus Ilmu-ilmu kebatinan dan kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk diberikan IlmuNya.
.
Saya percaya penerangan yang sebelum ini telah mencukupi, akan tetapi melihat pada penambahan kata-kata mereka bahawa orang mukmin itu pendusta pada zahirnya sehingga memerlukan kebenarannya atau Majhul Al-Hal pada zahirnya sehingga memerlukan kebenarannya, ini bercanggah dengan toleransi dalam syariat Islam yang lazim padanya tidak sunyi dari hukum-hukum syariat, kehakiman, pembelaan dan akad, yang sering kali terjadi sehingga tidak mampu untuk sampai kepada saksi nikah, talak, dan pembelaan melainkan dengan mengesyaki individu ini yang perlu kepada toleransi dalam menjadikan syarat adanya keadilan dan kebenaran pada mereka, melainkan jika tiada satu pun terbukti keadilannya, maka perlu kepada pemeriksaan dan penelitian padanya terhadap kata-kata mereka bahawasanya keadilan dan kebenaran tidak akan ada melainkan dengan penyelidikian dan penelitian. Maka penyelidikan dan penelitian itu memerlukan kepada individu yang menyaksikan hal tersebut dengan keadilan dan kebenaran supaya diterima kesaksiannya pada selainnya itu dengan kebenaran individu lain, dan ini merupakan satu perkara yang berterusan dan terbatal, maka tidak mungkin akan terbukti keadilannya dengan cara ini satu-satunya melainkan sesiapa yang menyaksikannya dengan hujjah dari hujjah-hujjah Allah, yang terbukti hujjahnya dengan dalil atau terbukti dengan penyelidikan padanya sahaja, dan tidak mungkin akan diteliti seorang hakim syar’ei keadilannya terhadap manusia sekiranya tersalah penyaksian itu ketika proses kehakiman itu dalam Islam...


Jadi kata-kata mereka dengan tidak mengetahui keadaan orang-orang mukmin menjadikan ia sukar untuk mengumpul keterangan (kesaksian) di mahkamah dan yang serupa dengannya termasuk peraturan akad dan pembelaan, maka kata-kata mereka tidak sah (batil) dan bertentangan dengan sirah (perjalanan) Al-Rasul Muhammad (S), para Imam (as) dan untuk keunggulan Islam dan bagi kebesaran Al-Quran dan hukum-hakamnya.
                   
Dan sebagai tambahan: bahawa kata-kata mereka dengan tidak mengetahui keadaan orang mukmin yang lazim padanya     
yang tiada jaminan atas penyampaian orang-orang mukmin lebih utama dari penyampaian orang-orang muslim, manakala riwayat-riwayat dianggap terjamin atas penyampaian muslimin boleh diterima, dan fuqahak mereka menjadi serpihan ini.
Ini bermakna riwayat-riwayat para Imam (as) yang dianggap benar oleh orang Islam dalam mengatakan sucinya bangkai ikan, binatang sembelihan dan sebagainya, Apatah lagi dengan orang-orang mukmin?!!

Oleh itu, yang sahih adalah menghukum (menentukan) orang mukmin itu benar sehingga dibawakan dalil muktamad (qath’ei) pendustaannya.

Orang-orang yang berkeras (berdegil) selepas kenyataan ini dengan tetap menyatakan yang orang mukmin itu Majhul Al-Hal atau fasiq walaupun keadilannya atau kebenarannya terbukti. Ini adalah keangkuhan dan kedegilan mereka kerana menghukum tanpa bukti. Bahkan dalil yang ditegakkan atas kebenaran orang mukmin dan dipercayai kata-katanya, untuk mendengar kata-kata pengikut mereka dan mengenal bahawa mereka adalah orang-orang fasik dan membantah penetapan Majhul Al-Hal dan bukan ​​orang-orang di sisi fuqahak (ulama) sesat, walaupun jika mereka membuktikan bahawa mereka adalah orang-orang yang beriman, di mana mereka mematuhi ulama sesat untuk membuktikan keadilan setiap individu itu yang tidak dapat dibuktikan mengikut cara mereka dengan dalil manthiq yang sahih, di mana jika mereka mengatakan keadilan seseorang dibuktikan dengan kesaksian-kesaksian adil atau dua saksi adil kerana keadilan mereka juga perlukan kesaksian, dan perkara ini akan berterusan dan ia terbatal.

Untuk mengatasi semua perkara di atas, orang-orang yang bermegah dengan Ilmu Al-Rijal mereka tidak pun mempunyai bahan asas tentang keadaan para perawi dalam Pengesahan Sanad (Al-Jarh Wa Al-Ta’dil) itu termasuk menyerang beberapa orang sahabat Muhammad dan Aali Muhammad (as) untuk menguatkuasakan ke atas mereka melalui memperkatakan tentang Pengesahan Sanad (Al-Jarh Wa Al-Ta’dil) itu, Maka mereka pada asasnya tidak nampak bahan Pengesahan Sanad (Al-Jarh Wa Al-Ta’dil) untuk menyerangnya kerana di sana terdapat beratus-ratus ribu sahabat Al-Rasul dan sahabat para Imam (as) yang tidak ada dalam kitab Al-Rijal yang utama yang hanya menyebut bilangan yang sangat sedikit daripada mereka semua, dan jika inilah keadaannya maka mana-mana riwayat yang tidak mereka kagumi (senangi) dan tidak sesuai dengan keinginan mereka memungkin mereka dengan mudah menolaknya atas alasan bahawa perawinya Majhul Al-Hal atau perawinya tidak disebut di dalam kitab kitab Al-Rijal yang utama, apatah lagi kebanyakannya tidak disebutkan. Manakala pada hakikatnya seseorang tidak akan mengenal semua orang: Iaitu mereka itu asalnya tidak mempunyai bahan yang sah (tsiqah) untuk menyerang secara mantik (logik) untuk menghakiminya. Dan sesiapa yang mahu penerangan yang lebih lanjut boleh merujuknya pada – tulisan - Syeikh Nadzim (semoga Allah melindungi beliau) dalam perkara ini. Dan Al-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.

Jadi, semoga Allah memberi kamu kejayaan:

Kita membuktikan hujjah kita dengan dalil syarak dan dalil akal dan ia diterbitkan dalam kitab-kitab dan yang terbaru Kitab Wasiat Suci (Kitab AL-Washiah Al-Muqaddasah), dan tidak ada di sisi mereka penolakan selain berdusta dan bukanlah kemahiran khusus yang lemah tetapi ia mencabar sanad wasiat yang mutawatir dan yang disertakan mengatasi tahap ini, Maka jika sanadnya telah disahihkan oleh Al-Thusi dengan disifatkan perawi-perawinya adalah mereka yang  khusus, dan mereka semua adalah ulamak mutakhirin yang menghayati perkataan-perkataan Al-Thusi dalam masalah Al-Rijal, dan mereka tidak menolak perkataan Al-Thusi dalam masalah Al-Rijal yang dibina atas kata-kata mereka yang mutakhir. Jika tidak, ini hanya untuk meledakkan serpihan-serpihan di antara mereka dan dengan memanggilnya Ilmu Al-Rijal. Pada hakikatnya perkataan orang-orang mutakhir mengenai Al-Rijal adalah tidak sama sebaliknya ia hanya satu perkataan bebas dari dalil syarak..

Mereka orang-orang yang lemah untuk mencabar dalil syarak atau dalil akal kepada akidah bertaklid yang ada di sisi mereka yang dengannya mereka bina rujukan agama. Mereka tidak mempunyai rujukan Al-Quran sebagai dalil muhkam mahupun riwayat yang qath’ei sebagai sumber dalil yang muktamad, dan mereka tidak mempunyai dalil akal yang sempurna. Sementara kaedah mewajibkan merujuk kepada ahli ilmu yang mereka tawarkan tidak berguna kepada mereka; kerana mereka berada dalam keadaan yang terbaik yang menyediakannya secara pandangan, maka mereka hanya memberi pendapat. Dan pada hakikatnya mereka kadang-kadang tidak menyediakannya selain ilusi-ilusi (agakan waham) seperti hukum sholat di sekitar kawasan kutub (utara dan selatan), pada hal sebahagian dari mereka menggelar diri mereka sebagai marajik (tempat rujuk) tetapi tidak memahami apa yang dikatakan kepada mereka. Ketika kami meminta dari mereka dalil aqidah mereka mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, kita dapati mereka menyediakan dalil mereka secara merujuk kepada pakar! Pandangan ini menjadi sangat baik pada syarat-syaratnya iaitu harus (dibolehkan) dan tidak wajib, Walaupun harus ia perlukan perbahasan. Dan makna yang mendahului pandangan mereka ini sebagai dalil akal (aqli) dimana mereka sama ada tidak faham apa yang kita katakan kepada mereka, atau mereka mengakui bahawa akidah mereka itu bid’ah dan tidak sah (batil) serta tanpa bukti dan tersasar dari aqidah yang  mereka (anggap) wajib selepas dijelaskan kebatilan mereka kepada aqidah diharuskan atau mustahab. Apabila diputuskan seperti itu, biarkan mereka mengumumkan penolakan aqidah batil mereka dengan berpindah dari wajib kepada harus. Dalam usaha untuk menyampaikan perbincangan kami dengan mereka ke maqam (kedudukan) ini dan kami membincangkan aqidah mereka yang baru (yang lain).
             
Pada Tuhan, bagaimana bagi orang yang berakal tidak takutkan akhirat untuk meninggalkan hakikat yang dikemukakan kepadanya oleh Ahmad Al-Hassan ini, dan berpegang dengan ilusi-ilusi (syak wasangka) dan kesilapan-kesilapan mereka yang menggelar diri mereka marajik (tempat rujukan)? Demi Allah, saya kasihan kepada keadaan orang-orang yang memanggil diri mereka marajik. Tidakkah mereka mempunyai kelemahan dan kekurangan serta tidak mampu mempertahankan aqidah mereka yang runtuh itu. Semoga dikurniakan Allah SWT kepada kita taufikNya, dan menyeru mereka untuk mengkaji (merujuk) diri mereka sendiri. Kita semua sedang menuju kematian dan kita akan ditanya dan dipersoalkan. Saya tidak fikir bahawa kedudukan kepimpinan agama berbaloi dengan semua kekecohan ini dan menjual kematian untuk akhirat mereka dan memilih jalan kesesatan dari ilmu yang menyesatkan manusia dengan membeli kemarahan dan kemurkaan Allah. Maka bertakwalah kepada Allah di kalangan manusia miskin yang akan mereka sesatkan dan mengeluarkan mereka dari kebenaran dengan kedustaan dan sangkaan yang tidak mempunyai kebenaran dan tidak ada dalil padanya seperti pendustaan aqidah mereka dalam mewajibkan bertaqlid kepada bukan maksum.
                                 
                                   
✡✡✡✡✡

----------------------
[1] Ilmu Rijal Al-Hadits adalah ilmu yang membahas tentang pengenalan para perawi dan sifat-sifat, yang memiliki peranan penting untuk menerima dan menolak seorang perawi
[2] Salasilah (mata rantai) periwayat-periwayat
[3] Perawi yang tidak diketahui kepribadiannya atau tidak masyhur




Sabtu, 7 Mei 2016

Peranan Wanita Dalam Menyokong Kebenaran:



Peranan Wanita Dalam Menyokong Kebenaran:
دور المرأة في نصرة الحق:


Saya bertanya kepada salah seorang daripada saudara-saudara perempuan beriman mengenai peranan wanita dalam menolong kebenaran pada zaman ini (beberapa tahun dahulu) dan apa pula had-had bertaqiyah, dan bagaimana pula berurusan dengan orang-orang yang menunjukkan kepada kita permusuhan.

Oleh kerana dalam jawapan itu ada pelajaran dan pengajaran yang mungkin memberi manfaat kepada semua orang, terutama kepada saudara-saudara perempuan beriman, jawapan itu disampaikan oleh Syed Ahmad Al-Hassan (as) atas soalan tersebut

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

Orang-orang perempuan beriman juga seperti lelaki mukmin, mereka mendirikan sholat, berpuasa dan beramal untuk mendapat keredhaan Tuhan SWT sesempurna mungkin seperti lelaki mukmin kecuali dalam beberapa perincian dan pengkhususan tertentu. Mereka bertanggungjawab (taklif) mengetahui agamanya dan menyampaikan kepada manusia dan memperkenalkan mereka kepada kebenaran mengikut kesesuaian dan kesanggupan mereka.

﴿لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ ﴾
                  
Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. [Al-Baqarah 2:286] 

Jangan merasa lemah dalam menyampaikannya kepada manusia dan untuk menyatakan yang benar, sama ada menyampaikannya berhadapan (muka-ke-muka) atau melalui media yang sedia ada di sisi kamu seperti Internet, kerana tidak ramai saudara-saudara ansar kamu menerbitkan makalah (artikel) dalam halaman yang diterbitkan di Internet dan ia kerap digunakan (dilayari) orang di kebanyakan negara di dunia, yang mempunyai kesan yang besar dan menjadi punca beriman sesetengah orang dari negara-negara yang berlainan.

Orang-orang perempuan beriman juga boleh menyusun kerja-kerja menurut kesanggupan mereka, termasuk
menubuhkan sebuah halaman penerangan musibah-musibah
Aali Muhammad (as) dan memperkenalkan kepada orang ramai tentang kebenaran dan menerang dan mendedahkan kepalsuan orang-orang batil. Sesungguh ia adalah peranan Zainab (as) selepas peristiwa Karbala, peranan yang besar dalam menerangkan kebenaran dan mendedahkan kepalsuan. Mintalah bantuan Allah untuk berdiri menghadapi pelampau zaman ini sebagaimana Zainab (as) berdiri mendedahkan kepada ahli batil atas perampasan mereka dan menerangkan jenayah mereka yang melampaui batas dan pengingkaran (penafian) mereka.

Tentang taqiyah, ia adalah untuk memelihara orang mukmin supaya terus hidup membantu kebenaran, dan ia bukan hanya untuk memelihara nyawanya sahaja hanya untuk menangguhkan pemeliharaannya, Pengkhianatan kebenaran bukanlah taqiyah sama sekali, dan bermohonlah kepada Allah untuk membuka pintu-pintu yang menjadi sebab-sebab dan memudahkan urusan untuk membantu kebenaran dan berjaga-jaga dengan tangan-tangan dan lidah-lidah kamu, Dan agar membolehkan kamu mengikuti jejak langkah soleh Fatimah (as), Zainab (as), Khadijah (as), Maryam (as), dan wanita-wanita mukminah solehah isteri Firaun yang memilih rumah di sisi Allah berbanding perhiasan-perhiasan dunia.

﴿وَضَرَبَ اللَّـهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ﴾

Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Tuhan, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di syurga, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim. [Al-Tahrim 66:11] 


Berdiri menentang taghut penzalim dan mempertahankan kebenaran (Al-Haq) sehingga pergi menemui Tuhannya dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Perjuangan (jihad) dan keberanian yang telah disebut Allah dalam kitab yang diturunkanNya iaitu Al-Qur'an: Sesungguhnya ini adalah suatu kemenangan (keutamaan) yang besar
dan firmanNya

﴿لِمِثْلِ هَـٰذَا فَلْيَعْمَلِ الْعَامِلُونَ﴾

Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang melakukannya" [Al-Shafaat 37:61] 


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


✡✡✡✡✡



Jumaat, 6 Mei 2016

Kesedihan Beliau Pada Para Ansarnya Yang Syahid:


Kesedihan-Kesedihan Beliau Pada Para Ansarnya Yang Syahid:
رثاؤه لأنصاره الشهداء:

Syed Ahmad Al-Hassan (as) sangat sedih pada para ansarnya yang Syahid terbunuh secara tidak adil dan zalim pada tahun 2008, dan orang-orang yang telah menumpahkan darah suci dan memberi kesan yang mendalam dalam menyebarkan seruan dakwah kebenaran dan menyampaikannya hingga ke hujung dunia, dan berikut ini adalah teks kenyataan beliau terhadap mereka, semoga Allah meninggikan makam-makan (martabat) mereka;
                
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

Firman AllahSWT:

﴿مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا﴾.

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya), [Ak-Ahzab 33:23] 

 السلام على الشهداء السعداء.
                                             
Salam atas mereka yang syahid lagi yang bahagia.

Salam atas yang dikasihi Allah dan yang dikasihi Rasul-Nya.

Salam atas orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah.

Salam atas orang-orang yang menyaksikan Bahawa Tidak Ada Tuhan Selain Allah, dengan darah suci murni mereka.

Aku bersaksi bahawa kamu berada di 3illiyin (tempat yang berkedudukan tinggi), bersama penciptaan Allah yang terbaik, kejiranan yang diberi rezeki.

Aku bersaksi bahawa kamu adalah umat yang adil dan pilihan (pertengahan)  dan menjadi saksi atas manusia

﴿وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً﴾
             
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu, umat yang adil dan pilihan (pertengahan) agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu. [Al-Baqarah 2:143.]
                
Aku bersaksi bahawa kamu adalah pemberi syafaat kepada yang boleh mendapat syafaat.

Dan aku bersaksi bahawa darah suci kamu yang tertumpah adalah rahsia dari rahsia-rahsia Allah, dan menjadi tanda dari tanda-tanda di alam ini, kamu dikenali oleh para malaikat, para pembuka Negara Keadilan Ilahi, maka salam atas kamu pada hari lahir kamu, hari syahid kamu dan pada hari kamu dibangkitkan.

Kesedihan ku tidak akan putus, Tidak, demi Allah tidak akan putus selamanya selepas hari kamu ini sehingga pergi ke tempat peredaran kamu. Ia menjadi iktibar padaku, air mataku mengalir demi kamu selagi aku masih hidup. Sesungguhnya demi Allah kamu meninggalkan (kesan) di hati Ahmad Al-Hassan kepedihan dan luka yang dalam yang tidak akan sembuh walaupun bertemu dengan kamu di kediaman kamu yang mulia tempat kamu dipindahkan. Maka salam atas kamu wahai yang dikasihi Ahmad Al-Hassan dan belahan hatinya.

Salam atas mereka yang cedera dan ditawan orang-orang zalim, Insya Allah akan sembuh luka kamu merungkai belenggu tidak lama lagi sebagai tanda dan rahmat bagi orang yang beriman kepada Tuhan sekalian alam. Dan celakalah atas kafirin (orang-orang yang ingkar) hamba talibarut Amerika dan hamba talibarut Sufyani dan Dajjal (la3nahumu Allah – laknat atas mereka), adalah akhiran bagi mereka di dunia dan di akhirat.

Salam atas keluarga orang-orang beriman yang kehilangan orang-orang tersayang terutamanya ibu-ibu yang kehilangan anak-anaknya.

Aku berharap kamu mengampunkan Ahmad Al-Hassan, kerana demi Allah lebih mudah bagi saya membunuh penzalim-penzalim (taghut-taghut) hamba-hamba bermata satu Dajjal Amerika rakan-rakan (sekutu) pembunuh ini daripada menjejaskan salah seorang ansar suci dari dicederakan. Saya tidak mengatakannya melainkan kerana kita tidak dicipta di dunia untuk mencari keabadian atau kekal lama di dalamnya, kerana sebaik-baik manusia adalah orang-orang yang tahu untung nasib dan menyediakan bekalan untuk perjalanannya. Saya tidak tahu orang-orang yang melengkapkan diri lebih baik daripada yang orang-orang yang suci, maka mereka demi Allah adalah hamba-hamba yang bertaqwa, dan orang-orang yang berilmu lagi arif (Ulama Al-3arifin), Allah akhiri (matikan) mereka dengan baik semuanya adalah Syahadah Al-Haqiqi (syahid sebenar) yang tidak dipikul melainkan seorang nabi atau washiy atau mukmin yang diuji Allah hatinya dengan iman.

﴿وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الْكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ وَقُضِيَ بَيْنَهُم بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ﴾

Dan terang benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya; dan diberikanlah buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para nabi dan para syuhada’ dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dizalimi. [Al-Zumar 39:69] 

Salam Allah atas mereka, selama mereka berada di langit dan bumi.

"Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali. Dan orang-orang yang menzalimi Aali Muhammad itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.


Ahmad Al-Hassan

Muharram Al-Haram / 1429 H].


✡✡✡✡✡


Khamis, 5 Mei 2016

Uslub Dakwah: Pesan Imam Ahmad Al-Hassan (as)


Nasihat beliau kepada sesiapa yang berhadapan untuk berbahas dari para ansar:
نصيحته إلى كلّ من يتصدّى للمناظرة من الأنصار

Ini adalah teks nasihat Syed Ahmad Al-Hassan (as) kepada sesiapa yang berhadapan untuk berbahas dan menjelaskan kebenaran kepada manusia dari para ansarnya yang mulia:

Kepada ....... dan kepada sesiapa yang berhadapan dengan perbahasan dari ansar Imam Mahdi (as), semoga Allah memelihara mereka.

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
 وصل ى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya berharap kamu semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal (penyerahan) dan dengan sepenuh hati, dan janganlah bergantung (bersandar) mengikut kefahaman kamu, tetapi ikhlas kepada Allah SWT sehingga kamu tidak melihat diri kamu sendiri tetapi kamu melihat Dia Yang Maha Suci, hanya Dia sahaja, kemudian Allah menjadikan kelancaran ke atas lidah kamu dan mengatakan apa yang Dia kehendaki pada kamu menzahirkan kebenaranNya melalui kamu.

Jangan sekali-kali terpedaya atau kamu menyangka terhadap diri kamu dengan bermacam-macam syak wasangka

﴿وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ﴾

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Luqman 31:18] 

Maka dari kamulah, dari mana kamu bermula, dan ke mana mengakhirinya. Kamulah yang mengingatkan diri kamu dan jika kamu lalai terhadap Tuhanmu, maka kamu adalah kegelapan dan dari mula kamu dilanda hingga ke akhir hayat jasad dan jika ia tidak dikebumikan niscaya kamu tidak berharap  akan tinggal bersama mereka hari ini. Dan jika saya menyebutkan Tuhanmu dan saya dari orang-orang yang menyebutkan dalam setiap keadaan, dan kamu adalah nur (cahaya) dan ruh suci yang dibersihkan oleh malaikat dan diberkati dengan rendah diri dan keakrabannya. Di mana permulaan dan pengakhiranmu adalah dari Allah SWT Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Maka lihatlah urusan kamu dan dan renungkan keadaan kamu dan pilihlah kamu mahu menjadi apa (siapa). Allah SWT mengasihi kamu, kerana itulah maka jika kamu lalai dari mengingatinya dan kamu menyangka bahawa kamu mampu ditolong (menang) oleh diri kamu sendiri dan kebolehan kamu sendiri, maka bagi syaitan ia tidak akan meninggalkan kamu untuk menangkap kamu, bahkan ia akan mengingatkan kamu dan memberi amaran kepada kamu seperti yang disebutkan terdahulu daripada kamu dan memberi amaran kepada mereka kekalahan dan kemusnahan di hadapan musuh-musuh dan orang-orang kafir. Di sini kamu akan ingat satu kenangan pahit (Perang Hunain) apabila umat Islam menyangka mereka mampu mencapai kemenangan atas diri mereka sendiri dan lalai untuk mengingati Allah. Maka mereka akan berada dalam rahmat Allah dengan mengingatiNya SWT. Apabila dirasakan kepada mereka kemusnahan dan kekalahan, dan ini adalah kerana kemenangan sebenar adalah kemenangan ke atas pengabdian diri kepada Allah SWT:

﴿لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّـهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ﴾ 

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi bongkak karena banyaknya jumlah(mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. [Al-Taubah 9:25] 


Berhati-hati untuk bersuka-ria (berbangga) dengan kemenangan yang dicapai, kecuali jika kegembiraan kemenangan agama Allah dan bukan untuk diri sendiri serta diri kamu, Ingatlah firman Allah Ta’ala:

﴿لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ﴾

Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". [Al-Qashash 28:11] 

dan firman Allah Ta’ala:

﴿لِّكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗوَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ﴾

(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, [Al-Hadid 57:23] 

Ketahuilah bahawa Allah akan mengukuhkan kamu. Sesiapa yang mahukan sesuatu hendaklah bersedia menunaikan janjinya. Maka jadilah kamu semua seperti bangunan yang kukuh dan bersiap sedialah dengan perlengkapan (peralatan). Sediakan diri dengan ilmu pengetahuan, kerja atau amalan yang tekun dan ikhlas kerana Allah SWT. Hendaklah kamu bersuci, mendirikan sholat dan berdoa. Semoga Allah membantu kamu dan mengukuhkan kamu serta membantu kamu dengan pertolongan yang kuat (banyak).

Sekurang-kurangnya bersihkanlah diri (ghusl - mandi) sebelum setiap perbahasan dan pertemuan, mandi taubat sebagai penyingkiran (pengosongan) kerana kamu telah keluar dari dosa-dosa kamu, dan bersholatlah dua rakaat selepas setiap perbahasan, bersyukur kepada Allah SWT yang memberi rahmat dan melimpahkan kurniaNya.

﴿وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ﴾

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan tambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".[Ibrahim 14:7]

Dan alangkah nikmatnya apabila kamu menjadi hamba-hamba yang bersyukur yang telah dipuji Allah di Al Mala'ul A'la (pemuka-pemuka tertinggi)

﴿اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُور﴾

Bekerjalah wahai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih. [Saba 34:13] 


Yang berdosa lagi serba kurang:
       
Ahmad Al-Hassan

Ramadan Al-Mubarak 1431 H.


✡✡✡✡✡

Rabu, 4 Mei 2016

Sesiapa Yang Merasakan Bahawa Dia Telah Memotong Tali Dunianya:


Sesiapa Yang Merasakan Bahawa Dia Telah Memotong Tali Dunianya:
من يظن أنه قطّع حباله مع الدنيا:

Kita kata dunia terus kekal, pada hal ia adalah tempat tinggal fatamorgana dan ilusi (bayangan dan waham), tetapi walaupun kita sedar akan hakikat ini, atau tidak kurang kita mendengar mengenai melalui banyak nash-nash agama, masih lagi percaya dengan para pembuat tali, Tetapi ia telah berlaku kepada sebahagian daripada kita bahawa dia mula memotong sebahagian daripadanya...

Saya bertanya kepada Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengenainya sekali, beliau berkata:

Manusia sentiasa dan tetap berjihad (berjuang) terhadap diri dengan keinginan duniawi, dan perhiasannya serta (bujukan) syaitan sehingga saat-saat akhir hidupnya. Sesiapa yang berkata dia telah memotong tali dunianya dia adalah pendusta, dia telah dibelenggu oleh suatu urusan yang besar yang dibatasi dalam kegelapan, dan ia sungguh ajaib. Bagi seorang manusia harus sentiasa kekal menyalahkan dirinya dan menganggap dirinya lalai, zalim dan berdosa, kita beramal tetapi jangan menilai amalan kita, akan ada yang menilai amalan-amalan kita, akan ada yang menghukum (mencela).

Tetapi adakah ini bermakna bahawa manusia sentiasa dan tetap jatuh hingga ke tanahnya, atau boleh dilihat tanda yang terdapat di wajahnya, amalan-amalan yang dihukum (dicela) dan dinilai?

Ini apa yang berbahaya dalam keadaan daif, saya bertanya kepadanya tentang hal itu, beliau (as) menjawab:

Perkara ini adalah ditujukan bagi orang-orang yang dihukum (dicela), dia adalah kehendak manusia, sekiranya dia tidak menginginkan; bagi ilmunya pada diri-diri dan yang memperbaikinya, yang mungkin memberitahu kamu bahawa kamu telah melakukan dengan baik maka kamu mengalami keajaiban, Dia Maha Mengetahui apa yang memperbaiki (mengislah) kamu..Dia SWT berfirman:

﴿لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ﴾

Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.: [Yunus 10:64] 


✡✡✡✡✡


Setiap Orang Daripada Kamu Adalah Dari Umat Ini!


Setiap Orang Daripada Kamu Adalah Dari Umat Ini!
ليكن كلّ واحد منكم أُمّة !

Sekarang saya akan menyampaikan kata-kata Syed Ahmad Al-Hassan (as)
untuk para ansarnya yang mulia.

Kisah ini: adalah kisah salah seorang ansar yang telah bertangguh dari beriman dengan dakwah Al-Haq yang diberkati. Dia telah menulis kepada Syed Ahmad Al-Hassan (as) dan memohon maaf atas kelewatannya dalam mendokong dan memenuhi dakwahnya, dan meminta sokongan (bertawassul) dengan ibunya Fatimah Zahraa’ (as) pada dirinya untuk menyeru padanya dan keluarganya, dan bahawa sekiranya mereka menjadi orang-orang yang celaka semoga Allah memadamkan nama mereka dari senarai orang-orang yang celaka dan ditulis dalam senarai orang-orang yang bahagia dengan keberkatan Muhammad dan Aali Muhammad (Shalawatu Allah 3alaihim Ajma3in).
                 
Memandangkan jawapan Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengenai iktikad-iktikad umum, difikirkan sesuai dipaparkan kepada semua orang mukmin dan mungkin yang dihadapi oleh hati dan kesedarannya, dan menjadikan mereka seperti yang dikehendaki oleh hujah Allah dan khalifahNya..

Ini adalah teks ucapan beliau (as):

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
 وصلى  الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya memohon kepada Allah untuk memberikan kamu kejayaan dan semua yang baik dan menjauhkan kamu dari segala kejahatan, dan saya tidak berdaya, saya adalah hamba yang lemah mengharapkan ampunan dan rahmat Tuhan untuk mengatakan bahawa ini yang bahagia dan itu yang celaka.

Saya datang untuk menjelaskan kebenaran dan menunjukkan jalan kebenaran, Saya datang untuk memusnahkan struktur kebatilan dan membina dengan kuasa dan kekuatan Allah dan dengan bantuan orang-orang yang beriman dengan struktur kebenaran-Nya SWT. Bahkan saya adalah tanda (alamat) dari tanda-tanda jalan tersebut. Maka matlamat kamu adalah mencapai dan menyampaikan pengetahuan tersebut, Bahkan saya berharap kepada Allah dan kamu wahai saudara-saudari, kamu adalah sebahagian orang-orang yang benar dan bahawa kamu juga akan menjadi tanda-tanda di jalan Allah. dan dengan kedudukan dalil-dalil penjamin secara tenang kepada kebenaran, Kepada Allah SWT yang memberi panduan daripada jalan yang sesat..
                                    
Yakinlah sepenuhnya bahawa Allah SWT sentiasa bersama kamu, ikhlaskan diri kamu kepada Allah SWT, dan semoga setiap seorang daripada kamu akan memikul Al-Haq sahaja tanpa melihat bersamanya melainkan Allah, dan agar melawan kebatilan dengan segala keyakinan, kerana setiap seorang daripada kamu adalah dari umat ini.

Janganlah kamu berharap kepada seseorang, janganlah kamu berharap kepada Ahmad Al-Hassan hamba yang akan mati, tetapi bertawakkallah kamu kepada Tuhan yang tidak mati

﴿وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُتَوَكِّلُونَ﴾

Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah diri".[Ibrahim 14:12] 



Maka alangkah baiknya Al-Rabb Tuhan kamu, kerana Dialah Yang Maha Mulia, yang diriNya ditaati oleh orang-orang yang bertaqwa, yang yakin lagi ikhlas. Berjihadlah kepada Allah dan beramallah agar menjadi seperti mereka itu. Kamulah yang membangunkan orang-orang yang tidur dan menghidupkan orang-orang yang mati. Melihatlah semula orang-orang yang buta dan mendengarlah semula orang-orang yang tuli, dan hendaklah setiap seorang dari kamu yakin sepenuhnya bahawa hanya dengan memikul kebenaran dan menentang kebatilan sahaja kamu akan ditolong (dimenangkan) Allah.
             
Selamat bagi kamu, berjihad bersama Al-Haq Yang Maha Suci, dan selamat bagi kamu, untuk memerangi kebatilan.

Puji dan syukur pada Allah bagi sesiapa yang mengenali saya dan saya bersama kamu wahai tuan, wahai puan yang mulia lagi benar. Sesungguhnya kelebihan di sisi Allah amat tinggi lagi agung, dan adalah menjadi harapan saya bahawa ansar Al-Haq yang dihormati saya persilakan untuk (berdakwah) menyeru mereka.

Puji dan syukur pada Allah kerana tidak menjadikan saya seorang yang sombong lagi celaka..

dan ampunan dipohonkan kepada Allah bagiku dan kamu semua.

Yang berdosa lagi lemah

Ahmad Al-Hassan

28 / Zhu Al-Hijjah / 1428 H].


✡✡✡✡✡