Jumaat, 4 Disember 2015

2015 12 04


2015 12 04
KHUTBAH PERTAMA
                            
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.   
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
                                 
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
                    
Firman Allah SWT:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
                                             بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾

Imam Ahmad Al Hassan (as) mentafsirkan Ayat ini:

﴿يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إَن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ﴾

{Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan. Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.} [Al-Anfāl 8:29]  

Bertakwa kepada Allah SWT, adalah hasil daripada hamba menahan diri dari semua apa yang tidak diridhaiNya SWT, dan iltizam (pengabdian dan melibatkan diri) kepada segala perkara yang disukai-Nya SWT,

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾

{Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,} [Al-Baqarah 2:183].    

Ketakwaan Ini menjadikan manusia menghampiri Allah, Yang Maha Suci, dalam semua pergerakan dan di mana pun mereka berada. Oleh itu, hamba ini mengingat (zikir) Allah SWT, jadi bagaimana boleh Allah SWT, tidak mengingatnya, tidak menjelaskan kepadanya dan tidak menjadikan dia kenal semua yang dia perlukan dan [mencapai] keikhlasan?! Oleh itu, orang yang bertakwa telah memperoleh alat untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan - iaitu Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan) - , maka orang yang bertakwa mengenal kebenaran dan mengikutinya, dan mengenal kepalsuan dan menjauhinya. Dan hasil daripada Ketakwaan adalah satu tahap (darjat) dari darjat kemaksuman yang Allah berikan. yang dengannya mereka mempersiapkan nilainya. Ia adalah muraqabah (berhati-hati mendekati) Allah, dan mengingati-Nya dalam setiap keadaan dan melaksanakan segala apa yang diredhai-Nya dan menjauhi segala apa yang tidak diredhai-Nya.

Dan Dia SWT berfirman:

﴿ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدىً لِّلْمُتَّقِينَ﴾

{Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa} [Al-Baqarah 2:2].
                                                          
Sesungguhnya, ia adalah petunjuk bagi mereka yang bertakwa; kerana sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di sisi mereka ada alat itu untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, Allah melindungi mereka dengannya supaya mereka tidak berpaling dari Hujjah Allah atau menentangnya.

﴿يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إَن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً﴾

{Wahai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan.} [AL-Anfaal 8:29],

Furqaan dan cahaya ini yang diperlukan oleh manusia selagi dia berada dalam kehidupan ini, kerana dia adalah dalam ujian yang berterusan, sehinggalah dia beriman dengan Hujjjah Allah pada zamannya, dan mungkin Hujjah itu meninggal dunia dan Allah mengujinya dengan Hujjah berikutnya. Dan mungkin, dia akan sesat dari jalan (yang benar) jika dia tidak mempunyai Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan) ini.

Dia SWT berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُوراً تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

{Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Al-Hadid 57:28.]..

Oleh itu, beriman kepada Rasul sebagaimana dijelaskan; mungkin ia tidak cukup untuk diselamatkan, terutamanya jika Rasul atau Hujjah yang meninggal dunia dan datang washiynya (pemegang wasiat) dan orang yang gagal dalam mengenalinya dan mengikutinya [berbai’ah kepadanya]. Maka untuk ini, Allah SWT menjelaskan bahawa terdapat suatu alat yang melindungi manusia dari kesesatan, dan juga ada nilainya, untuk alat ini. Oleh itu, nilainya, sepertimana dijelaskan dalam ayat-ayat adalah bertakwa kepada Allah, dan alat ini ialah Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan) yang dengannya manusia dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Dan alat ini adalah seumpama wahi Allah SWT, kepada orang-orang yang bertakwa kepada-Nya, dan memberi mereka pengetahuan tentang kebenaran dan kepalsuan. Dan bentuk yang paling jelas untuk wahi ini, yang dikenali semua orang, adalah rukya (mimpi) yang diihat oleh manusia. Oleh itu, orang yang bertakwa dikenalkan Allah melalui rukya (mimpi/penglihatan-penglihatan), jalan kebenaran dan jalan kebatilan, dan hakikatnya, tiada apa yang kekal [baginya] kecuali beriman kepada yang ghaib dan beramal dengannya. Kerana sifat iman kepada yang ghaib melaziminya (mengiringinya),  

﴿ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ * الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾

{Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa * (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,} [12]

Imam Ahmad Al Hassan berkata:
                                                                   
Saya hamba yang miskin mengharapkan rahmat Tuhan seperti mana yang saudara semua harapkan, dan khadam yang berdiri di hadapan Allah dan di pintuNya. Saya tidak meminta daripadaNya syurga mahupun redhaNya dan tidak mencari apa-apa, saya hanya menunggu apa perintahNya untuk saya, dan kalau saudara bertanya kepada saya apa yang kamu mahu? Saya katakan kepada saudara apa yang DIA mahukan? Walaupun ia akan meminta kepada saya supaya berkhidmat kepadaNya di sepanjang zaman dan kemudian memasukkan saya ke dalam api (neraka), itu adalah keadilan-Nya yang Maha Bijaksana, bahkan baik pada saya kerana saya berdosa oleh lalai dengannya.

Saya katakan ini tidak keterlaluan atau kata-kata kelancaran lidah semata-mata, tetapi ia adalah hakikat pengakuan dalam diri saya dan tersemat di dalamnya, dialah Ahmad Al-Hassan.


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
         إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ﴿١﴾ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢﴾ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ﴿٣﴾                                                       


KHUTBAH KEDUA
                                                     
بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
                               

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Adakah taubat diangkat pada ketetapan urusan Imam Ahmad Al Hassan Al-Yamani (as) dan sebelum [dia] menyerahkan panji-panji kepada Imam Al-Hujjah Muhammad Al Hassan Al-3askari (as), atau tertutup pintu taubat apabila kebangkitan panji-panji Al-Yamani dan tidak diterima taubat dari orang-orang yang ingin bertaubat?
Imam Ahmad Al Hassan (as) menjawab

Bahawa Taubat diterima dalam semua keadaan kecuali apabila turunnya bencana mukjizat Ilahiyah yang tidak meninggalkan sebarang ruang atau kawasan yang dihilangkan; kerana iman manusia diterima di sisi Allah. Pintu taubat diangkat dan tidak diterima iman manusia atau taubatnya, kerana sesungguhnya jika ia hanyalah iman kebendaan seratus peratus, sama seperti keadaan turunnya azab Allah SWT, ke atas sesiapa yang mendustakan Rasul. Oleh itu, tidaklah pada zaman itu diangkat taubat darinya semua ciptaan melainkan setelah diturunkan kepada mereka tanda-tanda dan mukjizat bencana yang merangkumi kesemua mereka, dan diangkat halaman iman kepada yang ghaib daripada mereka seluruhnya. Bagi turunnya tanda-tanda bencana atas kumpulan tertentu sahaja, maka, untuk itu taubat itu akan ditarik balik bagi mereka sahaja. Dan itu adalah tanda-tanda umum; yang mungkin terjadinya bencana dikenakan bagi sesuatu kaum dan bukan kepada orang-orang lain sesuai dengan apa yang ada pada mereka dari maklumat dan makrifat sebelum mereka terima dari Allah sebagai alasan untuk mereka. Maka tempoh diterima taubat dari tiada kekalnya sesuatu halaman atau ruang untuk beriman kepada yang ghaib, dan bertaubat (kembali) kepada yang ghaib dan bukanlah mukjizat kebendaan yang menarik yang tidak meninggalkan apa-apa ruang untuk yang ghaib.

Yang Maha Tinggi berfirman:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
                                             بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

﴿لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾

{Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.} [Al-Hadid 57:25] .
      
Dan anda juga boleh membaca dengan lebih terperinci dalam Kitab Pencerahan Dakwah Para Rasul Jilid 3', dan juga dalam Tafsiran Ayat Surah Yunus' mengenai perkara ini dan semoga Allah memberikan anda kejayaan.

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                           
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                          
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾


✡✡✡✡✡


Khamis, 3 Disember 2015

6. Tujuan Diutus Para Rasul?



6. Tujuan Diutus Para Rasul?
)الغرض من إرسال الرسل ؟(

                                           

Memulakan pembicaraan sebahagian dari perjalanan mengembalikan urusan mimbar jauh dan terlalu jauh dari hakikat dan agama Allah, Dan malangnya bagi manusia mereka mengambil aqidah dengan cara yang mudah.

Salah seorang daripada mereka bercakap tentang hari-hari untuk mengutus para Rasul: sambil berkata

(Tujuan mengutus seorang Nabi atau melantik seorang washiy mengikut peraturan, dan tujuan ini tidak boleh dicapai melainkan jika masyarakat percaya kepadanya).

Sudah tentu, dia mahu mengatakannya dan mencabar kelayakan (hak) seruan (dakwah) Al-Yamani Aali Muhammad (as), dengan alasan bahawa kebanyakan manusia tidak percaya kepada seruannya dan tidak membenarkannya mengikut peraturan, dan dengan itu tidak membenarkan tujuan ia diutus!!

Secara tidak sedar ini adalah pengulangan pada zaman Nuh (as), yang telah menyeru kaumnya selama 950 tahun, siang dan malam, dan mereka tidak menyahut seruan (dakwahnya) selain melarikan diri dan bertambah degil, seperti yang nyatakan dalam Al-Qur'an, bagaimanapun ini adalah hasil daripada usaha beliau. tidak ramai yang menaikinya hanya sebilangan yang percaya kepadanya dan belayar bersama kapalnya dan terselamat daripada Banjir. Soalannya: Apa yang akan menjadikan pendakwa yang berilmu ini membawa kedudukan Nuh (as), yang tidak dapat menyampaikan perintah dan oleh itu tidak mencapai tujuan ia diutus mengikut pandangan ahli falsafah ini?!

Walau apa pun, berdasarkan kenyataan itu saya bertanya kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), dan beliau menjawab

Dia mengatakan untuk membatalkan tujuan diutus dengan itu, ini ....dan lain-lain serta kata-kata beliau semuanya bercanggahan, tetapi soalnya: Apakah tujuan sebenar diutus para Rasul? Adakah ia ditetapkan dengan gambaran yang betul?

Iaitu mungkin untuk mengatakan: Tujuannya adalah untuk mewujudkan hujah sahaja.

Dan mungkin untuk mengatakan: Menyampaikan kepada penciptaan.

Dan mungkin untuk mengatakan: Tujuannya adalah untuk memimpin manusia kepada kebenaran.

Dan mungkin untuk mengatakan: Tujuannya adalah untuk memasukkan manusia ke syurga.

Dan mungkin untuk mengatakan: Tujuannya adalah untuk mengenal Allah.

Dan mungkin dan mungkin ....

Jadi mana satu tujuannya? Dan mengapa?

Dia pergi kepada masalah di mana mereka menjatuhkan diri mereka di dalamnya bergelumang melompat sesama mereka sendiri, Adakah dia dan ulamaknya tahu tujuan diutus para Rasul?

Masalah ini bukan untuk mengatakan ini adalah satu-satunya tujuan, tetapi kita tidak semestinya cenderung kepada tujuan ini atau tujuan itu, apa jua perkataan yang hendak dikatakannya akan dibentuk melalui Al-Quran, dengan hikmah bijaksana dan akal.

Asas kata-kata mereka adalah perkataan yang sia-sia (batil), mereka mengatakan bahawa nubuwah (kenabian) atau risalah (kerasulan) adalah disebabkan oleh kemudahan (kesenangan), dan kemudahan adalah kewajipan yang Maha Suci dan meninggalkan yang tidak menyenangkan, hingga kata-kata akhir mereka.

Kita tidak berada dalam kedudukan untuk membincangkan aqidah mereka dan semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu, kerana ia akan menjadi perkara berlarutan.

Pada asasnya pandangan-pandangan aqliyah (rasional - logik) mereka adalah tertolak dan tidak betul, maka aqidah mereka adalah berdasarkan kepada pandangan-pandangan aqliyah (rasional - logik) yang tertolak dan tidak betul itu, Allah mengatakannya dan mereka berkata pula, Firman Allah:

﴿رُّسُلًا مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ  ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَزِيزًا حَكِيمًا﴾ 

(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al-Nisaa’ 4:165] 

Allah berfirman di sini: dengan diutus para rasul tidak ada alasan lagi bagi pendusta yang membuat kedustaan, Pada hal mereka berkata: sebabnya adalah kemudahan (kesenangan), ia suatu kewajipan ke atasNya dan wajib mengutus dalam semua keadaan ... dan lain-lain

Baiklah, jika Allah tidak mengutus mereka, adakah penentangan itu wajib jika tidak diutus kepada mereka (utusan)?

Terdapat orang-orang Red Indian hidup beratus-ratus atau beribu-ribu tahun di Amerika tidak diutus (utusan) kepada mereka dan mereka menyembah kayu-kayu, batu-batu dan berhala, dan burung-burung, terdapat pula orang-orang asli di Afrika selama beribu-ribu tahun dan tidak diutus sesiapa kepada mereka dan mereka adalah orang-orang musyrik, adakah menentang kemudahan (kesenangan) itu wajib?

Oleh itu, kamu dapati kata-kata mereka bertaburan dan mereka mengatakan bahawa fikiran saya dan pengetahuan saya, dan perkara yang menyedihkan adalah bahawa ianya menentang Al-Quran].



✡✡✡✡✡



Kenyataan dan Hakikat Al-Zhat:



Akidah Dan Yang Berkaitan Dengannya
Kenyataan dan Hakikat Al-Zhat:
Nama Allah Sifat Allah untuk apa?
Apakah Hakikat Dikaitkan Dengan Syar’ei Pada Ushul Yang Lima!!
     


3. Kenyataan dan Hakikat Al-Zhat:
(Al-Kunhu Wal-Haqiqah):
)الذات والكنه والحقيقة(

    
Disebut dalam Kitab Tauhid yang menyatakan Zhat Yang Maha Suci adalah kiblat, Hijab dan Bab (Pintu) bagi kenyataan dan hakikatNya (Al-Kunhu Wal-Haqiqah), dan bahawa Dia Yang Maha Suci tajalli (menzahirkan) keperluan-keperluan penciptaan (makhluk) dan bagi pengabdian mereka yang sudah tentu akan ada namaNya pada Zhat itu. Tetapi adakah sesuai bagi kita untuk mengatakan: Bahawa Al-Zhat menunjukkan (ain) Kenyataan dan HakikatNya atau penzahiran bagiNya atau adalah dia tetapi bukan Dia atau ia adalah sesuatu yang lain daripada Kenyataan dan HakikatNya Dengan anggapan suatu arah tumpuan dan tidak dibimbing ke arah tumpuan yang lain
.
Walaupun kurang faham, saya telah bertanya perkara ini.

Beliau (as) menjawab dengan berkata:

[Al-Zhat adalah Kenyataan dan Hakikat, dan ada perbezaan bagi kita dan kita tidak membezakan secara hakikat, tetapi adalah berbeza berasaskan pengetahuan (makrifat)].



✡✡✡✡✡



4. Nama Allah Sifat Allah untuk apa?
)اسم )الله( صفة لماذا ؟(


Adalah jelas bahawa nama Allah adalah Sifat Allah, dan diketahui bahawa semua sifat perlu pada yang disifatkan (diterangkan), dan soalannya: Adakah yang disifatkan adalah Kenyataan dan Hakikat (Al-Kunhu Wal-Haqiqah):
Pada hal Dia Ghaib Mutlak dan Rahsia yang tersembunyi?

Dan soalan ini dijawab Abdus Soleh (as):

[Ya, sifat untuk kita mengenal kenyataan atau kedudukanNya, yang kita hadapkan pada Zhat (pada Allah) supaya mengetahui (kenal) untuk keperluan kita dengan kita meninggikannya untuk mengisi kekurangan kita].



✡✡✡✡✡



5. Apakah Hakikat Dikaitkan Dengan Syar’ei Pada Ushul Yang Lima!!
)ما حقيقة الترابط الشرعي بين الأُصول الخمسة(!!


Ulama Syiah beriktiqad dengan iktiqad-iktiqad bahawa Ushul Al-Din (Usuluddin - asas-asas agama) ada lima, mereka mengakuinya tanpa dalil syar’ei (ayat atau riwayat), dan dalil mereka atas kelima-limanya adalah dengan dalil akal.

Tetapi sebahagian ahli falsafah mahu – memalsukan - dengan menggambarkan ia ada kaitan dengan syar’ei bagi kelima-lima Ushul tersebut, mereka membawa doa Ahl Al-Bait (as)
"اللهم عرفني نفسك ..."،
"Ya Allah, kenalkan aku akan diriMu ...",
(sebagai dalil) dan memberikan penjelasan dari kantungnya yang menunjukkan bahawa kaitan syar’ei bagi kelima-lima ushul tersebut dengan dalil doa yang didakwanya!!

Walau apa pun, ia juga menumpukan banyak penyelidikan untuk memfitnah kebenaran dalil-dalil dakwah (seruan) Al-Yamani, dengan itu saya berazam untuk menulis bagi menolak tuduhan-tuduhan palsunya.

Saya bertanya kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengenainya, dan beliau telah berkata:

Dan Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu, jika kamu mahu membincangkan masalah kelima-lima Ushul tersebut, ia adalah tajuk yang besar dan luas, saya tidak percaya bahawa perbincangan tentang kelima-lima Ushul tersebut yang didakwa mengatakan bahawa dengan bentuk itu adalah asas-asas agama akan memberi banyak manfaat, hendaklah kamu memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai apa yang beliau katakan dalam menolak dalil-dalil dakwah (seruan) ini.

Iaitu apa makna pendapat kelima-lima Ushul tersebut, dan mengapa meletakkan tanda-tanda (alamat)? Mengapa dia mengatakan ia mempunyai tanda-tanda? Ringkasan Ilmu Kalamnya adalah Ushul yang dibuktikan dengan akal, Dia menggabungkan Ushul tersebut dengan aqliyah (rasional - logik), Oleh itu, dia menjadikannya sebagai Ushul Al-Din (asas-asas agama); oleh kerana dalilnya adalah akal fikiran, apakah maknanya dia mendatangkan dan menjadikannya terkait antaranya atau berhubungan di antaranya... dan lain-lain dengan naqliyah (wahyu)? Perkataan (Ilmu Kalam) dalam ushul aqliyah (rasional - logik), kedudukan naqalnya di sini hanya sebagai tambahan (rendah) dalam segala hal, Maknanya walaupun jika kamu mendatangkan dalil naqal, ia tidak ada nilai di sini, kerana Al-Kalam itu dalam hal-hal aqliyah (rasional - logik) dan perbincangannya adalah dengan akal.

Masalah Ushul Al-Din (usuluddin – asas-asas agama) dan Aqaid (aqidah) Insya-Allah kitab berkenaan dengannya akan diterbitkan, ia akan menjelaskan yang haq dan yang batil, dengan daya dan upaya dari Allah jua].



✡✡✡✡✡


Selasa, 1 Disember 2015

Akidah Dan Yang Berkaitan Dengannya




HENTIAN KEDUA:


Akidah Dan Yang Berkaitan Dengannya



1. Pembahagian Sifat-sifat Ketuhanan (Al-Ilahiyah):



Terlihat apabila kita meneliti kitab-kitab akidah di sisi umat Islam bahawa mereka membahagikan sifat-sifat Allah dengan bermacam-macam pembahagian, antaranya sifat-sifat Zat, sifat-sifat Perbuatan Allah dan sebagainya.

Pada satu hari, saya bertanyakan tajuk ini kepada beliau (Imam Ahmad Al Hassan (as)), lantas beliau (as) menjawab:

Umumnya, pembahagian itu bersandarkan pandangan dan kefahaman orang yang membina pembahagian itu. Sehinggakan, jika pembahagian itu adalah benar, tidak bermakna ianya memberi faedah kepadanya. Kadang-kadang pembahagian ini barangkali lebih hampir kepada sia-sia. Sebagaimana terdapat perkara-perkara yang ditolak di dalam kitab-kitab mereka, namun kamu sedia maklum bahawa aku tidak suka mengemukakan nama-nama mereka melainkan terpaksa.

Sebagai contoh: permasalahan Sifat-sifat Salbiyyah yang bermakna menafikan kekurangan daripada pihakNya. Tiada keraguan dalam hal ini dan ianya diriwayatkan sepertimana di dalam doa Jausyan Al-Kabir dan di dalam Al-Quran. Sifat-sifat Kamaliyyah yang bemakna menyifatkanNya dengan kesempurnaan mutlak, juga tidak ada keraguan dalam hal ini dan ianya disebutkan di dalam Al-Quran serta doa-doa. Sekiranya kamu membaca Kitab Tauhid, kamu akan dapati satu tajuk yang menjelaskan perkara ini dan di manakah letaknya tauhid itu. Tajuk tersebut menyangkal sepenuhnya akidah mereka yang merujuk Sifat-sifat Salbiyah dengan Sifat-sifat Kamaliyah, sebagai contoh kamu akan dapati: Tauhid itu adalah pada mensucikan (tasbih), dan kamu akan dapati juga: penjelasan bagaimana makrifat kita tentang sifat-sifatNya, sesungguhnya adalah makrifat ketidakmampuan kita daripada mengenal sifat-sifatNya dan matlamat yang mungkin kita mengetahuinya adalah sifat-sifat RasulNya yang pertama (yakni Muhammad (S)) dan rasul-rasul selepas daripadanya.

Perkara ini diterangkan di dalam Kitab Tauhid, ia sepenuhnya menyangkal akidah mereka tentang sifat-sifat (Allah).

Tambahan lagi nama (Allah) itu sendiri adalah sifat. Sesungguhnya Allah itu adalah Kesempurnaan Mutlak yang makhluk bertuhankan kepadaNya dan Dia (Hakikat dan Al Kunh) tajalli serta zahir denganNya (yakni Allah) kepada makhluk, kerana keperluan dan kefakiran mereka.

Seterusnya, adakah kamu menyifatkan Dia wujud dan Maha Berkeupayaan apabila tidak wujud yang diupayai? Pada asasnya, adakah terdapat tempat untuk sifat? Tempat sifat tidak wujud apabila tidak wujud yang diupayai, adakah kamu faham maksudku?

Baiklah, mereka sebenarnya mengatakan perkara ini atau paling tidak sebahagian mereka mengatakan sebegini. Sekarang, adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Ilah (Tuhan) apabila tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah? Adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Rabb apabila tidak wujud marbub (yang dijaga atau dipelihara)?

Sekarang, Dia Subhanahu wa Taala bertajalli dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) supaya yang mengambilNya sebagai Ilah bertuhankan kepadaNya, jika tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah, nescaya Dia tidak zahir dengan Uluhiyyah (Ketuhanan) buat mereka. Uluhiyyah bersangkutan dengan Ma'luh (yang mengambilNya sebagai Ilah) dan Rububiyyah bersangkutan dengan marbub (yang menjaga atau memelihara). Semoga ianya menjadi jelas buat kamu.

Perhatikan bahawa setiap yang wujud mengandaikan kesempurnaan adalah berdasarkan apa yang diketahuinya. Semut jernih mengandaikan bahawa Allah memiliki dua sesungut kerana itulah matlamat kesempurnaan di sisinya. Manusia pula mengandaikan bahawa matlamat kesempurnaan adalah keupayaan yang sempurna, pengetahuan yang sempurna dan berbagai lagi. Disebabkan dia hanya memiliki sebahagian keupayaan dan sebahagian pengetahuan, oleh itu, dia mengandaikan "Maha Mengetahui" dan "Maha Berkeupayaan" yang digambarkannya itulah matlamat yang mungkin disifatkannya dengan Allah!

Manusia dituntut untuk bergerak ke arah makrifat bagi mengetahui bahawa dia tidak mampu mencapai makrifat. Bahawa Kesempurnaan (Allah) yang dihadapkan kepadanya oleh Maha Suci Dia (HUWA), sesungguhnya yang dikehendaki oleh Maha Suci Dia adalah untuk menyampaikan manusia kepada hakikat ini, yang mana ia adalah makrifat sebenar. Sesungguhnya Maha Suci Dia menghadap kepada kita dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) untuk menyampaikan kepada kita, hakikat bahawa kita tidak mampu mencapai makrifat. Seterusnya, kita mengetahui hakikat yang menjadikan kita, dan kita mengetahuiNya apabila kita mengetahui sepenuhnya ketidakmampuan kita dalam mencapai makrifatNya. Makrifat ketidakmampuan kita itulah hakikat makrifat iaitu "Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya".

Umumnya, hakikat-hakikat ini tidak diketahui dengan kata-kata, tetapi ketikamana seseorang insan itu berada di dalamnya.



✡✡✡✡✡



2. Bahagian-bahagian Tauhid:



Dari Semua pembahagian Tauhid, saya bertanya kepadanya:

Ulamak Aqidah membahagikan Tauhid kepada bahagian-bahagian seperti: Tauhid pada Zat, Tauhid pada Sifat-sifat dan pada ibadah, dan sebahagian daripada mereka membahagikan kepada tujuh bahagian, sebagai tambahan dari tiga yang ada dengan Tauhid Al-Af3al (Perbuatan), Al-Tasyri3 (Syari’at), Al-Ista3anah (minta pertolongan) dan Al-Hubb (Kecintaan)

Di pihak yang lain kita perhatikan bahawa fahaman Wahabi menjadikan Tauhid kepada dua bahagian, iaitu, Tauhid Al-Uluhiyah (ketuhanan) dan Tauhid Ibadah. Adakah pembahagian ini diterima?

Beliau (as) menjawab:

[Untuk pembahagian ini pada umumnya bergantung kepada asas yang menyokong pembahagian ini, Faedah yang dicapai dari pembahagian itu kadang-kadang sebahagiannya mungkin sia-sia dan tidak mampu menghasilkan keputusan yang baik, sebagai contoh: pembahagian Tauhid kepada Tauhid Zat dan Tauhid pada Sifat-sifat, dengan makna bahawa Dia Wahid Ahad (Yang Maha Esa KetunggalanNya) iaitu bahawa Dia Maha Esa tiada sekutu bagiNya dan bahawa ZatNya Esa dan sifat-sifatNya menunjukkan (ain) ZatNya, tidak ada masalah dengannya dan ia sahih dan bermanfaat.

Bagi manusia untuk mempercayai (beriktikad) bahawa Allah Maha Esa (Wahid) tiada sekutu bagiNya, dan juga bahawa Allah Esa (Ahad), sifat-sifatNya menunjukkan (ain) ZatNya (DiriNya), dan begitu juga jika dikatakan: Wajib mengesakanNya (bertauhid kepadaNya) dalam ibadah dalam erti kata bahawa beribadah yang merupakan ketaatan asasi kepada (kerana) Allah semata-mata, dan ketaatan yang bukan seperti ketaatan pada nabi-nabiNya dan rasul-rasulNya yang merupakan bahagian (cabang) dari ketaatan kepadaNya SWT.
Dan yang lain untuk diingatkan, semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu, Ia tidak lebih untuk mengatakan bahawa segala-galanya berdiri denganNya Yang Maha Suci, dan setiap pergerakan dan diam (tidak bergerak) adalah keadaan luaran tetapi dikembalikan pada Dia SWT (Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi) kerana jika bukan dari DIA secara terus dan salah satu hamba dari hamba-hambaNya adalah dengan Daya dan KekuasaanNya Yang Maha Suci, Yang Melimpahkan atau Memberikan (segala-galanya) bagi hamba itu].



✡✡✡✡✡



             

Pada halaman (Ruhab) Al-Hussein (as) dan Serban Awan.



HENTIAN PERTAMA:

Pada halaman (Ruhab) Al-Hussein (as) dan Serban Awan.

Mengapa pembunuhan Al-Hussein (as) adalah tebusan korban!!


Salam ke atas Al-Hussein, Ahl Bait Al-Hussein, kaum keluarga Al-Hussein dan sahabat-sahabat Al-Hussein. Jika tidak kerana mereka, maka tiada lagi penyeru yang tinggal bagi menyeru kepada Hakimiyah Allah di bumiNya dan bumi ini tidak pernah kosong walau seketika daripadanya (penyeru yang menyeru kepada Hakimiyah Allah).

Pada malam kesepuluh Muharram Al-Haram, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah menyebutkan tentang datuknya yang syahid, dibunuh kehausan dan disembelih, yang tidak pernah luput dari ingatannya walau sehari, lalu berkata:

Pada malam ini, aku beritahu kamu tentang Imam Al-Hussein (as) sebagai kebaikan buat kamu:

Lihatlah kepada Hajar ketikamana dia meletakkan anaknya Ismail di tanah, setelah mendapati dirinya tidak mampu lagi menanggung anaknya daripada mati kehausan di kedua belah tangannya. Seterusnya melakukan sa'i di antara Shafa dan Marwah.

Adakah perlakuannya ini adalah perlakuan seorang ibu yang tidak keruan dan seolah-olah tidak berakal sebagaimana yang mereka katakan?

Atau adakah perlakuan Hajar ini menjadi sebab terbitnya air di sisi Ismail?

Sekiranya sa'i di antara Safa dan Marwah itu menyebabkan terbitnya air, jadi, mengapa perlakuan sa'i Hajar di antara dua bukit menjadi sebab menerbitkan air dengan qudrat Allah dan sekaligus menyelamatkan anaknya?

Pada hakikatnya, dua bukit ini sepertimana yang telah aku jelaskan sebelum ini [1] mewakili Fatimah dan Ali (alaihima s-salam), sa'i di antara keduanya bermaksud tawassul dengan kedua-dua mereka, zuriat kedua-dua mereka atau perolehan daripada kedua-dua mereka.

Sa'i yang dilakukan oleh Hajar menjadi sebab kurniaan Allah ke atasnya, dan Ismail ditebus dengan Al-Hussein (as).

Lihatlah, ini adalah tebusan yang pertama: tebusan daripada kehausan. Di mana Ismail (as) akan mati kehausan, tetapi ditebus dengan Al-Hussein (as) anak Ali dan Fatimah (alaihima s-salam), atau Sgafa dan Marwah yang Hajar lakukan sa'i di antara keduanya dan bertawassul dengan kedua mereka.

Tebusan kedua: tebusan daripada penyembelihan dan kamu sedia maklum tentangnya. Di mana Ismail juga ditebus dengan Al-Hussein (as) dan Allah menyebutkannya di dalam Al-Quran:

﴿وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ﴾

"Dan Kami tebus anaknya itu dengan satu sembelihan yang Agung." (As Saaffat 37: 107)

Dia (Ismail (as)) ditebus daripada kehausan serta penyembelihan, dan disebabkan ini Al-Hussein (as) mati kehausan dan disembelih.

Tidak ada sesuatu yang sia-sia di dalam agama Allah atau di dalam kehidupan para anbiya (alaihima s-salam) sepertimana yang digambarkan oleh orang yang jahil akan hakikat bahawa pada pemikiran mereka Hajar telah bersa'i di antara Shafa dan Marwah disebabkan anaknya yang kehausan dan diambang maut, tanpa menjadikan sa'i ini mempunyai apa-apa makna?!!

Oleh itu, barangsiapa yang pergi haji dalam keadaan tidak memahami hakikat-hakikat ini dan apa yang dia perbuat, maka Allah menyifatkan hajinya adalah sepertimana tepukan dan siulan iaitu bersiul-siul (muka'an) dan bertepuk tangan (at tashdiah) sepenuhnya :

﴿وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً ۚ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ﴾

"Dan tiadalah sholat mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu." (Al Anfaal 8: 35)

Sesungguhnya amalan yang kamu lakukannya dalam keadaan kamu tidak memahami maknanya dan tidak mengetahui sesuatu apa pun daripadanya, maka ianya tidak bernilai:

﴿أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖبَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا ٤٤﴾

"Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]." (Al-Furqan 25: 44)

Demi Tuhan kamu, apakah beza binatang yang berlari-lari di antara kedua bukit itu dan orang yang tidak memahami sesuatu apa pun yang berlari-lari antara Shafa dan Marwah itu?

Perkara ini bukan hanya berlari-lari anak, berlari laju atau bersa'i manusia di antara dua bukit, tetapi wajib memahami apa yang dia lakukan dan kenapa ia dilakukan?

Pemergian ke kaabah, sa'i antara Safa dan Marwah....sehingga ke akhirnya daripada perbuatan-perbuatan haji, kesemuanya adalah berhubungkait dengan Ali, Al-Hussein dan Keluarga Muhammad (alaihimu s-salam).


✡✡✡✡✡



Adakah Berulang Semula Apa Yang Berlaku Kepada Hussein (as)



Perkara yang lama tersimpan, Dan berikut dibawakan Soalan 141 dari Kitab Al-Mutasyabihaat Jilid 4, oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)

Apakah maksud firman Yang Maha Berkuasa:

﴿رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ﴾

{Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.} [Surah Al- Rahman 55:17]


Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, Selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan ini Mahdi-mahdi.

Ia adalah merah di Timur dan merah di Barat. Bagi merah di Timur ia adalah darah Ali (as) dan dan untuk merah di Barat ia adalah darah al-Hussain, (as). Ini adalah di kalangan para Imam (as).

Bagi Mahdi-mahdi, merah di Timur merujuk kepada darah salah seorang dari Mahdi yang sama dengan Ali (as). Dan merah Barat merujuk kepada darah salah seorang dari Mahdi (as), yang mirip dengan al-Hussain (as).[2]
Kerana sesungguhnya mereka adalah Timur dan Barat. Timur para Imam dan Timur itu Mahdi-mahdi. Barat para Imam dan Barat Mahdi-mahdi.


✡✡✡✡✡
                            

Saya bertanya mengenai Al-Mahdi apa yang berlaku kepada datuknya Al-Hussein (as)? Adakah akan berlaku pada mana-mana Mahdi di antara dua belas Mahdi-mahdi (as)? Dan bagaimana ia berlaku, adakah sebahagian daripada orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan mereka (as) adalah daripada orang-orang yang beriman dan yang menolong bapanya. (Adakah Mahdi yang lebih awal) ?!

Beliau (as) menjawab:

[Dan semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu. Risalahnya adalah seperti risalah Muhammad (S) dan di mana ianya pengulangan, di dalamnya ada Abu Bakar, Omar, dan di dalamnya juga ada Abu Zhar dan Ammar dan Salman ... dan lain-lain, di dalamnya juga ada Kumail dan Maitsam, dan di dalamnya juga ada Ziyad bin Abihi, dan di mana ianya adalah pengulangan... risalah seperti seluruh risalah.Dan semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu.

Bacalah Al-Quran dan kamu akan tahu apa yang sedang berlaku hari ini dan esok.
                                              
Baca kisah-kisah para nabi dan para Imam dan kamu akan tahu apa yang sedang berlaku hari ini dan esok.
Tidakkah kamu baca ayat:

﴿قُلْ مَا كُنتُ بِدْعًا مِّنَ الرُّسُلِ﴾

Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul [Al-Ahqaf 46:9] 

Kisah para rasul yang hampir satu sama lain saling berhubung kait.
Ya, tentulah terdapat perbezaan di sana sini dan, tetapi ia tidak bermakna ia tidak berlaku. .] ..............

Maka itulah yang mendiamkan diriku apabila mendengarnya, dan aku bermohon kepada Allah akibat yang baik.

Ini adalah pada malam kesepuluh Muharram juga.


✡✡✡✡✡



Walaupun Muslim bin Aqil (as) gandingan Al-Hussein (as) dan kedudukannya yang besar di hati Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as). Sangat dalam dia mengingati Al-Hussein (as).
           
Muslim bin Aqil (as) Seorang yang mati terbunuh tertindas:



Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengaitkan Sebahagian daripada ansarnya pada hari syahidnya Muslim (as), beliau berkata:

[Semoga Allah mengagung kamu dengan memberi ganjaran setimpal dengan syahidnya Muslim bin Aqil.

Muslim bin Aqil, tidak menemukan penyokong untuk mengukuhkannya atas kebenaran di Kufah yang telah mendakwa sebagai syi’ah Ali (as), Alhamdu Lillah hari ini kita dapati ada penyokong di atas kebenaran dan mengukuhkannya].

Kemudian dia (as) terdengar bahawa dia seorang yang nama baiknya tersebar kerana dakwah kebenarannya, katanya, dadanya penuh dengan kesedihan:

[Sayang sungguh, masih ramai manusia yang tertipu kerana jahil dengan agama mereka dengan orang-orang yang membina kewajiban bertaqlid kepada bukan maksum dan mereka telah membinanya di atas waham (khayalan) dan tanpa dalil, bahkan hanya kesilapan-kesilapan dan kekeliruan andaian-andaian, dan telah diterangkan kepada mereka dengan penjelasan menyeluruh, walaupun agama di sisi mereka adalah rujukan atas diri mereka sendiri dan yang tidak dapat menghalang mereka daripada jalan yang sesat.

Hari ini saya membaca tindak balas orang-orang yang hampir tidak memahami perkataan itu, dan demi Allah jika diserahkan dengan kedua-dua tangannya yang mulia ditakuti menjadi sia-sia kedua-duanya, maka bagaimana manusia menerimanya dan bagaimana untuk mengikutinya, lihatlah apa yang mereka katakan.]

Dengan membuat bacaan tidak ada apa-apa penambahan dan yang saya lihat adalah garis-garis pemisahan. Matlamat Al-Yamani hanya untuk mengutuk, apatah lagi ulangan yang kosong yang tidak berguna, kecuali bagi orang yang kecewa dalam apa jua bentuk untuk memenangkan Al-Yamani. Lelaki yang dimaksudkan itu bukanlah seorang ulamak yang terkenal, tetapi mewarisi jawatan daripada saudaranya selepas kematiannya, atau sebaliknya mewarisi tempat yang dibinanya.

Kembali kepada Syed Ahmad Al-Hassan (as). untuk mendengar daripada beliau apa yang layak hendak diperkatakan tentang Muslim bin Aqil (as)

[Muslim bin Aqil tidak mendapat pertologan di Kufah. Orang-orang seperti ini adalah orang-orang yang tidak memahami perkataan, orang-orang yang merasakan mereka disokong dan diikuti!!

Salam Allah atas kamu, wahai Muslim, demi Allah, sejak masa muda lagi telah banyak musibah menyakitkannya, saya pernah berkata kepada diri saya: Al-Hussein dapat orang-orang yang menolongnya dan orang-orang yang turut berduka tetapi Muslim dibunuh bersendirian dihina dikalahkan, dengan ini ia menangis pada saat-saat akhir hidupnya, kerana ia takut sesuatu berlaku pada Al-Hussein (as) apa yang berlaku padanya, tidak ada yang menyokong beliau dan dibunuh seorang diri. Muslim tidak peduli apa yang berlaku ke atasnya, walaupun musibah yang dihadapinya besar, Salam Allah atasnya].



✡✡✡✡✡



Kemunculan Tanda Yang Jelas Di Langit,



﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ﴾

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di kaki langit (ufuk) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? [Fushilat 41:53] 



Imam Shadiq (as) berkata: Maka sesuatu tanda di kaki langit (ufuk) selain kami, aku melihatnya orang-orang di kaki langit (ufuk) Allah .. sesuatu tanda yang lebih besar dari kami. [3]

Tidak syak lagi ia adalah tanda yang berkaitan dengan Al-Qaim (as)

Dari Abu Bashir, katanya : Ditanya kepada Abu Ja'far Al-Baqir (as) mengenai tafsiran firman Allah AWJ:

﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ﴾

" Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di kaki langit (ufuk) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa itu adalah benar." katanya, mereka melihat dalam diri mereka dan di kaki langit (ufuk), dan kataNya lagi: "sehingga jelas kepada mereka bahawa itu adalah benar." bermakna dengan keluarnya Al-Qaim adalah benar dari Allah AWJ yang melihat penciptaan ini tidak dapat dielakkan.)[4]

Dalam hal ini, saya membaca tanda-tanda bagi Imam Al-Mahdi (as) telah dibangkitkan oleh Syeikh Al-Mufid (rahimahu Allah) yang menyatakan tanda-tandanya akan didapati di langit, dan juga di bumi pada bulan Jamadi Al-Awwal ketika hampir kezuhurannya, tetapi saya tidak tahu adakah dimaksudkan pada zaman kita ini atau masa Syeikh Al-Mufid, yang menyatakan kezuhurannya (as) dengan tidak disangka-sangka dan tiba-tiba selepas peristiwa-peristiwa itu, Berikut ini ini adalah nash tanda-tanda yang dimaksudkan:

Buku itu telah menyebut riwayat dari daerah yang suci - Allah menjaga dan mengasuhnya - pada hari-hari hujung bulan Safar, tahun 410 H Syeikh Al-Mufid Abi Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Al-Nu'man dikuduskan Allah Rohnya, cahayanya dan kuburannya, mengingat dan menyanjungnya bahawa dia memegang daerah yang bersambung dengan Hijaz, naskahnya:

Kepada saudara yang bijaksana, dan wali yang mengikuti jalan yang betul, Syeikh Al-Mufid Abi Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Al-Nu'man dipelihara Allah kemuliaannya, gudang penyimpanan tempat hamba-hamba mengambil darinya.


بسم الله الرحمن الرحيم:
Seterusnya: Salam atas kamu, wahai wali yang ikhlas dalam agama, khususnya kami dengan yakin mengucapkan pada Mu ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia, dan kami memohon padaNya selawat atas Saidina dan Maulana dan Nabi kami Muhammad dan dan keluarga baginda yang disucikan, dan membiarkan anda tahu - Semoga Allah memelihara dengan memberi taufiq kepada kamu untuk menyokong kebenaran, dan bermurah hati meneguhkan kamu pada memperkatakan kepada kami dengan yang benar -: bahawa ia telah menyeru kami dalam memuliakan kamu dengan penulisan dan tanggung jawab kamu yang tidak mempermainkan walak kami dihadapan kamu, Semoga Allah memuliakan mereka dengan ketaatan kepadaNya, dan mencukupkan kepentingan mereka dengan meraikan mereka dan memelihara mereka, - Untuk menghapuskan dengan tangan kamu dan pertolonganNya atas semua musuh-musuh Allah yang ingkar dari agamaNya atas apa yang diingatkan kepadanya, dan berusaha untuk melaksanakan tugas-tugas untuk hidup yang ditugaskan kepadanya, Insya Allah.

Walaupun kami ditempatkan (ناوين) [5] di tempat yang jauh dari kediaman orang-orang zalim itu, Allah tetap melihat kami dari kebaikan syi’ah yang beriman dengan kami mengenainya selagi ada kerajaan orang-orang fasiq di dunia ini, Kemudian kami mengajarkan ilmu dengan yang diceritakan kepada kamu
dan tidak ada sesuatu yang kami jauhkan untuk dikhabarkan kepada kamu, dan pengetahuan kami dengan rendah hati yang diajarkan kepada kamu sejak ramai yang menyimpang jauh di antara kamu dari salaf sholeh, dan melepaskan perjanjian yang diambil ke belakang punggung mereka seolah-olah mereka tidak mengetahuinya. Aku tidak abaikan untuk mengambil kira mengenai kamu, tidak lupa untuk mengingatkan kamu, walaupun tidak demikian diturunkan musuh-musuh kepada kamu menyusahkan atau memusnahkan kamu, maka bertakwalah kepada Allah Jalla Jalalah dan sokonglah kami untuk mengeluarkan kamu dari godaan (fitnah) yang telah mensia-siakan kamu dan boleh memusnahkan kamu dengan menjadikan kamu hitam dan melindungi mereka dari harapan yang menyedarkan kamu, dan ia adalah petunjuk pendekatan pergerakan kami dan termasuk yang diperintahkan dan yang dilarang, dan Allah itu menyempurnakan cahayaNya, walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik.

Berpegang teguh dengan bertaqiyah dengan meningkatnya api kejahilan, satu ketagihan saraf Umayyah, yang menakutkan golongan yang mendapat hidayah ini. Aku pemimpin penyelamat yang tidak membuang anak watan, dan berjalan dalam cabaran jalan yang diredhai, Apabila habis bulan Jamadi Al-Awwal tahun ini mereka mengambil apa yang berlaku di dalamnya, dan bangun daripada berbaring dan ternyata kepada kamu tanda yang jelas di langit, dan di bumi sama seperti itu juga, berlaku di sebelah Timur sesuatu yang menyedihkan dan membimbangkan, terutamanya daripada selepas sekumpulan orang-orang Islam Iraq tersebar di mana-mana, mengecilkan keadaan buruk pada kehidupan penduduknya, kemudian kesedihan reda (berkurang) selepas kemusnahan taghut penzalim dari kejahatan kejahatan, maka dilindungi dari dihapuskan orang yang baik lagi bertakwa, dan besetuju untuk berhaji dari segala penjuru dan memberitahu untuk menyediakannya dan menangani mereka, dan bagi kami untuk memudahkan ibadah haji mereka supaya mereka memilih dan kehendaknya akan muncul mengikut cara dan keselarasan. 'Biarlah orang-orang daripada kamu menghampirinya dengan menanam rasa kasih kepada kami, Dan mengelakkan suara-suara yang membenci kami dan tidak puas hati kepada kami, jika perintah Kami datang dengan tidak disangka-sangka maka taubat tidak berguna lagi kepadanya atau menyelamatkannya dari azab Kami atas penyesalan dosa;. Dan Allah akan memberi ilham kepada kamu dengan pimpinan, dan melembutkan kamu melalui taufiq dengan rahmatNya [6]

Saya bertanya kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) tentang hal itu, beliau menjawab:


[Kemungkinan akan terjadi pada zaman ini apa yang dikatakannya pada masa itu; kerana kata-katanya terhad dengan zaman kezuhuran, maka jika kezuhuran pada zaman itu dicapai dalam zaman itu, dan jika kezuhuran penampilan ditangguhkan dengan alamat-alamat yang berkaitan dengannya. Dan juga tidak perlu untuk mendapatkannya, maka di dalamnya ada Al-Bidaa’ (Lauh – papan perubahan dan pemansuhan) [7]. Tetapi apa yang berlaku pada zaman ini boleh ditunjukkan olehnya].


✡✡✡✡✡

Serban Awan:


Ini cerita rukya (as) pada suatu hari, beliau berkata,

[Dua hari yang lalu, saya melihat suatu rukya, Kita bermohon kepada Allah supaya menjadi yang baik.

Aku berdiri di suatu tempat dan memasuki satu kumpulan dan mereka mahukan sesuatu, atau mungkin mencari kebenaran, Aku tidak memberi perhatian kepada mereka semua. Tetapi menyedari bahawa aku telah memakai pakaian warna gelap atau kehitaman, dan ada serban di kepalaku, ia berwarna putih sejernih air, iaitu seperti warna awan atau awan mendung, juga aku menyedari ia seperti serban Rasulullah atau awan adalah sama, dan rukya berakhir].


___________
[1] – Kitab Al-Mutasyabihaat Jilid 4, Soalan No. 156, oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
[2] - Dari Abu Bashir, katanya: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman Allah:
(رب المشرقين ورب المغربين),
Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya beliau berkata: (Al-Masyriqain adalah Rasulullah (S) dan Amirul Mukminin (as) dan Al-Maghribain adalah Al-Hassan dan Al-Hussein, dan lain-lain yang berlaku seperti mereka) tafsir AL-Qumi: J 2 halaman 344.
[3] – Kamil Al-Ziarah: halaman 543.
[4].- Ghaibah Al-Nu’mani halaman 277
[5] -. Dalam banyak sumber: (ثاوين) Tsawain (dan, dalam sebahagian yang lain:( نائين) Natsain .
[6] - Al-Ihtijaj: Jilid 2 halaman 324
[7] – Dari Dawud bin Abu Al-Qasim, beliau berkata: (Kami bersama Abi Ja'far Muhammad bin Ali Al-Ridha (as) mereka sedang menyebutnyebut tentang Al-Sufyani dan apa yang diriwayatkan dalam pada urusan yang tidak dapat dielakkan, aku berkata kepada Abi Ja'far (as): Adakah seolah-olah kerana Allah ia tidak dapat dielakkan? Beliau berkata: Ya, lalu kami berkata kepadanya: Kami takut, bahawa seolah-olah kerana Allah pada Al-Qaim, Beliau berkata: Al-Qaim adalah dari yang dijanjikan) Ghaibah Al-Nu’mani halaman 314