Khamis, 3 September 2015

Soalan 507: Osama bin Laden


Soalan 507: Osama bin Laden

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
الحمد لله رب العالمين، والعاقبة للمتقين، ولا عدوان إلا على الظالمين
Segala puji bagi Allah, dan Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa, dan tidak ada permusuhan melainkan atas orang-orang yang zalim.

Ini adalah .. dari Al-Tabras kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan Al-Basriy .. Menurut apa yang saya baca dan saya kenal tuan, bahawa tuan adalah Al-Yamani yang dijanjikan dari Ahl Al-Bait Al-Nubuwah dan Imam maksum dari Allah dan diutus Imam Mahdi (seperti disebutkan). Salam atas semua umat manusia yang diberi peringatan dan khabar gembira.

Untuk soalan saya ialah saya mahu tahu pendapat tuan pada Syeikh Osama bin Laden, Adakah dia benar-benar Mujahid atau agen Amerika, atau adakah dia Al-Sufiyani yang disebut dalam hadits-hadits.

Apa pendapat tuan pada kumpulan militan di dunia Islam, seperti Somalia, Negara Islam Iraq, pejuang di Algeria, Chechnya dan Kashmir. Secara umumnya dibentuk oleh Al-Qaeda. Apakah Taliban adalah panji-panji hitam yang disebut di dalam hadits-hadits Nabi (S), dan adakah mereka di jalan haq atau bathil?

Sekitar kata-kata melalui satelit dan para intelektual menulis dalam forum atas berakhirnya Amerika dengan azab Tuhan, adakah tuan setuju dengan pandangan ini atau ada pandangan yang lain?

Dan juga beberapa penyelidikan dalam mukjizat Ilmu Al-Quran mengatakan hampir lenyapnya Israel akan berlaku di tangan Imam Mahdi, sebahagian daripada mereka mengatakan tahun 2012, dan sebahagian yang lain mengatakan pada 2028, dan ini bukan kata-kata saya tidak mempercayainya, kerana tiada yang mengetahui yang ghaib kecuali Allah (AWJ).

Dihantar oleh: Al-Tabras Al-Quraisy – Maghrbi

Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                        

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Bahawa Osama bin Laden telah menolak dari beriman dengan Al-Yamani dan dengan Aushiak Aali Muhammad, organisasi Al-Qaeda adalah organisasi kesyaitanan. Dan anda boleh baca kitab saudara-saudara Ansar untuk mengetahui hakikat panji-panji hitam, walaupun ia bukan dari kata-kata saya..

Adapun takdir Amerika berakhir dan tidak lama lagi bumi akan dibersihkan dari semua negara-negara pengaruh syaitan, dan ketahuilah bahawa keluarga Muhammad tidak menetapkan masanya, telah diriwayatkan yang kandungannya: (banyak manusia yang mendustakannya) [70].


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
               
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Profesor Abu Muhammad Al-Ansari
Sha3ban Al-Khair / 1431

                             
               
✡✡✡✡✡


----------------------------------
[70] - Al-Kafi Jilid 1 Bab Karahiyah Al-Tawaqit.



Soalan 505: Siapakah Shohib Yassin


Soalan 505: Siapakah Shohib Yassin

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

السلام عليكم يا أهل بيت الرحمة ومعدن العلم وموضع الرسالة.
Salam atas kamu wahai Ahl Al-Bait Al-Rahmah lombong ilmu dan tempat risalah.

Dari Ibn Abbas, dari Nabi (S), baginda bersabda: (Pelopor (yang paling awal, unggul atau paling utama) ada tiga, Pelopor pada Musa, Yusya3 bin Nun dan Pelopor bagi Isa Shohib Yassin, Pelopor bagi Muhammad, Ali bin Abi Talib).
Siapakah Shohib Yassin?

Dihantar oleh: Zainab – UAE

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                        
Yang disebut di dalam riwayat-riwayat Ahl Al-Bait (as) bahawa Shohib Yassin adalah Habib Al-Najjar (as).
       

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
               
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy
Sha3ban Al-Khair / 1431

                             
               
✡✡✡✡✡




Rabu, 2 September 2015

Soalan (Antara yg Terbaru): Nyanyian Yang Diharamkan

Soalan (Antara yg Terbaru): Nyanyian Yang Diharamkan

Saya ingin bertanya kepada tuan mengenai larangan (haram) menyanyi, Iaitu mengapakah Allah telah mengharamkan dari menyanyi, Apa sebab disebaliknya????

Pada hakikatnya saya mempunyai pegangan beriman dengan tuan adalah Hujjah Allah dan menerima dari tuan tanpa bahas ... kerana tuan dan Allah lebih arif dari saya ... tetapi anak saudara saya yang masih kecil dan sentiasa bertanya Soalan kepada saya soalan tersebut dan meminta saya jawapannya, saya beritahu bahawa saya tidak layak untuk berbuat demikian tetapi akan kemukakan kepada Saidi Ahmad Al-Hassan (as). .

Saya memohon maaf kerana kejahilan dan kekurangan saya ...
Dengan salam hormat
berwalikan kepada tuan
kepercayaan

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
.

Nyanyian yang melagukan senikata (puisi) atau kata-kata yang menggoda wanita atau lelaki adalah pintu bagi syaitan untuk masuk dan melakukan perbuatan-perbuatan keji dan begitu juga apabila menggunakan alat-alat muzik untuk mengalun nada (bunyian) yang tertentu ini.



Bagi membaca puisi (qasidah) agama atau semangat peperangan yang menggalakkan para mujahid atau keterpujian akhlak yang menyeru manusia untuk menghiasi diri mereka dengan akhlak yang mulia, ia dibenarkan dan tidak dianggap sebagai nyanyian yang diharamkan.







Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3idah 1436



✡✡✡✡✡

Soalan 41: kerja-kerja penelitian

Soalan 41:  kerja-kerja penelitian

بسم الله الرحمن الرحيم
Al-Syed Ahmad Al-Hassan washiy dan utusan Imam Mahdi (aj),
Dengan apa yang berlaku baru-baru ini telah mengelirukan perjalanan orang-orang Syiah. Adalah diketahui bahawa Imam apabila muncul atau muncul dari wakilnya menjadikan semua hukum-hakam dikeluarkan adalah dari aspek yang suci,

Ini adalah bertentangan dengan apa yang tuan keluarkan dari kerja-kerja penelitian oleh tiga hasil kerja mereka, iaitu, (Al-Syed Al-Shadr yang pertama dan Al-Syed Al-Shadr kedua dan Al-Syed Al-Khomeini). Apakah faedah kerja-kerja penelitian? Telah diketahui bahawa sebahagian besar kerja-kerja itu mengandungi hukum-hakam pendapat. Jika bertentangan tiada ganjaran dan kesilapan yang membawa dosa, dengan penyesalan yang besar apabila terlupa ucapan atau anggapan.

Terima kasih banyak.

Dihantar oleh: Syed Dhia’

26 / Rabi3 Al-Tsaniy / 1426. H


Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Anda boleh bertanya mengenai apa-apa hukum Syar’einya, dan saya akan menyampaikan kepada kamu jawapannya.



Ahmad Al-Hassan
Jamadi Al-Awal / 1426



✡✡✡✡✡


Soalan 50: Rukya melihat Al-Syed, Khums dan daging import

Soalan 50: Rukya melihat Al-Syed, Khums dan daging import 

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Aku berlindung pada Allah dari Al-Ana (Aku) adalah salah seorang dari para mukmin dengan dakwah yang Allah beri nikmat kepada mereka dengan nikmat ini, saya telah melihat rukya Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan dia di antara orang-orang yang mengiringi Al-Imam Al-Hujjah (aj), saya seolah-olah kenal peribadinya, dia adalah Al-Syed, untuk pengetahuan saya adalah bertaqlid kepada Al-Syed Ali Al-Musawi, iaitu dari firqah Al-Syeikhiyah (pengikut Syeikh-syeikh). saya berharap tuan berikan saya maklumat mengenai Khums dan Zakat, serta pendapat Al-Syed mengenai daging diimport dari India melalui Kuwait, ia adalah daging cincang anak lembu, adakah halal dimakan atau tidak?

Dihantar oleh:    Rasya - dari Basrah

8 / Jamadi Al-Awwal / 1426. H


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
                             
Saudari mukminah,
               
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Saya mohon kepada Allah untuk memberikan kejayaan kepada setiap mukmin dan mukminah untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Adapun mengenai Khums dan Zakat, ia memerlukan banyak penerangan terperinci, namun akan diterangkan secara ringkas.

Khums dikhaskan untuk Imam maksum (as) dan Al-Hujjah atas penciptaan pada setiap zaman, Mereka adalah penjaga bagi mereka semua (umat) dan mereka meletakkan (pungutan) di tempat yang mereka kehendaki.

Khums diwajibkan dalam perkara: pada wang dan barangan, yang belum digunakan (baru), Khums tidak dikenakan pada rumah sebagai tempat tinggal, tidak dikenakan pada perabot yang digunakan, dan juga tidak dikenakan pada kereta sebagai keperluan pengangkutan bagi manusia, dan juga tidak dikenakan pada sumber pendapatan manusia

Apabila seseorang memiliki rumah lain atau kereta kedua atau sumber kedua pendapatan adalah diwajibkan padanya mengeluarkan khums.

Daging dan lain-lain sepertinya yang dimport dari India, adalah haram untuk dimakan, melainkan terbukti disembelih oleh tangan orang Islam dan disembelih secara syar’ei.


Ahmad Al-Hassan    
Jamadi Al-Awwal /1426 H 
                          
                  
                  
✡✡✡✡✡


Soalan 472-473:


Soalan 472-473:
Soalan 472: Azimat Tangkal Jin
Soalan 473: Rawatan Tekanan Prnyakit Dan Mimpi Buruk





Soalan 472: Azimat Tangkal Jin

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Apakah maksud (Bi 3azaim Al-Jaan) yang terdpat dalam Doa Al-Taaj?? dan Allah Waliy (Pelindung) dan Dia melindungi orang-orang soleh, dan Salam penutup.

Dihantar oleh: Hussein – Kuwait

بسم الله الرحمن الرحيم
 والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.
                                                           
Azimat (tangkal) jin-jin atau jin secara umumnya adalah zikir-zikir, sebahagiannya seperti Ayat Al-Sakhrah, Allah SWT berfirman:

﴿إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ﴾

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. [55 Al-A3raaf 7:54] 


Ahmad Al-Hassan
Jamadi Al-Awwal /1431 H     
                      


✡✡✡✡✡



Soalan 473: Rawatan Tekanan Prnyakit Dan Mimpi Buruk

بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على خير المرسلين محمد وآله الأئمة والمهديين الطيبين الطاهرين.

Dan selawat dan salam atas sebaik-sebaik Rasul Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi yang baik-baik lago disucikan.

Khusus yang dihormati dan yang mulia, kami mengadu hal berikat:.

Saya seorang wanita yang mengalami tekanan, kencing manis, kolesterol tinggi dan sakit yang mencucuk di lutut dan sendi, saya juga mengalami lemah saraf, manakala kaki saya menggeletar ketika berdiri saya tidak boleh melakukan solat sambil berdiri.

Mimpi buruk terus menghantui saya, saya melihat diri saya di tempat di mana lampu dipadamkan dan saya terus menjerit. Lalu anak-anak akan memanggil saya dan cuba untuk membangun saya tetapi saya terus terperangkap di dalam mimpi saya, melainkan Allah menyelamatkan saya dan saya menjawab panggilan anak-anak saya.

Saya harap tuan, Ya Saidi, utusan Imam, saya mengharapkan dengan pemberian ilmu Allah pada tuan untuk merawat diri saya. Saya juga berharap jawapan yang jelas: Adakah saya perlu merawat di tempat tuan?

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya

Dihantar oleh: Khadimah Ahl Al-Bait – Kuwait

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.

Semoga Allah membantu kamu bagi segala yang baik. Bacalah Ayat Al-Kursi sebelum tidur tujuh kali, dan membaca Ayat Al-Sakhrah tujuh kali sehari, iaitu:

﴿إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ﴾

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. [55 Al-A3raaf 7:54] 

       
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


Ahmad Al-Hassan
Jamadi Al-Awwal /1431 H     
                      
                                      

✡✡✡✡✡


Selasa, 1 September 2015

Soalan 471:


Soalan 471:

Soalan 1-9 Mengenai Ilmiyah Sains
Soalan 10: Bukti Wujud Allah Pada Athies








السلام عليكم إخواني أنصار الله.
Salam atas kamu saudara-saudara ansar Allah.

Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada yang mulia anak kepada yang mulia. Salam atas Aali Muhammad, Salam atas Al-Yamani.

Soalan ilmiyah:’

1. Adakah bumi ini rata atau bulat, adakah matahari dan bulan mempunyai saiz yang sama, adakah matahari satu dan bulan satu sahaja atau ianya banyak, bagaimanakah di suatu tempat terjadi di siang hari dan di tempat itu pada waktu malam, dan juga pada empat musim apakah huraiannya, dan air pasang surut, dan jika bumi ini rata, apakah penjelasan ufuk di mana kita melihat ia bulat, dan sama ada permukaannya memanjang hingga ke akhirnya atau mempunyai had, dan apakah penjelasan penerbangan pesawat dari satu arah ke arah mengelilingi bulatan, kerana mereka mendakwa ini tidak benar atau tiada membuat pusingan di sana?

2. Adakah air yang kita minum hari ini ia mengandungi garam logam (mineral) seperti Kalium dan Natrium Fluorida, dan lain-lain. Adakah ia unsur-unsur bahagian (sebatian) air atau adakah ia benar-benar ditambah kepadanya dan ia adalah sejenis angin panas kesyaitanan yang diletakkan oleh syaitan-syaitan manusia dan jin dengan sengaja?

3. Adakah terdapat sel darah putih, sel darah merah dan kromosom, sperma, telur, spora mikrob, bakteria, virus dan sel-sel darah, atau itu semua pembohongan dan terdapat mekanisme lain dan fakta-fakta lain fungsi-fungsi atau bentuk-bentuk penting lain?

4. Adakah peredaran darah dalam badan, atau ia tidak dikitar tetapi sesuatu yang lain yang dipam dan dihantar atau peningkatan berperingkat?

5. Adakah kerja-kerja TV di kedua-dua arah dalam erti kata bahawa disiarkan dalam rumah dan juga menggambarkan penghantaran siaran dan imej stesen televisyen?

6. Adakah terdapat sesuatu yang pada tahun 2012 dan terdapat sebuah planet yang dinamakan Nibiru atau Planet X, dan apabila ia akan muncul bukan sebagai satu hal masa, tetapi dikira sebagai gerakan?

7. Adakah qubqub (ketam laut) halal atau haram, bagaimana pula dengan udang (udang yang besar bercangkerang)?

8. Adakah mungkin bergerak dalam masa seseorang akan kembali dan menghalang pembunuhan Al-Hussein (as), atau adakah mungkin untuk melakukan perjalanan ke masa depan? Adakah mungkin untuk melakukan sesuatu atau hanya menonton dan melihat?

9. Adalah dilaporkan jika pemendapan Fluorida pada anggota manusia ia akan menghalang seseorang beriman kepada Allah dan yang ghaib. Adakah ini benar? Adakah ini alasan untuk mencampurkan air dengan Fluorida?

10. Bagaimana boleh membuktikan kewujudan Allah kepada seorang atheis atau yang percaya pada materialisme?

11. Adakah DNA yang mengandungi rahsia dunia manusia dan hakikatnya, adakah ia betul atau ditolak, dan apa punca kecacatan di dalamnya? Dan bagaimana mentafsir bahagian-bahagiannya dan boleh belajar daripadanya?

12. Adakah penciptaan dimulakan pada bapa-bapa tuan (as) atau Al.Mahdiyun ke hadapan mereka sendiri (penciptaan langit dan manusia, dan lain-lain)?

Terima kasih banyak.

Dihantar oleh: Muslim Ansari

Jawapan:
            
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                      
Semoga Allah membantu kamu segala yang baik, Untuk membicarakan perkara-perkara Bumi yang bulat yang berkaitan dengan astronomi (ilmu falak), ilmu Fizik dan kimia seperti pembawaan sebahagian (elemen) unsur-unsur atau mengenai sains kehidupan. Kebanyakan perkara-perkara ini adalah Kajian-Kajian Konkrit dan yang boleh dilihat, semuanya bukan semata-mata pendapat (teori), untuk ditanya sama ada semua itu nyata (realistik) atau tidak.

Adapun dikaitkan dengan logam di dalam tubuh manusia, Ya ia mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku dan diri manusia dan juga memberi kesan kepada pendedahan (kekasyafan) sebahagian perkara ghaib (metafizik) kepada manusia.

Mengenai  kejadian-kejadian yang berlaku di atas muka bumi dan diturunkan azab ke atas penduduk bumi, perkara ini telah diberi amaran dariNya dan Allah melakukan apa yang dikehendakiNya, maka atas Dialah kejadian-kejadian yang berlaku sebelum dan selepas itu, dan sama ada azab ini disebabkan oleh bintang-bintang ini menghampiri atau kesan meteor pada Bumi atau asteroid atau apa-apa perkara (kejadian) universal lain, ini adalah urusan Allah dan ini adalah banjir besar (bencana) kedua yang boleh menyebabkan kemusnahan sebahagian besar penduduk bumi, dan Allah melakukan apa yang dikehendakiNya, tetapi kemudian pada tahun 2012, saya mengatakan kepada kamu ia mungkin lebih dekat daripada ini, dan bagi Allah urusan sebelum dan selepasnya.

Jawapan soalan 7: Ketam laut haram dimakan, tetapi udang boleh dimakan.

[Soalan 10. Bagaimana boleh membuktikan kewujudan Allah kepada seorang atheis atau yang percaya pada materialisme?]

Jawapan soalan 10: Jika kamu masuk di kedua-dua tempat di mana ada pokok-pokok, dan kamu dapati salah satu dari tempat itu telah ditanam dengan pokok buah-buahan berjajaran dalam baris-baris dan ia berbaris lurus, Kemudian tempat yang kedua didapati ada pelbagai jenis pokok bercampur aduk antara satu sama lain dan tumbuh secara kebetulan, maka kamu akan mengurus dusun yang pertama iaitu dusun yang disusun oleh kekuatan akal, dan dusun yang satu lagi tiada seorang pun yang waras boleh mengurus penanaman pokok-pokok dan mengawal berbagai jenis tumbuh-tumbuhan tersebut.

Sekarang pergi ke kawasan tanah untuk mencari di mana banyak air tawar mengalir, kalau terbiar dan dipenuhi dengan wabak penyakit, serangga dan kulapuk, adalah sukar untuk menggunakannya, walaupun tidak mustahil, berbanding ada air yang telah berkumpul di dalam kelompok besar masih di permukaan bumi, seperti laut dan samudera, ia masin, kalau ia dipenuhi dengan air tawar yang mengandungi wabak dan penyakit, tentulah ia menjadi penyebab untuk kehancuran penduduk di bumi..

Lihatlah komposisi atmosfera, dan bagaimana ia beryindak dalam melindungi penduduk bumi dari radiasi sejagat (kosmik), sekiran tidak sedemikian, radiasi sejagat akan menghancurkan penduduk bumi.. lihat dan lihat ... Kamu akan dapati segala-galanya teratur, tepat dan berkadaran, Adakah terdapat seorang lelaki yang menghormati akalnya mengatakan bahawa ini adalah kebetulan, atau ada Kuasa Bijak Mutlak meletakkan sistem ini begitu tepat? Saya berfikir bahawa ini adalah cukup bagi mereka yang menghormati akalnya dan tidak mahu terus menerus sombong takbur pada Yang Maha Pencipta.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
                                    
Ahmad Al-Hassan
Jamadi Al-Awwal /1431 H     

                  
                       
✡✡✡✡✡