Rabu, 3 Disember 2014

Soalan 157: Jangan sujud kepada matahari dan bulan

Soalan 157: Jangan sujud kepada matahari dan bulan
       

Soalan 157: Allah SWT berfirman,

﴿وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ﴾

{Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sujud kepada matahari maupun bulan, tapi sujudlah kepaada Allah Yang menciptakannya, Jika Dialah yang kamu hendak sembah.} [305]

Apakah matahari dan bulan? Dan adakah sujud kepada keduanya haram? Dan adakah sesiapa yang sujud kepada keduanya dan kerana itu ia menjadi haram?

Abu Mushtafa – Basrah

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah banyaknya, lagi amat Penyayang,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Pada zahir ayat ia jelas dan tidak memerlukan penjelasan. Dan ada orang-orang yang beriktikad sedemikian atau beriktikad ketuhanan mutlak (Uluhiyah Muthallaqah) kepada matahari dan bulan, iaitu Hujjah Allah dan WashiyNya pada setiap zaman, terutamanya Muhammad (S) dan Ali (as). Dan saya sebelum ini telah menjelaskan kisah Ibrahim yang disebut dalam Al-Quran. [306]

Jadi apa yang dilarang adalah sujud kepada mereka seolah-olah mereka mempunyai ketuhanan mutlak (Uluhiyah Muthallaqah), dan apa yang diperlukan adalah untuk menganggap mereka arah (kiblat) kepada Allah SWT, yang bermaksud bahawa melalui mereka, Allah dikenali. [307]


Bagi yang menjisimkan yang membawa kesesatan daripada umat yang tersembunyi kepada beriktikadkan dengan ketuhanan (Uluhiyah) matahari dan bulan di alam Jasmani (dunia fizikal), dan penyelewengan ini berasal dari urusan dalam Kerajaan Langit (Malakut AL-Samawaat), bermakna matahari adalah Hujjah Allah dan bulan adalah WashiyNya, atau khususnya, Muhammad (S) dan Ali (as).

Ahmad Al-Hasan
Washiy dan Utusan-Imam Al-Mahdi (as)
                 

✡✡✡✡✡

---------------------------------
[305] – Fushshilat 41:37
[306] - Dalam permulaan Juzuk 1 dari Al-Mutasyabihaat, sila rujuk.
³ Imam Abi Abdillah (as) bahawa dia berkata, "Kami adalah para penguasa Allah, khazanah ilmu Allah, penyimpan wahyu Allah dan ahli agama Allah. Kitab Allah turun ke atas kami, dan kami Allah disembah. Dan jika tidak kerana kami, Allah tidak akan dikenali. Dan kami adalah pewaris para nabi Allah dan keturunannya. "Basair Al-Darajat oleh Al-Saffar, halaman 81.


Selasa, 2 Disember 2014

Soalan 156: Apabila diri-diri berpasangan


Soalan 156: Apabila diri-diri berpasangan
Soalan 156: Allah SWT berfirman,

﴿وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ﴾

{Dan apabila tiap-tiap diri berpasangan} [302]
Apa yang dimaksudkan [dengan pasangan] bagi diri-diri di dalam ayat yang mulia ini?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah banyaknya, lagi amat Penyayang,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Setiap jiwa dipadankan dengan cahaya atau kegelapan; ia telah dipasangkan dengan Wilayah atau dengan pembatalan perjanjian dan persetiaan (3ahd dan Mitsaq) [303]. Dan kemudian,

                                                         ﴿عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا أَحْضَرَتْ﴾                                                        

{maka tiap-tiap diri akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.}, [304]

Sama ada ia membawa keadilan atau kezaliman, sama ada ia membawa cahaya bersamanya atau kegelapan, sama ada ia membawa Wilayah (Walak=kepatuhan) atau pembatalan perjanjian dan persetiaan (3ahd dan Mitsaq).

Ahmad Al-Hasan
Washiy dan Utusan-Imam Al-Mahdi (as)
                 

✡✡✡✡✡

---------------------------------
[302] – Al-Takwir 81:7.
[303] - dari Muhammad bin Ali ibn Al-Hanafiyah yang membaca:
(وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ)
(Dan apabila tiap-tiap diri berpasangan) berkata: (demi jiwaku di tangan-Nya jika seorang lelaki Abdullah dibangkitkan Allah bersama dengan orang-orang yang mengasihinya di antara rukun dan maqam dan sehingga memenuhi tulang selangka) Bihar Al-Anwar:. jilid 42, halaman 366.. Dan kecintaan kepada Wilayah, bagi sesiapa yang berwaliykan Ahl AL-Bait (as) berkumpul dengan mereka, dan bagi sesiapa yang berwaliykan musuh-musuh mereka dan menzalimi mereka berkumpul bersama mereka di Neraka (Al-Sa3ir). (Pengulas).
[304] – Al-Takwir 81:14.


Soalan 155: Tuhan di langit dan Tuhan di bumi

Soalan 155: Tuhan di langit dan Tuhan di bumi

Soalan 155: Allah SWT berfirman,

﴿وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ﴾

{Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui [300 Al-Zukhruf 43:84]}

Mengapa dibezakan Tuhan di langit dan Tuhan di bumi, sedangkan Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa di langit dan di bumi?

Mukhtar Yusuf - Basrah

Jawapan:
الجواب: بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah banyaknya, lagi amat Penyayang
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Ini bermakna ketuhanan mutlak adalah untuk Allah SWT di langit dan di bumi, yang bertentangan dengan kenyataan mereka yang mengatakan bahawa ketuhanan mutlak bagi Allah SWT adalah di langit manakala ketuhanan mutlak di bumi adalah untuk Isa (as) atau para Hujjaj (as), sama seperti apa yang berlaku pada masa para Imam (as), sebagaimana orang-orang yang mendakwa bahawa diri mereka dan keturunan mereka (as) [para Imam] adalah tuhan di bumi, yang bererti bahawa mereka mempunyai ketuhanan mutlak di bumi.

Dan mereka (as) berlepas diri menolak kenyataan ini dalam hadits-hadits dari riwayat mereka (as). Rujuk kepada apa yang diriwayatkan dari Syeikh Al-Kulaini dalam kitab Al-Kafi, dari Imam Al-Shadiq (as). ²

Ahmad Al-Hasan
Washiy dan Utusan-Imam Al-Mahdi (as)


✡✡✡✡✡

---------------------------------
[300] - Al-Zukhruf 43:84
[301] - Hisham bin al-Hakam berkata, "Abu al-Shakir Daishani berkata kepadaku, 'Terdapat dalam Al-Quran satu ayat iaitu hujah kami terhadap kamu.' Aku bertanya, 'Ayat apa?' Beliau menjawab,
وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاء إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ

'Ia adalah: {dan Dia lah Tuhan yang di langit dan Tuhan di bumi.} Maka, aku tidak tahu bagaimana menjawabnya. Semasa aku mengerjakan Haji aku memberitahu (Imam) Aba Abdillah (as), maka dia berkata, 'Ini adalah kata-kata seorang kafir (zindiq) yang berniat jahat. Apabila kamu kembali kepadanya tanya apakah nama kamu di Kufah; dia akan berkata Fulan. Kemudian tanya kepadanya apakah nama kamu di Basrah; Ia akan berkata Fulan. Kemudian katakan: Demikianlah Allah Tuhan kami; Dia adalah Tuhan di langit, Tuhan di bumi, Tuhan di lautan, Tuhan di padang pasir, dan Tuhan di semua tempat. dia berkata: Kemudian aku kemukakan kepada Aba Syakir apa di beritahu pada ku kepadanya, dia berkata: ini telah disebutkan dari Hijaz " Al-Kafi Jilid. 1 halaman 128.

Soalan 154: Orang yang berhujah dengan Nabi Ibrahim as


Soalan 154: Orang yang berhujah dengan Nabi Ibrahim as

Soalan 154: Allah swt berfirman,

﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ﴾

{Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan diraja? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan," beliau berkata, "Saya dapat menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka itu terbitkanlah dia dari barat." Jadi orang yang kafir terharu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.} .[298]

Apakah tafsiran ayat di atas? Siapakah orang yang mendebat Ibrahim? Adakah dia orang yang kafir?

Sya3lan Hassan - Wasith - di kejiranan ini

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Penyayang,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Orang yang mendebat Nabi Ibrahim as adalah Namrud (la3nahu Allah), dan orang yang telah pudar adalah semua orang-orang kafir dari risalah langit, sama ada ia Namrud atau orang-orang selain daripada Namrud, seperti sebahagian daripada Syiah atau orang-orang yang mendakwa sebagai Syiah yang memerangi washiy Imam al-Mahdi (as) dan tidak percaya kepada risalah langit dan bukti-bukti (hujjah-hujjah) dari para nabi dan aushiak.

Dan Imam al-Baqir (as) menggambarkan mereka sebagai kaum Tsamud (la3nahu Allah), menghina mereka dan meletakkan mereka dalam lubang neraka (Al-Jahim) bersama dengan orang-orang Saqifah yang pertama, kerana mereka adalah orang-orang yang Saqifah kedua, ulama akhir zaman yang tidak beramal yang menyesatkan manusia, yang memutarbelitkan agama ilahi, yang menggubal, membenarkan dan mengharamkan sesuatu mengikut kehendak hawa nafsu mereka sendiri.[299]

Ahmad Al-Hasan
Washiy dan Utusan-Imam Al-Mahdi (as)



✡✡✡✡✡

-----------------------------------
[298] - Al-Baqarah 2: 258.
[299] - Dari Al-Fadhl bin Al-Abbas, dari Abi Abdillah (as) berkata: (.... pada firmanNya SWT:
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا
"(Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) karena mereka melampaui batas," [Al-Syams 91:11] 
Dia berkata Tsamud sehubungan dengan Syiah, Allah SWT berfirman:
 وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيْنَاهُمْ فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَى عَلَى الْهُدَى فَأَخَذَتْهُمْ صَاعِقَةُ الْعَذَابِ الْهُونِ
"Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan." [Fushshilat 41:17] 
Ia adalah pedang apabila Al-Qaim (as) bangkit, dan Allah SWT berfirman:
فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ
"Dia berkata kepada mereka Rasul Allah ", baginda adalah Nabi (S):
نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا
"(Biarkanlah) unta-unta Allah dan minumannya" [Al-Syams 91:13] 
Katanya (as), unta-unta Al-Imam yang pemahaman mereka dari Tuhan, (dan minumannya) Beliau telah memperolehi berbagai ilmu
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنبِهِمْ فَسَوَّاهَا
"Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka," [Al-Syams 91:14],
FirmanNya membalas kembali:
 يَخَافُ عُقْبَاهَا 
lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah),.
[Al-Syams 91:15]
Beliau berkata: Jangan takut dari yang sepertinya jika kembali.) Bihar Al-Anwar:. jilid 42, halaman 72. (Pengulas).

Soalan 142: Hak Ketaatan Pemimpin Lantikan Ilahi

Soalan 142: Hak Ketaatan Pemimpin Lantikan Ilahi

Wahai Tuan, wahai washiy dan utusan Imam Mahdi (as).
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Ramai dari Ansar Imam Mahdi (as) (semoga Allah menempatkannya di bumi) bertanya mengenai ketaatan khas terhadap orang yang dilantik atau yang dilantik sebagai utusan Imam Mahdi (as). Adakah ia adalah ketaatan berasingan atau terhad?

Walaupun jika ada keingkaran pada perbuatan zahir kepada Allah di dalamnya? Adakah kita  mematuhi Yamani sebagai washiy atau Yamani dari Yamaninya (pangkat kanannya)? Tanpa perbincangan atau soal siasat?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Dan segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam,

الطاعة في طاعة الله، لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق.

Ketaatan adalah ketaatan kepada Allah dan tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam maksiat kepada Allah (Al-Khaliq).

Sebagai sebahagian daripada Peraturan Ilahi (syariat Allah), anda mesti mematuhi kepimpinan yang telah dilantik bagi golongan yang beriman dengan Al-Ilahiyah dan Allah yang memelihara semuanya (atau menghalang mereka daripada dosa-dosa) insyallah.

Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan Utusan Imam Mahdi (as).

Isnin, 1 Disember 2014

Soalan 74: Makna Makshum pada Ayat Thahirah

Soalan 74:  Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sayyed Ahmad Al Hassan A.S.

Assalamualaikum warahmatullah Wabarakatuh:

Saya mempunyai seorang sahabat Sunni yang meletakkan pada saya beberapa hujah-hujah yang mengelirukan saya, dan ia adalah pada Kalam Allah

﴿ِإنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً﴾.

(Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "Ahl Al-Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).) [Al-Ahzab 33:33].

Apakah keinginan ini mempunyai bentuk? Dan jika ya, adakah bermaksud ia telah ditentukan? dan Imam Al-Baqir dan Al-Shadiq menafsirkan 'keji (cemar)' di sini bermaksud ''keraguan''. Adakah ini bermakna penyucian dari keraguan itu bererti Maksum?

Pengirim: Syimaa’ Hasan Ali

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Ya, ia adalah kehendak Allah SWT, yang dijelaskan olehNya

﴿إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ﴾

(Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia..) 36:82.

Tetapi memenuhi kehendak Ilahiyah dalam ayat tersebut (Sesungguhnya Allah hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).) bukanlah melalui penaklukan (Al-Qahhar) dan dalam keadaan paksaan (Al-Jabbar) melakukan ketaatan dan meninggalkan dosa (maksiat), tetapi dengan mendedahkan hakikat kebenaran kepada mereka di atas sebab keikhlasan kepada-Nya SWT, dan mereka berpegang teguh setelah Allah SWT melindungi mereka. Oleh itu, jika kebenaran dunia ini didedahkan kepada manusia dan dia melihatnya sebagai bangkai reput yang direbutkan oleh anjing-anjing dan seperti peluh babi di tangan pesakit kusta, lalu bagaimana mungkin ia mendekatinya??!!.


Dan berikut ini adalah contoh yang boleh menjelaskan kepada anda makna kemaksuman: Jika ada seorang lelaki buta yang ingin menyeberangi jalan yang sesak dengan selamat, dia mesti mendapatkan bantuan daripada orang yang celik, dan ia juga harus memberikan pergelangan tangannya kepada orang yang celik itu sehingga boleh memegang pergelangan tangannya dan menolongnya menyeberangi jalan dengan selamat. Dalam contoh ini, yang buta telah berpegang kepada yang celik, dan orang yang buta dalam contoh ini adalah seperti para maksumin, dan orang yang celik itu pula menjadi pelindung / pengawal untuk orang yang buta (maksum). Dan para nabi dan para washiy adalah orang-orang yang memohon bantuan kepada Allah SWT supaya Dia membawa mereka ke tempat yang selamat, dan mereka adalah orang-orang yang menghulurkan tangan mereka kepada Allah SWT sehingga Dia memegang tangan mereka. Dan jika seorang hamba Allah yang berada di timur atau di barat melakukan perkara yang sama seperti apa yang mereka lakukan dan berserah kepada Allah SWT, Allah SWT akan melindunginya, tetapi banyak orang cuai dalam mencari Allah SWT dan menghulurkan tangan mereka kepadaNya, tetapi dalam masa yang sama mereka juga mendakwa bahawa mereka tahu dan melihat jalan dengan jelas. Dan tangan Allah sentiasa diberikan kepada semua orang sepanjang masa, dan tidak ada pertalian kerabat di antara Dia dan sesiapa sahaja melainkan Dia adalah pencipta mereka, tetapi manusia atas sebab keinginannya sendiri telah melepaskan tangan mereka daripada Allah SWT

✡✡✡✡✡

---------------------------------------------
[117] – Yaa Sin 36:82.
[118] – Al-Ahzab 33: dari ayat 33.
[119] - Imam Ali (as): (Demi Allah, kehidupan duniawi kalian ini adalah lebih hina di mata aku berbanding peluh babi di tangan pesakit kusta" [Nahj al-Balaghah, jilid 4, halaman 52-53.] .
[120] - Ali bin Al-Hussein (as) berkata: (Imam daripada kami hanya imam-imam makshum, dan tidak (makshum) sempurna pada zahir penciptaan maka mereka akan dikenal, oleh itu tidak jadi yang demikian melainkan telah ditetapkan. Maka telah ditanya kepadanya: Wahai anak Rasulullah, apakah makna makshum? Dia berkata: ia adalah berpegang pada tali Allah, dan tali Allah adalah Al-Quran, keduanya tidak akan berpisah hingga ke hari kiamat, dan imam memberi petunjuk kepada Al-Quran dan Al-Quran memberi petunjuk ke Imam, dan itulah firman Allah SWT:
(إِنَّ هَـذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ)
(Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus) [Al-Israa’ 17:9]) Bihar Al-Anwar:. jilid 52, halaman 194.
Dan Hussein Al-Asyqar, berkata: Aku berkata kepada Hisham bin Al-Hakam: Apakah ertinya kata-kata kamu: bahawa tidak akan menjadi imam melainkan yang ma'shum, dia berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang hal itu dan beliau berkata: (ma'sum adalah pemeliharaan Allah dari segala yang diharamkan Allah, dan Allah Tabaraka Wa Ta’ala telah berfirman,
وَمَن يَعْتَصِم بِاللّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ)
(Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [Aali Imraan 3:101]) Bihar Al-Anwar:. jilid 52, halaman 194.. (Pengulas).

[121] - Baginda (S), berkata: (Jika hamba mendekati Allah, Allah akan mendekatinya, dan sesiapa yang mendekati Nya kadar sejengkal, Dia mendekati Nya sehasta, dan sesiapa yang mendekati Nya kadar sehasta, Dia mendekati Nya sedepa, dan sesiapa yang datang kepada-Nya dengan berjalan, Dia datang dengan berlari anak kepadanya, dan sesiapa yang mengingatiNya berkumpulan, Dia mengingatnya dalam kumpulan yang lebih mulia, sesiapa yang mensyukuri-Nya dan terima kasihNya akan lebih bersinar lagi, dan jika hambaNya mahu memberi kebaikan, akan dibukakan mata hatinya, Akan diperlihatkan apa yang ia hilang (ghaib) darinya) Mustadrak AlWasail - Oleh Al-Mirza Al-Nawawi: jilid 5, halaman 297. (Pengulas).

Tentang berita yang besar yang mereka perselisihkan

Soalan 70: Apakah yang dimaksudkan dalam Surah Al-Naba ' (78)? Pada firman Allah SWT:

﴿بسم الله الرحمن الرحيم
عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang mereka perselisihkan tentang ini. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. (5)} [92]
صدق الله العظيم

Pengirim: Misaa' Ja'far Al-Sa3idi

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani.
Segala puji adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam, dan selawat sanjungan Allah, atas  Muhammad dan keluarga Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan..

﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini. * Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. *} [93]

Ini adalah kisah yang berulang di setiap zaman di mana terdapat Khalifah dari khalifah-khalifah yang diutus Allah di bumi dan langit-Nya. Dan ia adalah suatu kisah yang diperselisihkan oleh penciptaan (Makhluk) terhadap Hujjah Allah ini kepada mereka – iaitu yang terdiri dari para Nabi, Washiy-washiy dan Rasul-rasul (as) -, atau seperti Allah telah menamakannya:
﴿النَّبَأِ الْعَظِيمِ﴾
{Berita yang besar} [94]. Maka Khalifah pertama dari khalifah-khalifah Allah adalah Nabi Adam (as). Diperselisihkan oleh Para Malaikat antara mentaati perintah Allah dan penerimaan Khalifah Nya dan sujud kepadanya oleh kumpulan ini adalah malaikat, dan di antara mereka yang tidak taat perintah Allah dan menolak Khalifah-Nya dari orang yang sombong takbur terhadapNya adalah Iblis (la) [95], dan Iblis yang'ketaatan sebelumnya telah dianggap di kalangan malaikat pada hal [asalnya] dia dari kalangan jin [96].

Dan Iblis (la) telah berjanji bahawa dia akan menyesatkan mereka, anak-anak Adam dan dia telah menyebabkan mereka (manusia) untuk mengikuti jejak langkahnya dengan menjadi sombong terhadap Khalifah Allah SWT di sepanjag zaman. Oleh itu, di sepanjang zaman manusia dibahagikan antara sebahagian yang mengikut jejak langkah Malaikat iaitu mereka yang taat kepada Khalifah Allah, dan bahagian yang lain yang mengikuti Iblis (la) dengan kesombongannya terhadap Khalifah Allah. Dan kelak akan diketahui mereka yang mengikut Iblis (la) dalam kesombongan mereka terhadap khalifah Allah, ke tempat mana mereka akan kembali

﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ﴾

{Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.} [Al-Syhu'araa' 26::227] [97].

﴿كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa kiamat Kecil, [hari] (kebangkitan Qaim).

﴿ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa [hari] kiamat besar, Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa
﴿إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازاً﴾
{Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan,} [98 Al-Naba' 78:31],
mereka adalah orang-orang yang beriman kepada khalifah Allah, dan taat kepada mereka dan mengikuti jejak langkah mereka pada jalan yang lurus, dan mereka mengenal Allah melalui Khalifah Nya. Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!? Dia (Khalifah Allah) juga adalah pintu untuk mengenal Allah, Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!? Seperti yang telah disampaikan oleh Muhammad dan keluarga Muhammad (as), bahawa mereka adalah Wajah Allah, Nama-nama-Nya Yang Baik (Asmaa’ Al-Husna), dan kemunculan Allah di Faran dan melalui merekalah Allah dikenali. Maka, berita atau khabar yang mana yang paling layak untuk dipanggil berita yang besar selain daripada berita dan khabar yang membawa peraturan-peraturan mengenal Allah, dan berita yang membawa peraturan-peraturan mengenal Khalifah Allah, yang dibawa dari Muhammad (S) (ظهور الله في فاران - kemunculan Allah di Faran), atau Allah di dalam penciptaan atau Shurah Allah?!!

Dan dalam Al-Quran penjelasan berita yang besar ini adalah peringatan untuk orang yang mengambil peringatan dan pengajaran  untuk orang yang mengambil pengajaran , mudah-mudahan dia akan sedar dan menjadi salah seorang yang mengetahui dan yang sujud, dan supaya dia tidak kekal di dalam kejahilannya dan keangkuhan, dan supaya ia menjadi salah seorang daripada orang-orang yang memberi peringatan kepada orang lain seperti firmanNya SWT:
﴿كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui.},

dan seperti dalam firmanNya:

﴿قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ  *انْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ* ........ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ﴾
{Katakanlah: "Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya *.......... Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa waktu lagi.):[99].

-------------------------- Nota kaki ----------------------- ---
[92] - Al-Naba' 78:1-5.
[93] - Al-Naba' 78:1-5.
[94] - Dari Ali bin Abi Talib, beliau berkata:. (Sakhar bin Harb mendekati ke arah Nabi sehingga dia duduk sebelah baginda (S) Lalu Sakhar berkata: Wahai Muhammad, adalah perkara ini selepas engkau [Khilafah], untuk kami  atau untuk siapa? Baginda bersabda:. Wahai Sakhar, perkara itu selepas ku adalah untuk orang yang mempunyai pangkat seperti Harun pada Musa. Baginda bersabda: Maka Allah SWT turunkan ayat:
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ)
(Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini}, sebahagian mereka menerima Wilayah dan Khilafahnya, dan sebahagian dari mereka menafikan keduanya (Wilayah dan Khilafahnya). Kemudian baginda bersabda: Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui bahawa KhilafahNya adalah benar selepas itu Sekali lagi, kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, dan baginda bersabda:. mereka akan mengenal Wilayah dan KhilafahNya apabila ditanya mengenainya di dalam kubur mereka; sehingga setiap orang yang mati sama ada di Timur dan Barat, di bumi dan laut, akan ditanya oleh Munkar dan Nakir mengenai Wilayah Amir Al-Mukminin, selepas kematian kedua-dua (malaikat) akan berkata kepada orang yang mati. Siapa Tuhan kamu? Apakah Agama kamu? Siapakah Nabi kamu? Dan Siapakah Imam kamu?) Manaqib Ali Abi Talib oleh-Ibn Syahr Asyub Jilid 2 halaman 276.

Dan dari Sadir berkata: Aku bertanya kepada Abu Abdullah (as) atas Ayat Allah Tabarak Wa Taala:
(بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ)
{Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu.} [Al-3ankabut 29:49]
dan firmanNya:
(قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ * أَنتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ)
{Katakanlah: Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya }. [Shaad 38:67dan 68]
Baginda bersabda: (Orang-orang yang beroleh ilmu tentang para Imam, dan Berita mengenai Imamah) Bihar al-Anwar Jilid 32 halaman 203.

Dan dari Abdullah ibn Kathir, dari Abu Abdullah (as) mengenai firmanNya SWT:
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ)
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar }.
Beliau berkata: (berita yang besar adalah Wilayah.
Dan aku bertanya kepadanya tentang firmanNya SWTini:
(هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ)
{Di sana Al-Wilayah itu hanya bagi Allah Yang Hak.}.[Al-Kahf 18:44] 
Beliau berkata: (Wilayah Amir Al-Mukminin (as)). Bihar al-Anwar Jilid 42 halaman 352.

Dan dari Abi Al-Hassan Al-Ridha (as), mengenai firmanNya SWT:
(عَمَّ يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ)
(Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini)
Beliau (as) berkata: " Amir Al-Mukminin (as) telah berkata: Allah tidak mempunyai Berita yang lebih besar daripada Berita )mengenai)ku dan Allah tidak mempunyai tanda (ayat) yang lebih besar daripada ku, dan telah ditunjukkan kepada umat terdahulu atas yang mereka perselisihkan perjalanannya tetapi tidak menerima kelebihanku) Mustadrak Safinah Al-Bihar – oleh Al-Syeikh Ali Al-Namaazi:. Jilid 9 halaman 509.
[95] Al-Shadiq (as) berkata: (Iblis telah diperintahkan supaya sujud kepada Adam, Iblis berkata: Wahai Tuhan, demi KemuliaanMu, jika Engkau mengecualikan aku daripada sujud kepada Adam, nescaya aku akan beribadah pada Mu dengan ibadah yang tidak pernah dilakukan pada Mu seorangpun sepertinya. Maka Allah Jalla Jalalah berfirman:. Aku lebih suka ditaati dengan cara yang Aku ingini) Bihar Al-Anwar Jilid 2 halaman 262..
[96] Dari Jamil bin Daraj berkata: Aku bertanya kepada Abi Abdillah (as), adakah iblis dari malaikat? Dan adakah ia mengikuti sesuatu perintah (urusan) dari langit?Dan dia (as) berkata: (Dia bukan dari malaikat, dan dia tidak mempunyai sesuatu dari perintah (urusan) Langit.  Dia adalah dari jin dan ada bersama malaikat, dan seluruh malaikat memandang sebagai sebahagian dari kalangan mereka, dan Allah mengetahi  bahawa Iblis bukan dari kalangan mereka. Oleh itu, apabila dia diperintah dengan sujud, dia melakukan apa yang dia lakukan [enggan sujud]). Bihar al-Anwar Jilid 11. halaman 119.
[97] - Al-Syhu'araa' 26::227
[98] - Al-Naba' 78:31
[99] - Shaad 38:67,68 dan 88