Isnin, 21 September 2015

Bab II: Dua Sholat Eid



Bab II:  Dua Sholat Eid

Pertimbangan Dan Perjalanannya.

Ia adalah wajib ketika wujud Imam (as) dengan syarat-syarat yang sama pertimbangannya dalam Sholat Jumaat. Ia mesti dilakukan secara berjamaah, dan tidak boleh tidak dilakukan, kecuali uzur, maka ketika itu dibenarkan untuk Sholat secara sendiri sebagai ganti. walaupun terjejas syarat-syarat ia jatuh wajib, dan disyorkan untuk berjamaah dan sendirian.

Waktunya:

Antara matahari terbit hingga zawal (matahari rembang), sekiranya terlepas tidak boleh menarik diri.

Caranya (Kaifiat):

Takbiratu l-Ihram dan Takbirat – Tujuh Takbir (seoerti biasa), kemudian baca "Al-Hamd" (Al-Fatehah) dan Surah, dan lebih afdhal baca Surah "Al-A3la", kemudian selepas membaca Surah bertakbir dan Qunut lima kali, kemudian Takbir (keenam) dan Ruku3, kemudian sempurnakan dua sujud: kemudian bangun untuk rakaat kedua baca "Al-Hamd" (Al-Fatehah) dan Surah, dan lebih afdhal baca Surah "Al-Ghasyiyah",, kemudian selepas membaca Surah bertakbir dan Qunut empat kali, kemudian Takbir (kelima) dan Ruku3, sehingga jumlah Takbir dan Qunut tambahan itu menjadi sembilan: lima pada rakaat pertama dan empat pada rakaat kedua tidak termasuk Takbiratu l-Ihram dan enam Takbirat, dan tidak termasuk takbir dua Ruku3 dan takbir-takbir sujud.

Sunan (perjalanan) Sholat ini: Di padang (Al-Ishhaar) kecuali di Mekah, dan sujud di atas tanah (bumi), dan muazzin hanya berkata “Al-Sholah” tiga kali, ia tidak ada azan seperti Sholat lima waktu. Dan imam keluar berkaki ayam, berjalan dengan tenang dan hormat, mengingati Allah SWT. Dan makanlah sebelum keluar Sholat Eid Al-Fithr, dan selepas Sholat Eid Al-Adha dilakukan korban. Dan bertakbir (takbir Raya) Hari Raya Al-Fithr sejurus selepas daripada empat Sholat, dimulai selepas Sholat Maghrib malam Hari Raya Al-Fithr, dan berakhir pada Sholat Hari Raya Al-Fithr. Dalam Hari Raya Al-Adha sejurus selepas lima belas Sholat (3 hari), dimulai selepas Sholat Dzohor hari pertama Hari Raya Korban di Mina dan di waktu-waktu sebaik sahaja selepas hari ke sepuluh (Zhu Al-Hijjah) dengan membaca:

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَ اللهُ اَكْبَرُ وَ الْحَمْدُللهُ عَلٰي مَا هَدَانَا. وَلَهُ الشُّكْرُ عَلَى مَا أَوْلاَنَا، وَرَزَقَنَا مِنْ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِ ، وَيَكْرَهُ الْخُرُوجَ  بِالسَّلاَح.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allahu Wallahu Akbar, Wa l-Hamdu Lillahi 3alaa Ma Hadana. Walahu Sy-Syukru 3alaa Ma Aulaana, Warazaqana Min Bahimati l-An3aam , Wayakrahu l-Khuruja Bis-Salaah_

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar, dan segala pujian bagi Allah, atas apa yang telah diberi petunjuk kepada kami dan kepadaNya kesyukuran kerana mendahulukan kami, dan memberikan kepada kami binatang ternak, dan membenci keluar dengan senjata.

dan ditambah dalam Hari Raya Al-Adha:

وَرَزَقَنَا مِنْ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِ ، وَيَكْرَهُ الْخُرُوجَ  بِالسَّلاَح.

dan berikan kepada kami binatang ternak, dan membenci keluar dengan senjata.

Dan Sholat nafilah sebelum atau selepas Sholat hanya di masjid Nabi (S) di Madinah, maka harus Sholat dua rakaat sebelum meninggalkannya.

Lima Masalah:


Pertama: Takbir tambahan dalam Sholat Eid adalah wajib dan qunut juga wajib, tetapi ia tidak perlu lafaz tertentu walaupun boleh berdoa apa yang dikehendaki dan yang afdhal adalah membaca:

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، وأشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله، وأشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله * اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ * أسْأَلُكَ فِي هَذِا اليَومِ الَذِي جَعَلْتَهُ لِلْمُسْلِمِيْنَ عِيْدًاً * وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ* وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ.


Kedua: Jika hari raya dan hari Jumaat pada hari yang sama, sesiapa yang telah menghadiri Sholat Hari Raya adalah menjadi pilihan untuk (dan yang terbaik) menghadiri Sholat Jumaat dan pada Imam untuk mengajar mereka itu dalam khutbahnya.

Ketiga: Dua khutbah adalah selepas Sholat Hari Raya dan melaksanakan khutbah sebelum Sholat Hari Raya adalah bidaah, dan adalah wajib mendengar kedua-dua khutbahnya.

Keempat: tidak perlu pindah ke mimbar masjid, bahkan dibuat mimbar yang serupa dari tanah adalah mustahab (sunat).

Kelima: Jika matahari sudah terbit haram bermusafir sehingga selesai Sholat Hari Raya, ia adalah wajib ke atasnya, dan dibolehkan meninggalkan (rumah) selepas fajar dan sebelum matahari terbit, dan ia adalah makruh.





Rukun ketiga: Sholat-sholat Lain Bab Pertama: Sholat Jumaat



Rukun ketiga: Sholat-sholat Lain

Bab Pertama: Sholat Jumaat

Keterangan: Sholat Jumaat, Kepada siapa diwajibkan, dan Perlaksanaannya.

Pertama: Sholat Jumaat.

Ia sama seperti Sholat Shubuh dengan dua rakaat yang menggantikan Sholat Dzohor, dan mustahab dalam kedua-dua rakaatnya bacaan secara jihar (kuat). Diwajipkan pada waktu zawal (gelincir rembang) matahari dan berlanjutan di sepanjang waktu Sholat Dzohor, dan kalau keluar waktunya - yang mana – Sholat Jumaat dibawa ke penghujungnya oleh Imam atau makmum. Dan Sholat Jumaat berlalu dengan berlalunya Sholat Dzohor, maka tidak diqadhakan Sholat Jumaat, tetapi wajib diqadhakan Sholat Dzohor di segerakan atasnya bersholat,

Diwajibkan ke atasnya berusaha menunaikan Sholat Jumaat dan jika dia sempat sampai kepadanya, maka hendaklah dia menunaikannya. Jika tidak sempat, hendaklah dia mengulangi Sholat Dzohor dan tidak hanya berpuashati dengan bersholat Dzohor sebelum berusaha menunaikan Sholat Jumaat

Sekiranya yakin mempunyai cukup waktu untuk dua khutbah dan dua rokaat sholat yang ringkas maka wajib didirikan Sholat Jumaat, jika tidak yakin atau difikirkan kemungkinan besar bahawa masa tidak mencukupi maka telah terlepas (kewajipan) Sholat Jumaat dan hendaklah didirikan Sholat Dzohor. Adapun jika dia tidak sempat mendengarkan khutbah pada awal Sholat dan hanya sempat bersama imam pada rakaat pertama Sholat Jumaat itu, dan begitu juga jika dia hanya sempat mengikut imam dalam keadaan rukuk pada rakaat kedua, lalu bertakbir dan terus rukuk, kemudian dia merasa ragu-ragu adakah dia bertakbir semasa imam masih lagi rukuk atau telah pun mengangkat kepalanya daripada rukuk maka tidak berlaku (diterima) Sholat Jumaat padanya dan hendaklah dia dirikanlah Sholat Dzohor.

Sholat Jumaat diwajibkan dengan syarat-syarat berikut:

I: Penguasa yang adil (Imam maksum (as)) atau dari lantikannya,
jika Imam meninggal dunia ketika sholat itu dilaksanakan tidak membatalkan Sholat Jumaat itu, dan dibenarkan salah seorang daripada Jamaah untuk kehadapan bagi menyempurnakan Sholat. Begitulah juga halnya jika berlaku pada imam yang dilantik pada perkara yang membatalkan sholat seperti pitam, gila atau berhadas..

II Cukup Bilangan: iaitu lima orang termasuk Imam. Jika memisahkan diri (mufaraqah) ketika khutbah atau selepasnya iaitu sebelum bersiap-siap memulakan sholat gugurlah kewajipan Sholat Jumaat tersebut, tetapi jika telah masuk (mula) mendirikan sholat, walaupun dengan bertakbir wajib menyempurnakannya walaupun yang tinggal hanya seorang.


III: Dua Khutbah, Dalam setiap khutbah

1.   Al-Hamdu Lillah - memuji Allah,
2.   Selawat atas Nabi dan keluarga baginda (as),
3.   Pengajaran (Al-Wa3idz), dan
4.   Membaca Surah pendek atau satu ayat.

Dan (diriwayat) dari mereka (as): memuji Allah dan menyanjungi-Nya, dan kemudian berwasiat (memberi nasihat) supaya bertakwa kepada Allah, dan membaca Surah pendek dari Al-Quran, kemudian duduk, Selepas itu berdiri lalu memuji Allah dan menyanjungi-Nya dan Selawat atas Nabi dan keluarga baginda (as) dan atas pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan memohonkan ampunan bagi mukminin dan mukminat. dan boleh melaksanakan kedua-dua khutbah sebelum waktu zawal (rembang) hingga tergelincir matahari. Khutbah wajib dilaksanakan lebih dahulu dari sholat, jika dimulakan dengan sholat tidak sah (sholat) Jumaat. Diwajibkan waktu membaca khutbah sambil berdiri menyampaikannya mengkut keupayaan, di antara dua khutbah wajib dipisahkan dengan duduk sebentar. Wajib bagi imam berada di dalam keadaan suci dalam pada kedua-dua khutbah, tetapi tidak wajib bagi makmum. Jika imam dia berhadas ketika berkhutbah hendaklah mensucikan dirinya dan menyempurnakan khutbahnya. Dia wajib meninggikan suara kerana yang mendengar lebih ramai bilangannya.
                            
IV Berjamaah: tidak sah dilakukan secara bersendirian, dan jika ada (hadir) Al-Imam Al-Ashal (maksum) maka wajib atasnya maju ke hadapan, dan jika dia terhalang dibenarkan dia melantik seseorang sebagai penggantinya untuk mengimamkan sholat..

V: Hendaklah tidak ada Jumaat yang lain dalam lengkungn (5.5 km), jika didapati bertembung dua Sholat Jumaat dalam jarak yang kurang daripada itu Kedua-duanya batal walaupun berlaku pada waktu yang sama. Sekiranya ia mendahului walaupun dengan takbiratu l-Ihram maka sah Sholatnya dan batal Sholat yang terkemudian. Jikalau tidak dapat dipastikan mana yang lebih dahulu dan tidak diketahui mana yang lebih dahulu atau terkemudian, orang-orang yang hadir dalam kedua-dua Sholat Jumaat itu hendaklah mengulanginya dengan Sholat Dzohor.

Kedua: Orang yang diwajibkan.

Dengan mengambil kira Tujuh syarat:

1.    Taklif iaitu baligh, berakal dan mampu memilih (ikhtiyar)
2.   Lelaki
3.   Merdeka
4.   Menetap (tidak musafir)
5.   Tidak buta, tidak sakit dan tidak tempang.
6.   Tidak menjadi kesusahan terutama bagi yang terlalu tua.
7.   Dalam jarak 11 km dari tempat Jumaat di adakan.

Semua orang-orang ini dituntut (taklif) menghadirkan diri mereka dan diwajibkan sentiasa mendirikan Sholat Jumaat, tidak termasuk orang-orang yang tidak dituntut (taklif). Sekiranya dihadiri oleh orang kafir tidak sah Jumaat bagi orang kafir dan tidak wajib Jumaat baginya, walaupun ia wajib ke atasnya sebelum itu.. Diwajibkan Jumaat ke atas penduduk di pedalaman sebagaimana diwajibkan ke atas penduduk bandar apabila cukup syarat. Begitu juga ke atas orang-orang yang menetap di khemah-khemah seperti penduduk badwi apabila mereka menetap di satu tempat (iaitu tidak berpindah randah dan bermusafir).


Permasalahan lain

Pertama: Tidak diwajibkan Jumaat ke atas hamba walaupun mendapat persetujuan tuannya sehinggalah kedua-duanya bersetuju untuk sholat Jumaat pada hari yang sama.

Kedua: Bagi orang yang gugur kewajipan Jumaat ke atasnya dibenarkan sholat pada awal waktunya dan haram ke atasnya melewatkan sholat Dzohor sehingga luput waktu Jumaat, malah tidak digalakkan kecuali jika dia menyangka bahawa dia akan menghadirinya.

Ketiga: Apabila selepas gelincir matahari tidak dibenarkan bermusafir pada hari Jumaat, dan makruh selepas terbit fajar.

Keempat: Mendengar khutbah adalah wajib, serta haram berkata-kata padanya, tetapi tidaklah sampai membatalkan Jumaatnya.

Kelima: Seorang imam Jumaat haruslah: Sempurna akal, beriman, adil, dilahirkan suci (Thahirah Al-Maulud) dan seorang lelaki mukmin. Dibolehkan bagi seorang hamba, dan seorang berpenyakit kusta dan cacat, begitu juga baga seorang yang buta bahkan pekak dan bisu, jika dia bersholat menarik perhatian kamu, dan berkhutbah dengan (bahasa (isyarat), tetapi tidak boleh ada (hadir) bersamanya selain dari mereka.

Keenam: Jika musafir yang bercadang untuk tinggal menetap di suatu tempat lebih dari sepuluh hari dan wajib atasnya Sholat Jumaat, dan juga bagi yang tidak bercadang untuk menetap dan telah berlalu tiga puluh hari di Negara Mesir sahaja.

Ketujuh: Azan kedua hari Jumaat bid'ah.

Kelapan: diharamkan berjualbeli selepas azan hari Jumaat, jualbeli itu adalah sah. Jika salah seorang yang berakad jualbeli itu adalah orang yang tidak diwajibkan ke atasnya berusaha, jualbeli itu adalah diharuskan pada pihaknya, tetapi haram pada pihak satu lagi.

Kesembilan: Jika imam itu tidak ada dan sholat tidak dapat didirikan secara berjamaah adalah mustahab untuk Sholat Jumaat.

Kesepuluh: Jika seorang makmum tidak sempat sujud bersama imam pada rakaat pertama disebabkan terlampau sesak contohnya, Sah sholat nya sekiranya dia sempat sujud dan sebelum rukuk (rukuk imam pada rakaat kedua). Jika dia tidak sempat mengikut pada dua sujud (imam bersujud dua sujud pada rakaat kedua dan dia hanya mampu mengikuti imam dalam dua sujud dan bersujud dua sujud untuk rakaat pertama), lantas dan dia berniat mengikut imam pada rakaat kedua maka tiada halangan baginya sekiranya dia jahil atau terlupa, dan kemudian menyempurnakan rakaat kedua..

Adab-Adab Jumaat:

Mandi dan menunaikan sholat nafilah dua puluh rakaat: enam rakaat ketika matahari mula bersinar (Inbisath Al-Syams), enam rakaat ketika matahari naik (Irtifa’ Al-Syams), enam rakaat ketika sebelum tergelincir matahari (Qabla Al-Zawwal Al-Syams) dan dua rakaat ketika tergelincir matahari (3inda Zawal Al-Syams).

Dibenarkan melewatkan sholat nafilah dua puluh rakaat sehingga selepas tergelincir matahari dan lebih afdhal untuk mendahulukannya sebelum waktu tergelincir matahari (zawwal). Dibenarkan bersholat nafilah enam rakaat antara dua sholat fardhu (Dzohor dan 3ashar, atau Jumaat dan 3ashar).

Datanglah lebih awal ke masjid besar untuk sholat selepas mencukur kepalanya, memotong kuku jari dan merapikan misai. Ambil minuman terlebih dahulu supaya lebih tenang dan bersungguh, hebat gerak gerinya, memperelokkan pakaiannya dengan pakaiannya yang paling elok dan berdoa ketika mula bergerak. dan hendaklah khuthbah itu jelas dan tekun dalam sholat-sholat di awal waktunya pula.

Makruh bagi khatib berkata-kata ketika sedang berkhutbah selain daripada khutbah sholat yang dibacakannya. Mustahab (sunat) bagi imam memakai serban dan menyelimuti dirinya dengan kain berjalur dari yaman. Hendaklah berpegang kepada sesuatu (seperti tongkat). Serta hendaklah memberi salam sebelum memulakan khutbahnya. Duduklah terlebih dahulu sebelum memulakan khutbah.

Apabila Imam akan membaca surah hendaklah mengutamakan surah Al-Jumuah pada rakaat pertama dan surah Al-Munafiqin pada rakaat kedua, tetapi tidak boleh membaca separuh daripada surah yang dibacakannya melainkan pada surah Al-Kafirun (Al-Jahd) dan surah Al-Tauhid (Al-Ikhlas),

Disunatkan (mustahab) membaca secara jihar (kuat) di dalam Sholat Dzohor pada Hari Jumaat, dan lebih afdhal bagi orang yang berSholat Dzohor melaksanakan di masjid besar.

Jika tidak ada Imam Jumaat dari kalangan orang yang diiikuti (akidahnya), adalah dibenarkan makmum mendahului sholatnya ke atas imam. dan kalau bersholat bersamanya dua rakaat sholat zuhur bersama imam dan sempurnakan dua rakaat lagi setelah imam memberi salam.



✡✡✡✡✡



Ahad, 20 September 2015

VII: Tasyahud dan VIII: Memberi Salam -Penutup



VII: Tasyahud


Ia wajib dilaksanakan satu kali dalam sholat-sholat dua rakaat, dan dua kali dalam sholat-sholat tiga rakaat dan empat rakaat. Jika melanggarnya atau salah satu darinya dengan sengaja akan batal sholatnya.

Dan setiap satu dari Tasyahud wajib atasnya lima perkara:

1.   Duduk sekadar membaca Tasyahud,
2.   Membaca dua kalimah syahadah
3.   Berselawat atas Nabi dan keluarga baginda (as),
4.   Bentuk bacaannya:

اَشْهَدُ أَنْ لاَ إلَهَ إلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ
Asyhadu An La Ilaha Ilallah Wahdahu La Syarika lah
 واَشْهَدُ اَنّ مُحَمّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
Asyhadu Anna Muhammadan 3abduhu Wa Rasuuluh 

kemudian selawat atas Nabi dan keluarga baginda dengan menyebut:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَآلِ مُحَمَّد
Allahumma Shalli 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad.

5.   Sesiapa yang tidak baik bacaan Tasyahudnya, dia mestilah mencari jalan memperbaiki bacaannya secepat mungkin, maka perlulah belajar bacaan yang baik daripadanya.


Dan perkara yang perlu diperhatikan dalam bahagian ini: Hendaklah duduk Tawarruk, keadaannya: duduk di atas paha kiri, dan kedua-dua kakinya di luar, membuatkan nampak kaki kirinya ke bumi, dan kaki kanannya di atas tapak kaki kiri, dan membaca tambahan dari apa yang wajib dengan tahmid dan doa.






VIII: Memberi Salam


Ia wajib, tidak keluar (berakhir) sholat melainkan dengan memberi salam, ia adalah dengan berkata:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamu 3alaiku Warahnatu-Llahi Wabarakatuh

Dan perkara yang perlu diperhatikan dalam bahagian ini: Hendaklah memberi salam ke arah Kiblat dengan satu salam, dan menjeling dengan ekor matanya ke kanan, dan imam ke halaman mukanya (hadapan), begitu juga dengan makmum. Kemudian hendaklah dengan menjeling ke sebelah kiri memberi salam sekali lagi ke kirinya, dengan mukanya juga tetap menghadap ke halaman hadapan.


Perkara yang perlu diperhatikan dalam sholat, ada lima perkara:

Pertama: Berdoa selepas setiap dua takbir dari enam takbir-takbir (Takbiraat) tambahan kepada Takbiratu l-Ihram yang menjadi tiga kali setiap dua takbir dan kemudian berdoa, kemudian dua kali lalu berdoa, dan kemudian takbir dua kali dan juga berdoa. Maka yang pertama daripada tujuh takbir adalah Takbiratu l-Ihram dan dituntut bersamanya berniat untuk dirikan sholat, dan sholat akan bermula pada masa itu.

Kedua: Qunut, dilakukan dalam setiap sholat dua rakaat sebelum rukuk dan selepas membaca (Al-Hamd dan surah). Dan mustahab berdoa dengan zikir-zikir yang diriwayatkan, dan hanya perkara yang dia kehendaki dan sekurang-kurangnya sekadar lafaz tiga tasbih, begitu juga mustahab untuk qunut selepas rukuk terakhir setiap sholat. Pada hari Jumaat ada dua kali qunut, yang pertama sebelum rukuk, dan kedua selepas rukuk, Jika terlupa qadhakan selepas rukuk.

Ketiga: Pada masalah tempat pandang ketika berdiri ke tempat sujud, jika qunut pada tapak tangannya, jika rukuk di antara dua kakinya, dalam hal sujud di hujung hidungnya, dan ketika Tasyahud ke batunya, dan lebih baik agar mengurangkan penglihatan di dalam sholat.

Keempat: Pada masalah meletakkan tangan, ketika berdiri diletakkan di atas dua pahanya di bahagian atas lututnya, dan ketika Qunut berhadapan dengan mukanya, dan ketika rukuk di atas lututnya, dan ketika sujud bertentangan dengan telinganya, dan ketika Tasyahud di atas dua pahanya.

Kelima: Ulasan, sekurang-kurangnya dilakukan tiga Takbir sebelum meninggalkan (mengakhiri) sesuatu sholat. Ia menyempurnakan sepuluh Haji (Hujaj) dan kesempurnaan makrifah, dan afdhal membaca Tasbih Al-Zahraa’ 3alaiha Al-Salam, termasuk berdoa dengan doa-doa yang diriwayatkan, dan hanya perkara-perkara yang memudahkan.


Penutup: Yang Menghentikan Sholat

Ada dua bahagian, pertama: Yang dibatalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia adalah semua perkara yang membatalkan Thaharah (keadaan suci) sama ada gangguan yang diusahakan atau yang berlaku, seperti air kencing, najis dan apa yang membawa kepada wajibnya mengambil wuduk, dan apa yang membawa kepada wajibnya Ghusl (mandi) seperti junub dan haid.

Kedua: Yang tidak membatalkan melainkan dengan sengaja, iaitu: meletakkan yang kanan sebagai kiri, dan memberi perhatian kepada yang di sebaliknya, dan berkata-kata lebih dari dua perkataan, dan tergelak ketawa, dan banyak melakukan pergerakan yang bukan perbuatan sholat, menangis atas perkara-perkara duniawi, makan atau minum banyak atau sedikit, maka janganlah merosakkan sholat dengan membawa sisa makanan dalam mulut, atau minum air dalam sholat Witir bagi mereka yang sangat dahaga kerana dia mahu berpuasa pada waktu pagi selepas malam itu, tetapi tidak menjaga kiblatnya. Dan makruh bagi lelaki yang rambutnya kusut.

Makruh memandang kiri dan kanan, dan menguap, dan berlama-lama (Al-Tamaththi), dan terburu-buru (Al-3abits), dan meniup tempat sujud, dan berkahak (Al-Tankhim), dan meludah, atau mematah-matahkan jarinya, atau meraung atau merintih dengan satu perkataan, atau mengeluarkan air kencing, najis atau angin. jika sempit ringan mustahab baginya supaya menghentikan sholatnya.

Empat masalah:

Pertama: Apabila seseorang bersin dalam sholat mustahab baginya untuk memuji Allah, begitu juga selain bersin mustahab menyebut namaNya.

Kedua: Apabila ia diberi salam boleh jawab salam dengan berkata: Salamun 3alaikum dan bukan dengan berkata: Wa 3alaikumu s-Salamun.

Ketiga: ia boleh berdoa dengan semua jenis doa termasuklah bertasbih atau bertahmid, atau meminta sesuatu yang diharuskan dari perkara-perkara dunia dan akhirat, berdiri, duduk, rukuk dan sujud, serta tidak boleh meminta sesuatu yang haram, Walau terpaksa melakukannya pada hal dia tahu pengharamannya membatalkan sholatnya.

Keempat: Adalah dibenarkan bagi seorang yang sedang sholat untuk menghentikan sholatnya jika dia takut kerosakan kepada hartanya, atau melarikan diri daripada musuh, atau kecederaan anak-anaknya dan sebagainya, dan tidak boleh menghentikan sholatnya jika ada pilihan yang lain.





Sabtu, 19 September 2015

VI: Sujud


VI: Sujud


Adalah menjadi kewajipan bagi tiap-tiap rakaat dua kali Sujud, kedua-duanya adalah rukun [bersama-sama] dalam sholat, terbatal oleh kesalahan pada kedua-duanya dari setiap rakaat dengan sengaja atau secara tidak sengaja, ia tidak terbatal oleh kesalahan pada salah satu darinya secara tidak sengaja..

Ada enam kewajipan Sujud:

Pertama: Ada tujuh anggota Sujud iaitu: dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua ibu jari kaki.


Kedua: dahi diletakkan di atas apa yang sah sujud atasnya, jika sujud di atas gumpalan serban tidak dibenarkan.

Ketiga: membongkok untuk sujud sehingga menempelkan dahi di tempatnya dan berhenti seketika, namun untuk menjadi sangat mudah sekadar serpihan kecil (lábina) tidak lebih dari itu. maka jika dipertimbangkan apa yang menghalang mengenainya terhad kepada apa yang boleh dilakukan, maka tiada pengecualian untuk mengangkat (menggugurkan) kewajipan atas apa untuk bersujud, dan jika tidak berupaya melakukan kesemuanya, dia boleh menggunakan isyarat.

Keempat: Zikir untuk sujud sama seperti yang telah kami katakan pada rukuk, tetapi dengan menggantikan perkataan Al-3adzimi kepada Al-A3dzami, dan perkataan Al-3aliyi kepada Al-A3la iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّىَ الأعظم وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiya l-A3dzami Wa Bihamdih atau
سُبْحَانَ رَبِّىَ الأعلى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiya l-A3la Wa Bihamdih

Kelima: Berhenti seketika (Al-Thama’ninah) adalah wajib kecuali keperluan (dharurat) yang menghalangnya.

Keenam: Mengangkat kepala dari sujud pertama sehingga duduk seketika, dan wajib bertakbir ketika melaksanakannya dan ketika bangkit darinya.


Dan mustahab: hendaklah bertakbir untuk sujud dengan mengangkat tangannya sejajar di hadapan mukanya, dan anggota hampir pertengahan ke telinganya, dan ibu jari hendaklah mengarah ke tengah-tengah lehernya dan ini adalah sholat para malaikat. Kemudian terus sujud dengan tangannya dahulu ke tanah, dan hendaklah menjadikan tempat sujud sama rata atau lebih rendah lagi, dan sekaligus mencecahkan hidung dan berdoa, dan ditambah dengan tasbih yang satu dan apa yang mudah, dan berdoalah antara dua sujud, dan hendaklah duduk tawarruk, dan duduk serta-merta selepas sujud kedua dengan berhenti seketika, dan berdoa apabila akan berdiri, tangannya ditopang sebelum mengangkat kedua lututnya. Dan makruh: mencangkung di antara dua sujud.

Tiga masalah:
             
Pertama: daripada apa yang menghalang dia daripada meletakkan dahi ke atas tanah seperti sakit (luka), Jika ia tidak menyesuaikan dahinya dengan membentuk dan meletakkannya secara perlahan dari dahinya ke tanah, jika ia tidak boleh sujud pada mana bahagian dahinya, yang menghalangnya maka sujudlah di atas dagunya.

Kedua: Ayat-ayat sujud (Ayat Sajadah) dalam Al-Quran ada lima belas, empat daripadanya wajib melakukan sujud, iaitu:

·      Surah Alif Lam Mim atau Al-Sajdah 32: ayat 15
·      Ha Mim Al-Sajdah atau Fushilat 41 ayat 38
·      Al-Najm 53 ayat 62
·      Al-3alaq 96: ayat 19

Sunnah ada sebelas ayat

·      Al-A3raf 7: ayat 206
·      Al-Ra3du 13: ayat 15
·      Al-Nahl 16: ayat 49-50
·      Al-Israa’ 17: ayat 109
·      Maryam 19: ayat 58
·      Al-Hajj 22: ayat 18 (dua tempat) dan
·      Al-Hajj 22: ayat 77.
·      Al-Furqon 25: ayat 60
·      Al-Naml 27: ayat 25
·      Shaad 38: ayat 24
·      Al-Insyiqaq 84: ayat 21

Dan wajib sujud dalam empat Al-3azzaim (di atas) apabila membaca dan mendengarnya dan mustahab pada yang mendengarnya, dan ayat-ayat selebihnya mustahab dalam segala hal. Dan sujud-sujud tidak perlukan Takbir atau Tasyahud atau Taslim (salam), tidak disyaratkan dalam keadaan suci, dan tidak perlu menghadap kiblat, walaupun lupanya itu datang kemudian.

Ketiga: Sujud-sujud syukur adalah mustahab dilakukan apabila mendapat nikmat baru, terselamat dari bahaya dan selepas mendirikan sholat, dan mustahab menangisinya.


V: Rukuk (Ruku3)


V: Rukuk (Ruku3)

Ia wajib dilakukan sekali pada tiap-tiap rakaat kecuali dalam Sholat Gerhana dan Sholat Al-Ayaat, ia adalah rukun dalam sholat, dan Sholat akan terbatal jika meninggalkannya dengan sengaja atau secara tidak sengaja yang akan dijelaskan perinciannya, dan kewajipan padanya ada lima perkara:
                                                  
Pertama: Membongkok sekadar ia boleh meletakkan tangannya di atas lututnya, Dan bahawa tangan yang sememangnya panjang untuk sampai ke lutut yang lengkungnya tidak berapa bengkok membentuk bentuk badannya seperti sesiku. Maka jika dia tidak dapat tunduk kerana kecederaan tunduklah sekadar yang ia boleh. Jika bongkoknya terbatas dari asalnya untuk gerakan membongkok walaupun rukuknya mengikut aras bentuk badannya atau kerana kecederaan, wajib ia meningkatkan rukuknya menjadi bentuk sesiku dan menjadikan ia lebih berbeza..

Kedua: Berhenti seketika (Al-Thama’ninah) sekadar melaksanakan kewajipan zikir mengikut keupayaan, walaupun dalam keadaan sakit, dia tidak boleh menggugurkannya, seperti mana-keuzuran terbatas dari asal untuk rukuk.

Ketiga: Mendongakkan kepalanya, maka tidak dibenarkan memandang ke arah Sujud sebelum bangkit darinya, melainkan uzur, walaupun kurang mengangkatnya kepada apa yang wajib dilaksanakan.

Keempat: Berhenti seketika (Al-Thama’ninah) ketika bangkit, ia adalah berdiri dan berhenti seketika (Al-Thama’ninah) tegak di tempatnya, walaupun seketika.

Kelima: bertasbih padanya, dan ia cukup dengan zikir walaupun lafaz-lafaz takbir, Tahlil, Tahmid atau lafaz syukur kepada Allah. Dikatakan ganjaran yang diberikan kepada yang memilih satu-satunya Tasbih yang lengkap, iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiya l-3adzimi Wa Bihamdih atau
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَلِيِّ وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiya l-3aliyi Wa Bihamdih atau
سبحان الله 
Subhana Allah tiga kali, dan pada keperluan yang kecil. Kita wajib bertakbir untuk rukuk.

Dan perkara yang perlu diperhatikan dalam bahagian ini: Hendaklah bertakbir untuk rukuk dengan berdiri sambil bertakbir dengan mengangkat tangannya sejajar telinganya, dan kemudian dia akan terus rukuk, dan meletakkan tangannya di atas lututnya dengan membuka jari-jarinya. Jika tidak dapat dilakuksn letakkan di tempat lain, hendaklah ditukar dari meletakkan pada lututnya kepada penggantinya, walaupun di pelipat lututnya, meluruskan lehernya selari dengan belakangnga, lalu membaca tasbih, dan bacaan tasbih diulang tiga, lima atau tujuh kali secara tambahan (ganjil), Imam hendaklah meninggikan suaranya dengan zikirnya, dan selepas ia bangkit katakan.
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami3a Allahu Liman Hanidah

(Allah mendengar sesiapa yang memujaNya) dan berdoa selepasnya. Dan makruh: rukuk dengan tangannya berada di bawah pakaiannya.




VI: Sujud >>





III: Qiyam (Berdiri) dan IV: Membaca


III: Qiyam (Berdiri)

Ia adalah rukun mengikut keupayaan, sesiapa yang melanggar secara sengaja atau tidak sengaja batal sholatnya. Jika dia mampu berdiri sendiri adalah wajib melakukannya, jika tidak ia wajib bergantung kepada apa yang boleh dilakukannya untuk berdiri, dan boleh bersandar pada dinding mengikut keupayaan. Walaupun berdiri sekadar senahagian dari sholatnya wajib mengikut kadar keupayaannya, melainkan sholatnya dilakukan sambil duduk. Dan duduk jika dia boleh lakukan dari berdiri kepada rukuk adalah wajib, melainkan melakukan rukuk sambil duduk. Jika tidak dapat duduk sholatnya dilakukan sambil berbaring, Jika sholatnya boleh dilakukan sambil berbaring (mengiring) dan kedua-duanya diakhiri dengan isyarat rukuk dan sujud. Bagi sesiapa yang tidak berupaya kerana keadaannya semasa sholat hendaklah menukar kepada selainnya untuk meneruskannya, seperti jika tidak mampu berdiri dilakukan sambil duduk, atau jika tidak mampu duduk dilakukan sambil berbaring, atau jika tidak mampu berbaring dilakukan dengan apa saja cara yang mampu, dan juga sebaliknya. Bagi sesiapa yang tidak berupaya sujud gugurlah sujud atasnya, jika ia tidak mampu memberi isyarat.


Duduk Tawarruk

Dan perkara perlu diperhatikan dalam bahadian ini ialah dua perkara: Orang yang sholat sambil duduk dalam keadaan membaca dan kakinya terlipat dalam melakukan rukuk, dan duduk tawarruk dalam keadaan membaca tasyahudnya..

IV: Membaca

Ia adalah wajib, dan mestilah dengan Al-Hamd (Surah Al-Fatehah) pada semua sholat dua rakaat, dan dalam dua rakaat pertama setiap sholat empat rakaat dan sholat tiga rakaat. Diwajibkan membaca keseluruhannya. Sholat tidak sah dengan kesalahan (kecacatan), walaupun dengan satu huruf darinya dan dengan sengaja walaupun pada tekanan (Al-Tasydid), serta kefasihan (Arab)-nya. Dan Basmalah adalah satu ayat daripadanya, wajib dibaca bersamanya, dan orang yang sholat tidak boleh baca secara terjemahannya. Dan wajib mengikut tertib kalimah dan ayat-ayatnya dan cara menyampaikannya, jika melakukan kesalahan dengan sengaja hendaklah diulang semula. Jika terlupa baca semula sebelum ia rukuk. Jika dia terus rukuk di dalam sholatnya walaupun mengingatinya.

Sesiapa yang tidak bagus (bacaannya), ia wajib belajar, jika ia memakan masa baca yang apa yang boleh dibacanya atau membaca Basmalah sepuluh kali, tetapi tidak boleh membaca apa yang dirasa mudah selain darinya, atau bertasbih kepada Allah (Sabbahi Allah), memuji Allah (Hamda Allah) bertahlil - mengesakan Allah (هلّله) dan bertakbir padanya mengikut kadar bacaan, maka dia wajib mempelajarinya. Orang bisu yang keras lidahnya untuk membaca hendaklah menyimpulkan maknanya di dalam hati. Pada setiap sholat-sholat tiga dan empat rakaat (pada rakaat ketiga dan keempat), Imam dan makmum yang sholat akan membaca Al-Hamd (Al-Fatehah) sendiri-sendiri, jika tidak boleh bacalah Basmalah sepuluh kali, jika tidak boleh hendaklah bertasbih.

Dan bacalah surah yang lengkap selepas Al-Hamd (Al-Fatehah) pada dua rakaat pertama adalah wajib dalam Sholat-sholat Farfhu, mengikut kesempatan masa yang memungkinkan belajar sebagai pilihan. Jika membaca Surah lebih awal sebelum Al-Hamd diulang semula atau tidak membacanya selepas Al-Hamd. Tidak boleh membaca dalam Sholat-sholat Farfhu, sebahagian ayat-ayat dari surah-surah Al-3azzaim (panjang), dan supaya tidak terlepas waktu kerana membacanya. Dan boleh membaca sekaligus dua surah.

Diwajibkan Jihar (bacaan kuat) pada Al-Hamd dan Surah-surah dalam Sholat Shubuh, dan dua rakaat pertama Sholat Maghrib dan 3isyak. Dan Ikhfaa’ (bacaan perlahan) dalam Sholat-sholat siang dan rakaat ketiga Maghrib, dan dua rakaat akhir dalam Sholat 3isyak. Dan bacaan Jihar adalah bacaan yang boleh didengar orang-orang yang berhampiran dengan pendengaran yang jelas untuk didengar, dan bacaan Ikhfaa’ (perlahan) adalah bacaan yang dapat didengar oleh dirinya sendiri. Dan orang-orang perempuan tidak boleh membaca secara Jihar (kuat).
                     
Dan perkara yang perlu diperhatikan dalam bahagian ini: Membaca Basmalah secara Jihar (kuat) pada tempat-tempat bacaan Ikhfaa’ (perlahan) pada awal Al-Hamd, dan pada awal surah, dan hendaklah membaca secara tartil (bertajwid), berhenti pada tempat-tempatnya dan membaca surah selepas Al-Hamd dalam Sholat Nawafil. Dan membaca dalam dua Sholat-sholat siang hari dan Maghrib dengan surah pendek seperti Surah-surah "Al-Qadr" dan "Al-Jahd (Al-Kafirun)" Pada Sholat 3isyak Surah-surah "Al-A3la" dan "Al-Thariq" dan yang serupa dengannya, dan pada waktu Shubuh Surah-surah "Al-Muddatsir" dan "Al-Muzzammil" dan yang semisal dengannya, dan pada siang hari Isnin dan Khamis bacalah "Hal Ataa (Al-Ghasyiah)". Pada Sholat Maghrib dan 3isyak malam Jumaat dengan"Al-Jumu3ah" dan "Al-A3la", dan dalam Sholat Shubuh-nya dengan "Qul Huwa Allahu Ahad", dan dalam dua Sholat-sholat siang hari dengan "Al-Munafiqin",

Dan Sholat-sholat Nawafil siang harinya dengan surah-surah pendek dan mudah, dan pada waktu malam dengan surah-surah panjang dan Jihar dalam membacanya, dan jika kekurangan masa ringankan dengan membaca "Qul Ya Aiyuha Al-Kafirun" dalam tujuh surah-surah di atas, dengan dimulakan Surah "Al-Tauhid" dibolehkan. Dan baca dalam dua-duaan rakaat sholat malam tiga puluh kali "Qul Huwa Allahu Ahad", dan bakinya dengan surah-surah panjang.

Apabila mendengar bacaan Imam dari belakangnya dan suaranya tidak sampai (didengar), maka membaca dua kalimah syahadah adalah mustahab. Jika orang yang sholat melalui ayat-ayat rahmat mintalah mengenainya, atau ayat-ayat niqmah (hukuman) mintalah berlindung darinya,


Berrikut ada tujuh masalah:

Pertama: Janganlah ucapkan perkataan Amin di akhir Al-Hamd (Al-Fatehah).

Kedua: ikutlah syarat-syarat bacaan yang betul, yang jika dibaca selain darinya ulang semula bacaan tersebut, dan juga pada menentukan hentian dan diam seketika. Adapun jika diam semasa bacaan tidak berlaku hentian, atau menentukan hentian tetapi tidak berhenti dan meneruskan sholat.

Ketiga: Surah "Al-Dhuha" dan "Alam Nasyrah" adalah satu surah, dan begitu juga Surah "Al-Fil" dan "Liila Fi Quraisyin" adalah satu surah. Kita tidak boleh mengasingkan salah satu daripada keduanya oleh kesahihannya dalam setiap rakaat, dan tidak dipisahkan dengan Basmalah di antara keduanya.

Keempat: Jika membaca perlahan (Ikhfaa’) pada tempat bacaan Jihar atau diterbalikkan kerana tidak tahu atau lupa tidak perlu diulang.

Kelima: dibolehkan mengantikan Al-Hamd Jika tidak boleh membacanya dengan membaca Basmalah sepuluh kali atau dua belas kali Tasbih, jika bacaannya:
سبحان الله، والحمد الله، ولا إله إلا الله، والله أكبر
Subhan Allah, Wa l-Hamdu Lillah, Wa La Ilaha Illa Allah, Wa Allahu Akbar bacalah sebanyak tiga kali.

Keenam: Sseiapa yang membaca dari Surah-surah Al 3azzaim dalam Nawafil wajib sujud di tempat-tempat sujud (ayat sajadah), dan juga membaca yang lain sambil mendengar, kemudian berdiri dan membaca apa yang tinggal darinya dan kemudian rukuk. dan jika sujud itu di lakukan di akhirnya mustahab baginya membaca Al-Hamd untuk rukuk dari bacaan itu.


Ketujuh: Al-Mu3auwizhatan (Surah-surah Al-Falaq dan Al-Nas) adalah dari Al-Quran, dan ia boleh dibaca dalam Sholat sholat Fardhu dan Nafilahnya.