Hawking Dan Ketunggalan Dentuman Besar
"Pada tahun 1965 saya telah membaca tentang teorem Penrose bahawa
mana-mana jasad yang mengalami keruntuhan graviti akhirnya pasti membentuk
ketunggalan. Tidak lama kemudian, saya menyedari bahawa jika seseorang
membalikkan arah masa dalam Teorem Penrose,
agar keruntuhan berubah menjadi pengembangan, keadaan teorem nya akan tetap
berlaku, dengan syarat keadaan alam semesta ini secara kasarnya seperti model
Friedmann pada skala besar seperti masa sekarang. Teorem Penrose telah
____________________
[1] Sumber (Hawking - Sejarah Ringkas Masa).
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 536
menunjukkan bahawa
mana-mana bintang yang runtuh mesti berakhir dengan ketunggalan; hujah yang
disongsangkan masa pula menunjukkan bahawa mana-mana alam semesta yang
berkembang seperti model Friedmann mesti bermula dengan ketunggalan. Atas sebab
teknikal, teorem Penrose memerlukan alam
semesta yang mempunyai ruang infinit. Jadi saya sebenarnya boleh menggunakannya
untuk membuktikan bahawa perlu ada ketunggalan hanya jika alam semesta
berkembang cukup pantas untuk mengelakkan ia dari runtuh lagi (kerana hanya
model Friedmann sahaja yang mempunyai ruang infiniti).
Dalam beberapa tahun
seterusnya, saya telah membangunkan teknik matematik baru untuk menghapuskan
perkara ini dan keadaan teknikal lain daripada teori yang membuktikan bahawa
ketunggalan mesti berlaku. Hasilnya adalah kertas kerja bersama oleh Penrose
dan saya sendiri pada tahun 1970, yang akhirnya membuktikan bahawa perlu ada
ketunggalan dentuman besar dengan syarat kerelatifan am adalah benar dan alam
semesta mengandungi jirim sebanyak seperti yang kita perhatikan. Terdapat
banyak tentangan terhadap kerja kami, sebahagiannya dari Rusia kerana
kepercayaan Marxis mereka dalam determinisme saintifik, dan sebahagian lagi
daripada mereka yang merasakan bahawa keseluruhan idea tentang singulariti
adalah menjijikkan dan merosakkan keindahan teori Einstein. Walau bagaimanapun,
seseorang itu tidak boleh benar-benar berhujah menentang teori matematik. Jadi akhirnya kerja kami diterima umum dan
pada masa kini hampir semua orang menganggap bahawa alam semesta bermula dengan
ketunggalan dentuman besar. Mungkin ironis sekali bahawa, setelah mengubah
fikiran saya, kini saya pula cuba meyakinkan ahli fizik lain bahawa sebenarnya
tidak ada ketunggalan pada permulaan alam semesta - seperti yang akan kita
lihat kemudian, ia boleh hilang apabila kesan kuantum diambil kira.”[1]
_______________________
1. Sumber (Hawking - Sejarah Ringkas Masa): ms
55.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan