Halaman

Isnin, 14 Mac 2022

5.36.7 Sebab Terjadinya Banjir Nuh Di Dalam Taurat: Kemurkaan Tuhan

 

Sebab Terjadinya Banjir Nuh Di Dalam Taurat: Kemurkaan Tuhan

 

Riwayat dalam Taurat mempunyai beberapa aspek yang jelas salah, kerana bercanggahan dengan fakta saintifik yang telah terbukti. Beberapa contoh adalah seperti berikut:

 

- Bahtera Nuh membawa sepasang setiap haiwan yang tinggal di bumi: Kejadian 7:14-16

 

Bersama-sama mereka masuk pula setiap jenis binatang, baik yang jinak mahupun yang liar, yang besar mahupun yang kecil, dan juga setiap jenis burung. Seekor jantan dan seekor betina daripada tiap-tiap makhluk hidup masuk ke dalam bahtera bersama dengan Nuh, seperti yang diperintahkan oleh Allah. Selepas semuanya masuk, TUHAN menutup pintu bahtera.`

 

- Bumi ditenggelami air sepenuhnya pada ketinggian 15 hasta dari puncak gunung tertinggi di bumi: Kejadian 7: 19-23

 

(19) Dan air itu sangat hebatnya bertambah-tambah meliputi bumi, dan ditutupinyalah segala gunung tinggi di seluruh kolong langit, *  sampai lima belas hasta di atasnya bertambah-tambah air itu, sehingga gunung-gunung ditutupinya.* Lalu mati binasalah segala yang hidup, yang bergerak di bumi, burung-burung, ternak dan binatang liar dan segala binatang merayap, yang

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 433

 

 

berkeriapan di bumi, serta semua manusia.* Matilah segala yang ada nafas hidup dalam hidungnya, segala yang ada di darat * Demikianlah dihapuskan Allah segala yang ada, segala yang di muka bumi, baik manusia maupun hewan dan binatang melata dan burung-burung di udara, sehingga semuanya itu dihapuskan dari atas bumi; hanya Nuh yang tinggal hidup dan semua yang bersama-sama dengan dia dalam bahtera itu.

 

- Nuh tinggal di atas bahtera ini bersama jumlah luar biasa binatang dan makanan selama lebih satu tahun:

Kejadian 7: 6-7, 11

 

Nuh berumur enam ratus tahun ketika berlaku banjir di bumi. Nuh dan isterinya, bersama dengan anak-anaknya serta isteri-isteri mereka, masuk ke dalam bahtera untuk menyelamatkan diri daripada banjir .............. Ketika Nuh berumur enam ratus tahun, pada hari ketujuh belas, bulan kedua, segala mata air di bawah tanah terbelah. Segala pintu air di langit terbuka, lalu hujan turun selama empat puluh hari dan empat puluh malam.  `

 

Kejadian 8: 14-16

 

`Pada hari kedua puluh tujuh bulan kedua, bumi telah kering. Kemudian Allah berfirman kepada Nuh, Keluarlah dari bahtera bersama-sama isterimu, anak-anakmu serta isteri-isteri mereka. `

 

Semua perkara di atas adalah jelas batil. Tiada sebarang penjelasan saintifik untuk kuantiti air yang diperlukan untuk menenggelamkan semua gunung di muka bumi, kerana jumlah tersebut tidak ada di atas bumi.

Tiada penjelasan logikal berkenaan jumlah luar biasa haiwan yang tinggal di atas bahtera lebih dari satu tahun. Bagaimana bahtera itu mampu menampung mereka dan jumlah makanan yang mencukupi untuk lebih dari satu tahun, seperti yang diceritakan di dalam Injil? Di mana Nuh mendapatkan daging yang mencukupi untuk haiwan pemangsa yang beliau bawa untuk lebih dari satu tahun?

 

Kejadian 7:11-13

 

Ketika Nuh berumur enam ratus tahun, pada hari ketujuh belas, bulan kedua, segala mata air di bawah tanah terbelah. Segala pintu air di langit terbuka, lalu hujan turun selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Pada hari itu juga, Nuh dan isterinya masuk ke dalam bahtera bersama dengan ketiga-tiga orang anak mereka, iaitu Sem, Yafet, dan Ham, serta isteri masing-masing.”`

 

 

Kejadian 8: 13-19

 

Ketika Nuh berumur 601 tahun, pada hari pertama bulan pertama, air telah surut sama sekali. Nuh membuka

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 434

 

 

bumbung bahtera dan memandang di sekelilingnya. Dia mendapati permukaan tanah sudah mulai kering. Pada hari kedua puluh tujuh bulan kedua, bumi telah kering. Kemudian Allah berfirman kepada Nuh, Keluarlah dari bahtera bersama-sama isterimu, anak-anakmu serta isteri-isteri mereka. Bawalah keluar semua burung dan binatang darat, yang kecil mahupun yang besar, supaya burung dan binatang itu dapat berkembang biak dan tersebar ke seluruh bumi.” Nuh keluar dari bahtera bersama dengan isterinya, anak-anaknya serta isteri masing-masing. Semua burung dan binatang darat keluar dari bahtera, tiap-tiap jenis bersama dengan kelompok sejenisnya.”`

 

Di manakah kesan-kesan jumlah air yang besar ini memandangkan kejadian semulajadi pasti meninggalkan kesan yang boleh ditemui, walaupun setelah berbilion tahun? Bagaimana kesannya boleh hilang, sedangkan peristiwa ini baru terjadi beberapa ribu tahun yang lepas?

Mungkin mereka akan menjawab mukjizat telah menyembunyikannya!

Jika begitu kesnya, maka kisah banjir ini tidak lebih dari mitos. Apabila kisah ini didapati bercanggahan dengan asas-asas sains dan secara sejarahnya tidak pernah terjadi, ia dijustifikasikan dengan mukjizat. Bagaimanapun, apabila Tuhan menurunkan mukjizat, ia akan diturunkan dengan penuh hikmah dan atas tujuan yang bijaksana, bukan sebab bermain-main atau untuk menyesatkan manusia serta menutup fakta dan peristiwa, seperti banjir Nuh (as)

Perlu kita ambil perhatian bahawa kisah banjir adalah sebuah kisah sejarah. Segala sesuatu yang berkaitan dengannya boleh disahkan secara saintifik, oleh itu apa sahaja perkara salah berkenaan cerita ini dapat dibongkarkan dengan mudah sekali melalui sains. Maka, yang tinggal hanyalah kisah sebenar yang tidak bercanggahan dengan data saintifik yang bersumberkan geologi sejarah mahupun hasil dari pengkajian saintifik yang terperinci.

Malah, kisah yang diceritakan di dalam Taurat tidak dapat diperbetulkan lagi. Ia jelas salah. Walaupun mereka mengatakan banjir itu bersifat khusus di rantau tertentu sahaja, beberapa aspek kisah biblikal didapati tidak selari dengan sains dan fakta. Sebagai contoh perkara ini adalah kehidupan haiwan yang hidup lebih setahun bersama Nuh di atas bahtera, yang mempunyai ukuran yang disebutkan sebelumnya. Di manakah Nuh mendapatkan sumber makanan dan minuman untuk semua mereka dalam tempoh yang panjang ini? Jika memang benar sekalipun beliau membawa jumlah yang besar tersebut, bagaimana bahtera bersaiz tersebut dapat membawa semua mereka?

 

Kebenaran ini adalah bukti kukuh untuk salah satu dari dua kemungkinan:

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 435

 

1. Taurat telah diubah / dirosakkan. Ini bermakna agama Yahudi serta Kristian, yang mengakui kenyataan dari Perjanjian Lama, atau Taurat sebagai sebuah kitab yang benar, telah tersesat dari agama Tuhan yang maha perkasa.

 

2. Agama Yahudi dan Kristian adalah palsu dan buatan manusia, dan Taurat secara total adalah buatan manusia.

 

Adapun untuk kami, pilihan kami adalah kenyataan bahawa Taurat telah diubah, sementara agama Kristian yang mengesahkan kandungannya sebagai sah adalah agama yang telah rosak dan palsu.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan