Menyelesaikan
Perdebatan: “Evolusi Itu Bermatlamat”
Kita mempunyai gen-gen, mutasi genetik dan undang-undang kelangsungan hidup gen terbaik -
atau boleh kita sebutkan, organisme terbaik. Perbezaan antara gen dan organisme
adalah sama seperti perbezaan antara pelan untuk sebuah rumah dan rumah itu
sendiri. Undang-undang kelangsungan hidup gen terpilih akan menambah baik
gen-gen terpilih ini. Sekarang kita telah tahu tanpa ragu-ragu, bahawa mesin kelangsungan
hidup yang terbaik untuk hidupan di bumi ini adalah mesin kecerdikan (otak).
Walaupun kos ekonomi untuk mesin kecerdikan, iaitu otak adalah sangat tinggi
bagi sesuatu organisme, kerana ia memerlukan jumlah nutrien yang sangat besar,
evolusi jelas telah memilih jalan ini, iaitu untuk mengevolusikan mesin
kecerdikan.
Memandangkan mutasi genetik sentiasa wujud,
gen untuk membina mesin kecerdikan (otak sebagai contoh) akan menjadi wujud
samada cepat atau lambat, walaupun jika mutasi genetik itu bersifat rawak.
Sebagai tambahan, oleh kerana undang-undang kelangsungan
hidup bagi gen atau organisme terbaik[1] adalah undang-undang yang
mentadbir evolusi, kita boleh sebutkan secara positif bahawa evolusi itu
mempunyai tujuan dan matlamat dari awal lagi: iaitu untuk menghasilkan mesin
kecerdikan, atau makhluk cerdik. Dengan kata lain, evolusi adalah bermatlamat.
Saya percaya, penjelasan terperinci ini adalah
memadai untuk membantah teori ateistik (teori Tuhan tiada) Dr. Dawkins dalam
konteks kehidupan di muka bumi, yang berasaskan idea bahawa evolusi itu tidak
bermatlamat dalam jangka masa panjang.
_______________________
1. Gen-gen dan organisme hidup adalah ibarat
pelan dan bangunan itu sendiri. Gen mewakili pelan dan organisme hidup itu
boleh diibaratkan sebagai hasil dari sebuah pelan yang telah dilaksanakan.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 196
Malah jika kita ingin mengembangkan kesimpulan
kita sebelum ini dan mengaplikasikannya kepada sebarang bentuk hidupan yang
boleh kita bayangkan, kita masih boleh menyebutkan dengan yakin - berdasarkan
undang-undang evolusi berasaskan mutasi replikator, atau mesin yang mereplikasi
diri, pemilihan spesis yang terkuat - bahawa sebarang hidupan, samada yang sama
seperti yang wujud di bumi (terbentuk dari air, karbon, nitrogen dan bahan
kimia lain), atau di planet atau alam semesta yang lain, dan terbentuk dari
ammonia menggantikan air, atau silikon, menggantikan karbon (kerana silikon
juga mampu membentuk rantaian yang panjang seperti karbon), hasil yang tidak
dapat dielakkan bagi hidupan tersebut adalah menghasilkan mesin kecerdikan.
Berdasarkan undang-undang yang kita tahu, ini adalah matlamat evolusi yang
tidak dapat dielakan. Adalah mustahil bagi evolusi dan sebarang bentuk hidupan,
replikator atau mesin mereplikasi diri untuk mengelakkan dari mencapai tahap
ini samada lambat atau cepat.
Kita juga menjangkakan apa sahaja benda hidup
di alam semesta kita ini untuk bergantung kepada air dan karbon, kerana air
dianggap sebagai bentuk cecair yang paling sempurna untuk membentuk kehidupan.
Ini kerana ketumpatan air berkurangan apabila membeku, menyebabkan ia terapung
sekaligus masih membolehkan hidupan terus hidup di bawah ais tersebut.
Hidrogen, oksigen, nitrogen dan karbon adalah elemen (unsur) yang paling banyak
di alam ini. Malahan, tidak seperti elemen lain, karbon boleh membentuk
rantaian lemah yang mudah terurai, ini sesuai untuk metabolisme dan kehidupan,
tidak seperti rantaian silikon.
Maka di sini kita telah menyelesaikan
perdebatan ini serta menyelesaikan perselisihan berkenaan kebarangkalian
membuktikan kewujudan Tuhan melalui Teori Evolusi. Kami telah membuktikan
bahawa kehidupan mempunyai sifat bermatlamat, serta kehidupan dan evolusi itu
sendiri mempunyai matlamat. Oleh kerana sifat untuk kesan menunjukkan kepada
sifat untuk penyebab, ini membuktikan penyebab tersebut adalah bermatlamat,
mempunyai kesedaran dan berilmu.
Maka kita telah membuktikan kewujudan Sang
Penyebab yang mempunyai matlamat, mempunyai kesedaran dan berilmu. Akibatnya,
kewujudan seorang Tuan atau Tuhan terbukti, tanpa mengira samada sebab
langsungnya adalah Tuhan atau kesan-kesan dari Tuhan, yang tetap memberi
isyarat kepada kewujudanNya kerana Dia mempunyai sifat yang telah kami
buktikan, iaitu bermatlamat.
Ini sahaja sudah memadai untuk membantah teori
para ateis moden yang terbina di atas asas bahawa evolusi tidak mempunyai
matlamat jangka panjang.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan