Halaman

Selasa, 18 Januari 2022

BAB 1

BAB 1 AGAMAWAN DAN SAINS - Penyu Di Sepanjang Jalan[1]

 

Para utusan dari langit sentiasa ditentang oleh "orang-orang agama" yang mengambil keuntungan dari agama di zaman mereka. Bilakah manusia akan menyedari hal ini agar mereka tidak jatuh ke perangkap yang sama sekali lagi?

 

______________

[1] Dikisahkan bahawa seorang ahli astronomi sedang memberi kuliah tentang bagaimana bumi berputar mengelilingi matahari. Seorang wanita tua berdiri dan berjalan ke arah beliau dan berkata: "Apa yang kamu katakan adalah mengarut. Bumi sebenarnya diletakkan di atas seekor penyu." Ahli astronomi itu bertanya: "Lalu, di atas apakah penyu itu berdiri?" Wanita itu mengejek cara berfikir beliau, lalu berkata: "Kamu adalah seorang lelaki muda yang pintar, Bahawa itu semuanya penyu sepanjang jalan ke bawah”

Wanita tua ini dan orang lain yang sepertinya tidak mereka-reka "kisah penyu" ini dari diri mereka sendiri - namun mereka memperolehinya dari agamawan di zaman mereka. "Penyu-penyu" agamawan ini sebenarnya sangat banyak. Mereka berada di setiap jalan, "penyu-penyu" yang diciptakan untuk sesiapa yang tidak mahu menggunakan akal mereka dengan betul untuk mengetahui kebenaran, kebenaran yang hakiki, selain dari apa yang diwarisi oleh nenek moyang mereka, atau yang diberitahu kepada mereka oleh para agamawan di setiap zaman. Di dalam bab yang pertama ini, kita akan meneliti beberapa "penyu" yang telah dijual oleh para agamawan ini kepada kita, dan terus menjualnya dengan cara yang berbeza, atau di dalam samaran baru.

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan  20

 

1.1 Giordano Bruno Dan Galileo Galilei


Giordano Bruno (1548 - 1600) adalah seorang ahli falsafah Itali. Beliau mempercayai bahawa bumi berputar mengelilingi matahari, dan beliau menerbitkan teori Copernicus tentang putaran Bumi, Bruno kemudiannya dipenjarakan oleh para agamawan Gereja Kristian. Setelah itu, mereka memotong lidahnya, menyeksa dan membunuh beliau kerana mengatakan bumi berputar mengelilingi matahari, sementara agamawan gereja mempercayai bahawa matahari dan planet-planet berputar mengelilingi bumi.

 

Galileo Galilei hidup antara (1564-1642).Dia adalah seorang profesor matematik di Universiti Pisa. Pada permulaan abad ke 17, beliau mencerap langit dengan teleskop yang dibina oleh beliau, dan beliau mendapati sememangnya bumi berputar mengelilingi matahari, namun Gereja Katolik melihat teori ini tidak selari dengan Kitab Suci. Jadi mereka mendakwa Galileo atas kesalahan ajaran sesat, sebuah dakwaan yang selalunya diberikan kepada sesiapa yang menentang Gereja. Pada mulanya beliau dipenjarakan, dan kemudiannya diletakkan di bawah tahanan rumah serta dilarang mengajar atau memberi syarahan. Buku-buku beliau diharamkan dan beliau meninggal dunia di rumahnya. Ini semua angkara para agamawan, manusia "cerdik pandai" yang tahu segalanya, dan tahu dengan yakin bahawa bumi tidak berputar sama sekali!! Adakah mana-mana orang Kristian di zaman itu akan mempercayai Galileo, yang dikenali sebagai seorang yang sesat (bid’ah) di sisi Gereja, dia lebih faham daripada ulama agama Kristian dengan Persamaan Ketuhanan Ajaib yang tidak dapat difahami oleh sesiapa pun, yang mengatakan: Bahawa Tuhan itu diungkapkan sebagai tiga oknum (peribadi), setiap satu darinya adalah Tuhan Mutlak, mengutuskan peribadi yang lain, namun mereka adalah satu?! Persamaan Ketuhanan Ajaib Mereka tanpa warna, rasa, atau bau yang mereka dapat sampaikan sehingga hari ini kepada lebih daripada satu bilion orang Kristian, walaupun kebatilannya jelas sejelas 1+1=2! Maka bagaimana mereka tidak dapat meyakinkan orang Kristian tentang ketidaksahihan perkataan seorang sesat (bid’ah) yang sangat kecil - yang mengatakan bahawa bumi berputar - seperti Galileo selama beberapa ratus tahun?!

Akibatnya, Gereja secara rasmi meminta maaf kepada Galileo, tetapi selepas dia mati ratusan tahun yang lalu, dan setelah jelas pada semua orang tentang kebenaran bumi berputar, Gereja akhirnya yakin, walaupun meremehkan bahawa bumi berputar sebelum pengikutnya meninggalkannya.

 

Gereja Katolik meminta maaf kepada Galileo pada abad kedua puluh dan membebaskannya daripada jenayah terbesarnya, iaitu kata-katanya: "Bahawa bumi berputar."

 

Setelah hampir empat abad, hasilnya  bahawa Galileo adalah seorang penjenayah yang telah dibebaskan dari jenayahnya!

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan  21

 

Jenayahnya kerana dia mengatakan bahawa bumi berputar mengelilingi matahari! Hari ini beliau bukan lagi seorang yang sesat (pembid’ah)! Sekarang menurut Gereja, kenyataan beliau bukan lagi bersifat sesat! Jadi Giordano Bruno telah dibunuh kerana menyatakan kebenaran, dengan kata lain, Gereja adalah pembunuh yang menumpahkan darah manusia yang tidak bersalah! Kesimpulan yang tidak dapat dielakkan adalah, kenyataan Gereja yang bercanggahan dengan Galileo. Sehingga kesesatan Gereja adalah kesesatan selama empat abad.

Persoalannya sekarang: adakah mungkin wahai pendita Kristian, Gereja kamu juga telah melakukan kesalahan (kesesatan) berkenaan ketuhanan Jesus Kristus, Roh Qudus dan Bapa, tanggapan bahawa kesemuanya ada tiga entiti (oknum) pada khususnya, sedangkan terdapat orang Kristian yang membangkangnya? Dan adakah mungkin suatu hari nanti kamu akan mendapati bahawa Saint Arius, yang dianggap sesat oleh Gereja kerana menafikan ketuhanan mutlak Jesus sebenarnya bukan seorang yang sesat? Ia menerangkan kepada anda bahawa Gereja yang menentang Arius juga sesat, seperti dalam kes Bruno dan Galileo?!

Perkara yang ditakuti adalah bahawa hari tersebut mungkin akan tiba terlalu lewat untuk memperbetulkan perkara ini atau untuk diperbetulkan. Tidakkah bagi setiap orang Kristian layak untuk mencari kebenaran hari ini semasa dia masih hidup? Carilah sendiri (kebenaran) dan janganlah mengikuti pendapat Gereja, yang terbukti berdasarkan pengakuan mereka sendiri, bahawa merekalah yang sesat seperti di dalam kes Galileo selama hampir empat abad.

Dan seperti seorang pengembala yang membawa kambingnya untuk meragut rumput ketika matahari terbenam, sementara pengembala yang lain telah pun pulang, kita menemui semula kisah yang dialami Galileo pada ulama-ulama besar Wahabi dipertengahan abad kedua puluh. Walaupun, menurut pendapat saya, mereka tidak tahu apa-apa tentangnya, jika tidak mereka tidak akan menuduhnya melakukan syirik besar. Kerana dia tidak sependapat dengan mereka dan mengatakan bahawa bumi yang berputar. Kisah mereka (aliran Wahabi) disimpulkan dalam fatwa-fatwa yang menggambarkan semuanya kejahilan mereka belaka. Maka setelah manusia naik ke bulan pada abad kedua puluh, dan para angkasawan membawa gambar-gambar bumi semasa ia berputar, jelaslah kepada para ulama besar Wahabi bahawa mereka tetap bertegas bahawa bumi tidak berputar sama sekali. Berikut fatwanya:

 

Soalan: Semoga Allah memberkati kamu. Ini adalah soalan dari seorang pendengar, Ibtissam Muhammad Ahmad dari Al-Anbar, Iraq. dia bertanya, "Apakah maksud firman Allah:

﴿وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ﴾‏

[Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu.] [Al-Naml:88]. Adakah ayat ini membuktikan kesahihan pendapat bahawa bumi berputar?

 

Jawapan: Syeikh Ibn Utsaimin:

... Kami katakan bahawa teori berkenaan siang dan malam bersilih ganti adalah disebabkan bumi berputar mengelilingi matahari adalah terbatal kerana menyanggahi makna zahir Al-Quran.. Malahan, terbukti bahawa Nabi [Muhammad] (S) berkata kepada Abu Dzar (semoga Allah meredhainya) ketika matahari terbenam: "Adakah kamu tahu ke mana matahari pergi?" Abu Dzar berkata, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Baginda bersabda, "Ia pergi dan sujud di bawah Arash."

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan  22

 

Hingga akhir hadits, dan ini adalah bukti bahawa dialah yang bergerak ke arah bumi, kerana baginda bersabda: Adakah kamu tahu ke mana ia pergi? Dan dalam hadits yang disebutkan, baginda bersabda. Jika diizinkan kepadanya, jika tidak akan dikatakan, "Kembalilah dari mana saja yang kamu kehendaki, maka kamu akan keluar dari arah barat". Dan ini adalah bukti bahawa ia adalah yang berputar mengelilingi bumi, dan ini adalah sesuatu yang wajib dipercayai oleh orang yang beriman, sesuai dengan zahir firman Tuhannya, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu, tanpa melihat kepada teori-teori yang rosak ini akan ditolak pada masanya. dan berkubur sebagai berkuburnya teori-teori lapuk yang lain. Inilah yang kita yakini dalam perkara ini.......... Apa yang penting ialah kita wajib percaya dalam masalah ini bahawa matahari beredar mengelilingi bumi, dan perbezaan antara malam dan siang bukan disebabkan oleh putaran bumi, sebaliknya kerana matahari beredar mengelilingi bumi.[1]

 

Lihatlah Ibnu Utsaimin pada abad ke dua puluh mengatakan bahawa bumi berputar atau mengelilingi matahari adalah sebuah teori yang akan ditelan zaman, namun akhirnya, zaman pula yang telah menelan Ibnu Utsaimin dan menanam beliau. Adapun bumi berputar mengelilingi matahari, semua manusia hari ini mempercayainya, kecuali sebahagian orang-orang yang serba kurang yang dilalaikan oleh Ibn Utsaimin dan yang seangkatan dengannya. Malangnya, sebahagian daripada mereka belajar fizik dan masih percaya bahawa bumi tidak berputar!!!!

 

Dan Ibn Baz menyatakan perkara yang sama seperti yang dikatakan Ibn Utsaimin:

 

Dari Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz..... Saya juga mengesahkan artikel dengan beberapa sebutan dari Allamah Ibn Al-Qayyim (rahimahu Allah) yang membuktikan bumi ini bulat. Namun berkenaan putaran bumi, saya telah menafikan perkara ini dan menjelaskan bukti yang mengesahkan kebatilannya, namun saya tidak mengisytiharkan mereka yang mempercayainya sebagai kafir, saya mengkafirkan bagi sesiapa yang mengatakan matahari itu statik dan tidak bergerak. Ini kerana ia bercanggahan dengan teks yang jelas di dalam Al-Quran dan Sunnah yang suci lagi sahih, yang mengesahkan bahawa matahari dan bulan bergerak pada orbitnya.[2]

 

Jelas dari kata-katanya yang dia maksudkan dengan putaran matahari bahawa ia beredar mengelilingi bumi seperti bulan, kerana dia percaya bahawa bumi adalah tetap dan ia tidak berputar, dengan kepercayaan bahawa tidak ada cara untuk berlaku malam dan siang kecuali matahari beredar mengelilingi bumi.

____________________

[1] Laman web Ibnu Utsaimin (1425 Hijrah - 2004 Masihi). Maktabah Al-Fatwa: Fatwa Noor atas Jalan Tafsiran (tekstual). Boleh didapati di: http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_6463.shtml

[2] Laman web rasmi Abdulaziz bin Abdullah bin Baz. Himpunan fatwa dan artikel Syeikh Ibn Baz. Menjawab fitnah kepada ulama. No. 8640 boleh didapati di:

http://www.binbaz.org.sa/mat/8640

  

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan  23

 

Sesiapa sahaja yang mengikuti orang-orang ini dan berkongsi kepercayaan mereka, perlu berfikir semula. Mereka mengatakan teori bumi mengelilingi matahari adalah rosak (batil) dan tidak betul, namun sekarang ia telah menjadi jelas bahawa kata-kata dan kepercayaan merekalah yang rosak. Jadi, tidak mahukah kalian memikirkan semula sebelum ianya terlambat? Bahkan mungkin kenyataan mereka tentang khalifah Allah di bumiNya selepas Muhammad (S) juga salah, seperti kenyataan mereka tentang bumi tidak mengelilingi matahari selamanya.... Bumi yang dikatakan oleh Ibn Utsaimin, Ibn Baz dan semua ulama Wahabi itu tidak berputar. Berhati-hatilah, kerana pada Hari Kiamat, di mana penyesalan tidak akan memberi manfaat kepada anda kesahihan khalifah Allah di bumiNya selepas Muhammad (S), dan apa yang disebutkan Ibn Utsaimin dan Ibn Baz adalah batil, dan mereka memterbalikkan perkara itu dan menjadikan matahari beredar mengelilingi bumi, lalu mereka berkata:

"Apa yang penting berkenaan perkara ini adalah, kita wajib percaya bahawa matahari mengelilingi bumi, dan pertukaran siang malam bukan disebabkan oleh putaran bumi, tetapi ia disebabkan oleh matahari mengelilingi bumi."

 

Kepada manusia yang mengikuti mereka, semoga Allah mengubah keadaan kamu. Berhati-hatilah, mungkin mereka juga telah mempersembahkan agama kepada kamu secara songsang, seperti yang telah mereka lakukan mengenai bumi dan matahari.

Di sini saya akan tamatkan perbincangan berkaitan tiga masalah yang terkenal (Galileo - bumi berputar – agamawan gereja Kristian dan agama Wahabi), dan saya hanya meminta mereka yang membacanya untuk mengingati pengajarannya apabila kita sampai kepada perbincangan tentang pandangan agamawan dalam teori evolusi atau kemajuan.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan