Halaman

Khamis, 23 Disember 2021

Mengenal Al-Hujjah Imam Ahmad Al-Hassan (as) 04

 Mengenali Imam Ahmad as dari Haidar 3utsman

هكذا عرف حيدر العثمان الامام احمد الحسن (ع)

 

Beginilah cara Haidar Al-‘Utsman mengenali Imam Ahmad Al-Hassan (as)

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

اللهم صل على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

الحمد لله على هدايته الحمد لله الذي عرفنا اوليائه وانقذنا بهم قبل ان نذل ونخزى

 

Segala puji bagi Allah atas petunjuk-Nya, segala puji bagi Allah yang telah mengenalkan kita Aulia’Nya dan menyelamatkan kita melalui mereka sebelum kita dihina dan dikeji.

اللهم لك الحمد والمنة

Ya Allah, bagiMu pujian dan kebesaran

 

ربَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

(Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.) [Ibrahim 37]

Bagaimana saya memasuki dakwah yang diberkati?

Pada bulan Safar tahun 1424 Hijrah. dan pada satu malam yang diberkati pada bulan kepulangan tawanan, abang saya datang dan membuka perbincangan tentang masalah Imam Al-Mahdi (as), dan permulaan ucapannya adalah begini:

(Jika engkau ditugaskan ketika kedatangan Imam Al-Mahdi (as), adalah mengangkat batu besar dan ia sangat berat dan untuk diletakkan di tempat lain. dan engkau tidak mengetahui tentang tugasan ini dan Imam Al-Mahdi (as) datang dan dia berkata kepada engkau, sekarang engkau mesti mengangkat batu ini dan tanpa peringatan terlebih dahulu. Maka ini akan menjadi tidak adil, dan jawapan engkau adalah: Saya tidak tahu bagaimana untuk mengangkat batu besar ini. Mengapa tuan tidak menghantar seseorang untuk memberitahu kami, ya maulai?

Dan apabila Imam (as) mengutus seseorang kepada engkau dan berkata, “Kamu harus mengangkat batu ini apabila Imam Al-Mahdi (as) datang, maka engkau akan datang untuk menyelesaikan masalah ini, iaitu mengangkat batu itu, engkau akan membawa kenderaan besar (kren) untuk mengangkatnya, dan engkau tidak perlu memikulnya kerana ia terlalu berat dan ia bukan suatu kezaliman terhadap engkau..... Abang saya meneruskan ucapannya dan berkata: Masalah Imam Al-Mahdi (as) mesti ada persediaan, kerana beratnya sebagaimana berat batu itu, maka mesti ada persediaan yang membuka jalan kepada Imam Al-Mahdi (as), dan memberi peringatan kepada manusia dan mengajar mereka bahawa mereka mempunyai tugas yang harus mereka penuhi sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi (as).

Kemudian abang saya berkata bahawa Imam telah mengutus seorang utusan, dan bahawa dia berada di kejiranan Al-Zahraa', namanya Ahmad (as) dan dia menyeru manusia kepada Imam Al-Mahdi (as). Maka ketika dia bercakap, saya dihantui ketakutan yang besar. Dan apabila dia berkata bahawa Imam Al-Mahdi mengutus seorang utusan dan meminta bai’ah, saya berkata dalam hati, saya akan bersamanya, dan ada perbincangan dari sepupu saya kerana mereka turut hadir dan mereka mengingkari dakwah Ilahiyah ini, dan kami berbai’ah kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as), pada masa yang sama. Abang saya berkata, "Jangan bangkit sehingga kamu berbai'ah." Maka dia membai'ah kami. Itu adalah minggu pertama saya masuk ke dalam tanggung jawab itu dan dari situ saya mula melihat Imam Ahmad, (Shalawatu Allah 3alaih) dalam rukya (mimpi), dan Al-Hamdu Lillah Rabbi Al-3alamin.

Pada suatu hari, setelah kami memasuki dakwah yang diberkati, dan hari itu adalah hari Jumaat, saya bersama saudara-saudara saya bersetuju pergi mencari Al-Syed (as), kerana kami percaya bahawa dia ada di antara kami. Maka kami bersepakat untuk mencarinya, dan apabila kami memasuki Hussainiyah (Hussainiyah Ansar Al-Imam Al-Mahdi) di Basrah. Sholat Jumaat belum didirikan, para Ansar sedang sibuk bersiap-siap untuk sholat Jumaat. Kami pergi memberi salam kepada ansar tersebut. Saya melihat dua orang berdiri berdekatan dengan pagar, dan mereka berpakaian Arab, maksudnya pakaian orang-orang Arab. Hati saya, demi Alah Yang Maha Tinggi lagi Agung berdegup dengan kencang apabila saya melihat rupa yang mulia Shohib Al-Amr (as), dan saya sangat takut, lalu saya pergi memberi salam kepadanya, saya dan saudara-saudara saya, kerana kami bertiga dalam keadaan yang sama. Dan saya mempunyai perasaan yang indah dan kegembiraan yang besar apabila saya melihatnya, maka saya memberi salam kepadanya dan dia menyambut salam saya dan saya tahu bahawa ini adalah Imam Ahmad Al-Hassan (as), Kemudian sampai masa sholat Jumaat, maka beliau (Shalawatu Allah 3alaih) berdiri dan akan mendirikan sholat, dan keyakinan saya bertambah, kerana sholat Jumaat diadakan oleh salah seorang syeikh yang mulia, tetapi syeikh ini mengundur diri apabila hadir pemilik urusan (Shohib Al-Amr (as)), dan beliau menyampaikan khutbah yang mulia di mana beliau bercakap tentang kehadiran orang Amerika berhampiran maqam yang mulia Amirul Mukminin Ali (as). Dia marah dan kecewa dengan keadaan ini, dan dia meminta Al-Sistani bertanggungjawab atas kehadiran mereka, seperti yang dia (Shalawatu Allah 3alaih) katakan yang maksudnya (Jika Sistani memberi fatwa menyuruh mereka meninggalkan tanah Najaf, mereka akan pergi). Dia sangat kecewa dengan kehadiran mereka (laknat Allah ke atas mereka), dan dia (Shalawatu Allah 3alaih) sholat Jumaat bersama kami. Saya benar-benar yakin bahawa dia adalah Imam (as), dan kami tidak dapat melihat Imam Ahmad Al-Hassan (as), kerana kami menduduki peperiksaan dan dia tidak menerima kami pergi ke Husseiniyah. Kami setia dengan pelajaran kami. Tetapi kami telah dihalang daripada melihatnya semasa dia berada di Al-Hussainiya kerana masih bersekolah, dan saya berada di tingkatan tiga di sekolah menengah, Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

Pada suatu hari, setelah sekian lama dalam dakwah yang diberkati, kami telah keluar untuk menziarahi Al-Amir Ali bin Abi Talib (as), dan perjalanan kami adalah perjalanan keluarga, dan ketika itu hampir dengan hari Al-Ghadir, maka kami memasuki Najaf, dan ada sekatan jalan (pusat pemeriksaan tentera) yang terletak di pintu gerbang Najaf Al-Asyraf. Lalu mereka menahan kami untuk pemeriksaan, jadi kami turun untuk diperiksa, dan saya melihat abang saya telah lari, jadi saya mengejarnya dan ada sebuah kereta yang di dalamnya ada beberapa orang ansar, saya kenal mereka, maka saya memberi salam, dan apabila saya memberi salam kepada mereka semua. Pemandunya kekal di dalam kereta dan tidak turun. Jadi saya memberi salam kepada yang terakhir dan melihat ke dalam kereta, dan dia adalah Imam Ahmed Al-Hassan (as), apabila saya melihatnya, saya tidak dapat menahan diri. Dan dia sangat menggembirakan hati saya. Tetapi saya tidak dapat maju satu langkah pun mendapatkan Imam supaya memberi salam kepada Imam (as), tetapi saya mengucapkan salam dalam diri saya, dan saudara saya pergi untuk memberi salam kepadanya, maka turunlah Al-Syed (as), dan memberi salam kepada saudara saya, Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

 

Haidar Al-‘Utsman

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan