Halaman

Isnin, 15 November 2021

Pembuktian dari Lamah Rasmi Al-Mahdyoon 18

 Pemerintahan Allah, Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?

حاكمية الله… هل الله ام الناس من ينصب الخليفة؟

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً

 

Dipetik dari tulisan Imam Ahmad a.s: Ketuanan Allah, Bukan Ketuanan Manusia, dengan beberapa penambahan dari penulis sebagai contoh.

 

Dari awal hingga ke akhir, Al Quran secara penuh megiktiraf ketuanan Allah, dan menolak ketuanan manusia. Kami tidak berminat dengan persepsi sonsang sesetengah orang yang menafsir ayat Allah sesuka hati mereka, dan begitu juga mereka yang mempertahankan orang-orang dan aqidah tertentu, sedangkan korupnya orang yang dipertahankan itu, dan batilnya aqidah tersebut, walaupun korupsinya jelas, dan tidak memerlukan usaha kuat untuk melihatnya.

 

Mari kita telusuri ayat yang mendokong ketuanan Allah di muka bumi.

 

Pertama Allah Memberi Pemerintahan

 

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍإِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aali Imran:26]

 

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa kepimpinan itu milik Allah, dan Dia berhak melantik sesiapa yang dikehendakiNya sebagai khalifah di muka bumi. Allah swt berfirman:

 

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ

 

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah:30)

 

Jadi, bukanlah menjadi hak mana-mana manusia, dari ayat ini, untuk melantik raja, presiden atau perdana menteri melainkan dirinya adalah lantikan Allah swt.

 

Kepimpinan ini diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki, namun tidak semestinya seorang pemimpin lantikan Allah itu dapat memerintah, kerana berkemungkinan beliau ditolak dari jawatan tersebut oleh manusia, seperti yang kerap kali berlaku di dalam sejarah manusia. Ibrahim a.s tidak memerintah, namun ia dipegang oleh Namrud l.a. Musa a.s tidak memerintah, namun ia dipegang oleh Firaun l.a, Hussain a.s tidak memerintah, namun Yazid l.a yang memerintah, maka Allah swt berfirman:


أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا

 

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. (An Nisa’: 54)


Walaupun keluarga Ibrahim a.s diberikan kepimpinan dan ketuanan Ilahiyah, malangnya mereka ditindas dan dizalimi, ditolak dari kepimpinan dan dirampas hak mereka oleh para penguasa zalim. Jadi tugas manusia adalah menguatkan dan menaikkan manusia pilihan Allah swt di posisi kepimpinan, kerana jika mereka menolaknya, maka kemurkaan Allah swt akan terjadi, dan bencana akan menimpa mereka.

 

Al Sadiq a.s bersabda: “Pernahkah kamu mendengar firman Allah: {..yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya..(27:60)} Dia berfirman menyatakan bukanlah menjadi hak kamu untuk memilih siapa Imam kamu, menggelarkan mereka sebagai (pemimpin) yang benar atas kehendak dan keingingan kamu.” Kemudian Imam Sadiq a.s bersabda: “Akan ada tiga kumpulan yang mana Allah tidak akan bercakap dan memandang mereka di Hari Kebangkitan, juga tidak akan menyucikan mereka, iaitu mereka yang menanam pohon yang tidak ditanam Allah swt, yakni, sesiapa yang melantik Imam yang tidak dilantik Allah, atau tidak mengimani Imam lantikan Allah.” (Tahaq al Uqul, hal 325)

 

Kedua: Ketuanan Allah Dari Sejarah Awal

 

Kisah Talut:

 

أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَىٰ إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ


Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” (Al Baqarah: 246)

 

Sekumpulan mukmin dari Bani Israel mempercayai ketuanan Allah swt, maka mereka tidak mendahului Allah swt dalam melantik, tetapi menyerah dan memohon kepada Allah, agar melantik seorang Raja bagi mereka, dan ini adalah bukti paling besar, bahawa semua agama Samawi mengiktiraf hak lantikan pemimpin berada di tangan Allah, bukanlah di tangan manusia melalui syura, pilihan raya dan sebagainya

 

Ketiga: Allah Yang Melantik Khalifah Di Muka Bumi

 

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah:30)

Khalifah Allah sudah semestinya merupakan pemerintah di muka bumi, dan khalifah pertama Allah di muka bumi adalah Adam a.s. Dan di setiap zaman, ada khalifah Allah yang yang dilantik, (seperti firman Allah swt di dalam surah Ar Ra’d:7) Dan di zaman ini, khalifah Allah adalah Imam Mahdi a.s. Jadi manusia perlulah menguatkan pemerintahan beliau, kerana sesungguhnya beliau merupakah lantikan Allah swt, dan beliau seharusnya tidak ditentang oleh pilihanraya dan demokrasi.

 

Keempat: Berhukum Dengan Hukum Allah

 

Allah swt berfirman:

 

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

 

dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.(5:44),

kemudian, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(5:45).

Allah swt meneruskan, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.(5:47)

 

Sudah semestinya, khalifah Allah swt akan berhadapan dengan permasalahan yang baru, tanpa mengira waktu, dan sudah semestinya, beliau diberikan pandangan dan inspirasi istimewa, kurniaan Allah swt, yang mana dengannya, Dia akan membuatkan ketuanannya diketahui dalam peristiwa-peristiwa yang akan terjadi. Malahan bagaimana mungkin seseorang selain dari khalifah lantikan Allah berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt?

 

Kisah Musa a.s dan kaumnya

 

وَاخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلًا لِّمِيقَاتِنَا ۖ فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ ۖأَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا ۖ إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ ۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ

 

Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.(7:155)

 

Lihatlah sendiri bagaimana Musa a.s, seorang Nabi yang ma’sum, yang memilih 70 lelaki terbaik dari Bani Israel. Kesemua mereka kufur dan memberontak terhadap beliau dan perintah Allah. Oleh itu, jika seorang Nabi Ma’sum seperti Musa, yang memilih 70 orang lelaki untuk misi ketuhanan, dan akhirnya di dapati tiada dari kalangan mereka yang layak untuk misi ini, maka bagaimana dapat manusia biasa memilih pemimpin dan raja? Malah mereka mungkin memilih makhluk Allah yang paling jahat tanpa diketahui.

 

Ini sudah menjadi bukti yang mencukupi bagi mereka yang mencari apa yang benar dan mahukan lebih lagi. Sungguh Quran yang berada di tangannya menyeru mereka yang tidak memberi perhatian:

 

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu). Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.


Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: “Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk  kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati). “Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu”.(Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”. (21:105-112)

 

Beberapa point tambahan yang lain:

Kelima: Pilihan Di Tangan Allah

 

اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ

“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al Haj:75)

 

Tanpa perlu menerangkan dengan lebih lanjut, ayat ini secara eksplisit menyatakan bahawa pilihan berada di tangan Allah swt, bukan manusia.

 

Keenam: Perlantikan Ibrahim a.s sebagai Imam, Daud a.s Sebagai Khalifah

 

Allah swt berfirman:

وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ

 

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. (Al Baqarah: 124)

 

Di tempat lain, Allah swt melantik Daud sebagai khalifahnya

 

يَٰا دَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ

 

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi..” (Sad: 26)

 

Contoh-contoh ini menjelaskan lagi bahawa kepimpinan dan kekhalifahan adalah hak Allah swt. InsyaAllah, di bab berikutnya, kita akan membahaskan, adakah masih ada perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.a, setelah artikel ini membuktikan hak melantik adalah di tangan Allah swt.

 

Di dalam artikel yang lepas, kami telah mengemukakan bukti bahawa hak perlantikan khalifah Allah swt di muka bumi adalah semata-mata milik Allah swt, dari awal penciptaan manusia sehinggalah hari kiamat. Tiada sama sekali hak ini pernah berada di tangan manusia untuk menentukan siapakah pemimpin mereka, samada sistem monarki, syura, demokrasi atau apa sahaja.

 

Jika kita berkeyakinan bahawa Allah swt yang berhak ke atas lantikan khalifahNya di muka bumi, maka isu ini akan membawa kita kepada beberapa persoalan yang berat.

 

Adakah masih ada lantikan dari Allah swt selepas Nabi Muhammad (S)?

Jika ada, siapakah yang dilantik itu?

Bukankah Muhammad (S) itu adalah Rasul yang terakhir? Mengapa masih ada?

Pertama sekali, jangan kita terkeliru antara tugas Nabi, Rasul dan seorang Imam(pemimpin). Masing-masing mereka mempunyai tugasan yang berbeza, namun mereka semua adalah khalifah Allah, yakni wakilNya di muka bumi. Namun ketiga-tiga ini mempunyai tugas yang sama dalam satu isu, menjadi panduan kepada umat manusia, agar tidak tersesat dari jalan kebenaran.

Yang kedua, kami ingin tekankan bahawa, selain dari ketiadaan bukti bahawa Allah memberi kuasa kepada manusia bagi melantik pemimpin mereka, langsung tiada bukti dari Quran bahawa perlantikan khalifah Allah terhenti selepas Muhammad (S).

Rasional perlantikan khalifah adalah sebagai panduan kepada umat manusia, maka atas dasar rasional juga, Allah swt tidak akan membiarkan ciptaannya terbiar di muka bumi tanpa wakilNya di muka bumi. Benar, Muhammad (S) adalah Rasul terakhir, baginda ditugaskan untuk membawa syariat terakhir bagi umat manusia. Namun sejarah membuktikan bahawa selepas pengutusan Rasul setiap zaman, umat mereka akan melakukan kesesatan, terbukti dari sejarah setiap para Nabi dan Rasul yang diutus kepada Bani Israel, sejarah agama Yahudi dan Nasrani, malah Islam sendiri. Maka Allah swt, atas dasar rasional akan sentiasa memastikan adanya “hadi”, guide, penunjuk bagi umat manusia untuk menerangkan dan menegakkan syariat UTUSAN ALLAH sebelumnya. Agar manusia dapat merujuki mereka dalam segala hal, tidak kiralah samada yang dilantik itu, adalah Nabi, Rasul atau Imam.

Bagi menjawab semua persoalan ini, kami bawakan ayat-ayat Quran sebagai bukti adanya perlantikan khalifah Allah selepas Rasulullah (S), dan bukti bahawa Allah swt tidak akan meninggalkan umat manusia tanpa seorang pemberi petunjuk yang dilantiknya.

 

إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ

“Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”(13:7)

 

Ayat di atas menunjukkan Muhammad (S) hanyalah pemberi peringatan,dan bagi setiap kaum, umat, zaman dan tempat, akan ada “hadi”nya, yakni orang yang memberi petunjuk.

 

Pihak lawan akan berdalih: “Orang yang memberi petunjuk ini tidak semestinya lantikan Allah swt, mereka boleh sahaja manusia biasa dari kalangan ulama yang memberi petunjuk pada setiap zaman.”

 

Bantahan Pertama

 

Ini adalah satu penghujahan manusia tersepit, yang bersandarkan tekaan dan sangkaan, malah jika mereka menujukan ayat ini kepada para ulama, hakikatnya, para ulama lah yang menyebabkan perpecahan kepada setiap umat, sehingga terdapat perbezaan yang besar dalam setiap hal fiqh, amalan, aqidah dan hukum serta lain-lain. Sedangkan Allah swt berfirman apa sahaja yang datang daripadanya tidak akan ada percanggahan.

 

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا

Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.(4:82)

 

Bantahan Kedua

 

Malah, di dalam Al Quran sarat dengan kecaman kepada Bani Israel yang menjadi sesat kerana ketaatan mereka kepada para ulama mereka. Maka, masakan Allah swt mahukan perkara yang sama terjadi kepada umat ini?

 

وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠

 

Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.(33:67)

 

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.(Taubah 9:31)

 

Jelas dari ayat di atas, Allah swt secara fizikalnya tidak boleh mendidik manusia, kerana Maha Suci Allah dari berjisim atau bertempat. Maka logikanya hanyalah, Allah swt akan mendidik manusia melalui manifestasi  DIA di alam penciptaan, yakni manusia-manusia utusannya, para khalifah lantikanNya di muka bumi.

 

Jadi menamakan ulama sebagai pemberi petunjuk untuk setiap zaman dan setiap kaum adalah jelas meleset dari segi realti dan fakta sejarah. Sudah berapa banyak darah ditumpahkan kerana ketaatan manusia kepada mereka.

 

Tafsir bagi dalil di atas: Hadis Pertama

 

Sudah tentu, satu lagi jalan bagi kita mengetahui tafsir ayat di atas adalah dengan menilai kata-kata manusia yang diutuskan kepada kita, Muhammad Rasulullah (S), agar kita tidak tersesat.

 

حدثنا عبد الله حدثني عثمان بن أبي شيبة ثنا مطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي في قوله { إنما أنت منذر ولكل قوم هاد } قال رسول الله صلى الله عليه و سلم المنذر والهاد رجل من بنى هاشم

 

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah yang berkata telah menceritakan kepadaku Utsman bin Abi Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Muthallib bin Ziyaad dari As Suddi dari Abdu Khair dari Ali tentang firman Allah SWT [Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk].

 

[Imam Ali] berkata “Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] sang pemberi peringatan dan sang pemberi petunjuk adalah laki-laki dari bani Hasyim” [Musnad Ahmad 1/126 no 1041, ini adalah Ziyadah Abdullah bin Ahmad]

 

Hadis ini juga disebutkan Ath Thabrani dalam Mu’jam Al Awsath 2/94 no 1361 dan Ad Dhiya’ Al Maqdisi dalam Al Mukhtarah 2/286 no 668 [dan Al Maqdisi menyatakan sanadnya hasan] semuanya dengan jalan sanad dari Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali. Hadis ini sanadnya hasan. Para perawinya tsiqat dan hasanul hadits, Muthallib bin Ziyaad seorang yang shaduq hasanul hadits dan As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman As Suddiy seorang imam dalam tafsir dan shaduq hasanul hadis.

 

‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal telah dikenal sebagai perawi yang tsiqat. Al Khatib menyatakan ia tsiqat tsabit. Nasai menyatakan ia tsiqat. Daruquthni juga menyatakan ia tsiqat [At Tahdzib juz 5 no 246]. Ibnu Hajar menyatakan ia seorang imam yang tsiqat [At Taqrib 1/477]

 

Utsman bin Abi Syaibah adalah Utsman bin Muhammad bin Ibrahim Al Absiy termasuk perawi Bukhari dan Muslim. Ahmad bin Hanbal telah memujinya. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat. Abu Hatim menyatakan ia shaduq. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 7 no 299]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat hafizh [At Taqrib 1/664]

·         

Muthallib bin Ziyaad adalah perawi yang shaduq hasanul hadits. Telah meriwayatkan darinya Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma’in dimana keduanya sepakat menyatakan Muthallib tsiqat. Abu Hatim berkata “ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Abu Dawud berkata “shalih”. Isa bin Syadzan dan Ibnu Sa’ad mendhaifkannya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat begitu pula Ibnu Syahin memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ady berkata “ ia memiliki hadis hasan dan gharib tetapi aku tidak melihat riwayat mungkar, menurutku tidak ada masalah padanya”. Utsman bin Abi Syaibah menyatakan ia tsiqat. [At Tahdzib juz 10 no 333]. Adz Dzahabi memasukkannya dalam Man Tukullima Fiihi Wa Huwa Muwatstaq no 328. Ibnu Hajar menyatakan dalam At Taqrib bahwa ia shaduq tetapi pernah melakukan kesalahan dan dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau Muthallib bin Ziyaad seorang yang shaduq hasanul hadits [Tahrir At Taqrib no 6709]

 

As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman bin Abi Karimah As Suddiy termasuk perawi Muslim dan Ashabus Sunan. Ia telah ditsiqatkan oleh Syu’bah, Sufyan Ats Tsawri, Zaidah dan Yahya bin Sa’id Al Qaththan [Sunan Tirmidzi 5/636 no 3721]. Ahmad bin Hanbal menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ma’in mendhaifkannya. Abu Zur’ah berkata “layyin”. Abu Hatim berkata “ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Nasa’i berkata “shalih” terkadang berkata “tidak ada masalah padanya”. Ibnu Adiy menyatakan ia seorang yang hadisnya lurus shaduq dan tidak ada masalah padanya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat dan alim dalam tafsir. Al Uqailiy menyatakan ia dhaif dan Ath Thabari berkata “tidak bisa dijadikan hujjah” [At Tahdzib juz 1 no 572]. Ibnu Hajar dalam At Taqrib menyatakan ia shaduq terkadang salah dan tertuduh tasyayyu’ kemudian dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau ia seorang yang shaduq hasanul hadis dan imam dalam tafsir [Tahrir Taqrib At Tahdzib no 463]

 

Abdu Khair bin Yazid termasuk orang yang menemui masa jahiliah bahkan ada yang menganggapnya shahabat Nabi. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat. Al Ijli juga menyatakan ia tsiqat dan Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 6 no 260]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat dan tidak benar kalau ia sahabat [At Taqrib 1/558]

 

Tafsir bagi dalil di atas: Pendapat Tafsir Ibnu Hatim

 

حدثنا علي بن الحسين ثنا عثمان بن أبي شيبة ثنا المطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي لكل قوم هاد قال الهاد رجل من بني هاشم قال ابن الجنيد هوعلي بن أبي طالب رضي الله عنه.

 

Telah menceritakan kepada kami Aliy bin Husain yang berkata telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abi Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Al Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali tentang “bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”. [Ali] berkata “orang yang memberi petunjuk adalah laki-laki dari bani Hasyim”. Ibnu Junaid berkata “ia adalah Ali bin Abi Thalib radiallahu’anhu” [Tafsir Ibnu Abi Hatim 7/2225 no 12152].

 

Ali bin Husain bin Junaid Ar Raziy adalah seorang yang shaduq tsiqat [Al Jarh Wat Ta’dil 6/179 no 981] dan ia menyatakan kalau laki-laki bani hasyim yang dimaksud adalah Imam Ali sendiri. Tentu sebagai perawi yang meriwayatkan hadis ini maka penafsirannya layak untuk diperhatikan dan ini sesuai dengan keutamaan yang disandang oleh Imam Ali [alaihis salam].

 

Dari Tafsir Lain

 

Selain itu, beberapa tafsir yang lain merekodkan bahawa Rasulullah (S) bersabda apabila di tanya tentang hadis ini:

 

“Aku adalah pemberi amaran dan Ali adalah pemberi petunjuk”. Lalu baginda beralih kepada Ali dan bersabda: “Wahai Ali, manusia akan mendapat petunjuk melalui mu.”

 

Tafsir Durr al-Manthur oleh as Suyuti Vol 4 halaman 45; Tafsir al Kabir, oleh Fakhruddin Razi dalam tafsirannya pada ayat ini; Tafsir Ruh al Ma’ani, Allamah Alusi, serta kitab Mustadrak, oleh al Hakim, Vol 3 hadith 129 & 130

 

Kita abaikan terlebih dahulu penetapan Ali a.s sebagai pemberi petunjuk selepas baginda, dan kita tumpukan terlebih dahulu pada hakikat akan wujudnya manusia-manusia yang ditugaskan untuk menunjuki manusia, dan mereka semua adalah Bani Hashem. Disebabkan mereka ditetapkan oleh Rasul (S), maka penetapan mereka adalah dari Allah swt.

 

Secara tidak lansung, ini ada kaitan dengan hadis berikut:

 

Di keluarkan dari Bukhari, Ahmad dan Baihaqi, dari Jabir bin Samurah, berkata, “Akan wujud 12 orang amir”. Jabir berkata: Setelah itu baginda(sawa) mengatakan sesuatu yang tidak dapat aku mendengarnya.    Lantas bapaku berkata bahawa baginda bersabda: “Semuanya dari Quraish.”

 

Bani Hashem adalah dari Quraish. Dan hadis berikut:

 

و يقرئنا القرآن , فقال له رجل : يا أبا عبد الرحمن هل سألتم رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم ) كم يملك هذه الأمة من خليفة ؟ فقال عبد الله بن مسعود : ما سألني عنها أحد منذ قدمت العراق قبلك , ثم قال : نعم , ولقد سألنا رسو ل الله فقال : ” إثنا عشر كعد ة نقباء بني إسرئيل “

 

“…Dari Masruq yang berkata; saat kami duduk disebelah Ibnu Mas’ud yang ketika itu dia membacakan Al Qur’an kepada kami, maka berkatalah seseorang kepadanya: “Wahai Abdurrahman! Adakah kamu pernah tanya kepada Rosulullah saw tentang berapa orang yang menjadi khalifah umat ini? Maka Abdulah ibnu Mas’ud menjawab: “Semasa kedatanganku ke-Iraq tiada siapapun yang bertanya tentang persoalan ini sebelumu, kemudian dia berkata; Ya, sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah dan dia saw bersabda; “(Bahwa jumlah khalifah umat ini) adalah Dua Belas orang sepertimana  bilangan pemimpin Bani Israel” Musnad Ahmad bin Hanbal jilid 2 m/s 55 hadits 3781, Milal Wa Nihal Ja’far Subhani jilid 6 m/s 60

 

Maka setakat ini, apa yang dapat kita fahami adalah Allah swt telah menetapkan pemberi petunjuk selepas kewafatan Nabi (S) dan mereka adalah dari kalangan Bani Hashem. Merekalah yang disebutkan Allah swt:

 

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(21:73)

 

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (32:24)

 

Kesimpulan

 

Berdasarkan pendalilan yang diberikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa:

Untuk setiap zaman ada khalifah lantikan Allah yang menunjuk manusia

Selepas Rasulullah (S), mereka adalah dari kalangan Bani Hashem

Namun siapakah mereka? Adakah selari dengan logik akal, Nabi (S) menyebut akan ada 12 Imam selepasnya, namun tidak menamakan mereka? Tidak wujudkan perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat untuk bertanya kepada baginda siapa mereka? Adalah sangat tidak logik jika Nabi (S) tidak menyebut nama secara jelas untuk umat baginda mengikuti mereka. InsyaAllah dalam bahagian seterusnya, kita akan merungkai satu per satu siapa kah mereka, dan nama-nama mereka.

Dalil-dalil ini haruslah ditanggapi dalam konteks menyeluruh, bukan secara individu, samalah seperti kita menyelesaikan “jigsaw puzzle”, yang mana kita harus susun kepingan-kepingan ini secara menyeluruh, barulah nampak gambarannya, bukan membuat andaian dan sangkalan berdasarkan hanya sekeping dari kepingan-kepingan ini.

 

Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat adalah sangat ditekankan oleh Allah swt sehingga disebut sebagai wajib di dalam Al Quran.

 

كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ

 

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)

 

Atas dasar kepentingan ini, maka sudah Nabi (S) sebagai pendahulu pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan tuntutan ini. Di saat akhir hayat baginda ketika baginda sedang tenat, baginda telah meminta pena untuk menulis wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam “Peristiwa Hari Khamis” yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:

 

عن ابن عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم

 

Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah” kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]

 

Berikut pula adalah riwayat dari Sahih Bukhari:

 

ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)

 

Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah (S) semakin berat, kemudian Beliau (S) bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah (S) bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]

 

Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn Al Khattab, kerana ia bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan terhadap apa yang Rasulullah (S) tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.

 

Jadi, persoalannya:

 

Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi (S)?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?

 

Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan kejadian ini, bagi menidakkan hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi (S) itu Tsaqalain atau perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s.  Namun Syiah sendiri, dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari mereka sendiri tidak meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi (S). Ini turut menyumbang argumen kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka bahawa Imamah bukanlah perkara yang ingin ditulis oleh Nabi (S).

 

Namun benarkan wasiat ini kekal tidak tertulis? Para penentang mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini begitu penting, apa yang menghalang Nabi (S) dari menulis wasiati ini setelah orang yang menghalang mereka beredar?”

 

Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi (S), kerana baginda telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk mencatatkan wasiat baginda. Ianya adalah seperti berikut:

 

Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata:

 

bersabda Rasulullah (S) kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda:

 

Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.

 

Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). 

 

Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s  

 

1.   Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376. 

2.   Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393. 

3.   Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.

4.   Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”) 

5.   Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59. 

6.   Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59. 

7.   Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222. 

8.   Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294. 

9.   Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71. 

10.       Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641. 

11.       Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96. 

12.       Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi. 

 

Inilah satu-satunya wasiat Nabi (S) dgn tema “menjaga umatnya dari kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari wasiat ini. Maka atas sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain dengan tema yang sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.

 

Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain yang menunjukkan kepada Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu dibaca bersekali dengan hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama. Mustahil Nabi (S) tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana ia bercanggahan dengan ayat Quran yang menekankan penulisan wasiat.

 

Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi sebagai contoh manusia terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah, tidak mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.

 

Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah, terutamanya para ulama mereka, juga tidak menerima hadis wasiat ini. Mereka beralasan bahawa Nabi (S) telah banyak kali menekankan Imamah Ahlulbait a.s sehingga tidak perlu lagi baginda menulis wasiat selepas peristiwa hari khamis. Ini jelas bertentangan dengan logik, dan bertentangan dengan nas dari sumber mereka sendiri, yang menunjukkan Nabi (S) menulis wasiat ini.

 

وروى العلاء، عن محمد بن مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى رسول لله (صلى لله عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي

 

Diriwayatkan dari Muhammad Bin Muslim yang mendengar dari Imam Abu Jaafar a.s: “Wasiat adalah satu kewajiban, dan Rasulullah (S) juga meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban Muslim untuk melakukan perkara yang sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih, Jilid 4.

 

Namun malang bagi mereka apabila mereka tetap mahu menolak hadis Wasiat ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti kepadanya, sedangkan dalam teks mereka, ada menyebut bahawa Nabi (S) meninggalkan wasiat. Mereka mengaku Syiah dan pengikut kepada Ahlulbait, namun mengambil pendirian yang kontra dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s

 

Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai tiada penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.  Dan mereka mempunyai dalil teks untuk menyokong keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil ini agak bercanggahan antara satu sama lain.

 

حَدَّثَنَا خَلاَّدُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ، قَالَ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَوْصَى فَقَالَ لاَ‏.‏ فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ عَلَى النَّاسِ الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى بِكِتَابِ اللَّهِ‏.

 

Telah bercerita kepada kami Khollad bin Yahya telah bercerita kepada kami Malik, dia adalah putra Mighwal telah bercerita kepada kami Thalhah bin Mushorrif berkata; Aku bertanya kepada ‘Abdullah bin Abi Aufaa radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian aku tanya lagi: “Lalu bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia atau mereka diperintahkan supaya berwasiat?”  Dia menjawab: “Beliau berwasiat dengan Kitab Allah”. Sahih al-Bukhari 2740

 

Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin bertanya kepada seorang sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi (S) sendiri tidak meninggalkan wasiat sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi oleh sahabat tersebut tidak logis dan tidak memperlihatkan kenyataan sebenar akan mengapa Nabi (S) tidak meninggalkan wasiat. Seorang Nabi pasti akan melakukan perkara yang disebutkan di dalam Quran.

 

Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan para sahabat dan para tabiin, bahawa Nabi (S) telah berwasiat kepada Imam Ali a.s. Ini direkodkan di dalam riwayat berikut:

 

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ رضى الله عنهما ـ كَانَ وَصِيًّا‏.‏ فَقَالَتْ مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ إِلَى صَدْرِي ـ أَوْ قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ، فَلَقَدِ انْخَنَثَ فِي حَجْرِي، فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ

 

Telah bercerita kepada kami ‘Amru bin Zurarah telah mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu ‘Aun dari Ibrahim dari Al Aswad berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan ‘Aisyah bahwa ‘Ali radliallahu ‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “. Maka dia bertanya: “Kapan Beliau memberi wasiat itu kepadanya padahal aku adalah orang yang selalu menyandarkan Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat Beliau). Atau dia berkata: “berada dalam pangkuanku”, dimana Beliau meminta air dalam wadah (terbuat dari tembaga) hingga Beliau jatuh dalam pangkuanku dan aku tidak sadar kalau Beliau sudah wafat. Jadi kapan Beliau memberi wasiat kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741

 

Walaupun Ummul Mukminin Aisyah menafikannya, namun isu Imam Ali a.s menerima wasiat dari Nabi (S) adalah satu isu yang sememangnya menjadi buah mulut di kalangan masyarakat di era tersebut. Dan masakan dahan bergoyang jika tiada angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis Nabi (S) yang meninggikan kedudukan Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s dengan tema “melindungi umat dari kesesatan.”

 

Apabila seorang sahabat menafikan, wujud pula sahabat lain yang membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.”

 

Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari Kamis. Apakah hari Kamis itu?? Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air matanya membasahi kerikil, lalu dia berkata: Rasulullah (S) sakit keras pada hari Kamis, lalu beliau bersabda: Bawalah alat tulis kepadaku, aku catatkan buat kalian suatu catatan yang sesudah itu kalian tidak akan tersesat selamanya. Maka mereka bertengkar dan tidaklah seyogya disisi Nabi ada pertengkaran: Mereka berkata: Rasulullah diam. Beliau bersabda: Biarkanlah aku; sesuatu yang sedang aku lakukan (bersiap-siap menghadapi wafat dll) adalah lebih baik daripada apa yang kalian ajakkan kepadaku. Ketika wafat, beliau berwasiat dengan tiga hal, yaitu: Keluarkanlah orang-orang musyrik dari jazirah Arab, berilah hadiah kepada tamu (utusan) sepadan aku (Nabi) memberi hadiah kepada mereka. Dan aku lupa terhadap yang ketiga.” Shahih Bukhari | No. 2911 | KITAB JIHAD DAN PERJALANAN (PERANG)

 

Apakah perkara ketiga yang dilupai ini? Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah wasiat Nabi (S) dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”. Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah Ali a.s dan Ahlulbait a.s, yang mana gandingannya dengan Al Quran akan melindungi umat dari kesesatan.

 

InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita telah mengetahui bahawa:

*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah, dan kuasa ini tidak pernah di berikan di tangan manusia.

*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti dan berterusan selepas pengutusan Muhammad (S), kerana Allah swt tidak akan meninggalkan manusia tanpa penunjuk.

*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk menulis wasiat, dan amat bertentangan sama sekali jika Nabi (S) tidak menulis wasiat.

*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika saat kewafatan baginda, Nabi (S) ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”. Namun niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.

*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya ura-ura dikalangan masyarakat bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan dan Nabi mewasiatkan 3 perkara yang mana perkara ketiga tidak diketahui.

*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat Nabi (s) yang selari dengan tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat diketahui dari hadis ini bahawa selepas baginda, akan ada 12 Imam dan setelahnya akan ada 12 Mahdi.

*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan jika diganti dengan wasiat lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.

Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita meneliti hadis-hadis lain yang mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk melindungi umatnya dari kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas mempunyai makna yang mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.

 

 

Dan Allah lebih mengetahui.

 

Kembali Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan