Halaman

Jumaat, 3 September 2021

Pelbagai masalah: Penjaga (Wali Al-Amr) / Warisan

 Pelbagai masalah

Penjaga (Wali Al-Amr)

Warisan

Makanan

Pesanan dan Nasihat

Sentuhan dan Sihir

Nazar

Bekam dan derma darah

Hukum Umum

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 263

 

Pelbagai masalah >> Penjaga (Wali Al-Amr)

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Ibu saya bukan seorang ansariyah, dan tidak membenarkan saya untuk menghadiri majlis-majlis ansar. Bolehkah saya menghadiri majlis ansar untuk memperingati kematian semasa dia berpergian dan tidak mengetahuinya? Bapa saya juga bukanlah seorang ansar, tetapi dia membenarkan saya untuk menghadirinya, bahkan saya digalakkan untuk berbuat demikian.
Kami memohon pengampunan Allah atas kelemahan kami.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Tidak wajib mentaatinya dalam perkara ini, selagi ibu bapa (semoga dipelihara Allah) kedua-duanya tidak menyokong apa yang kamu lakukan dalam mentaati Allah, maka bertawakkallah kepada Allah dan semoga Allah memberi kejayaan dan menghapuskan keburukan kamu.][1]

 

______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm.55

 

✡✡✡✡✡✡

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 264

 

Pelbagai masalah >> Warisan

 

S / Seorang wanita meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka (pendapatan) kerja. Bagaimanakah pembahagian peninggalan ini, adalah diketahui dia meninggalkan suaminya, ibu dan lima anak-kananya (tiga lelaki dan dua perempuan)?

 

J / [Suku (satu perempat) untuk suami, dan satu perenam untuk ibu, dan setiap anak lelaki dapat dua bahagian daripada dua orang anak perempuan itu.

Bahagikan harta pusaka ini kepada 96 bahagian, suaminya mendapat 24 bahagian dan untuk ibunya 16 bahagian dan setiap seorang daripada tiga anak lelakinya mendapat 14 bahagian (14 + 14 + 14) dan bagi setiap anak perempuannya mendapat 7 bahagian (7 + 7).][1]

                     

S / Sekiranya seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan tidak mempunyai anak lelaki daripadanya, semasa kematian suaminya dia meninggalkan tanah kediaman, adakah dia mewariskan pada isterinya dan berapakah nisbah pembahagian harta pusakanya??? Adalah diketahui bahawa suaminya mempunyai lima saudara lelaki, dua dari mereka dari ibu kedua, dan dia mempunyai tiga saudara perempuan dari ibunya, semasa kematiannya ibu bapanya masih hidup, dan waris ingin membahagikan harta pusaka, Adalah diketahui bahawa ibu bapanya telah meninggal sebelum harta pusaka dibahagi-bahagikan, jadi apa bahagian isteri dari harta pusaka ini. Adalah diketahui bahawa keluarga suami adalah pengikut Al-Sistani, dan isteri adalah ansar Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as).

J / [Bahagian isterinya adalah seperempat jika dia tidak mempunyai anak dari si mati atau orang lain.][2]

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima, Al-Salamu 3alaika, Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad (as) Wa Yamanihim. Ini adalah pertanyaan dari salah seorang ansariah: Adakah cucu-cucu mewarisi dari datuk mereka atas kematiannya, Adalah diketahui bahawa ayahnya meninggal sebelum datuk mereka?

 

_____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, h 84

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 85

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 265

 

Dan juga, isteri anak yang meninggal tidak mempunyai anak darinya, adakah dia mewarisi sesuatu dari datuk setelah kematiannya?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Cucu-cucu yang ayahnya meninggal semasa datuknya masih hidup tidak mewarisi harta datuk jika dia (datuknya) mempunyai anak lelaki atau anak perempuan yang masih hidup, dan menantu (perempuan) tidak mewarisi dari ayah mertuanyanya.][1]

 

S / Seorang lelaki yang mempunyai ibu dan saudara lelaki, adakah dia boleh menulis semua harta benda dalam hidupnya atas nama isterinya?

J / [Dibolehkan jika dia tidak sakit dengan penyakit yang dengannya dia tidak selamat dari kematian (iaitu penyakit yang ditakuti), jika tidak, dia tidak berhak memindahkan lebih dari satu pertiga jika warisnya beriman dengan kebenaran. ] [2]

 

S / Seseorang yang telah mati meninggalkan seorang anak perempuan yang baligh, dia telah secara rasmi menolak anaknya di hadapan mahkamah, dan anaknya itu meminta untuk tinggal bersama ibunya dan menerima penolakan ayahnya terhadapnya. Persoalannya, adakah gadis ini layak mendapat warisan jika dia menuntutnya?

J / [Layak.] [3]

 

S / Adakah isteri mewarisi harta tetap (tanah dan bangunan), atau adakah dia mewarisi dari nilainya, atau dia tidak dapat harta pusaka darinya?

Terdapat keluarga bukan ansar yang ayahnya meninggal dunia dan mereka meminta saya membahagikan harta pusaka mengikut pendapat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), si mati meninggalkan seorang isteri dan enam anak, dua lelaki dan empat perempuan, dan

 

__________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 100

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 1, hlm. 43

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, hlm. 28

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 266

 

harta tetap iaitu sebuah rumah bernilai seratus empat puluh juta dan perabot di dalamnya. Mereka menunggu jawapan secepat mungkin.

J / [Isteri mewarisi semua dari harta pusaka itu, harta tetap dan lain-lain.

Warisan yang disebutkan di atas akan dibahagi kepada isteri mengikut nilai harga dan selebihnya kepada anak lelaki dan anak perempuannya, kepada yang lelaki dua saham (bahagian), dan kepada yang perempuan satu bahagian.][1]

 

S / Bapa meninggal bersama anaknya (anak lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak) bersama-sama dalam kemalangan jalan raya, dan kami tidak tahu bahawa kematian salah seorang dari mereka mendahului yang lain, Adakah anak-anak dari anak yang mati dengan ayahnya (datuk) mewarisi dari datuk mereka dalam masalah ini?

J / [Dengan menganggap kematian bapa sebelum anaknya, oleh itu anak lelakinya itu mewarisinya dan anak-anaknya pula mewarisi daripadanya..] [2]

 

S / Seorang wanita yang sudah berkahwin mengalami keadaan hidup yang sukar, dan ada pencen (wang persaraan) untuk ibunya yang meninggal.

Dia tidak berhak menerimanya kecuali jika terbukti bahawa dia sudah bercerai.

Adakah dibenarkan melakukan rawatan formal untuk mendapatkan pencen (persaraan)?

J / [Tidak dibenarkan.] [3]

 

__________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, hlm. 28

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, hlm. 29

[3] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 24 Rajab 4421 A.H. - Link ke penerbitan

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan