Halaman

Rabu, 1 September 2021

Ibadat

 Ibadat

Sholat dan Puasa

Manasik Haji dan Ziarah

Zakat dan Khumus

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 252

 

Ibadat >> Sholat dan Puasa

 

S / Semasa seorang wanita bangun dari sholat terdapat sebahagian dari rambutnya terkeluar, adakah Sah sholatnya jika selesai sholat (terbuka) penutupnya?

J. Sah sholatnya.][1]

 

S  / Apakah hukum seorang wanita yang menyempurnakan sholatnya dan melihat seorang lelaki bersholat benar-benar di belakangnya atau berhampiran dengannya? Dan apa yang perlu dilakukan jika berlaku kepadanya dalam kedudukan seperti itu semasa sholat?

J. [Jikalau lelaki ini telah berhenti (berdiri) untuk bersholat selepas ia memulakan sholatnya, dia (wanita tersebut) meneruskan sholatnya dan tidak ada masalah dengan sholatnya.] [2]

 

S  / Disebut dalam bab sholat berjama'ah: (Tidak sah dengan adanya halangan antara imam dan makmum yang mencegah pemandangan, kecuali pada makmum perempuan), soalannya: Adakah perbezaan hukum bergantung kepada halangan yang sah pada halangan wanita, sebagai contoh,: pertamanya dinding penghalang, dan kedua berdinding tetapi ia ada tingkap atau pintu yang terbuka, yang ketiga mempunyai tirai (kain), dan sebagainya?

                      

J. Jika dinding yang ada tingkap membolehkan untuk melihat Imam tidak diambil kira padanya sebagai halangan yang mencegah pemandangan, tetapi jika dinding menghalang hubungan dengan imam dalam apa-apa cara sehingga pada pendengaran maka begitu juga jika sukar membayangkan perlakuan sholat jamaah. Tetapi halangan sah pada wanita yang bersholat dibelakang imam ia adalah halangan yang membolehkan sekurang-kurangnya untuk mendengar bunyi suara imam atau yang telah dipindahkan pergerakan Imam kepada para makmum seperti: tirai atau dinding atau dinding kayu yang rendah dan nipis atau dinding berlubang dan lain-lain.][3]

 

____________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Al-Sholah h 12

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Al-Sholah h 13

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Al-Sholah h 35

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 253

 

S  / Apakah dalil Al-Quran, nash yang menunjukkan bahawa diharamkan imam seorang perempuan, sama ada yang bersholat itu orang lelaki, atau perempuan, atau yang bercampur?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina

Dibolehkan menjadi imam bagi seorang perempuan dalam sholat apabila mereka semua adalah perempuan sahaja, manakala seorang perempuan menjadi imam dalam sholat jika ada di antara mereka orang lelaki ia tidak dibenarkan, dan yang demikian itu adalah makmum yang bersholat (di belakangnya) adalah apabila ada lelaki dan perempuan, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ﴾

Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya.[1] dan darjat ini adalah: (imam secara umum), dan juga dikhaskan di dalam Sholat Jumaat atau sholat berjamaah atau Sholat Hari Raya atau Sholat Sempena (Ayaat) atau yang lain? [2]

 

S / Adakah wanita boleh menjadi imam bagi kaum wanita dalam sholat Jumaat, dengan syarat-syaratnya dipenuhi?

J / [Dibolehkan.] [3]

             

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Saidi wa Maulai. Saya berharap dari Allah bahawa agar tuan dalam keadaan baik dan mereka yang berlindung kepada tuan, Demi bapa dan ibu sebagai penebusmu. Soalan saya adalah, adalah diketahui apa yang harus dipakai oleh seorang wanita dalam sholat dan apa yang wajib dia tutupi. Apakah itu berlaku untuknya ketika dia membaca Al-Quran? Maksudnya, apakah dia wajib menutupi apa yang wajib dia tutup seperti dalam sholat?

Dan apa yang harus dia pakai? Saya harap tuan sedekahkan kami dengan doa tuan untuk pemulihan anak saya yang sakit, tuan. Tuanlah yang murah hati, dan kami meminta di hadapan pintu rumah tuan.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah merahmati kamu

 

_____________________

[1] Surah Al-Baqarah: 228

[2] Kitab Al-Mushabihat - Jz 4, hlm. 241

[3]- Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, hlm. 10

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 254

 

Seorang wanita dapat membaca Al-Qur'an dengan kepala yang tidak tertutup, dan dia tidak wajib menutup badannya ketika membaca Al-Quran. Sebaliknya, dia boleh membaca bila-bila saja yang dia kehendaki dan dengan pakaian apa pun selama dia berada di rumah.

Dan saya mohon kepada Allah agar memberi anak anda kesembuhan, kesihatan dan kesejahteraan, dan Dialah Maha Penyayang dari para penyayang.][1]

 

S / Salah seorang ansariah mengalami pemikiran buruk semasa sholat, terutama ketika membaca Al-Quran, dan bahkan lebih-lebih lagi khususnya Surah Yasin. Dia mengatakan sehingga dia takut membaca Al-Quran agar dia tidak didatangi perkara tersebut, misalnya, berfikir bertentangan dengan ayat tersebut. Adakah cara untuk menyingkirkan perkara ini?

J / [Banyakkan mengingati Allah (zikru Allah) dan mengisi masa lapang dengan zikir, mahu pun waktu bekerja, dia boleh menyebut pada ketika itu dengan zikir-zikir kepada Allah seperti Istighfar, tahmid, syukur dan tasbih.][2]

 

S / Mengenai pengesahan bulan baru, dinyatakan juga: (Dan itu disahkan dengan kesaksian wanita), dan pertanyaannya adalah: Apakah setiap dua kesaksian dihitung sebagai satu kesaksian, dan dengan itu kita memerlukan empat orang saksi wanita ?

J / [Disahkan oleh keterangan seorang lelaki dan dua orang wanita.] [3]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad (as). Allahumma Shalli 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima Katsira. Adakah penggunaan penyegar bibir dibenarkan semasa berpuasa?

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

semoga Allah memberkati anda

Dibenarkan.][4]

 

_____________________

[1] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada 19 Jun 2018

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 4, hlm. 8

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Al-Shiyam, hm. 12

[4] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada 5 Mei 2018

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan