Halaman

Isnin, 12 Julai 2021

Lagu (Nasyid), Nyanyian (Qasidah) dan Syair: S182 - 185

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 4

 

Lagu (Nasyid), Nyanyian (Qasidah) dan Syair

 

S 182 / Salah seorang ansariah bertanya bahawa dia menulis qasidah, syair (puisi) dan nasyid untuk dakwah yang diberkati, adakah dibenarkan baginya untuk membaca qasidah dengan suaranya sendiri dan merakamnya untuk menjelaskan melodi kumpulan untuk merakamnya?

J / Dibenarkan.

 

S 183 / Adakah boleh menyanyikan lagu kanak-kanak untuk anak yang baru lahir atau untuk kanak-kanak pada amnya?

J / Lagu dengan muzik secara umum tidak dibenarkan, tetapi jika anda bermaksud lagu-lagu ibu untuk anak-anak, tidak ada masalah dengannya.

 

S 184 / Semua gimnasium yang tersedia mempunyai lagu yang terbuka, jadi ada masalahkah dalam kehadiran saya di tempat-tempat ini?

J / Mendengarkan lagu dilarang (haram), dan itu adalah salah satu dari dosa kecil, dan perkara-perkara ini dilarang oleh Syariah kerana ia boleh menyebabkan seseorang melakukan dosa-dosa besar, Wal 3iyazha Billah – semoga dilindungi Allah, dan ia adalah perkara-perkara yang dilihat dan dilindungi Allah serta yang diperkirakan ke atas seseorang.

Menperdengarkan tidak sama dengan mendengar. Menperdengarkan adalah dengan tujuan untuk mendengarkan dan tindakan menerapkan minda. Adapun untuk mendengar apa yang dihasilkan secara tidak sengaja, iaitu jika anda berada di tempat umum (lapangan terbang, restoran, gimnasium) di mana terdapat lagu-lagu dan anda tidak mendengarkannya, maka mendengarnya tidak dilarang (tidak haram), kerana pada asalnya kosong dari tujuan, niat dan menerapkan minda.

 

S 185 / Adakah dibenarkan menulis syair ghazal yang tidak jelik, dan apakah sah (betul) qasidah ghazal Imam Ali (as), adalah diketahui bahawa ia benar-benar sama dengan syair itu sendiri? Semoga tuan diberi ganjaran yang baik.

J / Itu diizinkan, tetapi itu adalah salah satu perhiasan dari kehidupan duniawi, maka dituntut apa yang Allah telah berikan kepada kamu pada perkara-perkara lain yang baik-baik, kerana ia lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai ganjaran (pahala) dan yang lebih kekal.

 

 

✡✡✡✡✡✡

                                  

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

                                    

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan