Halaman

Sabtu, 22 Mei 2021

Menonton Filem Yang Menghina Al-Makshumin S31, Perbualan Lelaki Dengan Wanita Melalui Internet: S32

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 2

 

Menonton Filem Yang Menghina Al-Makshumin

S31 / Baru-baru ini ada banyak cakap-cakap mengenai filem yang menghina Al-Rasul Al-Karim (S), apakah hukum menonton filem-filem seperti ini yang menunjukkan jasad para Nabi dan Aali Al-Bait, apakah tindakan menyerupakan kehidupan dan peranan mereka ini dalam membimbing umat, atau menghina mereka (as)?

J / Menunjukkan jasad Al-Makshumin jika tidak meremehkan mereka atau mendustakan mereka, maka tidak ada yang salah dengannya, terutamanya jika filem itu menunjukkan kebaikan tindakan dan kata-kata mereka dan mendorong manusia untuk beriman dengan mereka.

Mengenai filem-filem yang menghina mereka, lebih baik ditinggalkan dari menontonnya kecuali jika perlu, seperti untuk bertindak balas atasnya, atau mengambil keputusan berdasarkan kandungannya.

 

✡✡✡✡✡✡

 

Perbualan Lelaki Dengan Wanita Melalui Internet:

S32 / Apakah hukum perbualan antara lelaki dan wanita secara umum, dan melalui internet khususnya? Adakah perbualan secara tertutup di Paltalk dibenarkan?

J / Saya telah nyatakan sebelumnya: bahawa bercakap-cakap antara lelaki dan wanita seperti perbualan (tajuk) umum adalah dibenarkan, dan bercakap di internet antaranya:

[Perbualan antara lelaki dan wanita adalah dibenarkan, kecuali jika ada kecurigaan dan ditakuti akan fitnah yang mesti dielakkan, FirmanNya SWT:

﴿وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [Al-Nur : 31] Syarai3 Al-Islam: Jz 3

Perbualan antara lelaki dan wanita pada umumnya dibenarkan.

Mengenai bercakap-cakap dengan lelaki dan wanita secara bersendirian, adalah makruh, kecuali dalam hal pertunangan atau keperluan.

Oleh itu, seorang wanita mukmin yang suci dan terhormat hendaklah menghindari bercakap secara bersendirian dengan lelaki yang bukan muhrim kecuali kerana keperluan dan dengan kadar yang diperlukan, dan dengan ucapan paling sedikit yang memenuhi tujuan, dan sama ada perbualan ini secara langsung berhadap-hadapan atau di Internet, dan program sembang dan seumpamanya. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin .

 

✡✡✡✡✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan