Halaman

Ahad, 9 Mei 2021

Khutbah 3id Al-Fithr 1442 -2021

 Khutbah Pertama

الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر، والحمد لله على ما هدانا وله الشكر على ما أولانا

والحمد لله رب العالمين *  وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما * اللهم العن أعداء محمد وال محمد في الأولين والآخرين

 

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،

وأشهد أن محمداً عبده ورسوله،

وأشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله،

وأشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله *  

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

 

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar! Tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala pujian dan Allah Maha Besar atas hidayah yang telah diberikan kepada kami dan kepadaNya kesyukuran kerana mendahulukan kami,

 

Wahai ansar Allah,

Wahai ansar Imam Mahdi sekelian

Semoga Allah memuliakan kamu dengan keaikan di akhirat dan dunia.

Bagaimana Mendekatkan Diri Kepada Allah?

Dalam niat pada kebanyakan amalan dan ibadah kita, kita selalu katakan:

Qurbatan ila Allah: Untuk mendekatkan diri kepada Allah,

Mari kita lihat beberapa hadits Qudsi

Iaitu diucapkan (beserta) dengan amalan yang bermakna untuk menjadi mereka yang termasuk dalam (ganjaran) Hadis Qudsi itu:

"Sesiapa [yang mahu] mendekatkan diri kepada-Ku oleh amalan-amalan fardhu sehingga menjadi tanganKu dan mataKu... ", dan orang-orang yang telah dan orang-orang yang telah termasuk di dalam Hadis Qudsi:

عبدي أطعني تكن مثلي تقل للشيء كن فيكون –

hamba-Ku yang mentaatiKu, kamu akan menjadi sepertiKu, [hanya dengan] mengatakan kepada sesuatu, jadilah maka ia terjadi.",

dan menjadi seperti orang-orang yang ditujukan Allah Al-Jalil.dalam Hadis Al Qudsi:

(أنا حي لا أموت وقد جعلتك حياً لا تموت أنا أقول للشيء كن فيكون وقد جعلتك تقول للشيء كن فيكون. )

"Aku Hidup dan tidak akan mati, maka aku telah membuat kamu hidup dan kamu tidak akan mati, Aku katakan kepada sesuatu, jadilah maka ia terjadi dan Aku jadikan kamu mengatakan kepada sesuatu, jadilah maka ia terjadi. "

 

Oleh itu, apa yang diperlukan oleh seorang hamba supaya dia menjadi Imej untuk Wali Allah dan KhalifahNya di BumiNya,

Maka dengan martabat atau makam yang rendah pasti akan diazab Tuhan. Walaupun hamba itu adalah dari ahli Syurga; kerana kadar ke atas siksaannya berbanding kekalahannya dalam mencapai kesempurnaan yang boleh dicapainya.

Oleh itu, yang terselamat daripada hukuman dicapai oleh hamba yang mewakili Allah, tangan Allah dan mata Allah dan berkata kepada sesuatu, jadilah maka ia terjadi, serta yang hidup dan tidak akan mati, Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ﴾

{Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).} [Al-Zumar :68].

 

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿لا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَى وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ﴾

{mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka,} [Al-Dukhan :56]].

 

Dan ini dicapai oleh hamba yang berkata لا إله إلا الله - Tidak ada Tuhan selain Allah' dengan perbuatan dan amalan dan dikatakan mengikuti Wali Allah dan KhalifahNya di Bumi-Nya pada setiap pergerakan dan rehat (bergerak dan diam) dan seperti mana kata Imam Al-Redha (as): "Dengan syarat-syaratnya dan syarat-syaratnya dan aku daripada syarat-syaratnya."

 

Tetapi ada Soalan Mutasyabihat:  dalam suatu hadits Qudsi berikut,:

لا يزال العبد يتقرب لي بالنوافل حـتى أحبه فإذا أحببته كنت يده التي يبطش بها وعينه التي يرى بها...

Seorang hamba akan sentiasa mendekatiKu dengan ibadah nawafil, sehingga Aku mengasihinya. Sekiranya Aku mengasihinya, Aku akan menjadi tangannya yang dengannya dia menyerang dan menjadi matanya yang dengannya dia melihat

 

Dan dalam hadits yang lain, apakah pula maksudnya:

لا يزال العبد يتقرب لي بالفرائض ... حتى يكون يدي وعـيني وسمعي...

Seorang hamba akan sentiasa mendekatiKu dengan ibadah-ibadah fardhu ... sehingga Aku akan menjadi tangannya, matanya dan pendengarannya ... 

Ada percanggahan dalam kedua-dua hadits Qudsi tersebut, yang satu mendekatiKu dengan ibadah nawafil dan satu lagi mendekatiKu dengan ibadah-ibadah fardhu

 

Imam Ahmad Al-Hassan menjwab:

Amalan nawafil di dalam hadis Qudsi bukanlah solat-solat mustahab (yang disunatkan) sahaja, tetapi ianya meliputi keseluruhan apa yang difardhukan Allah SWT dan ia menunjukkan kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain (ibadah fardhu). Maka kesemua solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan fajar menurut hadis Qudsi ini adalah nawafil atau tambahan atau sampingan kepada amalan lain yang lebih asasi, lebih penting dan dituntut sebenarnya, kerana amalan-amalan lainnya menjadi tidak bermanfaat tanpa amalan asasi itu. Amalan ini adalah Wilayah (menerima otoriti atau kekuasaan) Wali Allah dan khalifahNya (as) di muka bumiNya ini.

 Jika sekiranya datang seorang penganut Kristian yang melakukan segala ibadah-ibadah Islam tanpa Wilayah Muhammad, maka ianya tidak memberi sebarang manfaat. Dan sekiranya datang seorang muslim dengan melakukan segala ibadah Islam tanpa Wilayah Ali, maka ianya tidak juga memberi apa-apa manfaat. Dan sekiranya datang seorang Syiah dengan segala ibadah Islam dan wilayah Ali serta para Imam (as) tanpa berwilayahkan Imam Mahdi (as), maka ianya tidak bermanfaat jua. Melainkan dia memanfaatkannya (wilayah khalifah Allah) di dalam kehidupan di dunia ini, serta menjadikannya sebagai wasilah (jalan) bagi mengenal Hakikat dan mengenal wali Allah.

Bahkan orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan nawafil walaupun dia berwilayahkan wali Allah, maka dia tetap tidak memperolehi dan tidak dapat meninggikan darjatnya melainkan dengan kadar wilayah yang dikandung dalam dadanya.

Adapun kefardhuan itu adalah wilayah kepada wali Allah. Wilayah itu adalah solat yang wajib, haji yang wajib, zakat yang wajib dan puasa yang wajib. Solat adalah menghadapkan wajah ke kiblat dengan penuh kerendahan dan pengharapan (doa), sebaik-baik kiblat yang dihadapkan wajahnya oleh manusia adalah wali Allah pada zamannya dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya. Sebaik-baik kerendahan diri dan memanjatkan pengharapan (doa) kepada Allah adalah dengan mencintai wali Allah dan HujjahNya ke atas hamba-hambaNya, sepertimana di dalam hadis: 

(حبّ علي حسنة لا تضر معها سيئة)

Bermaksud: Kecintaan Ali adalah kebaikan yang kejahatan sesekali tidak memudharatkannya. 

Haji itu adalah perjalanan ke tempat tertentu dan sebaik-baik perjalanan itu adalah perjalanan kepada Allah dengan maksud tujuan wali Allah dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya, kerana dia adalah kiblat yang dengannya Allah dikenali. (Dengan kamu Allah dikenali.)

 

عن يزيد العجلي, قال: سمعت أبا جعفر يقول: بنا عبد الله, وبنا عرف الله, وبنا وحد الله تبارك وتعالى,ومحمد حجاب الله تبارك وتعالى

                                               

Bermaksud: Daripada Yazid Al 3ajali, telah berkata: Aku telah mendengar Aba Ja'afar berkata: Dengan kami Allah disembah, dengan kami Allah dikenali, dengan kami ditauhidkan Allah Tabaraka wa Taala, dan Muhammad adalah Hijab Allah Tabaraka wa Taala.[3]

 

قال رسول الله : ابن آدم إفعل الخير ودع الشر فإذا أنت جواد قاصد

 

Telah bersabda Rasulullah: Berbuat baiklah anak Adam dan tinggalkanlah kejahatan, sedang kamu seorang yang dermawan lagi dekat. 

 

Perbuatan baik adalah Wilayah Wali Allah dan meninggalkan kejahatan adalah mengingkari taghut. Ditetapkan bahawa wilayah Wali Allah adalah mengikut martabat-martabat. Maka barangsiapa yang mengutamakan keseragaman dalam setiap gerak serta diam, dan bukan orang yang mengikutinya dengan lisan tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatannya. Setiap kali dia lebih kuat mendampingi Wali Allah, maka setiap kali itulah keterdekatan dirinya kepada Allah menjadi lebih kuat. Beginilah halnya sehinggalah hamba yang sentiasa mendampingi Wali Allah ini menjadi imej atau gambaran lain kepada Wali Allah atau HujjahNya ke atas hamba-hambaNya. Beginilah seseorang hamba itu menjadi mata dan tangan Allah, sepertimana Wali Allah itu adalah mata dan tangan Allah. 

 

حدثنا عبد الله بن محمد عن محمد بن إسماعيل النيشابوري عن أحمد بن الحسن الكوفي عن إسماعيل بن نصر وعلي بن عبد الله الهاشمي عن عبد المزاحم بن كثير عن أبي عبد الله عليه السلام

قال كان أمير المؤمنين عليه السلام يقول

انا علم الله وانا قلب الله الواعي ولسان الله الناطق وعين الله الناظر وانا جنب الله وانا يد الله

 Daripada Abi Abdillah, telah berkata: Amirul Mukminin berkata: Aku adalah ilmu Allah, dan aku adalah hati Allah yang sedar, dan lisan Allah yang berkata-kata, dan mata Allah yang melihat, aku adalah rusuk Allah dan aku adalah tangan Allah. 

اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ * أسْأَلُكَ فِي هَذِا اليَومِ الَذِي جَعَلْتَهُ لِلْمُسْلِمِيْنَ عِيْدًاً * وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ* وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾

 

==========================================

Khutbah Kedua:

==========================================

 

الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر، والحمد لله على ما هدانا وله الشكر على ما أولانا

والحمد لله رب العالمين *  وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما * اللهم العن أعداء محمد وال محمد في الأولين والآخرين

 

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،

وأشهد أن محمداً عبده ورسوله،

وأشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله،

وأشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله *  


Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertaqwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

 

Wahai ansar Allah,

Wahai ansar Imam Mahdi    

Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

               

Orang-Orang Yang Tergelincir (Murtad) Dari Landasan Dakwah

 

Perhatikan jawapan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani a.s kepada soalan yang diajukan kepadanya berkenaan orang-orang yang tergelincir (murtad) dari landasan dakwah selepas mereka menerimanya dan penentangan mereka terhadap dakwah.


Saya berharap kamu membaca Al Quran dan memikirkannya habis-habis, adakah mereka mengkhianati sunnah orang-orang yang terdahulu?

 

﴿وَقَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾

 

Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: Pada sebelah pagi dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula. (Aali Imran: 72)

 

Beramallah dan semoga Allah mengurniakan taufiq kepada kamu serta meluruskan kamu pada apa yang diredhaiNya, dan janganlah kamu mempedulikan orang yang telah dituliskan kesesatan ke atasnya. Amalan-amalan mereka hari ini akan dibalasi esok hari (hari pembalasan). Beramallah dan keluarnya mereka yang telah murtad daripada jalan kebenaran tidak sekali-kali memudharatkan kamu. Mereka dibalasi hari ini dengan dosa kejahatan yang telah mereka lakukan semalam dengan tidak menjadikan mereka layak untuk berada di kedudukan suci di kalangan Ansar para Anbiya dan Awsiya (a.s):

 

قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ ۖ فَلَا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۖ إِنِّي أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

 

Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu; sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. (Surah Hud: 46)

 

Dan simpati buat kamu di dalam firman Alah Taala:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللَّـهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.


Semoga Allah membalasi kamu dengan sebaik-baik pembalasan wahai orang-orang yang berbuat kebaikan dan mengurniakan taufik pada apa yang diredhaiNya, serta semoga Allah membantu kamu ke atas orang-orang yang tidak mampu memahami kata-kata.

 

Sebagai tambahan saya bawakan pertanyaan kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as)      

Berapa harikah diperlukan berpuasa, pada hari-hari sihat, begitu juga dengan solat, jika ia tidak sihat dan terpaksa mengambil ubat-ubatan sebagai rawatan, apakah hukum (ketetapan) mengqadhakannya atau membayar kafarah?

 

Imam Ahmad Al-Hassan (as)      

Pesakit yang berhutang mengqadhakan solat dan puasanya adalah pada hari dia sihat, apabila dia pulih dari serangan penyakitnya sehingga sembuh dan membayar kafarah, dan apabila dia membayar kafarah dengan memberi makan orang-orang miskin, dia mesti berusaha melaksanakannya  sehingga sembuh dengan memberi makan orang-orang miskin, dan jika penyakitnya teruk dan tidak boleh berpuasa akan membayar fidyah tebusan mengikut jumlah hari dengan (3/4 kg) makanan.

 

Adapun solat boleh mengqadhakannya dengan duduk atau lain-lain cara mengikut apa yang boleh dilakukannya atau kesesuaian penyakitnya.

 اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي اندونسيا وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين

                                         

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ

اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

  

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِذا جاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَ الْفَتْحُ * وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْواجاً *
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَ اسْتَغْفِرْهُ  *إِنَّهُ كانَ تَوَّاباً

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan