Halaman

Khamis, 20 Mei 2021

Berkaitan Dengan Khumus Dan Zakat: S 13 - 15

 Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah - Juz 2

 

Apa Yang Berkaitan Dengan Khumus Dan Zakat: S 13 - 15

     

S13 / Saya ingin tahu kepada siapa saya akan membayar zakat dan Khumus untuk disampaikan kepada Imam (as)? Perkara ini sangat mengganggu saya, dan saya tidak tahu apa yang harus dilakukan secara khusus mengenainya.

Saya membeli emas dan beberapa batu permata beberapa tahun yang lalu untuk tujuan pelaboran, jadi apakah saya harus membayar khumus dan zakat? Karena saya menyimpannya begitu lama?

J / Semoga Allah memberikan anda kejayaan dan membimbing langkah anda. Tidak perlu wang Khumus disampaikan kepada Khalifah Allah secara langsung. Sekiranya anda adalah salah seorang yang beriman kepada kebenaran, maka telah ditubuhkan badan untuk mengumpulkan khumus dan sedekah dan mengagihkannya kepada banyak pihak. Termasuk: mendukung anak yatim, janda, penuntut ilmu, dan kemudahan menyampaikan dakwah kebenaran kepada orang lain. Anda boleh menyerahkannya kepada beberapa orang yang beriman yang bertanggungjawab dalam perkara ini melalui akaun bank yang disediakan untuk perkara ini, atau anda boleh menyerahkannya kepada pejabat dakwah yang terletak di Najaf di Hauzah Al-Mahdawiyah yang diberkati.

Mengenai harta, batu permata, atau emas yang anda simpan dan lebih dari setahun berlalu, anda wajib membayar khumus (seperlima) daripadanya sekali, dan setelah anda membayar khumus daripadanya, tidak ada masalah jika anda menyimpannya, dan anda tidak perlu membayar khumus yang seperlima itu daripadanya lagi, tidak kira berapa lama ia kekal pada anda.

 

S14 / Adakah saya dibenarkan menggunakan khumus dan mengumpulkan yang khumus demi mempercepat dakwah iaitu seruan dakwah tuan, dan untuk mengajar Ahli Al-Bait (as), di tempat saya di sini (Malaysia)?

Sekiranya dibenarkan, berapakah nisbah yang boleh saya gunakan untuk dakwah? Berapa pula nisbah untuk dikembalikan kepada tuan? Berapakah nisbah yang saya boleh gunakan untuk membantu ansar?

 J / Dibolehkan mengagihkan khumus untuk dakwah kepada agama Allah yang benar, dan menolong orang-orang yang beriman, semoga Allah melindungi mereka. Penerimaan khumus, hak-hak syari’ah dan mengagihkannya, anda boleh mengatur Bait Al-Mal untuk para ansar khusus untuk Malaysia dan anda akan bertanggungjawab padanya atau salah seorang saudara mukmin yang menurut anda sesuai untuk perkara ini, dan tidak ada nisbah khusus untuk pengagihan khumus dan hak-hak syari’ah, bahkan anda boleh menghabiskan semua wang masuk ke Bait Al-Mal yang anda uruskan. Anda juga boleh menghubungi Bait Al-Mal Umum untuk Ansar untuk mendapatkan lebih lagi keperluan yang kamu hajatkan, jika ada lebihan. Untuk membawanya kepada yang memerlukan di tempat lain di bumi ini, semoga Allah memberikan anda kejayaan dan membimbing anda.

 

S15 / Adakah wajib dikenakan khumus bagi wang untuk mengerjakan Umrah? Bagaimana jika wang itu hadiah?

J / Semua lebihan wang wajib dikenakan khumus pada masa Tahun Baru seseorang, ia adalah seperlima dari lebihan wang orang itu, dan jika perkara itu dibimbangi antara membayar wang khumus atau untuk pergi Umrah, maka pergilah Umrah. Semoga Allah memberi anda kejayaan dan semoga Allah menerima amalan anda.

 

✡✡✡✡✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan