Halaman

Isnin, 8 Februari 2021

Dr Syeikh Muhammad Athiyah

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 8 September 2013:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam untuk semua pengunjung halaman yang diberkati ini

Dr. Muhammad, semoga Allah memeliharanya, menulis:

Dr Syeikh Muhammad Athiyah:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saidi wa Maulai, Qaim dari keluarga Muhammad (as) Ahmad Al-Hassan, semoga Allah memuliakan tuan dan memperkuat tuan melalui pembukaan yang nyata. Dia mengumpulkan ansar tuan, keluarga tuan, musuh-musuh tuan, dan menjadikan saya selalu dan tetep bersama tuan, dan saya meminta tuan untuk memaafkan saya dan mengampunkan saya, kerana mengabaikan hak tuan terhadap Aali Al-Bait (as).

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Dr Muhammad Athiyah, semoga Allah melindungi anda, keluarga anda yang mulia, dan semua orang yang berlindung kepada anda, dan saya meminta Allah memberkati anda dan menambah kurniaanNya kepada anda. Dialah Penolongku dan Dialah juga Yang menjadi penolong orang-orang soleh

Dan tahniah kepada sirah (perjalanan hidup) anda yang baik dan diberkati ini, kata-kata anda dan pendirian anda bersama kebenaran selalu menjadi alasan bagi mengutuk dan mengganggu anda dan ini adalah dari rahmat Allah kepada anda. Maka bersyukur kepada Allah atas rahmat-Nya. Ketika anda berbicara sesuatu yang benar di era kediktatoran di Mesir, mereka memenjarakan anda, mempersendakan anda, dan mengusir anda dari negara anda, Mesir. Dan ketika anda mengatakan kebenaran di Iran, dan beriman dengan dakwah yang diberkati ini dan menolak dari bertaqlid kepada marajik dan tidak menganggap sebahagian Marajik Hauzah Qom yang tidak tahan mendengar suara anda, sehingga mereka menghasut pemerintah Iran untuk memenjarakan anda dan mengusir anda dari Iran. Oleh itu, anda menanggung kesulitan dan berpegang pada menyokong kebenaran, dan pemenjaraan dan perngusiran tidak menghalangi anda untuk berdiri bersama kebenaran. Maka tahniah kepada anda dan saya bermohon kepada Allah agar membangkitkan anda bersama Muhammad dan keluarga baginda, semoga Allah menyanjung mereka semua.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan