Halaman

Isnin, 8 Julai 2019

Soalan 303: Siapa Utsman bin Ali


Soalan 303: Siapa Utsman bin Ali

Adakah benar bahawa Umm Al-Banin (as) mempunyai seorang anak bernama Utsman bin Ali?

Pengirim: Mawaliah – Kuwait

Jawapan:


بسم الله الرحمن الرحيم،

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً. 

Ia disebut oleh Al-Sheikh Al-Mufid dalam Al-Irsyad dan lain-lain, bahawa dia telah terbunuh bersama Imam Al-Hussein (as) di Karbala, dan berkata bahawa dia berusia dua puluh satu atau dua puluh tiga tahun, dan dia adalah saudara Abu Al-Fadhl Al-Abbas (as) dari ibu dan bapa (yang sama), telah diberi penghormatan salam oleh Imam Mahdi (as) dalam ziarah Al-Nahiyah Al-Muqaddasah, di mana beliau (as) berkata:

): (السلام على عثمان بن أمير المؤمنين، سمي عثمان بن مظعون، لعن الله راميه بالسهم خولي بن يزيد الأصبحي الأيادي الدارمي)

(Salam atas Utsman bin Amirul Mukmunun, yang dinamakan Utsman bin Mazh3un, Allah melaknat Khuli bin Yazid Al-Asbahi Al-Iyadi Al-Darami - yang memanahnya) [389].

Diriwayatkan dari Ali bahawa dia berkata: "Aku hanya memanggilnya dengan nama saudaraku Utsman bin Mazh3un." [390].

Diriwayatkan bahawa Utsman bin Madh3un adalah saudara susuan Rasulullah (S), baginda menciumnya sewaktu kematiannya dan menangisnya, dan baginda meletakkan batu-batu di atas kuburnya, dan bersabda (Supaya dikenal kubur saudaraku) [391].

Diriwayatkan juga bahawa ketika akan wafat Rasulullah (S) mengucapkan kata-kata penawar: (Kembalilah engkau Al-Sholeh Utsman bin Madh3un kepada orang yang mendahulu kita dan sahabat-sahabatnya) [392], dan baginda meriwayatkan banyak kebaikan-kebaikan lain.

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                                                  
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy



✡✡✡✡✡


والحمد لله أولاً وآخراً، والصلاة والسلام على خير خلق الله محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

-----------------------
[389]- Al-Mazar oleh Muhammad Bin Al-Masyhad: hal 489.
[390]- Muqatil Al-Thalibiyin: hal 54, Bihar Al-Anwar: J 45 hal 37.
[391]- Al-Ziyarah Fi A-Lkitab Wal-Sunnah: hal 70, Fi Dzilal Al-Tauhid: hal 286.
[392]- Al-Kafi: J 3 hal 241.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan