Halaman

Ahad, 7 Julai 2019

Soalan 297: Keluhan


Soalan 297: Keluhan

بسم الله والصلاة والسلام على خير خلق الله وآله الطيبين الطاهرين الهادين المهدين

Dengan nama Allah, Selawat dan salam ke atas sebaik-baik penciptaan Allah dan keluarga baginda yang terbaik dan yang suci para pembimbing dan Mahdi-mahdi.

Saya membaca kata-kata Al-Syed Ahmad (as) dan saya sangat terkejut bagaimana seorang lelaki yang menuntut sebagai pemilik keturunan yang mulia, yang membantu ini ditinggalkan oleh manusia! Adakah Karbala akan berulang di zaman moden dan juga di Iraq? Adakah manusia akan masuk kepada kesedihan yang baru seperti dialami oleh penghulu wanita seluruh alam Al-Batul Al-Thahirah?!?

Ya tuan, walaupun saya jauh dari tuan, tetapi menyokong Imam Al-Hussein adalah tanggungjawab saya, saya mahu menyahutnya kepada salah seorang dari anak-anaknya, apa yang boleh saya lakukan untuk tuan?

Dan saya katakan: Adakah ada yang lebih murni, lebih suci, lebih terkehadapan, lebih kuat dan lebih terpelihara dari Imam Mahdi untuk dilindungi dan menguatkannya dan dengannya. Salam kepadanya dan bapa-bapanya yang baik dan anak-anaknya yang berbuat baik serta pengikutnya yang setia.

والسلام عليكم و رحمة الله، وصلى الله على محمد وآله الأطهار الأئمة المهدين.

Pengirim: Abu Zahra – Mesir

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Saudaraku
،yang mulia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya, para ulama akhir zaman dan para pengikutnya telah mengulang kembali sirah (perjalanan hidup) mereka yang mendahului mereka dalam membunuh kebenaran dan orang-orangnya dengan gambaran yang paling jelek, mereka akan memanggang manusia dengan berbagai cara syaitan yang berliku-liku , demi kepentingan mereka untuk menghancurkan dunia yang usang lagi murahan, mereka menentang, menolak dan mengejek Al-Syed Ahmad Al-Hassan, walaupun segala dalil dan bukti-bukti disokong oleh Allah Taala kepadanya. Maka mereka tidak keluar dari menyerang, memporak-perandakan dan dakyah hitam yang mereka telah gunakan terhadap Al-Syed Ahmad Al-Hassan, Mengambil kesempatan daripada pengaruh mereka dari dana syari’ah yang ianya adalah untuk Aali Muhammad (as), bahkan mereka mengupah Amerika dan Taghut penzalim memerangi hingga mereka menyiksa dan menyusahkan Al-Syed Ahmad Al-Hassan,.

Semua orang perlu menyokong dakwah kebenaran Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan menyebarkan dakwahnya dan mendedahkan musuh-musuhnya dan dengan segala usaha yang mungkin, dan Allah Maha Mengetahui perkhabaran.

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
.

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                                           
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan:

Catat Ulasan