Halaman

Ahad, 7 Julai 2019

Soalan 295: Keliru konsep mengasihi Aali Al-Bait


Soalan 295: Keliru konsep mengasihi Aali Al-Bait

Wahai orang-orang Syiah yang mendakwa bahawa kamu menngasihi Aali Al-Bait, mengapa anda mendakwa Al-Hussein dan kamu membiarkan di bersendirian di Karbala?? Sila jawab sekarang.

Pengirim: Mohamed – Algeria

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Orang-orang Syiah berwalikan Muhammad dan Aali Muhammad dan mematuhi perintah mereka serta membantu mereka dengan tidak menyimpang daripadanya dan tidak mengubahnya. Tidaklah semua orang yang menunjukkan Al-Tasyaiyu3 (التشيع) - yang mengikut atau mendukungnya  adalah orang Syiah, tetapi Al-Tasyaiyu3 mesti diterjemahkan dengan aqidah dan perbuatan, jika tidak ia bukan (Syiah), dan pengertian ini ditegaskan oleh para Imam (as). diiwayatkan bahawa Imam Al-Kadzim (as ) berkata: (tidak semua orang yang berkata bersama wilayah kami beriman dengan kami, tetapi mereka (mesti) beramah-tamah kepada orang mukmin) [388].

Orang-orang yang mengkhianati dan membunuh Imam Al-Hussein (as) bukanlah Syiah, walaupun sebahagian daripada mereka mendakwanya, aliran ini ada dalam semua agama dan mazhab. Maka ada orang-orang yang memerangi Nabi Isa (as). Mereka tidak datang kepada Nabi Allah Musa, tetapi mereka mendakwa bahawa mereka berada dalam agamanya dan sebagai pengikutnya.

Selain itu, orang yang membunuh Al-Hussein (as) adalah Yazid bin Muawiyah (laknahu Allah); kerana dialah yang memerintahkan pembunuhan itu. Adakah Yazid bin Muawiyah (laknahu Allah) seorang Syiah atau dari kalangan musuh-musuh keluarga Muhammad, dia, ayahnya dan datuknya?!

Jika anda sedang mengecam pembunuhan Imam Al-Hussein (as) maka mengapa anda membebaskan Yazid, ayahnya dan datuknya, jika tidak, bagaimana anda boleh mrnyukai pembunuh dan yang menjadi korban pembunuhan dengan satu perasaan dan hati?! Dan juga anda perlu berlepas diri dari sesiapa sahaja yang memerangi dan membunuh serta mencerai-beraikan Aali Muhammad dari Bani Umaiyah dan Bani Al-Abbas, sama ada anda akan menjadikan kebenaran itu berada pada Aali Muhammad (as) atau berada pada musuh-musuh mereka, dan menggabungkannya adalah mustahil, apa yang anda akan katakan?

Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                                           
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy   


✡✡✡✡✡

------------------
 [388] – Al-Kafi: J 2 hal 244.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan