| 
 
Khalifah Allah dan Sifat-sifat
  Mukjizat: [20] 
Sebahagian daripada mereka
  percaya bahawa antara sifat-sifat seorang maksum itu adalah ia tidak
  mempunyai bayang-bayang, dan jika berjalan di atas batu akan memberi bekas dan
  tidak akan memberi bekas apabila berjalan di tanah lembut. dan sesungguhnya dagingnya
  tidak dimakan binatang liar atau binatang liar tidak menyerangnya.... dan
  lain-lain 
Sebenarnya ini adalah iktiqad
  (kepercayaan) yang batil (salah), Sesiapa yang beriktiqad seorang Maksum bersifat
  dengan sifat ajaib sebagai sifat yang ada di dalam dirinya (as) maka ia adalah
  aqidah yang menyeleweng, keadaannya adalah: 
Pertama: Ia bertentangan
  dengan Al-Quran yang diambil iktibar daripada Muhammad (S) - Khalifah Allah terbaik
  - bahawa dia seorang manusia biasa dan mempunyai sifat-sifat jasmani kemanusiaan, dan
  kelebihannya bersifat rohani (Rohiyah) hasil dari keikhlasan baginda (S), dan
  ia bukan sifat-sifat jasmani, Firman Allah SWT:  
﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ
  أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو
  لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ
  رَبِّهِ أَحَدًا﴾ 
Katakanlah:
  Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku:
  "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa".
  Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia
  mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam
  beribadat kepada Tuhannya". [Al-Kahf 18: 10],  
dan FirmanNya lagi:  
﴿قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ
  أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ
  وَاسْتَغْفِرُوهُ ۗ وَوَيْلٌ لِّلْمُشْرِكِينَ﴾ 
Katakanlah:
  "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan
  kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada
  jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan
  kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya, [Fushshilat 41:6] 
Kedua: Menuduh Allah
  menyalahi (melanggar) sifat Adil, dan melebihkan sebahagian daripada penciptaan
  (makhluk) atas sebahagian yang lain sebelum menguji mereka dan melebihkan
  sebahagian atas sebahagian yang lain pada amalan. 
Ketiga: Menuduh Allah menyalahi
  Al-Hikmah (kebijaksanaan) di mana walaupun pada hakikatnya khalifah-khalifahNya
  mempunyai sifat-sifat mukjizat sebagaimana dakwaan mereka yang aqidahnya
  terseleweng, Allah memberikan kepada mereka dengan mukjizat yang kurang
  kelihatan pada keajaiban dari sifat itu, Maka kesan-kesan pada batu yang
  disifatkan pada Musa (as) - Menurut ahli aqidah yang rosak - lebih besar
  daripada mukjizat sementara dan didatangkan kepada Musa (as). Ia adalah
  menukarkan tongkat menjadi ular, dan apabila Musa masuk ke istana Firaun tentulah
  lantai istana Firaun akan rosak dan pecah-pecah, menurut dakwaan mereka yang bodoh
  itu. Di mana mereka percaya dia mempunyai sifat yang meninggalkan bekas pada
  batu, dan ini adalah kesan kekal dan tidak boleh dikatakan ia adalah sihir. Apa
  yang diperlukan Musa selepas semua ini adalah menukarkan tongkat kayu menjadi
  ular, dan Firaun mengatakan mengenainya ia adalah sihir. 
Keempat: Aqidah yang
  sesat (meyeleweng) sepertimana kepercayaan bahawa haiwan pemangsa tidak makan
  atau tidak menyerang Al-Maksum atau Imam membenarkan mereka untuk membunuh Al-Hussein
  (as) dengan memancungnya, tetapi mereka memberikan hujah bagi mereka yang
  tidak beriman pada Al-Hussein (as); kerana, menurut kepercayaan ini
  membuktikan pada mereka bahawa beliau (as) bukanlah seorang imam. Kerana kuda
  tunggangan adalah binatang yang memijak dadanya, Jika binatang pemangsa tidak
  akan menyakiti (menyerang) Imam yang sebenar atau Khalifah Allah. Bahagian pertamanya
  adalah bahawa kuda kesayangan (tunggangan) itu tidak menginjak-injak dadanya,
  dan dengan itu ia menunjukkan pada aqidah batil mereka hujah bagi mereka yang
  tidak beriman kepada Aali (keluarga) Muhammad (as) dengan mencabar Imamah
  (kepimpinan) Imam-imam (as).  
Pada hakikatnya bahawa apa
  yang diriwayatkan adalah bertentangan dengan aqidah ini sepenuhnya, telah
  diriwayatkan bahawa haiwan pemusnah menginjak-injak badan (jasad) Al-Hussein
  (as) kerana kuda yang menginjak itu dipacu oleh manusia. Diriwayatkan Al-Hussein
  (as) ketika sedang menuju ke Iraq, bediri dan memberi ucapan:  
·    الحمد لله وما شاء الله
  ، ولا قوة الا بالله بالله [وصلى الله على رسُوله]، خط الموت على ولد آدم مخط القلادة على جيد
  الفتاة وما أولهني إلى أسلافي اشتياق يعقوب إلى يوسف ، وخير لي مصرع انا لاقيه ،
  كأني بأوصالي تقطعها عسلان الفلوات بين النواويس وكربلا ، فيملان مني أكراشا
  جوفا وأحوية سغبا ، لا محيص عن يوم خط بالقلم ، رضا الله رضانا أهل البيت نصبر
  على بلائه ويوفينا أجور الصابرين ، لن تشذ عن رسول الله لحمته ، وهي مجموعة له
  في حظيرة القدس ، تقر بهم عينه وينجز بهم وعده ، من كان باذلا فينا مهجته ،
  وموطنا على لقاء الله نفسه ، فليرحل معنا فاني راحل مصبحا إن شاء الله [تعالى]
   
·     
  «Segala puji tertentu bagi Allah dan apa
  yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan melainkan dari Allah. [dan selawat
  kepada Allah atas Rasul-Nya] garis kematian ke atas anak-anak Adam meniup
  hidung, mengalung seorang gadis yang baik dan menyedihkan nenek moyangku yang
  merindukan Yakub kepada Yusuf, Dan yang baik bagiku, aku dibunuh untuk
  melindungi, seolah-olah aku sampai digugurkan haiwan pemangsa yang liar (Asalan
  Al-Falawat) antara pemaqaman (Al-Nawawis) dan Karbala, maka mereka mengisikan
  ku ke rongga perut gendut yang gelap dan kelaparan. Tidak dapat dielakkan
  dari hari ukiran qalam. Redha Allah redhalah kami Ahl Al-Bait yang besabar
  dengan kerananya dan akan dibayar balik ganjaran orang-orang yang sabar. Tidak
  akan menyimpang dari Rasulullah darah dagingnya, Mereka dikumpulkan di tempat
  suci terpelihara. Mata mereka mengakui dan memenuhi janji mereka, Sesiapa
  yang siap berorban jiwa bersama kami dan yakin akan bertemu dengan Allah maka
  hendaklah ia bergegas untuk pergi bersama kami. Sungguh esok hari aku akan
  berangkat, insya Allah Ta’ala.» [21] 
Telah berkata Zainab Ali
  (as): 
o
  .... « Adakah kamu fikir, Wahai Yazid, bahawa -apabila kamu
  sekat semua jalan di bumi dan di ufuk langit di hadapan kami, supaya kami
  didorong dan dipacu sebagai tawanan - bahawa kami tidak bernilai di sisi
  Allah dan pada kamu. Baginya kemuliaan kerana kamu menikmati kedudukan yang
  hebat……. Kerana aku demi Allah wahai musuh Allah dan anak kepada musuhNya. Padaku
  kamu remeh, yang hebat serangan lisan teguran kamu tetapi mata yang menangis,
  dan dada dipenuhi dengan kemurungan dan ia tiada ganjaran atau menjadikan
  kami kaya kerana telan dibunuh Al-Hussein (as). Dan golongan syaitan membawa kami
  lebih dekat kepada golongan bodoh untuk memberi mereka harta-harta yang ditegah
  atas kamu yang diharamkan Allah. Maka
  tangan-tangan tersebut berlumuran darah kami; mulut tersebut memakan daging
  kami, manakala mayat-mayat mereka yang suci ditawarkan sebagai makanan kepada
  binatang-binatang liar. Jika kamu menganggap kami sebagai harta
  rampasan yang mengayakan kamu, kamu hendaklah segera sukakan kami sebagai
  lawan kamu -yakni akan terjadi apabila kamu tidak dapat apa-apa melainkan apa
  yang dibuat oleh tangan kamu yang zalim ... »[22] 
 | 
 
·     
«.....  Walaupun bencana memaksa aku untuk bercakap
dengan kamu, aku melihat kamu remeh di mataku dan kamu mencari serangan lisan
yang hebat dan aku menganggap teguran kamu terlalu banyak untuk ditanggung,
tetapi mata yang menangis, dan dada dipenuhi dengan kemurungan. Apa yang lebih
pelik lagi adalah bahawa Parti Allah yang dimuliakan sedang dibunuh oleh Parti
syaitan yang disingkirkan. Maka tangan-tangan tersebut berlumuran dengan darah
kami; mulut tersebut memakan daging kami, manakala mayat-mayat mereka yang suci
dan murni ditawarkan sebagai makanan kepada binatang-binatang liar yang kotor
berdebu (Ummahat Al-Fara’il) dan kasar, Jika kamu anggap kami sebagai harta rampasan
kamu, seharusnya kamu melayan kami sebagai musuh – itu kerana kamu tidak dapat
apa-apa melainkan yang diberikan, sekali-kali tidaklah Tuhan kamu menganiaya
hamba-hamba-Nya...». [23]
Dan "Asalan Al-Falawat":
  adalah haiwan pemangsa yang liar atau termasuk serigala khususnya, dan "Ummahat
  Al-Fara’il": iaitu dubuk, dan ucapan yang boleh dilihat dan jelas. 
·     
  «Seolah-olah aku sampai digugurkan
  haiwan pemangsa yang liar (Asalan Al-Falawat) antara pemaqaman (Al-Nawawis) dan
  Karbala, maka mereka mengisikan ku ke rongga perut gendut yang gelap dan
  kelaparan. tidak dapat dielakkan dari hari ukiran qalam.». 
·     
  «Manakala mayat-mayat
  mereka yang suci dan murni ditawarkan sebagai makanan kepada
  binatang-binatang liar yang kotor berdebu dan kasar (Ummahat Al-Fara’il),».  
Ada yang cuba mentafsir (mentakwil)
  riwayat-riwayat ini dengan tafsiran yang lemah dan tidak menurut kritikan ilmiah.
  Pada hakikatnya, mereka boleh mentafsirnya (mentakwil) kecuali jika perlu, tetapi
  tidak ada keperluan di sini untuk ditafsirkan, tidak ada dalil akat dan naqal
  yang qat’ei (muktamad) yang dikeluarkan dan petunjuk
  yang berguna untuk dipercayai bahawa badan (jasad) Khalifah Allah tidak boleh
  diinjak-injak oleh haiwan  ia tidak masuk
  akal, manakala terbukti secara pasti manusia yang berakal menginjak-injak atas
  tubuhnya sehingga terjadi putusnya jari Al-Hussein (shalawatu Allah 3alaih) dan
   mereka mendakwa telah
  putus selain jarinya, demi bapa dan ibuku  menjadi tebusan baginya [24] 
Pada hakikatnya,  sekurang-kurangnya dikatakan: Jasad Imam seperti
  jasad manusia lain, dan sesiapa yang mahu menambah sifat bagi jasad  Imam, atau Khalifah Allah di bumiNya dia hendaklah
  mendatangkan dalil, jika tidak kata-katanya tiada nilai ilmiah. Tambahan pula:
  Bahawa yang meriwayatkan atasnya mengenai Imam Al-Hussein (shalawatu Allah
  3alaih) saudara perempuannya Al-Aqilah (shalawatu Allah 3alaihada) adalah petunjuk
  yang jelas, dan sekurang-kurangnya ini adalah apa yang difahami secara zahir. Dan yang zahir tidak boleh ditolak atau yang difahami dengan jelas tanpa
  dalil muktamad untuk menghalang yang zahir dan nyata bagi yang diriwayatkan
  atasnya. 
Juga: dalam kisah Yusuf
  (as) Firman Allah SWT: 
﴿قَالَ إِنِّي لَيَحْزُنُنِي أَن
  تَذْهَبُوا بِهِ وَأَخَافُ أَن يَأْكُلَهُ الذِّئْبُ وَأَنتُمْ عَنْهُ
  غَافِلُونَ﴾  
 | 
 
Berkata Ya'qub:
"Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku
khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lengah dari
padanya".[Yusuf 12:13] 
Ya’qub adalah seorang
  khalifah dari khalifah-khalifah Allah dan begitu juga Yusuf, dan kata-kata Ya’qub
  jelas dalam Al-Quran sebagai hujah dan dalil, maka Ya’qub, menurut Al-Quran
  tidak percaya dengan keperpercayaan yang rosak ini, bahkan percaya bahawa
  Yusuf mungkin akan dimakan serigala, dan dengan itu dia takut serigala dan
  memberi amaran kepada anak-anaknya bahawa serigala akan membaham (makan)
  saudara mereka Yusuf Khalifah Allah di di bumiNya, dan saudara-saudara Yusuf faham
  dan percaya bahawa serigala mungkin akan membaham Yusuf (as). Ini pula jawapan
  Ya’qub (as) dengan mengatakan kepada mereka:  
﴿قَالُوا لَئِنْ
  أَكَلَهُ الذِّئْبُ وَنَحْنُ عُصْبَةٌ إِنَّا إِذًا لَّخَاسِرُونَ﴾  
Mereka
  berkata: "Jika ia benar-benar dimakan serigala, sedang kami sekelompok,
  sesungguhnya kami kalau demikian adalah orang-orang yang merugi". [Yusuf
  12:14]  
Jadi Ya’qublah yang
  membuatkan anak-anaknya percaya dengan yang sebaliknya, apa yang golongan yang
  sesat percaya hari ini, dan memberitahu di hadapan mereka dengan mengatakannya
  dengan jelas bahawa ditakuti dia Khalifah Allah akan dimakan serigala. Adakah
  tersembunyi pada nabi Ya’qub bahawa Khalifah Allah (as) tidak dimakan
  serigala, sementara perkara ini tidak  tersembunyi bagi golongan yang beraqidah
  batil (sesat)?!! 
Untuk mengatakan bahawa Ya’qub
  (as) sesungguhnya mahukan sesuatu dari segi dalaman (batin), dan niat dengan
  ancaman serigala oleh saudara-saudara Yusuf (as), maka perkara ini tidak
  bercanggah dengan hakikat bahawa kata-kata zahir Ya’qub - dan memahaminya oleh
  yang mendengar dan yang difahami oleh anak-anaknya, seperti yang terbukti
  dari tindakan mereka ke atasnya - menunjukkan dengan jelas bahawa serigala
  boleh  membaham Yusuf (as) Khalifah
  Allah di buminya, sebagaimana juga  orang lain boleh dimakan olehnya.. 
------------------------------------ 
[20] Maksud bersifat mukjizat
  adalah sifat yang menggambarkannya bagi sepanjang hayatnya tidak berpisah
  darinya, dan ini bukanlah satu mukjizat yang berlaku pada masa tertentu pada
  seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah, dan tidak berlaku pada khalifah
  yang lain pada masa yang lain. Sebagai contoh, jika dibawakan riwayat yang
  mengatakan mereka melihat Khalifah Allah berjalan di jalan-jalan dan beliau
  tidak mempunyai baying-bayang, ini tidak ada masalah pada kebenarannya jika
  sahih mukjizat itu berlaku dan ada orang yang melihatnya untuk dipercayai atau
  untuk meningkatkan imannya dan   juga yang menceritakannya
  jelas dan memberi manfaat kepada yang lain. Adapun kalau riwayat
  khalifah Allah dikatakan bahawa dari sifat-sifat atau watak Khalifah-khalifah
  Allah yang mereka tidak mempunyai baying-bayang, Ini adalah riwayat tidak
  sahih dan sesiapa yang mempercayainya aqidahnya telah menyeleweng seperti
  yang telah diterangkan. Satu lagi contoh: jika seseorang berkata saya melihat
  bahawa Khalifah Allah tidak dimakan binatang liar atau sujud kepadanya atau menyerahkan diri kepadanya tidak ada masalah dalam hal ini, jika
  benar riwayat itu; kerana mukjizat ini boleh berlaku. Jika riwayat seseorang yang
  mengatakan bahawa Khalifah Allah sifatnya tidak dimakan haiwan liar, ini
  adalah riwayat yang batil dan sesiapa yang mempercayainya aqidahnya telah
  menyeleweng. Saya katakan bahawa sesiapa yang menyeleweng, dia pada
  hakikatnya kafir (ingkar) pada Imam Al-Hussein (as). Sesungguhnya telah
  diriwayatkan bahawa kuda-kuda memijak dadanya, dan singa makan sebahagian dari
  tubuhnya. Maka dengan mengambil kira penyelewengan bahawa Al-Hussein ini bukan
  seorang imam, tetapi mereka yang menyeleweng ini telah memberikan
  kepada mereka yang tidak percaya alasan pada Imamah Al-Hussein untuk mengingkari
  Imamahnya. 
[21] Al-Lahuf Fi Qatla Al-Thafuf
  – Ibn Thawus: hal 38; Kasyf Al-Ghummah Fi Ma3rifah Al-Imam – Al-Rabl:. Jilid 2,
  hal. 239; Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 44, hal. 366-367, hal. 397; Mutsir
  Al-Ahzan - Ibn Namma Al-Hilli: hal 29; Nazihah Al-Nadzir Watanbih Al-Khathir –
  Al-Halawani: hal. 86; A-3awalam, Al-Imam Al-Husain (as) - 3abd Allah Al-Bihrani:
  hal. 216; Liwa3ij Al-Isyjan - Muhsin Al-Amin: hal. 70; Mausu3ah Kalimat  Al-Imam Al-Husain (as)  
[22] Bilaghat Al-Nisa' - Ibn
  Thaifur: hal. 22; Syarah Ihqaq Al-Haq – Al-Mur3asyi: Jilid 33 hal. 681 
[23]. . Al-Lahuf 3ala
  Qatla Al-Thafuf – Ibn Thawus: hal 107;  Bihar Al-Anwar - Al-Majlisi: Jilid 45, hal. 134-
  135; Liwa3ij Al-Isyjan - Muhsin Al-Amin: hal. 230.. 
 | 
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan